Sebuah blog tentang kehidupan, inspirasi dan pengalaman. Menjurus keredaan Allah swt. (Experience of living, inspiration,to get pleasant of Allah )
Sunday, 24 August 2025
WARGA EMAS PERLU AKTIF UNTUK KEKAL SIHAT
1. Semakin tua semakin saya belajar bahawa tubuh perlu digerakkan setiap hari agar kita tidak kehilangan kemampuan untuk bergerak....?
2. Semakin banyak berehat makin kita akan berasa lemah. Otot dan tubuh jadi kurang aktif. Apabila kita terlalu banyak berehat atau baring tanpa sebarang aktiviti fizikal, otot mula kehilangan kekuatan (disebut “muscle deconditioning”). Ini menjadikan tubuh kita terasa lemah, lesu dan tidak bertenaga, walaupun kita rasa “dah cukup rehat”.
“Gunakan tubuh atau kita akan kehilangannya”, prinsip ini sangat benar dalam kesihatan otot dan tenaga badan.
3. Jika kita kurang bergerak, tubuh akan kekurangan rangsangan mental dan hormon tenaga. Aktiviti fizikal sederhana sebenarnya membantu merangsang pengeluaran endorfin, dopamin, dan serotonin. Hormon yang membuatkan kita berasa segar, gembira dan bertenaga. Tanpa pergerakan, hormon ini menurun dan kita mudah rasa murung, malas, dan ‘kosong’.
4. Kadar metabolisme menurun bila badan kurang bergerak. Kadar metabolisme (proses tubuh menukar makanan kepada tenaga) menjadi perlahan. Akibatnya, badan terasa berat dan tidak bertenaga walaupun tidak melakukan apa-apa.
5. Emosi dan fikiran turut terkesan. Kadangkala, ‘rehat’ yang kita ambil bukanlah benar-benar rehat yang menyegarkan. Jika kita berehat sambil berfikir terlalu banyak, scroll media sosial tanpa tujuan, atau bersedih, itu bukan rehat sebenar. Malah ia boleh mengurangkan semangat dan motivasi dalaman.
Apa yang boleh kita buat?
1. Bangun dan bergerak perlahan. Jalan 10 minit, buat regangan, bersihkan ruang kecil, mandi, solat (cuba lakukan pergerakan dalam solat dengan sempurna kerana ia adalah senaman yang sangat baik untuk tubuh).
2. Cuba amalkan “active rest”. Rehat sambil buat perkara yang tidak berat dan menyenangkan, seperti membaca, berkebun ringan, berzikir juga sebahagian dari cara berehat, atau mendengar bunyi-bunyian semulajadi. Terbaik adalah membaca Al Quran. Kerana semasa membaca AL Quran otot mulut bergerak aktif, mata memfokus ayat suci, telinga mendengar alunan suara bertaranum.
Serta memperolehi ganjaran pahala di hari akhirat.
3. Pastikan minum cukup air dan ambil makanan sebenar (“real food”). Kadang kita rasa lemah sebab dehidrasi atau kekurangan nutrien penting. Yang ini anda boleh buat ujikaji sendiri kepada tubuh. Cuba berhenti makan makanan yang diproses selama 1 bulan dan rasakan perbezaannya. Contoh makanan yang diproses adalah seperti Mi, roti, atau makanan berasaskan tepung, bebola ikan, “nugget”, keju, biskut, sosej, makanan ringan, mi segera dan lain-lain. Contoh makanan sebenar adalah ikan, ayam, nasi, daging, jagung, kentang, sayur, buah-buahan.
Kredit ,cnp.
#briskwalkkelilingkebun
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.