Sebuah blog tentang kehidupan, inspirasi dan pengalaman. Menjurus keredaan Allah swt. (Experience of living, inspiration,to get pleasant of Allah )
Monday, 23 June 2025
PERANAN SUAMI SEMASA ISTERI MENGANDUNG
“Bayangkan… suami masuk bilik bersalin nak azan kat anak… tapi doktor cakap: ‘Maaf, dua-dua dah tak sempat diselamatkan.’”
Hari tu… sepatutnya hari paling bahagia.
Isteri dah 8 bulan lebih mengandung.
Anak pertama.
Suami ambil cuti awal, nak teman isteri buat check-up.
Dalam kepala dah fikir nama anak, barang baby, plan berpantang.
Tapi Allah…
Petang tu, isteri mengadu pening kepala.
Kaki dia bengkak sangat. Tangan menggigil.
Suami fikir mungkin sebab terlalu letih, angin kot.
Bila isteri jatuh pengsan depan bilik air —
Baru kelam kabut call ambulans.
Di hospital, doktor masuk sambil pandang muka suami lama…
“Puan kena pre-eclampsia teruk… tekanan darah dia lebih 200. Jantung dah mula lemah. Kita kena buat emergency delivery sekarang.”
Suami tak tahu nak cakap apa.
Dia cuma angguk.
Dia tak tahu… itu kali terakhir dia akan tengok isteri hidup.
Beberapa minit kemudian…
Bayi keluar… tapi dah tak bernyawa.
Isteri pula… jantung berhenti.
Cuba CPR, cuba defib…
Tapi Allah lebih sayang.
Doktor keluar dengan muka pucat.
“Maaf, dua-dua dah tiada…”
Suami rebah depan bilik OT.
Orang semua terdiam waktu mayat ibu dan anak diturunkan dalam satu liang lahad.
Ibu yang 9 bulan jaga anak dalam perut…
Pergi sekali, tanpa sempat azan di telinga anak sendiri.
Dan kisah ni… BUKAN satu dalam sejuta.
Hari yang sama, dua ibu lain meninggal selepas bersalin.
Dan kebanyakannya… sebab suami tak tahu apa-apa.
Tak tahu isteri dia sedang nazak dalam diam.
Tak tahu isteri dia menangis tengah malam sorang-sorang sebab terlalu penat.
Tak tahu isteri dia terlampau stress sampai tekanan darah naik mendadak.
Kenapa?
Sebab ada suami yang cuma tahu mengarah.
Cuma tahu komplen.
Cuma tahu minta layanan macam raja.
Tapi tak pernah tahu apa itu PE… apa itu pulmonary embolism…
Tak pernah tahu risiko seorang wanita yang sedang mengandung.
Isteri bukan robot.
Dia manusia.
Dia mengandung, dia sakit, dia berkorban — tapi masih sayang.
Dia penat, tapi masih layan.
Dia lemah, tapi masih senyum.
Dan bila dia pergi…
Baru suami menangis atas kubur, cakap “aku tak sempat minta maaf.”
Wahai lelaki…
Kalau hari ni isteri kau tengah hamil…
Jangan pernah anggap ringan.
Setiap detik, dia bertarung dengan maut.
Setiap malam, dia tidur dengan takut…
Takut tak sempat lahirkan anak.
Takut tak sempat peluk suami buat kali terakhir.
Kalau dia mati masa bersalin, dia syahid. Tapi kau… akan hidup dengan penyesalan sepanjang hayat.
Tolong sedar.
Isteri yang sedang mengandung bukan minta emas.
Bukan minta rumah banglo!
Dia cuma nak suami yang faham, peluk dia bila dia takut, suap dia bila dia penat, cium dahi dia bila dia terlalu lemah untuk berdiri.
Hargai sebelum terlambat.
Sebelum kau cuma mampu azan… di kubur anak dan isteri kau sendiri.
Al-Fatihah buat ibu-ibu syahid dalam bersalin.
Dan buat suami yang masih ada peluang… jangan sia-siakan orang yang sanggup pertaruhkan nyawa… untuk lahirkan zuriat kau.
Kredit Dr. Nur Syafieqah
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.