RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday 29 August 2018

JAMAK S0LAT KERANA RAWATAN DIALISIS

Fatwa Mufti Selangor:Jamak Solat Kerana Sakit

HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PESAKIT-PESAKIT KRONIK DI HOSPITAL-HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA.

1.  TUJUAN.

Kertas ini disediakan adalah untuk mendapat pandangan dan pertimbangan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor mengenai "Hukum Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Pengakit Kronik"

2.  LATAR BELAKANG.

2.1.  Isu ini timbul ekoran daripada pertanyaan orang ramai kepada JAKIM mengenai hukum sembahyang jamak kerana menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik saperti rawatan hemodialisis bagi pesakit buah pinggang    watan hemo,rawatan penyakit jantung,lumpuh dan seumpamanya yang telah mendapat pengesahan daripada doktor-doktor pakar dari hospital-hospital kerajaan ataupun swasta.

2.2. Penggunaan alat-alat semasa dan sesudah rawatan hemodialisis adalah saperti berikut:

(i)  Semasa Rawatan.

Setiap pesakit dikehandaki pemeriksaan tekanan darah sebelum,semasa  dan sesudah rawatan sekurang-kurangnya 5 kali menggunakan alat khas tekanan darah tinggi.Kamudian ditimbang berat badan 1 kali sebelum dan 1 kali selepas rawatan untuk mengetahui berat sebenar.Bagi timbangan berat sebelum rawatan untuk mengetahui kedudukan berat air yang ada dalam badan dan timbangan ke dua selepas rawatan untuk mengtahui berapakah sudah dikurangkan air dalam badan.

Semua bacaan untuk timbangan berat ini dicatat dalam rekod peribadi.Kamudian jururawat akan membuat akan membuat suntikan didua tempat dilengan,satu untuk pengeluaran darah dan satu lagi untuk memasukkan semula darah.Setelah suntikan dibuat jarun itu tetap berada dilengan pesakit dari awal hingga keakhir masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam atau paling lama 5 jam.Aliran dari keluar meloalui bawah llengan suntikan bahagian bawah memasuki tiub yang digunakan untuk masuk kedalam satu tiub penapis sebagai fungsi buah pinggang,untuk menapis segala daarah kotor dan lebihan air yang berada dalam darah menggunakan mesin khas.Kamudian darah yang bersih disalurkan semula kelengan bahagian atas melalui jarun yang tersedia.

(ii)  Selepas Rawatan.

Setelah cukup masa nrawatan sekurang-sekurangnya 4 jam tadi.Jururawat akan membuka tamparan saerta jarun berkenaan dan diletakkan tamparan lain dengan menggunakan sejenis kainng dikeraskan dibahagian liang suntikan supaya menghalang darah keluar kerana ketika itu jika tidak buat demikian darah akan terpancut keluar dengan kuat (dalam timpuh satu jam) liang suntikan hanya boleh dibuka dalam timpuh lebih dari 40-60 minit kerana diwaktu itulah bagi pesakit tertentu liang suntikan itu tela tertutup oleh darah yang beku,tetapi bagi setengah pesakit pula lebih dari 1 jam,ini bergantung kepada kecairan dan kepekatan darah seseorang.

3.  PERMASALAHAN/PERSOALAN

Bolehkah orang yang mejalani rawatan hemodialisis dan seumpamaan menunaikan sembahyang Zohor dan Asar-Jamak Tekhir disebabkan oleh rawatan berkenaan?

(i)  Bagi pesakit mengambil syif rawatam pertama iaitu jam 6.00 pagiiiii-12 tengahari dalam timpuh rawatan ini tidak menimbulkan masalah dari segi waktu sembahyang ferdhu kerana rawatan itu telah selesai sebelum waktu Zohor.

(ii)  Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan kedua iaitu jam 11pagi-6.petang,menimbulka impliksi hukum mengenai sembahyang.Ini menyebabkan waktu sembahyang zohor luput.Sementara itu sekiranya pesakit mengambil wudud sebelum rawatan dibuat,ia boleh membatalkan wudud disebabkan persentuhan dengan jururawat wanita bagi pesakit lelaki atau disebabkan keluar angin daripada dubur.

(iii)  Bagi mereka yang mengambil syif rawatan ketiga jam 3.00 petang-9.00 malam,menimbulkan masalah kerana melibatkan sembahyang Asar dan Maghrib.Apakah boleh lagi pesakit berkenaan sembahyang jamak Takdim,sembahyang zohor dan Asar dan jamak takhir,sembahyang Maghrib dan Isyak?

4.  ASAS-ASAS PERTIMBANGAN.

3.1.  Mengikut kitab Ashan al-Kalam Fi al-Fatawa Wl Ahkam oleh Fadhilah Syeikh Atiyyah Saqr,Juzu 3 hal 421-422 menyatakan mengenai pendapat-pendapat Ulama bagi empat Mazhad.

(i)  Menurut pendapat Mazhab Maliki harus jamak sembahyang ketika bermusafir jauh atau dekat.Begitu juga bagi orang yang sakit yang pitam atau sakit dikepala yang boleh menghalangnya daripada menunaikan sembahyang ketika masuk waktu kedua,maka harus baginya mengtakdimkan sembahyang tersebut.Begitu juga harus jamak sembahyang hujan lebat,ribut pasir,kegelapan malam,maka harus dijmak secara takdim sembahyang meghrib dan isyak dengan syarat sembahyang tersebut dilakukan dimasjid secara berjamaah.

(ii)  Mengikut pendapat Mazhab Syafie,harus jamak sembahyang kerana musafir yang lama perjalanannya dengan sebab hujan secara jamak takdim sahaja,apa bila dilakukan sembahyang itu saecara jamaah dimasjid yang jauh daripada rumahnya mengelakan kesusahaan untuk pergi kesana,maka ia harus menjamakan sembahyang walau pun tidak kerana hujan dan harus jamak sembahyang sama ada takdim atau takhir bagi orang yang sakit.

(iii)  Sementara Mazhad Hanafi pula tidak harus jamak sembahyang secara takdim kecuali bagi orang yang mengerjakan haji di Arafah dengan syarat berjamaah berserta Iman atau naibnya dan tidak harus menthlulkan sembahyang kecuali di Muzdalifah bagi orang yang mengerjakan haji,maka ia boleh sembahyang Asar dalam waktu Zohor di Arafah dan sembahyang Maghrib dalam waktu Isa di Muzdalifah.

(iv)  Mengikut Mazhab Hambali,harus bagi orang sakit mengerjakan sembahyang ketika timbulnya kesusahan mendirikan sembahyang apabila masuknya waktu.Harus juga menjamakan sembahyang bagi orang yang lemah daripada mengtahui awal waktu sembahyang bagi orang yang buta dan begitu juga bagi orang yang takut berlaku kemudaratan ke atas dirinya,harta atau maruahnya atau takut kemudaratan yang bersangkutan dengan kehidupannya dengan meninggalkan sembahyang dan yang lebih utama ialah memilih yang paling mudah ke atasnya sama ada untuk jamak takdim atau takhir dengan mematuhi syarat-syarat takdim dan takhir saperti tertib,niat jamak dan berterusan uzur.

3.2.  Mengikut keputusan jawatankuasa fatwa kali ke 14 pada 22-23 oktober 1985 menyatakan bahawa dalam Islam uzur syarie adalah diertiiiiian saperti berikut:

(i)  Keuzuran diluar kuasa seseorang untuk megatasinya saperti pesakit kronik,menghadapi hujan,ribut dan taufan.

(ii)  Keuzuran bersabit dengan keluarga atau saudara yang sakit tenat tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.

(iii)  keuzuran berkenaan dengan kemukinan berlaku kerusakan bahan perusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu jumaat.

Daripada kesimpulan diatas dapatlah dirumuskan menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik saperti hemodialisis bagi pesakit buah pinggang dan seumpamanya adalah dikira uzur syarie yang diluar kuasa seseorang untuk mengatasinya.

5.  SYOR.

Berdasarkan faktor-faktor yang tersebut diatas,maka dengan ini dipohon Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) Negeri Selangor memutuskan "Hukum rawatan pesakit-pesakit kronik saperti hemodialisis dan seumpamanya dengan menjamak sembahyang fardhu dan keputusan ini hanya tertentu kepada orang yang mengalami penyakit berkenaan sahaja.

KEPUTUSAN.

ENAKMEN PENTABIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989.

FATWA TENTANG HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK DI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA.

JADUAL.

(i)  Harus menjamakan sembahyang kerana menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama.

(ii)  Perkerja-pekerja yang tidak dapat meninggalkan tugusan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan saperti doktor yang bertugas di Wad ICU dan seumpamanya yang setiasa bertugas tampa had masa.Keharusan menjamakkan sembahyang dikhususkan pada masa berlaku darurat sahaja,tidak terpakai pada masa sihat atau hari yang tidak ada rawatan atau ketika tidak bertugas.

Catatan:Sumbar dari Jabatan Ugama Islam Selangor. woa.

Tuesday 28 August 2018

BUKU - KEHIDUPAN PESAKIT GINJAL KRONIK ( CKD)


BAB 1 : SETIAP UJIAN ALLAH ADA HIKMAH-NYA.

Hari ini isteri ada janjitemu dengan doktor pakar di hospital Uniersiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Kami seperti lazimnya perlu bangun awal untuk persiapan ke hospital.
“ Abang hari ini kita pergi jumpa Doktor Pakar Buah Pinggang kan ? Tanya isteri kepada ku dengan wajah yang agak suram.
“ Ya tu, kenapa?”. Aku menyapuk pertanyaan isteri.
“ Sayang takut lah, apa yang doktor akan lakukan lepas ini? Isteri kelihatan semaking gusar.
“ Apa hendak dirisaukan , Cuma medical checkup untuk pastikan status buah pinggang, itu sahaja?
“ Tapi jika keadaan buah pinggang didapati serius, sudah pasti ayang kena buat dialysis?” isteri meluahkan kebimbangannya.
Aku diam tidak memberi jawapan balas untuk meredakan kerusingan  isteri. Di benak fikiran ku terbayang akan kerumitan yang akan dihadapi dari masa ke semasa jika ditakdirkan isteri terpaksa menjalani rawatan dialysis.
Aku terkenang nasib kami suami yang sentiasa diuji Allah dari masa ke semasa. Mana tidaknya  semasa awal perkahwinan di tahun 80 an dahulu, selepasa dua tahun perkahwinan kami, aku di timpa kesakitan lutut yang amat serius.
Masuk  kelaur wad itu perkara biasa sahaja. Kadang kala masuk wad untuk rawatan beberapa hari sahaja. Yang paling lama sampai tiga bulan. Masa inilah aku dapati isteri yang ketika itu telah beranak dua orang, terpaksa ulang alik  dari rumah sewa kami di Pengkalan Chepa ke Hospital Besar Kota Bharu. Kesian kat  isteri yang terpaksa mengejar masa setiap hari. Pagi hari ke Hospital  untuk menjaga aku di wad , sebelah malam pula balik ke rumah sewa menjaga anak kami dua orang yang baru berusia 2 tahun dan 1 tahun.
Musibah yang ditentukan Allah ini telah membuktikan kesetiaan isteri kepada ku, mana tidaknya semasa aku terlantar di wad hospital dengan kaki berbalut simen ‘pop’ (Plaster of Paris) dari buku lali hingga ke paha, telah menghadkan pergerakkan ku, setiap kali aku membuang air kecil dan besar, isterilah yang mencucinya.Kadang kala isteri kut termuntah menahan bau najis ku yang menyucuk hidungnaya.
Sugguhpun begitu janji Allah adalah benar sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“ Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan kami menguji kamu dengan kesusuahn dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu  semua akan kembali.”( Surah Al Anbia’ ayat 35)
Selepas ujian pertama yang Allah berikan. Alhamdulillah dapat kami suami isteri mengharuminya. Kehidupan kami sekeluarga pada tahun-tahun berikutnya  dipenuhi dengan kegembiraan dan dimurahkan  rezeki seadannya.
Setelah hampir 20 tatuh lebih Allah kruniakan keharmonian berkeluarga kepada kami, dengan dikurniakan anak seramai 7 orang; 3 perempuan dan 4 lelaki. Pada pagi 1 haribulan Mac 2001, aku dikejutkan oleh berita yang amat mengharukan.
“ Daddy cepat datang ke hospital, mama koma sekarang ni”. Anak lelaki kedua ku memberitahu melalui telefon.
Aku yang sedang bersiap sedia untuk tunaikan solat subuh pada pagi itu, terus bergegas ke hospital setelah selesai solat.
“ Encik, isteri encik perlu mendapat rawatan lanjut dengan doktor pakar, kami syaki ianya berlaku pendarahan dalam otak, sebab itu dia koma”. Doktor yang merawst isteriku memberi tahu, aku hanya mengangguk-anggukkan kepada sebagai reaksi spontan.
Bila doktor mengatakan isteri ku mengalami pendaharan dalam otak, terbayang dalam minda ku keadaan isteri yang mungkin tidak lama lagi akan hidup di dunia ini. Ini berdasarkan kepada beberapa kejadian yang pernah dialami beberapa orang pesakit yang mengalami pendaharan dalam otak, kebanyakannya berksudahan dengan mati. Jika hidupun majoritinya tidak dapat pulih seperti sediakala. Mereka akan hidup dengan seba kekurangan yang memerlukan bantuan daripada orang lain bagi memenuhi keperluan kehidupan mereka.
Sememangnya benar apa yang saya banyangkan itu. Isteri ku setelah menjalani pembedahan otak keadaan fizikalnya telah lumpuh sebelah tubuh, tangan dan kaki bahagian kanan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Kehidupan seharian isteri perlu dibantu oleh ku sepenuhnya.
Ini telah terbukti firman Allah didalam Al Quran bahawa setiap insan yang hidup didunia ini akan diuji sebagaiman firman-Nya yang bermaksud:
“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengakatakan “ Kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji ?”  ( Al Ankabut ayat :2).
Keyakinan ku kepada firman Allah ini amat mendalam sekali telah menjalani liku-liku hidup bersama isteri yang lumpuh sebelah tubuh untuk tempuh lebih 15 tahun.
Daku yang dahulunya hanya sebagai pembantu kepada isteri dalam melaksankan kerja-kerja rumah seharian, telah bertukar menjadi salah satu tugas utama harian. Kerja memasak, membasuh kain baju dan mengemas rumah terpaksa daku lakukan sendirian. Kerana isteri yang lumpuh telah tidak dapat melaksanakan taggung jawabnya lagi.
Sebagai seorang suami dan ketua keluraga kepada anak-anak kami, daku terpaksa melalui detik perit jerih, suka duka selama lebih 15 tahun itu degan penuh tabah dan sabar. Aku amat bersukur kehadrat Illahi tang telah mengurniakan ketabahan dan kesabaran dalam jiwa yang kerdil ini untuk melalui segala dugaan-Nya. Tanpa hidayah-Nya daku yang serba kekurang ini sudah pasti tidak akan dapat menaggung segala segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan di dunia yang fana ini.
Juga insan yang kerdil ini amat berterima kasih kepada Almarhum ibu dan bapa yang telah memberi didikan agama sehingga jiwa ini dapat dengan rela dan rehda menempuh ujian Allah dalam setiap sudut kehidupan kami sekeluarga dengan penuh kesabaran. Tanpa didikan mereka berkumungkinan besar aku akan kecundang dalam mengharumi kehidupan di dunia ini  demi menerima ujian Allah ke atas hamba-Nya.
“Pak Cik, keadaan buah pinggang mak cik ni telah rosak agak serius, kandungan protin dalam air kencing semakin meningkat dari masa ke semasa, kita tidak dapat untuk merawat buah pinggang  mak cik dengan hanya makan ubat sahaja. Mak cik perlu kepada menjalani rawatan dialysis”.Doktor memberitahu kepada ku. Aku yang’ mengelamun sebentar tadi tersentak dengan berita yang agak mencemaskan itu.
“ Jadi apa yang perlu kami lakukan doktor” aku menyapuk.
“ Kita sedang atur untuk melakukan ‘fistulla’ sebagai persiapan untuk menjalani rawatan dialysis”
“ Fistulla apa doktor ? ”,  daku cuba mendapat penjelasan.
“ Melakukan pembedahan untuk menyambungkan salur darah tunjang (arteri) dengan salur darah kecil (vein) kebiasannya saluran darah di salah satu lengan , ia dikenali sebagai  ‘AV Fistula’. Arteri merupakan saluran darah yang membawa darah keluar dari jantung manusia. AV Fistula inilah akan digunakan untuk mencucuk jarum yang salurannya disambung ke masin dialisis  yang membolehkan darah keluar dan masuk ke masih bagi proses membersih darah” Doktor memberi penjelasan.
Isteri kelihatan agak ketakutan apabila mendengar penerangan dari doktor pakar Prof. Dr Areen.
“ Mak Cik jangan risau, ini adalah prosidur biasa bagi merawat pesakit buat pinggang kronik, rawatan ini telah dijalankan berpuluh tahun, in sya Allah setelah menjalani rawatan dialisis, Mak Cik akan merasai kesihatan lebih baik, rasa letih dan kurang selera makan dapat diatasi dan juga dapat melakukan kerja seharian dengan lebih baik.”
Aku hanya memerhati gelagak isteri yang kelihatan ketakutan dan cemas itu.  Sememangnya aku faham bernar perangai isteriku yang mudah ‘gemuruh’ apabila mendapat maklumat tentang kesihatan dirinya setiap kali aku membawa sister berjumpa doktor.
Malah kedaan tekanan darah isteri akan naik setiap kali pergi berjumpa doktor di hospital. Bila ditanya adakah beliau rasa takut atau gementar, dengan sepontan dia mengatakan “ Tidak”. Itulah jawaban biasa, tetapi apabila jururawat membuat pemeriksaan tekanan darah, didapati mencatat teakanan yang lebih tinggi.
“ Tekanan darah Mak Cik agak tinggi, ubat makan tak” nurse memberitahu isteriku
“ Ubat dah makan pagi tadi” jawab isteri spontan.
“ Masa di rumah tekanan darah biasanya normal, 106 dan 75 sahaja, kadang-kala lebih rendah misi”. Aku memberi penjelasan kepada nurse.
“ Mak Cik perlu melakukan pembedahan untuk membuat  ‘fistula”, tiba-tiba Doktor memberi tahu.
“ Bila  tarikh yang  Mak Cik boleh masuk wad”.
“ Boleh bila-bila masa doktor:. Saya membertahu. Isteri hanya melihat kepada ku dengan wajah yang kelihatan penik.
“ OK, kalau macam tu, satu bulan dari sekarang boleh ? “.
Selepas pemeriksaan doktor, kami pulang ke rumah. Semasa perjalan pulang isteri  diam  tidak berkata sapatah pun. Kebiasaanya selepas menemui doktor, isteri sering minta untuk membeli buah-buahan atau makanan.
Setelah selesai solat isyak, daku cuba membuka ‘internet’ untuk mencari maklumat lanjut tentang  ‘fistula’ dan ‘ prosidur untuk mejalani rawatan ‘dialisis’ . kerana inilah kali  pertama dalam keluaraga kami  yang terpaksa menjalankan rawatan untuk sakit buah pinggang kronik.
Diminda ku terlintas tentang pepatah yang mengatakan “ Belajar dari buaian hingga ke liang lahat”. Terbukti ianya benar. Stelah mencapai umur 64 tahun, daku terpaksa mempelajari perkara baru dalam kehidupan, terpaksa memahami tentang buah pinggang.
“ Inilah akibatnya semsa di sekolah dahulu aku cukup anti dengan subjek biologi, sekarang dah tua lanjut baru nak belajar” aku merunggut sendirian, mengimbas kembali masa sekolah dahulu pada tahun 60an.
“ Aah, lupakan saja  akan kisah-kisah silam, jika dikenangpun tak akan kembali lagi, aku cuba mententeram jika yang becelaru, baik mulakan sikap baru, belajarlah perkara baru dalam kehidupan seharian dan masa mendatang, itu adalah hakikat kehidupan jika kita mahu berjaya dan sentiasa ‘kemaskini pengethunan.
Lagipun banyak ayat-ayat Allah di dalam Al Quran yang menceritakan tentang ilmu.  Kita sebagai manusia ini walau setinggi mana sekalipun  tahap pendidikan yang kita dapat capai, bukanlah bererti kita telah tahun semua perkara, kerana  ianya boleh  diibaratkan sebagai ‘ mencelup jari dalam air  laut yang terbentang luas, air yang terlekat  dijari kita  itu adalah ‘ilmu manusia’ dan air laut yang saujana mata memandang itu adalah ‘ilmu Allah’. Sebagaimana diterangkan di dalam surah Al Khafi ayat  109.:
“قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَاداً لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَداً “ yang bermaksud:
“Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)”.
Ibnu Katsir dalam kitab Tafsir-nya menlis perkataan” ar-Rabi’”  ibnu Anas yang berkata : “Ayat tersebut menggambarkan perumpamaan ilmu seluruh manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah bagaikan setitis air dibanding seluruh lautan”.
Pada malam itu aku mengambil masa lebih satu jam untuk melayari internet mencari maklumat tentang ‘fistula’ yang dicakapkan oleh doktor pagi tadi. Dalam pencarian itu dapat lah aku simpulkan bahawa fistula adalah persiapan untuk membolehkan pesakit ginjal menjalani rawatan ‘dialisis’ dan perlu menyedikan ‘fistula’ bagi memudahkan cucukan jarum untuk membolehkan darah dari tubuh pesakut ‘keluar – masuk’ ke mesin dialisis yang akan memproses darah untuk ‘mencuci’ dan mengeluarkan ‘air’ yang berlebihan didalam darah dan selepas itu dimasuhkan kembali kedalam badan pesakit.
Secara  perubatan ‘fustila’ adalah satu pembedahan kecil di lengan pesakit  yang dilakukan untuk menyambung ‘artery’ dengan ‘vein’ yang dipanggil ‘AV fistula’. Pembentukan AV fistula ini akan menjadikan saluran darah membesar dan kuat untuk membolehkan jarum disuntik bagi mengalirkan darah dari badan pesakit mengalir kulur untuk masuk ke mesin dialisi dan setelah dibersihkan dimasukkan kembali ke dalam tubuh pesakit. Darah yang telah dibersihkan ini akan mengembalikan tenaga  pesakit untuk terus hidup dalam keadaan yang lebih sihat.
Secara gambarah pembetukan fistula dapat dilihat seperti di bawah:



Dari carian internet ternyata penyakit ginjal kronik adalah salah satu penyakit yang memerlukan kepada rawatan secara berterusan dengan menggunak mesin dialisis untuk mencuci darah dalam tubuh kita yang tidak mampu dicuci secara semulajadi, dengan kata lain penggunaan mesin dialisis adalah ‘talian hayat’ bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.
Banyak cabaran dan kesabaran yang perlu dilalui oleh pesakit dan juga penjaganya serta semua keluarga dalam memberi rawatan kepada pesakit ginjal kronik (CKD). Keperluan pesakit menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu bagi tempoh empat jam setiap satu sesi rawatan dialisis adalah satu tanggung jawab yang berat untuk dilakukan jika kita tidak mempunyai disiplin diri dan dedikasi dalam menghadapi ujian Allah ini.
Sebagaimana Allah berfirman dalam surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud :
 “ Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpim hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
Berdasarkan firman Allah ini, ianya merupakan satu pedoman untuk pesakit memuhasabah diri supaya segala kesakitan, jerih pedih yang dilalui oleh pesakit CKD dan juga keluarga pesakit perlu dihadapi dengan penuh kesabaran serta bersifat tenang dengan dugaan Allah itu, merupakan ‘yard stick’ bagi menilai keimanan dan ketaqwaam kepada Allah.
Bagi diriku dan isteri, sakit ginjal kronik yang dihadapi isteri sekarang ini adalah ujian Allah yang kedua selepas  ujian pertama kami dimana isteri telah menjadi strok sebelah tubuh selepas menjalani pembedahan kepada pada tahuh 2001 dahulu. Kemi suami iteri telah dapat menempuh segala dugaan itu semenjak lebih 18 tahun lalu dengan penuh kesabaran dan redha.
Kini sekali lagi diuji dengan ujian yang agak mencabar apabila isteri telah didiagnosis dan sahkan bahawa ginjal telah rosak di tahap 5 yang memerlukan rawatan dialisis untuk sepanjang hayat. Namun begitu kami masih besykur kerana masih di beri peluang untuk terus hidup oleh Allah bersama keluarga walaupun isteri perlu menjalani rawatan dialisis. Sesungguhnya kesakitan yang dialami isteri ini perlu bersyukur kepada –Nya kerana masih memberi peluang kami suami isteri untuk hidup bersama di usia emas ini, dan masih boleh bermersra dengan anak-anak, cucu dan keluarga.
Kesimpulannya bahawa segala penyakit yang diberi oleh Allah itu ada hikmahnya, kerana dengan kesakitan menjadikan kita tidak hilang pedoman dalam kehidupan. Bila sakit kita lebih banyak mendekati-Nya memohon kesembuhan dan  juga diberi kesabaran bagi menempuhkan segala dugaan itu. Sebaliknya jika Allah memberi kesihatan dan kemewahan harta benda dalam bentuk satu ‘istijdrah’ ianya adalah satu kerugian, kerana berkemungkinan kita akan lalai dan asik leka dengan kesenangan dunia hingga lupu kepada persiapan untuk hidup dialam yang kekal abadi di akhirat kelak. Kelalaian yang dilalui dengan kemewahan dan ksesnang dunia adalah satu kerugian besar berbading dengan kesakitan yang dialamai tetapi Allah memberi ketabahan dan kesabaran utuk kita menghadapinya, ini membuatkan kita tidak lalai dan sentiasa mendekati Allah  saban masa. Ini lah yang dikatakan ‘ Disebalik kesakitan, kesusuhan dan penderitaan itu ada hikmah yang tersembunyi yang akan mengembirakan kita diakhirat nanati. In sya Allah..