Sebuah blog tentang kehidupan, inspirasi dan pengalaman. Menjurus keredaan Allah swt. (Experience of living, inspiration,to get pleasant of Allah )
Friday, 22 August 2025
PENCAPAIAN PAS DI KELANTAN
Apakah pencapaian terbesar PAS sepanjang lapan penggal memerintah Kelantan sejak tahun 1990 hingga hari ini? Apa yang benar-benar berubah dan dirasai oleh rakyat?
Daripada sudut pandang Islam, saya melihat ada empat kejayaan besar yang telah dibuktikan oleh kerajaan negeri sepanjang tempoh ini.
Pertama, PAS berjaya menunjukkan kepada seluruh negara bahawa Islam bukan sekadar sesuai untuk urusan ibadah dan masjid, tetapi mampu menjadi asas kepada pentadbiran sebuah kerajaan yang moden dan stabil, dalam konteks masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia. Dahulu ramai yang meragui kebolehlaksanaan prinsip Islam dalam urus tadbir sebuah negeri. Ada yang menyangka Islam tidak boleh mengurus ekonomi, masyarakat majmuk, atau kehendak semasa. Tetapi selama lebih tiga dekad, dasar ‘Membangun Bersama Islam’ bukan sahaja kekal, malah semakin kukuh dan diterima oleh rakyat.
Islam dilaksanakan bukan secara kaku atau paksaan, tetapi melalui pendekatan yang mendidik, lunak dan bersesuaian dengan keperluan rakyat. Dari pengurusan ekonomi hingga pembangunan insan, daripada hubungan antara kaum hingga pendidikan, segalanya berteraskan nilai Islam yang menyeluruh dan seimbang. Inilah yang membolehkan Kelantan kekal aman, teratur dan utuh walau diuji pelbagai cabaran sepanjang pemerintahan.
Yang kedua, PAS membuktikan bahawa ulama bukan sekadar mampu memberi panduan agama, tetapi juga mampu memimpin negeri dengan penuh kebijaksanaan dan integriti. Selama ini, imej ulama sering dikaitkan dengan mimbar, bukan pejabat pentadbiran. Tetapi Tok Guru Nik Abdul Aziz telah mengubah persepsi itu. Beliau menjadi contoh terbaik seorang tokoh agama yang bukan sahaja disegani dalam kalangan umat Islam, tetapi juga dihormati oleh masyarakat bukan Islam. Hari ini, kesinambungan itu diteruskan oleh kepimpinan yang turut lahir daripada latar pendidikan agama, yang bukan sahaja memahami nas, tetapi juga mahir dalam mengurus realiti. Inilah kelebihan model kepimpinan berteraskan ilmu, taqwa dan kejujuran.
Ketiga, PAS membuktikan bahawa keadilan Islam merangkumi semua. Ia tidak terbatas kepada satu bangsa atau satu agama sahaja. Di Kelantan, masyarakat Cina, India, Siam dan Orang Asli terus hidup dalam keadaan yang damai, bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan masing-masing tanpa rasa terancam. Mereka bukan sahaja diterima, bahkan turut diberi ruang menyumbang dalam ekonomi dan kehidupan masyarakat. Keadilan yang Islam janjikan itu diterjemah dalam bentuk pentadbiran yang tidak menindas sesiapa. Inilah bukti bahawa Islam, apabila dilaksana dengan benar, menjadi pelindung kepada semua insan.
Keempat, Kelantan menjadi contoh bahawa Islam dan pembangunan bukan dua jalan yang bertentangan. Sebaliknya, apabila pembangunan dibina di atas asas agama, hasilnya lebih lestari dan berkat. Ramai yang menyangka negeri berasaskan Islam akan ketinggalan. Tetapi Kelantan membuktikan sebaliknya. Dalam keterbatasan dana dan pelbagai sekatan, kerajaan negeri tetap mampu membangunkan sistem pentadbiran, infrastruktur, pengurusan tanah, pendidikan dan kebajikan rakyat secara konsisten. Jika dibandingkan dengan zaman sebelum tahun 1990, ketika negeri ini diperintah oleh UMNO dan Barisan Nasional, kemajuan yang dicapai hari ini jauh lebih tersusun dan jelas arahnya.
Inilah legasi yang ingin kita tinggalkan, bahawa rakyat Kelantan boleh hidup dalam suasana yang berteraskan Islam, dan dalam masa yang sama mampu maju dan moden. Islam bukan penghalang kepada pembangunan. Bahkan, Islam menjadi asas kepada pembangunan yang lebih seimbang, bermaruah dan berkekalan.
Inilah wajah sebenar pemerintahan Islam yang ingin kita tunjukkan kepada negara yang telah dibuktikan sejak sekian lama di bumi Kelantan.
Kredit penulis :
#SiriTiga #BukuDNA #PASForAll
Tuesday, 19 August 2025
PETUA TRADISI TURUN GULA DALAM DARAH
๐ฟ Petua Kurangkan Kadar Gula dalam Darah Secara Semula Jadi ๐ฟ
Petua ini menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati di dapur, tanpa bahan tambahan seperti gula atau madu. Amalan ini sesuai untuk membantu menstabilkan paras gula dalam darah jika dilakukan secara konsisten bersama diet sihat.
Bahan-Bahan:
3–5 helai daun saderi (termasuk batang, jika mahu)
2–3 ulas bawang putih (diketuk sedikit)
2 gelas air bersih
Cara Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Rebus sehingga air tinggal lebih kurang 1 gelas.
3. Tapis dan minum ketika masih suam.
Cara Minum:
Amalkan 2–3 kali seminggu.
Sebaiknya minum pada waktu pagi, sebelum sarapan.
Tidak perlu tambah gula atau madu.
Kenapa Petua Ini Berkesan?
✅ Daun Saderi (Celery)
Mengandungi antioksidan seperti flavonoid & apigenin yang mengurangkan keradangan (keradangan boleh menyebabkan rintangan insulin).
Tinggi serat, membantu memperlahankan penyerapan gula ke dalam darah.
Menyokong fungsi hati & buah pinggang yang penting dalam mengawal gula.
✅ Bawang Putih (Garlic)
Mengandungi allicin, sebatian aktif yang membantu menurunkan paras gula darah.
Meningkatkan sensitiviti insulin – tubuh lebih efisien menggunakan gula sebagai tenaga.
Melancarkan peredaran darah & membantu menurunkan tekanan darah (penting untuk pesakit diabetes).
๐ก Tip Kesihatan Tambahan:
Kurangkan pengambilan gula ringkas seperti minuman manis & kuih-muih bergula tinggi.
Banyakkan makan sayuran hijau, buah rendah indeks glisemik, dan sumber protein berkualiti.
Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki 20–30 minit sehari.
Semoga bermanfaat
Cnp
#fb
KESAN IBUBAPA CIUM ANAK
KESAN CIUM ANAK OLEH IBU BAPA.
Apa Terjadi Pada Sistem Tubuh Badan Apabila Kita Cium Anak?
Perkongsian ini diambil dari Dr Rizal, former Clinical Psychologist di Goulburn Valley Health Victoria Australia:
Saya sangat teruja dengan imej ini. Satu-satunya imej brain scan dalam dunia memgenai seorang ibu mencium bayinya. Suatu yang sukar tetapi berjaya dilakukan. Gambar yang sangat rare.
Gambar ini milik seorang neurosaintis Dr Rebecca Saxe. Setelah beberapa kali mencuba beliau akhirnya berjaya tidurkan bayinya yang berusia 2 bulan. Ditidurkan dalam mesin imbasan.
Gambar ini adalah lambang kasih seorang ibu. Apabila Dr Saxe mencium anaknya bahagian otak yang keluarkan hormon oxytocin terus aktif. Seperti di dalam gambar.
Oxytocin adalah hormon kasih sayang. Hormon cinta ibubapa pada anak. Hormon kasih anak anak pada ibubapa. Hormon yang sebabkan cucu cucu mahu pulang ke kampung.
Bukan itu sahaja. Ciuman Dr Saxe aktifkan bahagian reward system otak hingga otak keluarkan hormon dopamin - the feel good hormon.
Tidak cukup dengan dopamin otak juga keluarkan hormon vasopressin. Hormon ini kukuhkan lagi attachment anak-ibu. Sekiranya ciuman pada pasangan, ia akan romantiskan hubungan pasangan itu. Begitu hebatnya vasopressin.
Bab ciuman dari gambar ini belum habis lagi. Ada lagi satu hormon yang akan otak keluarkan. Namanya serotonin. Hormon ini stabilkan mood manusia.
Bayangkan, apa akan jadi apabila mood ibubapa dan anak stabil...
Tuan Puan sudah cium anak harini?
Kredit: Eddy Rusdi
Monday, 18 August 2025
Projek Tanam Halia
Menanam halia berpotensi memberikan keuntungan yang lumayan.
Dengan permintaan yang konsisten dan potensi hasil yang tinggi, halia boleh menjadi sumber pendapatan yang baik untuk pekebun kecil dan pengusaha komersial.
Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan:
Kelebihan Menanam Halia:
Permintaan Pasaran:
Halia adalah bahan masakan yang popular dan permintaan terhadapnya sentiasa ada, baik di pasaran segar mahupun yang diproses.
Potensi Hasil:
Dengan penjagaan yang betul, satu ekar tanaman halia boleh menghasilkan antara 15 hingga 20 tan metrik halia segar, menurut perkongsian di Facebook.
Penjagaan Mudah:
Tanaman halia tidak memerlukan banyak racun perosak, dan penggunaan air juga tidak terlalu tinggi.
Dua Peringkat Tuai:
Halia boleh dituai pada peringkat muda dan tua, dengan berat rizom yang berbeza-beza.
Pelbagai Kaedah Penanaman:
Halia boleh ditanam secara konvensional di tanah, di atas batas, atau dalam beg politan, memberikan fleksibiliti kepada pekebun, menurut perkongsian di Facebook.
Faktor Kos dan Keuntungan:
Kos Pengeluaran:
Kos untuk menanam halia termasuk benih, baja, racun, upah kerja, dan sistem pengairan. Secara purata, kos ini boleh mencecah antara RM20,000 hingga RM26,000 untuk satu ekar.
Pendapatan Kasar:
Jika harga pasaran purata RM5 sekilogram, satu ekar halia boleh menjana pendapatan kasar sekitar RM75,000 hingga RM100,000 setahun.
Keuntungan Bersih:
Selepas ditolak kos pengeluaran, keuntungan bersih yang berpotensi diperoleh adalah sekitar RM50,000 hingga RM75,000 setahun.
Tips Tambahan:
Penyelidikan Pasaran: Adalah penting untuk menjalankan penyelidikan pasaran untuk memahami permintaan dan harga halia di kawasan anda.
Strategi Pemasaran: Rancang strategi pemasaran yang berkesan untuk menjual hasil tanaman anda.
Kawal Kualiti: Jaga kualiti halia yang ditanam untuk memastikan ia diterima baik di pasaran.
Dengan perancangan yang teliti dan usaha yang gigih, menanam halia boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan.
Kredit:
FB:
Potensi Tanaman Halia untuk 1 Ekar ...
30 Apr 2025 — Dengan penjagaan yang betul, halia boleh menjadi sumber pendapatan lumayan bagi pekebun kecil mahupun pengusaha komersial. Bagi keluasan satu ekar, s..
Sunday, 17 August 2025
BUAH BUAHAN UNTUK KEMPISKAN PERUT BUNCIT
7 Buah Bantu Kempiskan Perut Buncit ✨
1. Betik - tinggi enzim papain yang bantu pecahkan makanan & elak sembelit.
2. Nanas- mengandungi bromelain yang bantu kurangkan kembung dan buang angin.
3. Epal hijau - kaya serat pektin untuk cuci usus dan buang toksin.
4. Pisang - bantu seimbangkan bakteria baik dalam usus dan elak perut berasid.
5. Kiwi - tinggi vitamin C & serat larut, bantu pergerakan makanan dalam usus lebih lancar.
6. Jambu batu - serat tinggi untuk lawas dan kurangkan simpanan toksin dalam perut.
7. Limau bali (pomelo) -rendah kalori, tinggi antioksidan, bantu bakar lemak visceral.
Buah memang bagus untuk kesihatan usus, tapi untuk cuci sisa lama & angin degil, nenek moyang kita dulu guna herba Lendir Raja. Sekarang
dah ada dalam bentuk kapsul, lagi mudah diamalkan.
Buah-buahan seeloknya makan semasa perut kosong sebelum sarapan.
Cnp : Kredit FB.
#petua #petuanenek #petuaoranglama #petuacantik #tipscantik #tipssehat #resepi
KHASIAT AIR KELAPA UNTUK STROK/ SARAF
PETUA SEMBUH DARI LUMPUH/ STROKE & MASALAH SARAF ✨
Ada 1 petua yang ingin dikongsikan
berkenaan seorang ibu yang sembuh dari lumpuh/stroke & masalah saraf yang agak serius. Dan beliau telah berkongsikan 1 petua yang beliau sentiasa amalkan.
Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T beliau kembali sembuh.
Disini dikongsikan manfaat ini bersama agar petua ini tidak hilang & bersama-sama kita amalkan ...
๐ฟBahan:
๐Sebiji kelapa
๐7 biji halba
๐7 batang serai.
๐ฟCaranya :
1. Kelapa ditebuk bahagian atas, masukkan 7 biji halba dan 7 batang serai yang dititik.
2. Masak sehingga mendidih.
3. Biarkan suam dan minum airnya.
4. Lakukan rutin ini sekurangnya 7 hari
5. Waktu yang terbaik untuk minum ialah pada waktu pagi.
Kita ikhtiar, Syifa' dan penawar terbaik
semuanya dari Allah SWT ... In Shaa Allah
Cnp:
Kredit : FB.
KASIAT DAUN PANDAN
UNTUK BUAH PINGGANG (PART 1)
Daun Pandan untuk Buah Pinggang
๐ฟ1. Membersihkan Darah
Bagi anda yang mempunyai tabiat mengambil minuman beralkohol, boleh jadi darah anda mempunyai kandungan alkohol atau karbon
dioksida yang tinggi.
Untuk itu anda perlu membersihkan darah anda, untuk membersihkan darah.
Cuci 3 helai daun pandan dan rebus dengan 2 cawan air.
Minum air masak pandan dengan kerap selama sehari boleh minum 2 gelas sahaja.
๐ฟ2. Membersihkan Buah Pinggang
Selain dapat membersihkan darah,
kandungan zat dalam daun pandan dapat membantu kinerja buah pinggang anda. Ini kerana daun pandan membersihkan buah
pinggang anda dengan baik.
Boleh buat air masak daun pandan dan minum setiap pagi, untuk menambah rasa boleh tambahkan sedikit madu dan jus lemon.
Minum semasa suam ia akan sangat baik untuk buah pinggang anda.
๐ฟ3. Mengatasi Kegagalan Buah Pinggang
Bagi anda yang mempunyai sejarah
kegagalan buah pinggang dan terpaksa melakukan dialisis, anda boleh mengatasinya dengan mengambil air pandan
Ini kerana air masak pandan dapat membantu proses pembersihan darah secara semulajadi dan berkesan.
๐ฟ4. Menjaga Kesihatan Buah Pinggan
Buah pinggang adalah salah satu organ terpenting dalam tubuh, ini sudah tentu berkaitan dengan fungsinya. Dengan buah pinggang yang sihat anda akan jarang mendapat gangguan darah.
Untuk memastikan buah pinggang anda sihat, terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan, daripada bersenam hinggalah
mengikuti diet yang sihat.
๐ฟ5. Mencegah Keradangan Buah Pinggang
Salah satu gangguan ataU penyakit buah pinggang yang sering dialami ialah radang buah pinggang.
Jika keradangan berterusan, sudah tentu ini sangat berbahaya, selain anda boleh makan ubat ada cara lain yang lebih sihat dan
semulajadi.
laitu dengan meminum air masak pandan suam setiap pagi, untuk rawatan itu sendiri boleh minum 3 kali sehari.
Semoga ianya
mendatangkan manfaat untuk kita semua & menjadi asbab kebaikan dengan keizinan dari Allah S.W.T ..
. In Shaa Allah...
Cnp: kredit FB.
#daunpandan #kebaikandaunpandan
Subscribe to:
Comments (Atom)