Sebuah blog tentang kehidupan, inspirasi dan pengalaman. Menjurus keredaan Allah swt. (Experience of living, inspiration,to get pleasant of Allah )
Wednesday, 27 August 2025
SEMUTAR PAKAIAN TRADISIONAL
SEMUTAR PAKAIAN TRADISIONAL KELANTAN
Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan kekayaan seni warisan tradisi dan budaya Melayu lama yang menjadi identiti dan kebanggaan bangsa Melayu hingga ke pelusuk dunia. Tidak ketinggalan juga seni pemakaian bangsa kita, yang menjadi tunjang dan pencerminan bangsa, agama, dan Negara. Namun ada sesetengah seni wrisan dalam konteks pemakaian kini telah mengalami era kepupusan hari demi hari.
Begitu juga dengan pemakaian semutar yang dahulunya dapat dilihat dimana sahaja terutamnya di negeri-negeri pantai timur khususnya di negeri Kelantan.
Kini pemakaian semutar amat jarang dan sukar untuk dilihat.
Semutar yang bermaksud pakaian penutup kepala atau kain ikat pengikat kepala kaum lelaki bagi masyarakat Kelantan atau dengan lebih jelas lagi, ia merupakan pakaian lilit kepala bagi golongan bawahan atau rakyat biasa yang tinggal dikampung.
Biasanya kain semutar menggunakan ikatan kain lepas, batik dan juga tuala.
Jika diteliti pemakaian seminar, memperlihatkan betapa praktisnya pemikiran nenek moyang kita. Kerana kain batik lepas yang diikat seperti pakai 'serban' dikepala mempunyai pelbagai kegunaan dalam aktiviti kehidupan di kampung.
Semutar digunakan sebagai penutup kepala untuk elak dari bahan panas sinaran matahari ketika berkerja di bendang. Ia juga boleh digunakan sebagai kain basahan mandi .
Bila masuk waktu solat, ia digunakan sebagai ' sejadah'.
Di situasi lain bila memetik hasil buah buahan dikebun seperti. Rambutan, duku dan sebagainya, ia dijadikan sebagai bungkusan.
Semutar juga digunakan sebagai alat mempertahan diri. Bila berlaku pergaduhan yang menggunakan parang Ia boleh digunakan sebagai perisai , Dengan digulungkan dan memegang di kedua hujung kain , ia dapat menghalang parang melibas muka seseorang.
Pada masa kini pemakaian semutar amat jarang kelihatan lagi terutama bagi generasi baru. Ia hanya kelihatan di pakai oleh warga tua contohnya petani, nelayan, peraih, tukang, penarik beca dan juga pesilat-pesilat pulut dalam majlis-majlis tertentu sahaja.
Pemakaian semutar dalam masyarakat Kelantan melambangkan pekerjaan si pemakainya iaitu bersesuaian dengan keadaan dan situasi sesebuah tempat kerja.
Biasanya semutar akan dibuka semula untuk menyapu peluh atau pun digunakan untuk mengipas badan apabila berehat dari bekerja disamping bertujuan untuk melindungi diri dari panas terik cahaya matahari.
Sunday, 24 August 2025
WARGA EMAS PERLU AKTIF UNTUK KEKAL SIHAT
1. Semakin tua semakin saya belajar bahawa tubuh perlu digerakkan setiap hari agar kita tidak kehilangan kemampuan untuk bergerak....?
2. Semakin banyak berehat makin kita akan berasa lemah. Otot dan tubuh jadi kurang aktif. Apabila kita terlalu banyak berehat atau baring tanpa sebarang aktiviti fizikal, otot mula kehilangan kekuatan (disebut “muscle deconditioning”). Ini menjadikan tubuh kita terasa lemah, lesu dan tidak bertenaga, walaupun kita rasa “dah cukup rehat”.
“Gunakan tubuh atau kita akan kehilangannya”, prinsip ini sangat benar dalam kesihatan otot dan tenaga badan.
3. Jika kita kurang bergerak, tubuh akan kekurangan rangsangan mental dan hormon tenaga. Aktiviti fizikal sederhana sebenarnya membantu merangsang pengeluaran endorfin, dopamin, dan serotonin. Hormon yang membuatkan kita berasa segar, gembira dan bertenaga. Tanpa pergerakan, hormon ini menurun dan kita mudah rasa murung, malas, dan ‘kosong’.
4. Kadar metabolisme menurun bila badan kurang bergerak. Kadar metabolisme (proses tubuh menukar makanan kepada tenaga) menjadi perlahan. Akibatnya, badan terasa berat dan tidak bertenaga walaupun tidak melakukan apa-apa.
5. Emosi dan fikiran turut terkesan. Kadangkala, ‘rehat’ yang kita ambil bukanlah benar-benar rehat yang menyegarkan. Jika kita berehat sambil berfikir terlalu banyak, scroll media sosial tanpa tujuan, atau bersedih, itu bukan rehat sebenar. Malah ia boleh mengurangkan semangat dan motivasi dalaman.
Apa yang boleh kita buat?
1. Bangun dan bergerak perlahan. Jalan 10 minit, buat regangan, bersihkan ruang kecil, mandi, solat (cuba lakukan pergerakan dalam solat dengan sempurna kerana ia adalah senaman yang sangat baik untuk tubuh).
2. Cuba amalkan “active rest”. Rehat sambil buat perkara yang tidak berat dan menyenangkan, seperti membaca, berkebun ringan, berzikir juga sebahagian dari cara berehat, atau mendengar bunyi-bunyian semulajadi. Terbaik adalah membaca Al Quran. Kerana semasa membaca AL Quran otot mulut bergerak aktif, mata memfokus ayat suci, telinga mendengar alunan suara bertaranum.
Serta memperolehi ganjaran pahala di hari akhirat.
3. Pastikan minum cukup air dan ambil makanan sebenar (“real food”). Kadang kita rasa lemah sebab dehidrasi atau kekurangan nutrien penting. Yang ini anda boleh buat ujikaji sendiri kepada tubuh. Cuba berhenti makan makanan yang diproses selama 1 bulan dan rasakan perbezaannya. Contoh makanan yang diproses adalah seperti Mi, roti, atau makanan berasaskan tepung, bebola ikan, “nugget”, keju, biskut, sosej, makanan ringan, mi segera dan lain-lain. Contoh makanan sebenar adalah ikan, ayam, nasi, daging, jagung, kentang, sayur, buah-buahan.
Kredit ,cnp.
#briskwalkkelilingkebun
HERBA DAN REMPAH UNTUK RAWAT GULA DALAM DARAH
Seorang makcik datang klinik , diberitahu mata kabur,selalu rasa haus, berat badan turun cepat.
Bila cek, gula dah cecah 11.
Dia tak nak terus bergantung pada ubat, sebab dulu arwah suami dia pun mula dengan ubat akhirnya kena cucuk insulin.
Jadi dia mahu cuba satu petua orang dulu amalkan dengan rebusan herba dan rempah ratus.
Bahan-bahan:
•1 sudu besar biji halba (fenugreek)
•1 helai daun pandan (simpul)
•1 batang kayu manis Ceylon
•1.5 gelas air
Cara Buat:
1. Rebus semua bahan selama 15 minit.
2. Minum air rebusan yang suam 2 kali sehari :
Pagi sebelum sarapan, dan petang sebelum makan malam.
3. Amalkan 5 hari seminggu, diselang-selikan.
"Selepas seminggu, makcik tu katakan badan dia rasa lebih ringan, kurang dahaga, dan bacaan gula turun ke bawah 8."
Kenapa Bahan Ni Bantu kurangka Gula Dalam Darah?
• Halba bantu tingkatkan sensitiviti insulin & kawal glukosa
• Kayu Manis Ceylon terbukti stabilkan
bacaan gula & kurangkan craving.
• Daun pandan bantu lancarkan perjalanan darah dan bantu pulihkan tenaga dalaman.
Kredit : FB.
2
Subscribe to:
Comments (Atom)