Rawatan Angin Ahmar atau Stoke Secara
Holistik
Penyakit Strok atau angina ahmar adalah diantara pelbagai
penyakit yang boleh menyerang keatas seseorang insan. Kebiasaannya penyakit ini
memberi tanda-tanda awal sebelum ianya menyerang seseorang. Tetapi kadang kala
ianya boleh berlaku tanpa memberi isyarat terlebih dahulu.
Pengalaman isteri saya yang mengalami sakit kepala yang agak
serius pada tahun 2001. Dan bila dibuat pemeriksaan oleh doktor ianya didapati
tidak ada tanda-tanda akan diserang strok ( darah normal, tiadak ada kecing
manis). Semasa sedang menerima rawatan
di wad hospital, tiba-tiba isteri koma. Dokot menjalani pemeriksaan teliti (CT
Scan) didapati berlaku pendarahan dalam otak. Inilah situasi sebenar yang saya katakan
kadang kala ‘strok’ tidak boleh dikesan lebih awal.
Bagi saya apa yang berlaku keatas isteri adalah satu ‘ujian
Allah’ terhadap insan-Nya. Kita boleh berikhtiar untuk mengelak dari diserang
oleh strok melalui permeriksaan secara berkala, merancang pemakanan sihat dan
amalkan aktiiti senaman secara kosisten. Satu lagi yang lebih penting adalah
bermunajat di waktu malam untuk sujud kepada Allah Yang Maha Berkusa dan
memohon untuk dihindarkan segala penyakit yang kronik seperti strok.
Rihul ahmar adalah panggilan di dalam Bahasa Arab
terhadap penyakit lumpuh atau angin ahmar di dalam Bahasa Melayu dan stoke di
dalam Bahasa Inggeris.
Kebiasaannya penyakit ini menyerang seseorang yang lanjut umurnya dan sering
dikaitkan dengan penyakit kencing manis , darah tinggi, darah pekat
(polisitemia) dan sakit jantung. Menurut perubatan moden lumpuh dikaitkan
dengan saluran darah dalam otak pecah atau tersumbat oleh darah beku, atau kolestrol
yang menyekat darah menuju kepada sel-sel otak.
Pelbagai kaedah rawatan dianjurkan oleh perubatan moden dan pelbagai alternatif yang lain seperti urutan,kawalan pengambilan makanan, tips cara hidup yang sihat serta pelbagai ubat-ubatan untuk mengubati penyakit ini. Namun begitu, dalam perubatan islam mempunyai perspektif dan kaedah rawatannya yang tersendiri bagi menangani masalah ini.
Rawatan Penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar)
Sebelum membaca ayat al-Quran dan doa khusus (khas) yang telah diwarisi oleh ulama' terdahulu khusus untuk mengubati penyakit ini, bahan-bahan perlulah disediakan dahulu. Doa ini hendaklah dibacakan kepada kepada bahan-bahan berikut untuk dijadikan penawar untuk pesakit. Bahan-bahan yang boleh dijampi untuk dijadikan penawar :
1- Air Zam-Zam
2- Air Kolah
3- Air Hujan Malam Jumaat
4- Air Mata Air yang mempunyai mutu perubatan yang tinggi seperti "air gau"
5- Air Susu Kambing
Telah diwariskan kepada kita ulama' yang terdahulu doa yang amat mujarab bagi mengubati penyakit rihul ahmar ini.
Sejarah Doa Rihul Ahmar
Pada suatu ketika cucunda Nabi Muhammad saw telah menghidap penyakit rongga sehingga menyebabkan darah keluar daripada mulutnya. Para sahabat dan Rasullulah saw sendiri telah mendengar berita tentang penyakit yang sedang dideritai oleh Hassan as . Tiba-tiba malaikat Jibrail as datang menemui baginda Rasullulah saw memberitahu yang cucunda baginda terkena Rihul Ahmar (angin ahmar).
Baginda bertanya :
"Wahai Jibril , adakah ubat untuknya ?
"Ada!" Jawab Jibril .
Malaikat Jibril pun menghilangkan diri sebentar . Kemudian ia muncul dan berkata :
"Bahawasanya Allah swt telah mengurniakan kepada tuan satu hadiah mustajab. Barangsiapa membacanya, biarpun sekali seumur hidupnya, nescaya dia terselamat daripada Rihul Ahmar."
Baginda Rasullulah saw telah membacakan doa ini untuk Saidina Hassan as . Berkat rahmat dan dengan kehendak Allah swt Hassan ra pun sembuh ketika itu juga dan bangun dalam keadaan sihat .
Rasullulah saw bersabda kepada para sahabat agar mempelajari doa ini dan mengajarkan kepada umatnya agar doa ini dapat memberi manfaat kepada mereka , memelihara diri daripada terkena penyakit Rihul Ahmar ini.
Sejarah Rihul Ahmar ini sebenarnya lebih awal lagi daripada itu. Peristiwa kemunculan Rihul Ahmar yang hakikatnya adalah sejenis jin berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman as lagi.
Ketika semua makhluk termasuk binatang dan segala jenis jin tunduk kepada Nabi Sulaiman as , muncullah seekor jin yang bernama Rihul Ahmar yang enggan kepada Nabi Sulaiman as . Besarnya seumpama saiz sebatang pokok.
Apabila di tanya oleh Nabi Sulaiman as :
"Siapakah kamu?"
Maka dijawab olehnya ,"Saya adalah Rihul Ahmar"
Tanpa mahu tunduk hormat , kemudian ia pun terus menghilangkan dirinya kerana enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman as . Ia muncul kembali pada zaman Rasullulah saw apabila menyerang Saidina Hassan as seperti yang telah diceritakan tadi. Wallahu a'lam.
Kaedah Rawatan :
Setelah disediakan bahan yang diperlukan maka hendaklah dibaca :
1-Surah Al-Fatihah
2-Surah Al-Baqarah ayat 255 ( Ayatul Kursi )
3-Bacalah Doa Rihul Ahmar
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang;
dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan
kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan
Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan
bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala
pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian.
Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan
nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan
nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada
memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang
menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan.
Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah
Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah,
Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi
Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian
kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan,
kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini
dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang
sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang
memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan
kegagahan.
Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai
pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang
menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap
orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan
yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang
banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha
Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan
Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas
badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar
dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging,
tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu
maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan
yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang
Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan
Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta
pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan
yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan.
Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang
memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang
banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang,
wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan,
wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha
Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai
Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri
dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas
tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku,
wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan
dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang
memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang
yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang
bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan
siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang
sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi
degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi
pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai
Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan
yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang
dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang
yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi.
Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik
pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah
pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya
kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan
kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan
hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan
hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah
hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya
dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan
dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan
dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan
binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari
kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan,
dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh.
Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya
orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh
malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap
kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas
jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku
bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili,
sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya
upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang
mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah
yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap
selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan
sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan
Pemerintah Seluruh Alam. Amiin…
4- Surah Al-Talaq ayat 1-2
5- Surah Hud ayat 119
Kemudian tiuplah kepada air-air tersebut sehalus jarum.
Niatkanlah supaya menjadi penawar kepada si pesakit yang menghadapi penyakit
angin ahmar. Berbisiklah kepada air dan bahan-bahan tersebut akan niat kita
supaya menjadi ubat kepada pesakit juga dengan rahmat dari Allah swt.
Berilah minum kepada pesakit . Pintalah penderita tersebut
supaya membaca al-Fatihah ,ayatul kursi dan selawat sebelum meminum air jampi
tersebut. Solat hajat dan berdoalah semoga pesakit berpeluang sembuh seumpama
sedia kala supaya dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna.
Selain dari melakukan rawatan dengan mengambil berkat teknik dan sunnah Rasullulah saw janganlah menyisihkan teknik dan cara rawatan lain. Usahalah juga dengan aneka perubatan lain. Selepas itu bertawakkallah kepada Allah. Moga-moga Allah memperkenankan hajat dan menilai mujahadah serta kegigihan kita mendepani ujian-Nya.
Petikan :
Perubatan
Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus
Halaman
171-179 ( Ustad Sharhan )