Sebuah blog tentang kehidupan, inspirasi dan pengalaman. Menjurus keredaan Allah swt. (Experience of living, inspiration,to get pleasant of Allah )
Wednesday, 27 August 2025
SEMUTAR PAKAIAN TRADISIONAL
SEMUTAR PAKAIAN TRADISIONAL KELANTAN
Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan kekayaan seni warisan tradisi dan budaya Melayu lama yang menjadi identiti dan kebanggaan bangsa Melayu hingga ke pelusuk dunia. Tidak ketinggalan juga seni pemakaian bangsa kita, yang menjadi tunjang dan pencerminan bangsa, agama, dan Negara. Namun ada sesetengah seni wrisan dalam konteks pemakaian kini telah mengalami era kepupusan hari demi hari.
Begitu juga dengan pemakaian semutar yang dahulunya dapat dilihat dimana sahaja terutamnya di negeri-negeri pantai timur khususnya di negeri Kelantan.
Kini pemakaian semutar amat jarang dan sukar untuk dilihat.
Semutar yang bermaksud pakaian penutup kepala atau kain ikat pengikat kepala kaum lelaki bagi masyarakat Kelantan atau dengan lebih jelas lagi, ia merupakan pakaian lilit kepala bagi golongan bawahan atau rakyat biasa yang tinggal dikampung.
Biasanya kain semutar menggunakan ikatan kain lepas, batik dan juga tuala.
Jika diteliti pemakaian seminar, memperlihatkan betapa praktisnya pemikiran nenek moyang kita. Kerana kain batik lepas yang diikat seperti pakai 'serban' dikepala mempunyai pelbagai kegunaan dalam aktiviti kehidupan di kampung.
Semutar digunakan sebagai penutup kepala untuk elak dari bahan panas sinaran matahari ketika berkerja di bendang. Ia juga boleh digunakan sebagai kain basahan mandi .
Bila masuk waktu solat, ia digunakan sebagai ' sejadah'.
Di situasi lain bila memetik hasil buah buahan dikebun seperti. Rambutan, duku dan sebagainya, ia dijadikan sebagai bungkusan.
Semutar juga digunakan sebagai alat mempertahan diri. Bila berlaku pergaduhan yang menggunakan parang Ia boleh digunakan sebagai perisai , Dengan digulungkan dan memegang di kedua hujung kain , ia dapat menghalang parang melibas muka seseorang.
Pada masa kini pemakaian semutar amat jarang kelihatan lagi terutama bagi generasi baru. Ia hanya kelihatan di pakai oleh warga tua contohnya petani, nelayan, peraih, tukang, penarik beca dan juga pesilat-pesilat pulut dalam majlis-majlis tertentu sahaja.
Pemakaian semutar dalam masyarakat Kelantan melambangkan pekerjaan si pemakainya iaitu bersesuaian dengan keadaan dan situasi sesebuah tempat kerja.
Biasanya semutar akan dibuka semula untuk menyapu peluh atau pun digunakan untuk mengipas badan apabila berehat dari bekerja disamping bertujuan untuk melindungi diri dari panas terik cahaya matahari.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.