RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday 24 June 2021

ZAKAT

Zakat Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih 1.5 billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Iklan-iklan kutip zakat mahal dan hebat. Tiba-tiba ada si miskin kita terpaksa merintih simpati dari pihak lain termasuk gereja? Ada pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat. Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula ada pihak zakat yang gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pejabat zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya): “(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273) Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Bukan RM 100 ataupun 200 yang menyebabkan mereka akan beratur mengemis zakat setiap tahun. Kata Saidina ‘Umar r.a.:“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah). Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim juga akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam! DR MAZA #RakyatJelata4M

Tuesday 16 March 2021

13 Famous Scientist Converted to Islam.

See reasons why 13 famous scientists converted to Islam and what they found (opera.comApr 3, 2020 3:28 PM) 1) Keith L. Moore- Professor Emeritus, Department of Anatomy and Cell Biology, University of Toronto. He was amazed by the accuracy of the statements about embryology made in the Quran in the 7th Century, before anyone knew anything about it. These statements in the Quran could not be based on scientific knowledge of the time so it must have come from God. 2) E. Marshall Johnson- Professor and Chairman of the Department of Anatomy and Developmental Biology, and Director of the Daniel Baugh Institute, Thomas Jefferson University, Philadelphia, Pennsylvania, USA. He also talked about embryology in the Quran. He said that Prophet Muhammad must have got this information from some source and that he has no issues that it came from God. 3) T.V.N. Persaud- Professor of Anatomy, and Professor of Paediatrics and Child Health, University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Canada. He said for a man to make such profound statements about science in the Seventh Century is amazing. He said it could not be mere chance. 4) Joe Leigh Simpson- Professor and Chairman of the Department of Obstetrics and Gynaecology, Baylor College of Medicine, Houston, Texas, USA. He said he sees no conflict between genetics and Islam. He said Islam could guide science. He said the knowledge in the Quran is from God. 5) Gerald C. Goeringer- Professor and Co-ordinator of Medical Embryology in the Department of Cell Biology, School of Medicine, Georgetown University, Washington DC, USA. He said the Qur'an described human development and commingling of the gametes through organogenesis. He said nothing in history has seen such a feat besides current day science. 6) Alfred Kroner- Professor of the Department of Geosciences, University of Mainz, Germany. He talked about the origin of the universe and how it would be impossible for a man like Prophet Muhammad to know about this from his own mind. He said science today proves what the Prophet said 1,400 years ago. 7) Yushidi Kusan- Director of the Tokyo Observatory, Tokyo, Japan. He talks about astronomy and using telescopes. He said that the Qur'an has true facts about astronomy. 8) Professor Armstrong- Professor Armstrong works for NASA and is also Professor of Astronomy, University of Kansas, Lawrence, Kansas, USA. He was amazed by what the Qur'an says about astronomy and how the ancient writing of the Qur'an agrees with modern science today. 9) William Hay- Professor of Oceanography, University of Colorado, Boulder, Colorado, USA. He was very interested in how this information in the Qur'an could have this science in it and that it must be from God. 10) Durja Rao- Professor of Marine Geology teaching at King Abdulaziz University, Jeddah, Saudi Arabia. He said that the Qur'an could not be simple human knowledge and must be from a Supernatural Force. 11) Professor Siaveda- Professor of Marine Geology, Japan. He said the Qur'an is almost unbelievable and a very remarkable book. 12) Tejatat Tejasen- Chairman of the Department of Anatomy and is the former Dean of the Faculty of Medicine, University of Chiang Mai, Chiang Mai, Thailand. He said all the facts of science in the Qur'an can be scientifically proven today. 13) Dr. Maurice Bucaille- Born in 1920, former Chief of the Surgical Clinic, University of Paris, has for a long time been deeply interested in the correspondences between the teachings of the Holy Scriptures and modern secular knowledge. He said it is impossible to explain how a book produced at the time of Prophet Muhammad could contain ideas that have only been discovered today. How could a man know these facts without the slightest of error? https://news-af.feednews.com/news/detail/f7fa9839105d469431fcbf089972ca4f?client=news May Allah SWT guide us aright.

Friday 1 January 2021

Sifat Lelaki Yang Wanita Benci

SIFAT-SIFAT LELAKI YANG MAJORITI WANITA TIDAK SUKA. Pengotor Lelaki yang tidak pandai menjaga kebersihan diri dan persekitarannya memang belum layak berkahwin. Membela kuku yang panjang dan kotor, pakai baju berbau, atau buang sampah merata-rata tempat sememangnya akan menjadi ‘major turn off’ buat kaum wanita! Pemalas Sifat malas seperti tidak mahu berusaha atau hanya mengharapkan belas kasihan dan bantuan orang adalah sifat yang perlu dielakkan. Jadilah lelaki yang rajin berusaha dan mempunyai hala tuju dalam kehidupan. Panas baran Marah merupakan emosi semula jadi yang bersifat negatif. Cepat marah atau panas baran ini merupakan perkara yang sangat tidak disukai oleh majoriti wanita seluruh dunia. Belajarlah untuk bertenang dan mengawal kemarahan anda apabila berdepan dengan situasi yang menguji kesabaran anda. Orang yang berjaya mengawal sifat amarahnya adalah orang yang hebat. Mereka dianggap hebat kerana berjaya melawan bisikan syaitan yang ingin menyesatkan umat Muhammad SAW. Maki hamun Lelaki yang tidak tahu menjaga pertuturannya dengan mengeluarkan kata-kata makian perlu dijauhi. Sifat ini tidak disukai kerana ia boleh melemahkan kesihatan mental seseorang itu. Tidak beradab Tidak menjaga adab dapat dilihat dengan perbuatan seperti tidak tahu menghormati orang lain seperti wanita atau mereka yang lebih berusia. Gatal Wanita sangat bencikan lelaki yang bersifat gatal! Jika anda melihat wanita yang tidak dikenali sedang berjalan keseorangan, jangan sesekali mengganggu dia. Jaga jarak dan pandangan anda kerana anda akan membuatkan mereka berasa tidak aman dan tidak selesa. Kasar Berlembutlah dengan wanita yang anda sayangi. Ucap kata-kata dengan lembut serta layanilah mereka dengan penuh kasih sayang. Lelaki yang bersifat kasar dan tidak sopan sememangnya tidak digemari wanita. Terlalu mengongkong Lelaki yang terlalu mengawal pergerakan pasangannya akan membuatkan si dia berasa rimas dan bosan! Jangan terlalu mengongkong sehingga pasangan wanita anda tidak dibenarkan untuk berbuat apa-apa. Selagi si dia memahami batas pergaulannya, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. ADAKAH ANDA MEMILIKI SALAH SATU DPD SIFAT BERKENAAN??? JIKA ADA, BERUSAHALAH BERUBAH. MUDAH MUDAHAN WANITA ATAU TEMAN HIDUP ANDA SELESA DAN RASA BERTUAH MEMILIKI ANDA. Wallahuaklam.