RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday 13 April 2018

FIKRAH MURABBI - BAB 29 : PANDANGAN ORANG BUKAN MELAYU TERHADAP KEPIMPINAN TOK GURU



BUKU AKAN BERADA DI PASARAN PADA BULAN MEI 2018


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL2vDUN_JBbOM83Cs3VFarg8_CU-lW7dYkwrDE2zcP-4uhWuDMMF8qAgdP4h3IyWoFdppw_vmTDVYUtMdKJy9bvyQH6tzvBmwbWWIVenQkh2xHnmKeJbuE2603jBTHm8bzcjfCeKRlkrU/s1600/Cover-Proof%25281%2529.jpg

 
 
BAB 29 :    PANDANGAN ORANG BUKAN MELAYU
                   TERHADAP KEPIMPINAN TOK GURU

Jawatan Menteri Besar adalah jawatan tertiggi dalam kempimpinan politik di sesebuah negeri. Ianya merupakan pemimpin utama dan peneraju dalam menentukan dasar yang akan dilaksanakan di sesebuah negeri mengikut dasar perjunagan parti yang dia mewakilinya. Bila dipilih sebagai seorang Menteri Besar dia juga merupakan pemimpin bagi semua rakayat di sesebuah negeri bukan lagi pemimpin untuk penyokong parti yang diwakilinya sahaja.
Tok Guru setelah dipilih sebagai Menteri Besari pada Oktober 1990. Dia juga merupakan pemimpin kepada semua rakayat Kelantan yang mempunyai jumlah penduduk hampir 2 juta orang.  Masyarakat Cina Kelantan merupakan diantara rakyat bukan Melayu yang menjadi rakyat Kelantan dengan jumlah hampir 5% daripada keseluruhan penduduk Kelantan.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama sebanyak 0.2%.
Berdasarkan anggaran penduduk Jabatan Perangkaan Malaysia (tahun 2005), Kota Bharu mempunyai jumlah penduduk yang terbesar iaitu seramai 425,294 orang manakala Jeli mempunyai jumlah penduduk terkecil iaitu seramai 38,185 orang. Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (1991 - 2000) bagi negeri Kelantan ialah 0.9%. Kepadatan penduduk ialah seramai 87 orang setiap kilometer persegi. Hanya 34.2% dari populasi Kelantan adalah penduduk bandarBerdasarkan anggaran penduduk Jabatan Perangkaan Malaysia (tahun 2005), Kota Bharu mempunyai jumlah penduduk yang terbesar iaitu seramai 425,294 orang manakala Jeli mempunyai jumlah penduduk terkecil iaitu seramai 38,185 orang. Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (1991 - 2000) bagi negeri Kelantan ialah 0.9%. Kepadatan penduduk ialah seramai 87 orang setiap kilometer persegi. Hanya 34.2% dari populasi Kelantan adalah penduduk Bandar.




Apa yang istemewa masyarakat Cina Kelantan telah menduduki di negeri ini semenjak belum merdeka lagi dan mereka mengelarkan sebagai Cina Peranakan Kelantan. Kehidupan mereka ini tertumpu kepada aktiviti perniagaan di kebanyakan bandar di Kelantan dan yang lebih ramai mendiami kawasan bandar Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok.
Untuk mendapat pandangan berhubung dengan kempimpin Tok Guru, saya telah bertemu dengan Encik Oie Poh Choon di pejabatnya di Sri Cemerlang, Kota Bharu pada 20 Mac 2017. Dalam pertemuan itu beliau yang merupakan Presiden Gabungan Persatuan Tiong Howa Negeri Kelantan. Gambungan ini mempunyai lebih 50 Persatuan Cina di Negeri Kelantan.
Encik Oie Poh Choon yang fasih bercakap dailek Kelantan menyatakan sememangnya Tok Guru merupakan seorang pemimpin yang disanjung dan disayangi oleh masyarakat Cina Kelantan.
“ Saya memenag respect Tok Guru kerana beliau begitu mesra denga semua rakyat Cina. Beliau sentiasa mengambil tahu hal ehwal kaum Cina” Jelasnya dengan penuh bersemangat.
“ Setiap kali  Persatuan menjemput Tok Guru untuk menghadiri apa jua majlis yang kami anjurkan, Tok Guru akan hadir” Oie bercerita.
“ Pada satu masa, Tok Guru demam semasa saya pergi memberi surat jemputan untuk menghadiri majlis yang kami anjurkan”.
“ Bila tiba masa hari majlis diadakan, saya amat terkejut  Tok Guru datang, walaupun kesihatannya belum baik sepenuhnya, inilah buktinya Tok Guru amat merhargai kami kaum Cina”. Jelas beliau dengan penuh bersemangat.
Selanjutnya Oie memberitahu “ Saya amat menghormati Tok Guru dia pandai mengambil hati kami kaum Cina, sebagai contoh, lebih 10 tahun kami adakan sambutan
Tahun Baru Cina, Tok Guru tak pernah tanya makanan yang kami sediakan itu ‘halal’ atau tidak”.
“Sememangnya kami telah faham, bahawa Tok Guru seorang ulamak yang kuat pegangan  agama Islam, tentulah makanan yang disediakan untuk  Tok Guru  halal, kani tempeh khas dari katering  orang Islam”. Ujarnya.
“ Satu perkara yang saya tak dapat lupakan, Tok Guru mengarakan kita semua adalah seperti adikk beradik, semuanya anak cucu Nabi Adam, inilah kata-kata yang saya selalu kenangkan Tok Guru betapa mulianya beliau sebagai seorang pemimpin rakyat Kelantan”.
Mengikut Oie Poh Choon, selepas piliharaya umum 13, saya diberithu  bahawa jawatan Menteri Besar Kelantan telah diserahkan kepada YB Dato’ Mohammad bin Yakub, bila berita ini diterima saya amat sedih sekali, tapi terpaksa akur kerana kesihatan Tok Guru tidak mengizinkan.
Bagi mengingati jasa Tok Guru, Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan telah mengajurkan  “ “ Makan Malam Jasa Mu Di Kenang’. bagi meraikan Tok Guru.
“ Pada malam tersebut saya telah berucap mewakili semua masyarakat Tiong Hwa yang menjadi ahli gabungan” ujar Oie mengingati peristiwa yang dia tak dapat lupakan itu.
“ Apa yang saya amat terharu ialah Tok Guru pada malam tersebut walaupun dia dalam keadaan demam, tetapi dia menguatkan diri untuk datang memenuhi jemputan kami, ini membuatkan saya akan ingat sampai bila-bila, sukar mencari ganti pemimpin yang perihatin seperti beliau”.
Untuk menghayati perasaan Encik Oie Poh Choon pada malam yang bersejarah itu, sama-samalah kita tatapi teks ucapan beiau di bawah ini:-
Salam sejahtera, salam muhibbah dan selamat datang ke Majlis Makan Malam Jasa Mu Dikenang.
Terima kasih Tok Guru yang meriah lagi mesra pada malam mini.
Saya mewakili Jawatankuasa Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir untuk menjayakan majli yang penuh bermakna ini.
Hadirin sekelian, pilihanraya umum ke 13 pada 5 haribulan Mei 2015 telah berlalu dan masa tidak sampai 24 jam pilihanraya tamat. Kerajaan baru Negeri Kelantan dibentuk dan Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan di Istana Negeri Kelantan telah selesai. Yang Berhormat Tok Guru Dato’ Nik Aziz yang memegang jawatan Menteri Besar Negeri Kelantan selama 22 tahun berundur diri.
Berita pengunduran diri Yang Berhormat Dato’ Tok Guru sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan, mengejutkan kami semua. Kami kagum walaupun usia Yang Berhormat Dato’ Tok Guru mengjakau 82 tahun, belaiu masih bersedia bertanding dalam pilihanraya dan menang. Marilah kita beri tepukan  penghargaan kepada Tok Guru yang berjaya membawa kemenangan dalam PRU-13 dan Kekal memerintah Negeri Kelantan, terima kasih.
Tetapi kami merasa satu kehilangan besar apabila mendengar berita Tok guru tidak lantik semula sebagai Menteri Besar Kelantan yang telah memegang jawatan tersebut selama 22 tahun, Yang Berhormat Tok Guru telah banyak berjasa kepada rakayat negeri Kelantan.
Hadirin sekalian,
Majlis Makan Malam Jasa Mu Di Kenang pada mala mini khas untuk mengucapkan terima kasih kami kepada Yang Berhormat Tok Guru Dato’ Nik Aziz oleh rakyat Tiong Hwa Negeri Kelantan bagi mengenang jasa dan bakti Yang Berhormat Tok Guru semasa menjadi Menteri Besar Kelantan selama ini.
Yang Berhormat Tok Guru telah dapat  mengeratkan hubungan antara kaum yang majmuk di negeri ini terutama kaum Tiong Hwa yang begitu sayang kepada negeri Kelantan ini. Kami kaum Tiong Hwa Kelantan telah menganggap negeri Kelantan dibawah pimpinan Tok Guru adalah tanah tumpah darah kami, kerana Tok Guru adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat yang dapat memenuhi hasrat  dan kehendak kami dan dapat tinggal bersama kaum lain dengan mesra.
Tok Guru sentiasa menegaskan bahawa semua rakyat Kelantan  adalah adik beradik dan semua rakyat wajib berbaik sangka antara satu sama lain. Yang Berhormat Tok Guru mengambi berat hal ehwal agama dan kebudayaan rakyat bukan Melayu negeri Kelantan. Terima kasih Tok Guru.
Saya mengambil peluang ini ingin sentuh tentang jasa Yang Berhomat Tok Guru untuk mengembangkan kebudayaan kaum Tiong Hwa Kelantan. Kerajaan Negeri Kelantan pernah menganjurkan persembahan kebudayaan pelbagai kaum agar semua kaum dapat memahami antara satu sama lain dan memupuk semangat muhibbah.
Dari segi pendidikan Cina, Kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukkan sebidang tanah seluas satu ribu ekar kepada Sekolah Persendirian Cina Chung Hwa, Kok Lanas, sebagai sumber pendapatan bagi membaiyai aktiviti sekolah dan juga meluluskan peruntukan tetap sebanyak 20 ribu ringgit setiap tahun. Sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan kepada  sekolah Persendirian Cina ini telah dicontohi oleh negeri-negeri lain.
Dari segi rumah ibadat, persatuan dan tapak kuil. Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Yang Berhormat Tok Guru telah meluluskan pemilikan bangunan kepada persatuan-persatuan Cina dan juga pemilikan tanah  dan tapak rumah ibadat dan kuil kepada rakarat bukan Melayu Kelantan.
Orang-orang Tiong Hwa Negeri Kelantan juga merakamkan  terima kasih kepada Yang Berhormat Tok Guru kerana memberi kepercayaan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Anuar Tan,  satu-satunya orang Cina Kelantan sebagi ahli EXCO Kerajaan Negeri Kelantan selama 4 penggal berturut-turut. Ini adalah kebanggan rakyat Tiong Hwa Kelantan, sekali lagi terima kasih Tok Guru.
Hadirin sekalian,
Gabungan Pertubuahan Tiong Hwa Kelantan adaah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.
Kami menyokong kerajaan yang dipilih oleh rakayat, Tahniah Kerajaan Negeri Kelantan yang dipilih oleh rakayat dan berharap Negeri Kelantan akan terus maju.
Yang Berjasa tetap dikenang dan Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan sekali lagi mengucapkan setinggi-tingga penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan Guru Dato. Nik Aziz yang banyak berjasa kepada rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Tiong Hwa amnya.
Jasa Yang Berhormat Tuan Guru tetap di kenang hingga bila-bila. Terima kasih Tok Guru.
Seterusnya izinkan saya berucap dalam bahasa Mandarin.”

  Encik Oie Presiden Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan

                                          
Nik Aziz, ulama unik keluarkan PAS dari tempurung
April 11, 2017
Walaupun Nik Aziz seorang Islamis, beliau banyak membaca buku tentang pelbagai mazhab dalam Islam, nasionalisme, liberalisme dan Marxisme, demi untuk 'mengetahui apa orang lain kata tentang dunia ini'.
KOMEN
Dibawah ini disertakan tulisan oleh Lew Chin Tong pemuda DAP tetang pandangan beliau terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Sebagai anak muda yang menjadi petugas DAP pada 2000, saya pernah membawa 2 rombongan pengundi bukan Melayu dari kawasan Seputeh melawat Kelantan dan Terengganu yang ketika itu di bawah pentadbiran PAS. Kami gembira kerana Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudi menerima kehadiran kami. Sudah tentu keadaan politik pada masa itu amat berbeza daripada sekarang.
Pada pilihan raya umum 1999, DAP kalah teruk sehinggakan Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas kerusi Parlimen yang mereka tandingi di Pulau Pinang. Sebaliknya PAS menang besar di 27 kerusi Parlimen, serta mendapat majoriti besar di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu.
Apabila saya sekali lagi ke Kelantan, ia merupakan tugas saya sebagai seorang akademik. Saya bersama Wong Chin Huat mewawancara Tok Guru pada 2005. Temuramah itu disusun oleh Hu Pang Chaw.
Bagi saya yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan bandar, walaupun bukan daripada keluarga kaya, apabila saya menziarahi rumah Tok Guru yang amat sederhana di Pulau Melaka yang di sebelahnya ada sebuah masjid dan sekolah agama, ia adalah satu pelajaran baru untuk saya.
Tok Guru tidak tinggal di kediaman rasmi JKR 10 di Kota Bharu, sebaliknya memilih untuk menetap bersama masyarakat setempat di mana beliau merupakan tokoh utamanya.
Untuk wawancara itu, sebenarnya saya dan Chin Huat terlebih dahulu tiba di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada waktu pagi setelah lebih 10 jam menaiki keretapi dari Kuala Lumpur. Oleh kerana Tok Guru sibuk pagi itu, kami berjumpa di Pulau Melaka selepas tengah hari.
Apa yang menarik perhatian kami adalah kata-kata seorang kakitangan di Pejabat Menteri Besar.
Menurutnya, pada Selasa itu, exco sedang mengadakan mesyuarat “pre-council” sebagai persediaan untuk mesyuarat rasmi exco pada Rabu esoknya. Oleh kerana wakil lantikan istana (Setiausaha Kerajaan Negeri dan Bendahari Negeri) dan kerajaan pusat (Penasihat Undang-Undang Negeri) turut menjadi ahli rasmi mesyuarat exco, maka exco PAS perlu mengadakan “pre-council” terlebih dahulu sebelum mesyuarat rasmi. Ini kebijaksanaan Tok Guru dalam keadaan yang bukan mudah.
Ulama yang unik
Hari ini PAS merupakan rakan de facto Umno. Oleh itu, adalah penting untuk kita tidak melupakan bagaimana Kerajaan Nik Aziz berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan daripada kerajaan pusat dan istana. Dalam keadaan sedemikian, kerajaan Kelantan bersatu hati dan berjaya mengatasi pelbagai tekanan selama lebih 2 dekad.
Apa rahsia kejayaan ini? Sumbangan besarnya datang daripada rasa hormat rakyat Kelantan terhadap kepimpinan moral Nik Aziz di samping pragmatisme dan kemampuannya menangani keadaan yang sukar.
Sememangnya Nik Aziz adalah seorang ulama yang unik.
Sewaktu zaman mudanya sekitar dekad 1950-an, Allahyarham menuntut di Darul Uloom Deoband di Uttar Pradesh, India, dan di Al-Azhar, Mesir. Selain belajar bahasa Arab, beliau juga fasih berbahasa Urdu. Di Mesir, beliau adalah antara kalangan pemimpin muda di sana, dan yang turut dikenalinya adalah Anwar Sadat yang kemudiannya menjadi presiden Mesir.
Walaupun Nik Aziz seorang Islamis, beliau banyak membaca buku tentang pelbagai mazhab dalam Islam, nasionalisme, liberalisme dan Marxisme, demi untuk “mengetahui apa orang lain kata tentang dunia ini”. Apatah lagi apabila nasionalisme sangat popular di dunia Arab dan Mesir sekitar dekad 1950-an.
Satu lagi perkara penting tentang dekad 1950-an dan 1960-an adalah, selain Pakistan, hampir tiada parti Islamis yang memegang kuasa pada masa itu.
Ikhwanul Muslimin ditindas teruk di Mesir pada waktu itu. Pemimpinnya Sayyid Qutb digantung mati pada 1966. Hanya PAS mencatatkan rekod di kalangan Islamis apabila menjadi kerajaan negeri pada 1959.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah: Nik Aziz sudah pun melihat dan memahami dunia sebelum kembali ke Kelantan untuk menjadi guru agama.
Legasi
Dalam banyak hal, Tok Guru memainkan peranan besar dalam sejarah PAS dan Malaysia, walaupun bukan sebagai peneraju utama. Namun apabila sejarah memanggilnya, beliau bingkas bangun untuk menjadi pembimbing jalan yang tepat, dan pelindung generasi progresif.
Pendekatan berhemah Tok Guru membawa kepada kejayaan PAS memenangi kembali Kelantan pada 1990, selepas kalah teruk pada PRU 1986 kerana kempen yang berteraskan radikalisme agama. Kerana terlampau yakin pada 1986, ia meletakkan 90 calon Parlimen – yang paling besar dalam sejarah PAS – tetapi hanya menang satu kerusi di Pengkalan Chepa, iaitu kerusi yang dipegang oleh Nik Aziz sejak 1967 tetapi diserahkan kepada Nik Abdullah Arshad untuk PRU 1986.
Tok Guru kemudian memilih untuk bekerjasama dengan bekas musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46 bagi menghadapi PRU 1990. Di peringkat nasional, PAS menjadi rakan junior tetapi di Kelantan, ia adalah rakan senior.
Strategi PAS berjaya. Semangat 46 gagal membuat kejutan di peringkat nasional tetapi PAS kembali berkuasa di Kelantan.
Di tampuk kuasa, Nik Aziz mendidik generasi pemimpin progresif. Kerusi Parlimen di Kelantan dibuka kepada pemimpin kebangsaan PAS yang bukan anak negeri. Di samping itu, teknokrat dan warga kota yang selama ini menjauhi parti telah tertarik dengan gaya Tok Guru yang jujur dan amanah; di saat politik wang mula menjalar dalam Umno.
Slogan PAS “Membangun Bersama Islam” sesuai dengan pendekatan Nik Aziz terhadap Islam dan pemerintahan yang cuba menggabungkan idea “pembangunan” dengan Islam. Cara itu tidak menolak pembangunan fizikal seperti yang dilakukan oleh golongan yang lebih radikal di dalam parti.
Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan pada 2 September 1998, sahabatnya yang juga presiden PAS ketika itu, Datuk Fadzil Noor membawa PAS untuk membantu kempen membebaskan Anwar yang turut dipenjarakan.
Pada mulanya ramai pemimpin PAS membantah tindakan itu kerana bagi mereka Anwar adalah saingan utama PAS, iaitu Anwar merupakan wajah Islam untuk Umno sepanjang era 1982-1998.
Nik Aziz berpihak kepada Fadzil. Sekali lagi keputusan bijak Tok Guru mendatangkan hasil, apabila PAS mencapai kejayaan besar dalam PRU 1999. Ia bukan sekadar kejayaan memperolehi kerusi dan undi. Ia lebih daripada itu.
PAS ke wilayah baru
Sebelum PRU 1999, PAS hanya berpengaruh di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Tetapi kebangkitan pengundi Melayu akibat krisis Anwar membawa PAS ke wilayah baru, iaitu negeri Pantai Barat Semenanjung. Malah, PAS mendapat sambutan daripada golongan muda dan profesional.
Jurutera bagi mengarusperdanakan parti adalah Allahyarham Fadzil yang mahu menjadikan PAS sebagai parti yang diterima oleh semua rakyat Malaysia, termasuk warga bukan Islam. Ia juga berhasrat mempersiapkan diri sebagai rakan komponen untuk kerajaan baru.
Dalam hal ini, peranan Nik Aziz adalah pelindung dan pembimbing generasi muda yang menyertai parti, di samping sebagai penyokong utama cita-cita Fadzil. Sayangnya, Fadzil terlebih dahulu meninggalkan kita pada Jun 2002.
Sebaliknya, PAS di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil peranan radikal dengan membawa agenda Negara Islam pada 2003, dan ini mengakibatkan kekalahan teruk PAS pada PRU 2004. Ia hanya menang 6 kerusi Parlimen, berbanding 27 yang dimenanginya pada PRU 1999. Malah, ia gagal mempertahankan Terengganu yang dirampas kembali dengan mudah oleh Umno.
Kekalahan itu membuka peluang kepada kumpulan arus perdana dalam parti untuk memperkenalkan agenda progresif, dan membawa parti kembali bekerjasama dengan pembangkang lain termasuk DAP, melalui gerakan Bersih.
Keputusan pilihan raya 8 Mac 2008 mengejutkan banyak pihak. Mengimbas kembali, hasil demokrasi Malaysia turut terselamat pada 8 Mac 2008.
Pertama, kesanggupan perdana menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima keputusan pilihan raya, dan kedua, ketegasan Nik Aziz menolak cadangan “Kerajaan Perpaduan” di antara PAS dan Umno.
Beberapa hari selepas PRU 2008, ada anasir dalam kedua-dua parti yang menggoda PAS supaya bergabung dengan Umno untuk merampas kuasa di Selangor dan Perak. Tok Guru tegas menentang saranan itu.
Tidak salah rasanya jika saya katakan bahawa tanpa ketegasan Nik Aziz, hasil demokrasi 2008 itu sudah lama dirampas pemimpin korup. Rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi patut berterima kasih kepada Nik Aziz kerana mempimpin PAS di jalan yang tepat sewaktu keadaan tidak menentu pasca PRU 2008.
Imbasan tentang Islam politikal
Kehidupan Tok Guru selari dengan perkembangan Islam politikal (political Islam) di seluruh dunia dan di Malaysia sejak separuh abad yang lalu. Mengimbas kehidupan Allahyarham dapat membantu kita memahami masa depan dengan lebih baik.
Tahun 2017 adalah tahun ke-50 Nik Aziz memasuki arena politik. Sudah 50 tahun bermula kebangkitan Islam selepas kekecewaan akibat kekalahan Arab dalam Perang 6 Hari pada tahun 1967, dan disemarakkan lagi pada 1979 apabila meletusnya Revolusi Iran.
Kebangkitan Islam menjadi popular di kampus-kampus Malaysia pada 1970-an, dan akhirnya membawa Anwar menyertai Umno seminggu sebelum PRU 1982.
Kemudian ia mencetuskan kebangkitan ulama muda dalam PAS pada Oktober 1982 yang melahirkan PAS yang kita kenali hari ini. Kini sudah 35 tahun berlalu, dan kita perlu mengemudi masa depan yang lebih baik untuk negara ini.
Sepanjang dekad 1980-an, Anwar memperkenalkan elemen dalam dasar kerajaan seperti perbankan Islam, kewangan Islam, dan sebagainya. Untuk melawan simbol Islamisme Anwar, PAS menjadi lebih radikal.
Parti satu isu
Satu produk yang membezakan di antara PAS dan Umno adalah hudud. Maka bermulalah perbalahan mengenai hudud yang tidak menjadi agenda politik sebelum 1980-an.
Dengan itu, PAS menjadi parti yang memperjuangkan satu isu. Namun dengan kepimpinan Nik Aziz di Kelantan, PAS dapat keluar daripada tempurung satu isu untuk menarik penyertaan golongan profesional, dan membawa pelbagai isu, dan bukan lagi sekadar hudud.
Reformasi Anwar, penyertaan profesional dan ahli dari Pantai Barat, serta usaha mengarusperdanakan parti sebagai persediaan menjadi komponen kerajaan baru telah meluaskan daya tarikan parti.
Peranan Mohamad Sabu dalam perhimpunan Bersih yang pertama pada tahun 2007, dan agenda “Negara Berkebajikan” adalah contoh penting usaha PAS untuk meluaskan pengaruh di peringkat nasional.
Hari ini, masyarakat Melayu-Islam semakin canggih. Pada era 1980-an dan 1990-an, ramai yang gembira dengan kehadiran perbankan dan kewangan Islam sebagai pilihan.
Tetapi hari ini, saya yakin ramai orang Islam akan menolak jika ada sukuk dikeluarkan untuk menyelamatkan 1MDB. Begitu juga, tidak ramai umat Islam akan menyokong jika hudud mahu dijadikan bahan tukar ganti untuk menyelamatkan pemerintah kleptokrat 1MDB.
Apa yang berlaku di Parlimen beberapa hari lalu adalah langkah ke belakang dalam sejarah, iaitu PAS kembali menjadi parti satu isu.
PAS kini kembali menjadi sahabat Umno walaupun ia pernah ditendang keluar daripada Barisan Nasional pada 1977; seperti peribahasa Melayu, PAS menjadi “habis madu sepah dibuang”. Sedangkan Tok Guru tidak pernah bersetuju dengan usaha bersekongkol dengan Umno.
Orang Melayu lebih canggih
Bagi saya, masyarakat Melayu-Islam di Malaysia jauh lebih canggih dan bijak daripada apa yang disangkakan oleh kebanyakan ahli politik. Ramai kalangan pemimpin politik, khususnya pemimpin Melayu sendiri, menganggap orang Melayu sebagai jumud pemikiran, takut berubah, dan tidak mampu berfikir sendiri. Saya tidak setuju dengan pandangan negatif ini.
Saya yakin orang Melayu bersama majoriti rakyat Malaysia dapat menghidu serta melihat isu perkauman dan hal agama beragenda politik yang cuba dikitar semula. Mereka tidak mudah tergoda dengan permainan politik lama.
Yang menjadi masalah hari ini adalah ahli politik sendiri. Sepatutnya ahli politik berani memimpin rakyat dengan idea-idea baru yang bernas. Idea ini bukan cakap kosong; ia mesti mampu dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Ia adalah isu-isu ekonomi, kewangan keluarga, kos sara hidup dan reformasi institusi.
Bagi masyarakat Melayu-Islam, idea ini adalah penting untuk membuktikan bahawa Islam bukan hanya label, tetapi idea yang dapat dipraktikkan, dan memberi manfaat kepada semua rakyat tanpa mengira agama, kaum, gender dan wilayah.
Isu hudud yang dihidupkan kembali sejak 3 tahun lalu banyak membuang masa kita. Sebaliknya ia memberi masa yang diperlukan untuk UMNO yang dilanda skandal dan korupsi untuk bernafas semula.
Dengan sokongan pucuk pimpinan PAS hari ini, Umno berjaya mengalih pandangan rakyat daripada pelbagai skandal dan krisis ekonomi.
Kita perlu kembali kepada perjuangan asal, sekurang-kurangnya kepada asas Dasar Bersama tahun 2009, di mana Tok Guru bersama pucuk pimpinan parti pembangkang memainkan peranan yang besar untuk menyatupadukan pandangan yang berbeza.
Dengan mengimbas kembali legasi Tok Guru Nik Aziz, adalah penting untuk kita menerima hakikat bahawa pengaruh Allahyarham amat luas sehingga berjaya meyakinkan golongan bukan-Islam, terutamanya selepas PRU 2008, tentang Islam yang progresif lagi inklusif.
Kepimpinan Nik Aziz memang sukar dicari ganti. Kejayaan Allahyarham menggabungkan amalan politik sederhana, progresif dan pragmatik tanpa mencairkan prinsip Islam yang dipegangnya menjadikan beliau seorang tokoh yang unik.
Liew Chin Tong ialah pengarah Biro Pendidikan DAP. Kertas ini disampaikan pada Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat anjuran Amanah di Kuala Lumpur 9 April, 2017.
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.
Nik Aziz - Tok Guru to all













Monday 9 April 2018

Buku - FIKRAH MURABBI - akan berada dipasaran pada Mei 2018



First Edition

The author has asserted their moral right under the
Copyright, Designs and Patents Act, 1988, to be identified
as the author of this work.

All Rights reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in a retrieval system, or transmitted, in any form or by any means, without the prior written consent of the copyright holder, nor be otherwise circulated in any form of binding or cover other than that in which it is published and without a similar condition being imposed on the subsequent purchaser.
A CIP catalogue record for this title is available from the British Library.




Mutiara kata Tok Guru

“ Kaya sampai ke syurga, berpengaruh sampai ke syuarga, bijak sampai boleh bawa kita ke syurga,
 kalau nak kaya sahaja, firaun pun kaya tapi kenapa nama dia digazet dalam quran sebagai ahli neraka,
Jadi mahu kita orang Islam ni didik diri kita,
dan Islam tidak ada hari cuti,
nak kerja hari jumaat tak apa boleh kerja,
cuma bila sampai  waktu  sembahayang jumaat berhenti,
 tu jah lah, pergi sembahayang.”

“Allah taala buat dunia ni untuk manusia,
 dengan logamnya, dengan petrolnya, dengan mineralnya, dengan balaknya, dengan segala biji-bijian.
 Semua dibuat untuk manusia, bukan untuk iblis,
 bukan untuk malaikat,  hanya untuk manusia.
Bodoh kita orang Islam tak cari harta,
tapi cari harta jangan tiru orang lain,
 kita tiru Nabi Muhammad s.a.w.”

 “Bukan Nabi Muhammad pelihara kambing kita mesti pelihara kambing juga, tapi cari harta boleh bawa ke syurga, sebab tu nabi kita tinggal doa masyhur dalam quran,
“Rabbana atinar firdunia hasanah wafilarkira tul hasanah warkinar azarbarnar”.
“Hey tuhan bagi kami hasanah,
 hasanah tu makna bahagia, selamat, tenteram, seronok,
serta di akhirat juga seronok, nak seronok buleh, tapi akhirat juga mesti seronok, itu doa kita.
Dia doa ni tak selesai dengan doa, mesti dengan kerja,
kerja bersama dengan doa, doa bersama dengan kerja,
nak kahwin, nak berniaga, nak berpolitik,
nak kahwin dengan anak siapa, semua ni ada panduan dia, 
dibuat oleh tuan puanya dunia,
iaitu Allah,
 itulah kita panggil agama  Islam”.


“LELAKI”

Telah berdiri seorang lelaki hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan,
 bertahun sudah hasrat mu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman, barang keramat doa dan harapan
Kau melangakah bermula dari lembah,
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejak di puncak, semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki, Jeritan dapat diselindungi,
Tangisan mu……… resah di hati
Kau melangakah bermula dari lembah,
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejak di puncak,
Semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki, Jeritan dapat diselindungi,
Tangisan mu…….. resah dihati
Kau   sekianlah oh teman nan  sejati
Didalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah petahnya bicara
Kerana kau menyakini Tuhanlah  Yang Maha Esa
Kerana kau menyakini Tuhanlah  Yang Maha Esa

Tribute Dato’Siti Nurhaliza
Untuk Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat  (2103)



Kandungan

              Muatiara Kata Tok Guru ....#3
              “ Lelaki”…..#4
              Dari Hati Penulis…..#6
Bab 1:  Tok Guru Yang Saya  Kenali……#10
Bab 2:   Tok Guru Pejuang Bangsa Melayu…..#33
Bab 3:   Memperkenalkan Dasar Membangun  Bersama Islam…..#48
Bab 4:   Menukar Akaun Bank Kewangan Negeri Dari Bank   
             Konvensional Ke Perbankan Islam……#70
Bab 5:   Pakaian Pejabat Menutup Aurat / Sopan…..#82
Bab 6:   Penjualan Arak Dikawal……#104
Bab 7:   Memasuhkan Lesen Kedai Gunting Uniseks…..#114
Bab 8:   Menubuhkan Tabung Serambi Mekah….#121
Bab 9:   Program Tazkirah Mingguan……#130
Bab 10:   Membina Masjid Di Kawasan Pasar…..#139
Bab 11:  Anjur  Solat Terawikh Di Kawasan Pasar Malam…#147     
Bab 12:  Sambutan Bulan Sembahayang…#166
Bab 13:  Perniagaan Pasar Malam dihentikan Waktu Solat  
               Maghrib…..#173
Bab 14:  Pasaraya Tutup Perniagaan Sewaktu  Solat Jumaat…..#177
Bab 15:  Dasar Hari Bekerja Lima Hari Seminggu…..#182
Bab 16:  Melarang Persembahan Konsert Di Kelantan….#188
Bab 17:  Dasar Dan Garispanduan Pesembahan Kebudayaan …..#192
Bab 18:  Dasar  Pelancongan Negeri Kelantan……#201
Bab 19:  Konsep Pembanguan Bandar Baru……#207
Bab 20:  Pembangunan Aspek Pendidikan…..#212
Bab 21:  Pembentangan Undang-Undang Hudud……#225
Bab 22:  Pertanian Satu Ibadah……#232
Bab 23:  ‘Allah Huakbar’ Gantikan ‘Daulat Tuanku’……#245
Bab 24 :  Hak Dan Tanggung Jawab Kepada Kaum Lain……#252
Bab 25 :  Menggalakkan Rakyat Membina Masjid……#262
Bab 26:   Memperkenalkan Dinar Emas Di Kelantan……#268
Bab 27:   Melarang Persembahan KebudayaanYang Bercanggah
               Dengan Syariat……#276               
Bab 28:  Tok Guru Menteri Besar Yang Luar Biasa……#287
Bab 29 :  Penilaian Orang Bukan Melayu Terhadap Kepimpinan Tok Guru……#300
Rujukan:……#335