RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday 18 April 2018

BUKU FIKRAH MURABBI : BAB 26 : MEMPERKENALKAN DINAR EMAS DI KELANTAN



BUKU FIKRAH MURABBI - Published by FeedAread.com

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL2vDUN_JBbOM83Cs3VFarg8_CU-lW7dYkwrDE2zcP-4uhWuDMMF8qAgdP4h3IyWoFdppw_vmTDVYUtMdKJy9bvyQH6tzvBmwbWWIVenQkh2xHnmKeJbuE2603jBTHm8bzcjfCeKRlkrU/s1600/Cover-Proof%25281%2529.jpg


BAB 26 : MEMPERKENALKAN DINAR EMAS DI KELANTAN

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun” ( Al Imran : 91)
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” ( At Taubah: 31)
Emas adalah diantara logam yang dihuraikan di dalam kita suci Al Quran. Terdapat lapan kali ayat-ayat Al Quran yang menghuraikan tentang  kepentingan emas untuk kehidupan manusia di dunia dan juga emas diceritakan sebagai  perhiasan dan alatan yang digunakan di dalam syurga.
Ole itu emas adalah sesuatu yang sangat bernilai.  Bawalah emas ke mana-mana dalam bentuk apa sekalipun tidak ada yang akan menolak emas daripada digunakan. Jika wang kertas terkoyak, ia sudah tidak laku lagi. Akan tetapi jika emas patah, pecah atau terhakis, ia masih boleh diperlakukan kerana nilainya terletak pada kualiti dan berat emas tersebut.
Emas juga tidak boleh terbakar pada apa suhu sekalipun. Bila Al-Quran pun menyebut emas – samada dalam hukum hakam atau perbandingan – maka sudah tentu emas menyimpan sesuatu maksud yang tersirat tentang nilainya.
Realiti kehidupan baik di zaman silam mahupun di zaman sekarang, emas sememangnya menjadi rebutan dan bahan yang amat berharga dalam kehidupan manusia. Di zaman kegiatan ekonmi ‘bater trade’ dahulu kala sememangnya emas dijadikan sebagai mata wang untuk perniagaan.  Hatta pada hari ini dunia telah diperkenalkan dengan perniagaan menggunakan wang kertaspun masih menggunakan emas sebagai deposit untuk sandaran bagi menentukan nilai sesuatu wang kertas yang dikeluarkan oleh sesebuah Negara.
Betapa bernilainya emas ianya diceritakan didalam Al Quran sebagai  perhiasan dan alatan yang digunakan didalam syurga. Firman Allah yang bermaksud:
“Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.” ( Al Kaf : 31)
“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera”.( Al Haj : 23)
Tok Guru sebagai seorang murabbi sememangnya arif tentang isi kandungan Al Quran telah mempromosikan pengunaan dinar emas dan dirham perak apabila negera Malaysia pada tahun 2008 terjabak sama dengan krisis ekonomi global. Banyak syarikat-syarikat samada syarikat besar atau kecil yang terpaksa menggulung tikar akibat dilanda hutang yang tinggi. Beribu-ribu pekerja kehilangan pekerjaan. Krisis yang melanda dunia pada masa itu bermula dengan krisis ekonomi Amerika Syarikat. Disebabkan kebanyakkan negara di dunia bergantung pada Amerika Syarikat, maka negara-negara tersebut turut sama mengalami krisis ekonomi.                                                    .

Krisis ekonomi yang sedang melanda dunia pada masa itu telah memberi kesan yang amat ketara bukan sahaja terhadap syarikat-syarikat malahan terhadap orang perseorangan. Harga kebanyakkan komoditi khususnya minyak dan makanan melambung begitu tinggi sehingga menjejaskan ekonomi, membawa ancaman stagflasi (inflasi yang disertai ketiadaan permintaan) dan pengunduran globalisasi.
Pada bulan februari 2008, Reuters melaporkan bahawa inflasi global mencapai tahap paling dahsyat dalam sejarah, manakala inflasi domestic berada pada paras tertinggi dalam masa 10-20 tahun bagi kebanyakkan negara. Pada pertengahan tahun 2008, data IMF menunjukkan bahawa inflasi adalah pada tahap tertinggi di negara pengeksport minyak, terutamanya akibat pertumbuhan rizab tukaran asing yang kekurangan pengendalian dasar kewangan yang boleh mengimbangi campur tangan tukaran asing sedemikian agar memastikan sasaran dasar kewangan negara itu tercapai.

Bagaimanapun inflasi juga menjadi-jadi di negara-negara yang dikelaskan IMF sebagai ‘negara termundur bukan pengeksport minyak’ dan ‘Asia Membangun’, disebabkan kenaikan harga minyak dan makanan, inflasi juga menjadi-jadi di negara-negara maju, namun tidak seteruk yang dialami negara-negara membangun.
Ekonomi Malaysia juga terjejas teruk pada masa itu, kadar petukaran wang Ringgit Malaysia merudum berbanding dengan  Dollar USD. Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah menambat Ringgit Malaysia dengan kadar 3.8 untuk  $1USD.
Tok Guru yang menerajui kempimpinan, sebagai Menteri Besar Kelantan ketika itu telah mengambil langkah  untuk mengawal kedudukan ekonomi Negeri Kelantan dengan memperkenalkan wang Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan.

Kerajaan negeri Kelantan  dibawah kepimpinan Tok Gur cuba untuk memberi dinar satu status sah diperlakukan, tetapi tidak disokong oleh kerajaan Persekutuan Malaysia di Putrajaya. Dinar telah dikeluarkan secara tidak rasmi, meskipun dengan tiada status sah untuk diperlakukan. Satu-satunya mata wang yang sah diperlakukan di Kelantan adalah Ringgit Malaysia. Menurut erlembagaan Malaysia, jadual kesembilan, bahagian 7.a negeri di Malaysia tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan duit syiling.
Yang Berhormat Datuk Husam Musa  yang merupakan seorang EXCO pada masa itu telah menyangkal dinar emas adalah mata wang. Ia hanyalah sebahagian daripada  system barter iatu sistem pertukaran barang yang lebih Islamik. Ianya telah dipelupuri oleh Khalifah Umar Al-Khattab. 
Pada 14 Ogos 2010, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz,Menteri Besar Kelantan dalam ucapan perasmiannya berharap “ Kelantan menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak  sebagai mata wang syariah, emas  untuk dinar dan perak untuk  dirham. Harapannya agar semua urus niaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri menggunakan dinar emas pada suatu masa nanti.”
Siling dinar emas yang diperkenalkan  oleh Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai komposis berlogam emas 22 karat. Ianya terdapat 3 jenis iaitu ¼ Dinar; ½ Dinar dan 1 Dinar.


Dinar Emas Kelantan.
Setelah  Dinar Emas di lancarkan secra rasmi oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz pada tahun 2008. Timbul kontravesi dari segi kuasa mengeluarkan siling tersebut. Dikatakan Dinar Emas Kelantan melanggar peraturan Bank Negara Malaysia jika ianya dijadikan mata wang. Kerana bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berbeza sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutan. Isi ini telah ditimbulakan oleh YB Datuk Mustapha Muhammed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa menyangkal dinar emas adalah mata wang . Ia hanyalah sebahagian daripada sistem barter iaitu sistem pertukaran barang yang lebih Islamik. Sistem mata wang konvensional tidak Islamik kerana mudah dimanipulasi dan terjebak dengan riba.
Sungguhpun Kerajaan Negeri Kelantan tidak menjadikan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang, tetapi seramai 1,000 peniaga di Kota Bharu dilaporkan akan menggunakan dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka. 'Mata wang' ini dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.
Dinar Kelantan adalah koin emas syariah dengan keberatan bagi 1 Dinar bersamaan dengan 4.25 gram ketulenan emas 22K (91.7%) Manakala Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dengan keberatan 1 Dirham bersamaan dengan 2.975 gram perak tulen yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bertujuan untuk mengembalikan penggunaan koin-koin Dinar Dirham sebagai mata wang alternatif kepada rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Dinar Kelantan mula diperkenalkan dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar. Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25.                                                       .

Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 Dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.            ,

Pada 12 Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengan corak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.                                                  .

Manakala Dirham pula mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260.                                                            .

Dinar dan Dirham Kelantan dapat berfungsi dengan sah sebagai mata wang dalam menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ia juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan (jual-beli) atau pun perkhidmatan kerana Dinar dan Dirham Kelantan menepati syarat sebagai mata wang syariah yang halal menurut syarak berdasarkan piawaian Khalifah Umar Al-Khattab.                                                                              .

Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.                                      .

Penggunaan Dinar Dirham adalah di antara sunnah Rasulullah s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah Baginda s.a.w, umat Islam dapat disatukan melalui penggunaan Dinar Dirham yang tidak mengenal sempadan. Corak tempaan Dinar Dirham mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannya adalah sama di serata pelusuk dunia.

Tok Guru Pencetus Idea Perniagaan Dinar Emas  di Melaysia:
Disebalik idea Tok Guru memperkenal  Dinar Emas  di Kelantan sebagai alternatif untuk menstabilkan ekonomi Negeri Kelantan yang meghadapi kemelesetan teruk akibat kesan kemelesetan ekonomi global pada tahun 2008 hingga beberapa tahun berikutnya. Bila diamati idea Tok Guru juga mendahulu masa dalam kegiatan perniagan emas di Malaysia.
Pada masa itu aktiviti perniagaan emas masih belum berlaku secara meluas di kalangan rakyat Malaysia. Dengan adanya Dinar Emas yang dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada tahun 2010. Aktiviti perniagaan emas mula aktif pada tahun berkenaan setelah berlaku kejatuhan harga  saham dan juga kejatuhan Ringgit akibat daripada ketidak stabilan ekonomi global. Sebagai alternatif, ramai rakyat Kelantan khususny dan Malaysia amnya mula mengalih aktiviti penyimpanan wang mereka dengan membeli Dinar Emas Kelantan (DMK). Mereka bagitu yakin dengan pembelian DMK kerana didapati kualiti emasnya adalah yang terbaik pada masa itu disamping harga emas yang sentiasa meningkat dari masa ke semasa.
Mengikut kajian kenaikan harga emas di pasar dunia dari tahun 2009 hingga 2020. Didapati kadar kenaikan secara purata adalah 20% setiap tahun. Ini memberi galakan yang amat tinggi untuk mereka yang mempunyai wang lebih untuk membeli Dinar Emas atau emas jongkong sebagai salah satu pelaburan mereka yang amat menguntungkan. Oleh itu tidak harianlah pada masa mutakhir ini perniagaan emas menjadi salah satu aktiviti yang diminati ramai.
HARGE PER GRAM
Tahun ke
Tahun
120.74

2009
144.89
1
2010
195.00
2
2011
208.65
3
2012
250.37
4
2013
300.45
5
2014
360.54
6
2015
432.65
7
2016
519.18
8
2017
623.01
9
2018
747.61
10
2019
897.14
11
2020

Kesimpulannya dapat di tegaskan bahawa Tok Guru seorang ulamak walaupun tidak mempunyai pengetahun yang meluas dalam bidang ekonomi, mampu mengilhamkan sesatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi keuntungan bila dilaksankan di pasaran ekonomi sesebuah negeri atau global. Bagi saya (penulis) hal ini tidak menghairankan kerana Tok Guru melakukan sesuatu perkara bukan sahaja menggunakan akal fikiran secara sendirian tatapi sebagai Menteri Besar dia boleh meminta pandangan dari pelbagai lapisan pegawai yang berpengalaman dalam sesuatu bidang.
Yang lebih menyakinkan saya Tok Guru sememangnya sentiasa mendampingi Allah dalam apa jua kerja yang akan dilakukannya. Beliau akan melakukan solat hajat dan bermunajat kepada Allah setiap malam untuk megadu segala masalah dan memohon hidayah Allah untuk meberi petunjuk atau idea bagaimana ianya boleh diatasi. Inilah ‘ikhtiar’ Tok Guru dalam menangani segala masalah yang timbul disepanjang beliau menjadi Menteri Besar Kelantan.
Saya masih ingat pada satu ucapan Tok Guru di Majlis Bersama Selibrbti, dia menyatakan sepanjang  menjadi Menteri Besar Kelantan hanya tiga (3) kali sahaja dia tidak sempat melakukan solah tahajud kerana kesibukan dan keletihan. Subhanallah, betapa rapatnya hubungan Tok Guru dengan Pencipta-Nya. Jadi tidak menjadi satu keajiban bagi seorang murabbi sepertinya dapat melahirkan satu idea yang bernas dan berkesan dalam menangani sesatu isu didalam masyarakat. Inilah diantara kelebihan memilih ulamak sebagai pemimpin di sesebuah negeri atau negara.


BUKU FIKRAH MURABBI : BAB 25 : TOK GURU GLAKKAN RAKYAT MEMBINA MASJID



 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL2vDUN_JBbOM83Cs3VFarg8_CU-lW7dYkwrDE2zcP-4uhWuDMMF8qAgdP4h3IyWoFdppw_vmTDVYUtMdKJy9bvyQH6tzvBmwbWWIVenQkh2xHnmKeJbuE2603jBTHm8bzcjfCeKRlkrU/s1600/Cover-Proof%25281%2529.jpg


BAB 25 :   TOK GURU MENGGALAKAN RAKYAT MEMBINA
                  MASJID .

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
"Hanya orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat sahajalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah." (At-Taubah : 18)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :       
"Barangsiapa demi keredhaan Allah, membangunkan sebuah masjid, walaupun seluas sarang burung merpati, nescaya Allah akan membina untuknya istana di syurga." (HR : Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)     
Tok Guru seorang pemimpin yang bertaraf ulamak dan begitu faham dengan janji Allah tentang kelebihan membina masjid telah membuat satu polisi bahawa “ Kerajaan tidak akan membina masjid di Kelantan, kerajaan akan hanya membantu pembinaan masjid yang diinisiatifkan oleh rakyat”.
Pada peringkat awal dasar ini diperkenalkan banyak pendapat yang negatif telah dilemparkan kepada Tok Guru.
“ Mana kerajaan Kelantan mampu membina masjid kerana duit tak ada”.
“ Tok Guru hanya bercakap tentang Membangun Bersama Islam, tetapi beliau tidak menggalakkan Kerajaan Negeri Kelantan membina masjid, rakyat pula yang disuruh bina masjid, macam mana ni ?”
Sungguhpun begitu Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mempedulikan apa jua pandangan negetif yang diberikan kepadanya. Tok Guru sebagai ‘arkitek ummah’ tidak mengindahkan kritikan terhadap dasar yang diperkenalkannya itu, kerana bagi Tok Guru tindakan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Kelantan bahawa pembinaan masjid sepatutnya dilakukan oleh rakyat, kerajaan hanya membantu sahaja. Kerana manafaat yang diperolehi oleh rakyat apabila membina sendiri masjid melalui ‘wang sumbangan’ akan memberi peluang kepada   memperolehi ‘pahala’ yang telah dijanjikan Allah di akhirat kelak.
“ Ambo tak mahu Kerajaan membina masjid keranan nak beri peluang kepada semua rakyat Kelantan berinfak dengan membina masjid, kerana Allah telah janjikan setiap sen yang dibelanjakan untuk pembinaan Rumah Allah di dunia ini,  jika dilakukan dengan ikhlas untuk beribadat kepada-Nya akan di bina sebuah mahliga di syurga, jadi tidak cerdiklah ambo sebagai pemimpin jika tidak memberi ruang kepada rakayat mendapat ganjaran pahala ini. Sebab tulah ambo tak bagi keutamaan Kerajaan Negeri Kelantan membina masjid” jelas Tok Guru didalam satu majlis.
Saya (penulis) juga pernah terlibat dengan pembinaan sebuah masjid di Mukim Panji Kota Bharu, Kelantan. Masjid yang dibina menalan belanja lebih kurang RM 4 juta. Untuk fasa Pertama AJK masjid telah mengumpul dana lebih RM2 juta. Kerjaan Negeri Kelantan telah memberi bantuan kewangan hanya lebih kurang RM100 ribu sahaja.
Alhamdulilaah dengan kesungguhan semua anak mukim di Panji, masjid telah dapat disiapkan. Yang lebih menarik dalam permerhatian saya, kegiatan mengimarahkan masjid dikalangan anak mukin telah bertambah baik. Pada setiap kali solat bilangan mereka yang hadir berjemaan telah bertambah dari masa ke semasa.
Pada akhir tahun 2016 pembinaan fasa kedua Masjid Mukim Panji telah hampir siap sepenuhnya, Cuma yang tinggal ialah membina menara sahaja yang telah mencapai 90% siap.
Apa yang amat membanggakan ialah sikap anak mukim yang telah menderma dengan jumlah yang lebih berlipat ganda berbanding semasa menggunakan masjid bagunan lama dahulu.
Saya masih ingat dalam satu mesyuarat AJK masjid pada satu ketika dahulu saya telah mencadangkan punggutan derma secara membawa kain “kandi” dihadapan para jemaah sebaik sahaja solat jumaat selesai.
“Tuan Pengerusi saya mencadangkan supaya kita membuat kutipan derma untuk tabung pembinaan masjid dengan cara pemunggut derma yang kita lantik berjalan di hadapan ahli Jemaah sebaik sahaja selesai solat jumaat” saya mengemukakan cadangan dalam satu mesyuarat AJK Masjid..
“ Saya tidak besetuju cara ini, kerana jika dikutip secara berjalan dengan membawa ‘kandi’ depan para Jemaah pun berapa ringgit akan bertambah berbanding dengan pungutan derma pada hari jumaat sekarang ( semasa bangunanan lama) kita hanya berjaya dapat lebih kurang RM500.00 hingg RM600.00 sahaj seminggu. Cara yang akan dicadangkan inipun jika bertambah meningkat kepada RM800 lebih sahaja seminggu. Berbinding dengan kos yang di anggarkan pembinaan untuk sebuah masjid baru dalam lingkungan RM4 juta. Sampai bila kita dapat jumalah itu”. Seorang AJK memberi cadangan balas.
Setelah dipersetujui oleh mesyaurat AJK Masjid, perlaksanaan cara kutipan derma yang dicadangkan itu telah memberi impak yang agak menakjubkan. Pada bulan pertama ianya dilaksanakan jumlah derma yang diperolehi telah meningkat agak tinggi melebih RM1,000.00 seminggu. Setelah siap fasa pertama pembinaan masjid, kutipan mingguna pada hari jumaat telah meningkat kepada RM2,000.00 lebih seminggu.  Setelah pembinaan fasa kedua disiapkan kutipan minggun telah miningkat kepada RM3,500.00 higga RM4,500.00 lebih seminggu.
Kini pada tahun 2017 anak mukim di Masjid Panji telah dapat menunaikan solat berjemaah dengan lebih sempurna kerana banguna masjid yang baru dengan tempat solat yang dapat menampung Jemaah hampir 1 ribu orang pada satu-satu masa serta dilengkapi dengan pendingin udara. Bilangan Jemaah yang hadir solat berjemaah juga telah bertambah ramai. Begitu juga dengan program kuliah agama yang dianjurkan pada malam-malam tertentu telah memperlihatkan peningkatan kehadiran.
Berdasarkan kepada pengalaman yang dialami ini kita dapat melihat betapa jauhnya pemikiran seorang murrabbi seperti Tok Guru telah memperkenalkan dasar yang pada sekali imbas memperlihatkan ketidak perihatinan kerajaan Negeri Kelantan dalam ‘syiar Islam’ tetapi Tok Guru sebenarnya ingin mewjudkan peluang kepada semua rakyat untuk melaksanakan satu perniagaan dengan Allah memlalui sedekah atau infak dalam membina masjid. Dengan adanya dasar ‘Kerajaan Negeri Negeri Tidak Memberi Penumpuan Untuk Membina Masjid’  peluang bagi setiap rakyat tidak kira orang kaya atau miskin dibuka seluas-luasnya di setiap mukim di seluruh Negeri Kelantan untuk mendapat saham pahala dalam pembinaan masjid ini. Allah tidak melihat jumlah banyak mana wang yang didermakan untuk membina ‘rumah Allah’ itu, tetapi nilai bagi Allah yang akan menentukan ganjaran pahala di akhirat nanti ialah sejauh mana keiklasan seseorang hambanya yang menderma. Jika si miskin yang menderma hanya RM10 sahaja tetapi itulah jumlah yang paling banyak yang termampu olehnya kerana kedaifan dan kefakiran ianya lebih besar ganjaran pahala di sisi Allah berbanding dengan derma yang di beri oleh orang kaya yang mempunyai harta puluhan juta. Derma sebanyak RM1 juta yang diberi dengan niat ingin mendapat sanjungan manusia dan populeriti, niali bagi Allah amat sedikit malah mungkin tidak mendapat ganjaran pahala langsung kerana ianya riak dan menunjuk-numjuk. Aauzubillah himinzalik.
Kerana Tok Guru sememangnya mengetahui sekiranya Kerjaan Negeri membina masjid untuk mendapat keuntungan politik ( sokongan rakyat dalam pilihanraya) ianya adalah satu tindakan yang sia-sia yang dimurkai Allah.

Tok Guru begitu faham dengan ayat Al Quran yang bermaksud :
“Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemadharatan (pada orang-orang Mukmin), untuk kekafiran dan memecah belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah,”kami tidak menghendaki selain kebaikan.”Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya)” .[at-Taubah/9:107]

Sebagai pemimpin Tok Guru tidak mahu diperosal oleh Allah di akhirat nanti kerana membiarkan polisi kerajaan Membina Masjid untuk mendapat sokongan rakyat dan juga menunjukkan bahawa kerajaan bertanggung jawab untuk tegakkan Islam .
Bagi Tok Guru dia amat takut jika perbelanjaan puluhan juta ringgit oleh Kerajaan itu tidak diterima oleh Allah kerana wang digunakan untuk mendapat keredaan manusia di dunia ini. Lebih-lebih lagi Kerajaan Negeri Kelantan mengalami Belanjawan deficit setiap tahun. Oleh itu dana kerajaan yang terhad itu perlu digunakan sebaik mungkin dan mana-mana projek yang boleh digunakan sumber lain, Tok Guru akan pastikan projek berkenaan tidak diberi peruntukan dari dana Kerajaan Negeri.
Dalam kes pembiayaan untuk pembinaan masjid ini Islam sememangnya menggalakkan umatnya membina masjid dengan pemberian harta mereka masing-masing mengikut kemampuan seseorang kerana mereka akan diberi ganjaran yang amat besar di akhirat nanti sebagai balasan jihad mereka dengan mederma secara ikhlas untuk membina ‘rumah Allah’ di muka bumi ini.
Firman Allah S.W.T bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?”(as-Shaff: 10-11)
Di antara bentuk perniagaan dengan Allah ialah seperti membaca al-Quran, mendirikan solat dan menafkahkan harta yang dikurniakan Allah kepada manusia secara terang atau  sembunyi. Inilah perniagaan yang tidak akan rugi selama-lamanya. Firman Allah:
“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.”(Fatir: 29).
Oleh itu Tok Guru telah mengambil langkah bijak dengan mengarahkan supaya wang kerajaan tidak diberi keutamaan untuk pembinaan masjid bagi membolehkan rakyat mempunyai kemudahan untuk berderma atau berniaga dengan Allah melalui permberia derma kepada projek membina masjid bagi mendapat ganjaran pahala yang tiada nilainya di akhirat kelak.
Satu lagi perkonsian pengalaman saya  berkaitan dengan pembinaan masjid di Mukim  Panji Kota Bharu ialah pembinaan masjid yang diusahakan oleh AJK Masjid dengan kerjasama semua Jemaah di kharian ini. Mendorong kepada cara pembinaan menggunakan keadah ‘upah kerja’ diberi kepada kontrakor dan bahan-bahan binaan dibeli oleh AJK Masjid. Kaedah ini digunapakai adalah untuk memprolehi kos pembinaan yang paling optimum.
Di fasa pertama pembinaan bagunan baru dengaan keluasan 5,000 kaki persegi. Tender yang dibuka untuk ‘upah kerja’ terdapat dua tawaran. Satu tawaran dengan kadar RM24.00 sekaki persegi dan tawaran kedua dengan kadar RM14.00 sekaki persegi. AJK telah membuat tawaran kepada  tawaran yang termurah RM14.00 sekaki persegi dan juga mengambil kira kemampuan kontraktor berkenaan berdasarkan rekod kerjanya dengan agensi kerjaan serta kontraktor yang dipilih juga merupakan salah satu kontraktor telah terpilih sebagai “Kontraktor Berwibawa”.
Setelah kontrokor menyiapkan kerja-kerjanya beliau hanya membuat tuntutan terhadap upah kerja pembinaan tak sampai 30% dari jumah kos yang telah di pesetujui. Selebihnya diberitahu kepada AJK Masjid bahawa dia telah memberi derma kepada Masjid. Apa yang ingin ketengahkan disini ialah kesan ‘ spil over’ dasar yang telah diilhamkan oleh Tok Guru telah memberi ruang kepada banyak pihak untuk menderma ke jalan Allah. Jadi pandangan setengah pihak yang mengatakan dasar yang diperkenalkan oleh Tok Guru supaya Kerajaan Negeri Kelantan Tidak Memberi Keutamaan untuk Membina Masjid satu dasar yang tidak selari dengan kehendak Islam adalah satu pandangan yang amat meleset. Walahal Tok Guru yang mengeluarkan sesuatu idea untuk dijadikan dasar dalam memerintah negeri Kelantan yang dia sebagai Menteri Besar adalah dibuat setelah bermunajat dengan oleh pada malam hari (solat tahajjud). Cetusan idea Tok Guru adalah dengan mendapat pertolongan Allah bukannya satu tindakan beliau bersendirian.
Yang lebih mengembirakan lagi kontraktor yang mewakafkan sejumlah wang kos pembinaan kepada masjid Mukim Panji semasa pembinaan fasa pertama dahulu, saya telah diberitahu bahawa beliau telah berjaya memperolehi tendar membina sebuah sekolah yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan dengan jumlah kos hampir RM8 juta. Disini membuktikan bahawa derma ikhlas yang diberi untuk mendapat keredaan Allah telah diberi ganjara di dunia lagi dengan jumlah berlipat kali ganda. Bayangkan jumlah ganjaran pahala yang akan diperolehi di  akhirat kelak tentu lebih besar lagi ? Subhanallah.
Kesimpulannya Tok Guru memperkenalkan dasar ini telah dapat memberi peluang kepada rakyat di semua peringkat untuk mengambil peluang “berniaga dengan Allah” kerana derma ikhlas yang diberi untuk membina masjid akan memperolehi ganjara pahala yang berlipat kali ganda di akhirat nanti. Allah telah janjikan sebuah mahligai di syurga bagi sesiapa berinfak untuk membina rumah Allah (masjid) di dunia ini.
Disini memperlihatkan bahawa seorang ulamak yang menjadi pemimpin di sesebuah negeri akan membawa rakyat yang dipimpinnya bukan sahaja memperolehi kebaikan di dunia tetapi ianya juga akan mempastikan semua rakyat yang dipimpin mendapat keredaan dan kebahagian kurniaan Allah di akhirat yang kekal abadi. Tok Guru sebagai ‘arkitek ummah’ mempunyai visi yang lebih jauh berbanding dengan pemimpin lain di Malaysia. Kerana kelebihan ‘pahala’ yang akan dikurniakan Allah di akhiarat nanti adalah lebih penting daripada mendapat pujian dan sokongan manusia di dunia. Terbukti Tok Guru sebagai pemimpin yang mampu mebawa pengikutnya memperolehi kebaik di dunia dan juga kebaikan diakhirat.