RAIHANPAHIMI
Sebuah blog tentang kehidupan, inspirasi dan pengalaman. Menjurus keredaan Allah swt. (Experience of living, inspiration,to get pleasant of Allah )
Friday, 1 January 2021
Sifat Lelaki Yang Wanita Benci
SIFAT-SIFAT LELAKI YANG MAJORITI WANITA TIDAK SUKA.
Pengotor
Lelaki yang tidak pandai menjaga kebersihan diri dan persekitarannya memang belum layak berkahwin. Membela kuku yang panjang dan kotor, pakai baju berbau, atau buang sampah merata-rata tempat sememangnya akan menjadi ‘major turn off’ buat kaum wanita!
Pemalas
Sifat malas seperti tidak mahu berusaha atau hanya mengharapkan belas kasihan dan bantuan orang adalah sifat yang perlu dielakkan. Jadilah lelaki yang rajin berusaha dan mempunyai hala tuju dalam kehidupan.
Panas baran
Marah merupakan emosi semula jadi yang bersifat negatif. Cepat marah atau panas baran ini merupakan perkara yang sangat tidak disukai oleh majoriti wanita seluruh dunia. Belajarlah untuk bertenang dan mengawal kemarahan anda apabila berdepan dengan situasi yang menguji kesabaran anda. Orang yang berjaya mengawal sifat amarahnya adalah orang yang hebat. Mereka dianggap hebat kerana berjaya melawan bisikan syaitan yang ingin menyesatkan umat Muhammad SAW.
Maki hamun
Lelaki yang tidak tahu menjaga pertuturannya dengan mengeluarkan kata-kata makian perlu dijauhi. Sifat ini tidak disukai kerana ia boleh melemahkan kesihatan mental seseorang itu.
Tidak beradab
Tidak menjaga adab dapat dilihat dengan perbuatan seperti tidak tahu menghormati orang lain seperti wanita atau mereka yang lebih berusia.
Gatal
Wanita sangat bencikan lelaki yang bersifat gatal! Jika anda melihat wanita yang tidak dikenali sedang berjalan keseorangan, jangan sesekali mengganggu dia. Jaga jarak dan pandangan anda kerana anda akan membuatkan mereka berasa tidak aman dan tidak selesa.
Kasar
Berlembutlah dengan wanita yang anda sayangi. Ucap kata-kata dengan lembut serta layanilah mereka dengan penuh kasih sayang. Lelaki yang bersifat kasar dan tidak sopan sememangnya tidak digemari wanita.
Terlalu mengongkong
Lelaki yang terlalu mengawal pergerakan pasangannya akan membuatkan si dia berasa rimas dan bosan! Jangan terlalu mengongkong sehingga pasangan wanita anda tidak dibenarkan untuk berbuat apa-apa. Selagi si dia memahami batas pergaulannya, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.
ADAKAH ANDA MEMILIKI SALAH SATU DPD SIFAT BERKENAAN??? JIKA ADA, BERUSAHALAH BERUBAH. MUDAH MUDAHAN WANITA ATAU TEMAN HIDUP ANDA SELESA DAN RASA BERTUAH MEMILIKI ANDA.
Wallahuaklam.
Friday, 15 September 2017
13 Tip Supaya Anak Dengar Cakap
13 Tip Supaya Anak Dengar Cakap dan Ikut Arahan. Menurut Perintah Ibu Bapa.
Semua ibu bapa mempunyai tanggung jawab untuk mendidik
anak-anak mereka untuk menjadi insan yang berguna apabila mereka besar kekak.
Dalam mendidik ini terdapat cara tersendiri yang diamalkan oleh setiap ibu
bapa. Kelazimannya cara mendidik anak-anak akan diwarisi stail yang
ditinggalkan oleh ibu bapa mereka semasa mereka kecil dahulu.
Perkembangan masa telah menyebabkan cara mendidik anak-anak di zaman mutakhir ini
berbeza dan memerlukan kaedah yang berlandaskan aspek psikologi anak-anak.
Barulah arahan yang ibu bapa akan diikuti dan dipatuhi oleh anak-anak.
Ibu bapa mesti stress, bila cakap mereka, anak tak nak ikut. Lagi mereka
cakap kuat-kuat, lagi anak melawan. Kadang-kadang, sebagai ibu, boleh
jadi down satu hari. Bukan senang nak bagi anak dengar kata!
Walaupun, ibu bapa banyak menghabiskan masa bercakap kepada
anak-anak, ada kalanya tanpa disedari, mereka amat jarang mendengar luahan
anak-anak. Selalunya, apabila berlaku waktu yang “panas”, amat sukar
untuk ibu bapa menghentikan pertengkaran anak-anak.
Ibu bapa perlulah belajar cara
yang lebih baik untuk berbicara dengan anak-anak supaya mereka
mendengar arahan dan ibu bapa tidak mengalami stres.
BAGIMANA MENDIDIK ANAK DENGAR CAKAP !
Mendidik anak adalah salah satu tugasan yang amat mencabar
dalam hidup. Untuk melindungi dan membesarkan anak-anak yang berdisiplin, ada
ibu bapa yang menggunakan kuasa autoriti sebagai ibu dan bapa.
Ini membuatkan anak-anak terpaksa akur dan tidak dapat
bersuara dalam rumah sendiri. Ada juga ibu bapa yang terlalu memanjakan
anak-anak sehingga sanggup memberikan apa jua yang anak inginkan.
Kedua-dua cara didikan di atas berbentuk ekstrim dan tidak
bagus untuk pembesaran anak-anak. Perlulah ada keseimbangan dan penuh dengan
budi bicara yang sihat dan rasional. Cara anda bercakap dengan mereka akan
mengajar mereka cara bercakap dengan orang lain dan cara anda bercakap juga
menentukan sama ada anak-anak akan mendengar atau tidak dan bagaimana tindak
balas mereka.
1. GUNAKAN BAHASA YANG BAIK DAN HALUS
Tiada orang yang suka mendengar nada yang negatif. Elakkan
penggunaan “tidak” atau “jangan”. Sebaliknya, gunakan ayat
positif untuk mengarah dan memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak. Jika anda
menggunakan ayat yang positif dan penuh dengan kasih sayang, anak-anak akan
berasa yakin, disayangi dan istimewa.
Ini akan membuatkan mereka melakukan apa jua pesanan anda
tanpa membantah. Mereka juga akan mendengar apa yang anda ingin katakan dan
memahami dengan baik.
2. RENUNG MATA ANAK ANDA SEBELUM MEMBERI ARAHAN
Sebelum memberi arahan, melutut dihadapan anak anda supaya
level mata anda dan anak anda selari. Renung anak matanya dan pastikan dia
memberi perhatian pada anda. Anda perlulah bersabar jika anda melakukannya
untuk pertama kali. Lama kelamaan, mereka akan biasa dengannya. Ini mebuatkan
suasana hubungan ibu bada dengan anak-anak lebih mesra.
3. SEBUT NAMA ANAK SEBELUM MEMBERI ARAHAN
Jika anda menyebut namanya, dia akan memberi perhatian pada
anda dan pesanan yang ingin anda sampaikan dapat diterima dengan baik. Kalau
boleh, panggil dengan nama penuh. Baru dia tahu, dengan panggilan nama penuh,
tentu ia sesuatu yang serius!
Adalah dinasihatkan untuk memberhentikan apa jua tindak
balas atau jawapan anak anda, supaya mereka mendengar pesanan anda dengan
teliti.
4. PASTIKAN PESANAN ANDA JELAS DAN RINGKAS
Adalah penting untuk diingati bahawa kanak-kanak
mempunyai citarasa dan cara berfikir
yang berbeza dengan orang dewasa. Mereka tidak akan memahami mesej yang
tersembunyi dari pesanan yang kurang jelas. Oleh itu arahan mestilah jelas dan
ringkas bagi memudahkan mereka memahami dan menerimanya.
Elakkan memberi arahan dengan banyak pada satu-satu masa
terutamanya jika mereka masih kecil.
5. BERIKAN MEREKA PILIHAN DAN ALTERNATIF SELAGI MANA
BOLEH
Jika anda ingin anak anda mendengar kata-kata anda, anda
patut berikan mereka pilihan. Anda boleh menerangkan keadaan kepada mereka
supaya mereka memahamI dan kenapa mereka perlu mengikut arahan anda.
Memberi alternatif dalam nada yang positif akan
memberikan anak anda pemahaman yang lebih berbanding penggunaan “tidak”
atau “jangan” tanpa ada pilihan.
6. ELAKKAN DARI BERLETER
Selalunya, ibu bapa akan mula berleter apabila anak-anak
tidak mendengar kata-kata mereka. Jadi, daripada anda berleter dan membebel
panjang, lebih baik anda tampal lukisan atau satu carta kerja dalam bilik anak
anda dan tunjukkan pada mereka.
Tugasan rumah harian yang perlu mereka selesaikan dalam sela
waktu yang ditetapkan perlu dijelaskan dalam carta ini. Pastikan anda membuat
carta tugasan yang sesuai dengan umur anak anda dan pertimbangkan juga waktu
untuk mereka berehat dan bermain.
7. BERIKAN ANAK ANDA ‘HADIAH’
Apabila anak anda berjaya menyelesaikan sesuatu, anda
perlulah memberikan mereka hadiah atau ganjaran yang mereka suka. Pastikan
hadiah tersebut adalah untuk kebaikan anak anda dan bukannya hanya untuk
memanjakan mereka.
8. JIKA ANDA MAHUKAN ANAK ANDA BERBUDI PEKERTI MULIA,
DIRI ANDA PERLU JADI TELADAN KEPADA
MEREKA
Anak-anak mengikut jejak langkah ibu bapa mereka dalam semua
perkara. Jadi, berbudi pekerti bukanlah sesuatu yang diharapkan lahir sendiri
dari seorang kanak-kanak.
Selain itu, ajarkan mereka kata-kata sopan yang mudah
sebelum mereka belajar bercakap dan anda juga perlulah mengaplikasikannya dalam
setiap perbuatan anda.
9. TENANG TETAPI TEGAS
Jika anda telah membuat keputusan dan telah menyampaikannya
pada anak anda, anda patut bertegas dengan keputusan tersebut.
Bincangkan dengan pasangan anda dan pastikan anda mencapai
kata sepakat bersama pasangan anda. Ini akan mengajar anak anda bahawa apabila
sesuatu keputusan telah dibuat, ia tetap tidak akan berubah.
10. BERSIFAT TERBUKA UNTUK PERBINCANGAN
Apabila anak anda semakin membesar, anda perlu menitik
beratkan hal emosi dan pandangan mereka. Elakkan dari memberi arahan yang
kelihatan seolah-olah muktamad.
Berikan anak anda ruang untuk berfikir dan membuka minda
mereka serta berkongsi perasaan dan tanggapan mereka.
11. BUAT ANAK MACAM KAWAN
Pastikan anda bercakap dengan anak anda seolah-olah anda
bercakap dengan kawan anda. Ini akan membantu anda mengawal nada suara dan
isu-isu yang panas.
12. TERIMALAH ANAK ANDA SEADANYA
Setiap anak mempunyai sifat positif dan negatif. Terimalah
mereka seadanya dan sayangilah mereka walau apa jua kekurangan mereka.
Ini membuatkan mereka selesa berkongsi perasaan dan buah
fikiran.
13. BERDOA KEPADA
ALLAH SETIAP MASA
Tip-tip yang diterangkan di atas adalah usaha kita untuk
menjadikan anak-anak kita sentiasa dengar cakap dan arahan ibu bapa. Kita hanya
berikhtiar dengan pelbagai cara dan teknik komunikasi dengan anak-anak, tetapi
perlu diingat bahawa keberkesannya adalah amat bergantung dengan ketentuan yang
ditetapkan oleh Allah. Manusia hanya mampu merancang tetapi yang menentukan
segala-galanya adalah Allah. Oleh itu setiap kali lepas solat hendaklah
sentiasa berdoa kepada-Nya.
AKHIR KATA
Ingatlah selalu bahawa komunikasi yang terbuka dan selesa
akan membantu anak-anak anda membesar dengan keyakinan yang tinggi dalam diri
dan mereka akan dapat membina perhubungan yang baik dengan orang lain dan anda!
Gunakanlah skil komunikasi anda setiap kali anda berbicara
dengan anak anda dan dengarlah apa yang mereka ingin sampaikan
supaya hubungan yang kukuh dan baik dapat diwujudkan. Janganlah asyik marah
anak sahaja kerana ia tidak
berfaedah sama sekali. Ingatlah senjata yang paling ampuh bagi setiap
muslim adalah ‘doa’ kepada-Nya yang Maha Berkuasa.
Walahua’alam.
Sumber :
siraplada
Wednesday, 6 September 2017
KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD
Solat Tahajjud
Solat Tahajjud adalah solat malam, atau biasa disebut sebagai Sholatul-lail. Waktunya tengah malam atau lewat tengah malam atau pada sepertiga malam terakhir (dalam lengkongan jam 3 hingga 4 pagi). Maka sebaiknya dikerjakan setelah tidur terlebih dahulu. Solat sunat ini memiliki nilai yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. Solat ini telah dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Sebelum perintah solat lima waktu diwajibkan, Rasulullah SAW pernah memerintahkan para pengikutnya untuk melakukan solat tahajud. Hal ini tersirat dalam beberapa hadis:
Sahabat Abdullah bin Salam mengatakan, bahwa Nabi SAW telah bersabda yang maksudnya: “Hai sekalian manusia, sebar-luaskanlah salam dan berikanlah makanan serta solat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk Syurga dengan selamat.”(HR Tirmidzi)
Bersabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya: “Seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat sunnat di waktu malam” ( HR. Muslim )
Allah SWT telah berfirman:
Ertinya:
“Pada malam hari, hendaklah engkau solat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau.
Mudah-mudahan Allah mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.”
(Surah Al-Isro’ : Ayat 79)
Dal`am hadis lain juga diterangkan mengenai jumlah rakaat pada solat tahajud. Pada dasarnya, jumlah rakaat solat tahajud tidak dibatasi jumlahnya, dengan jumlah minimum 2 rakaat. Sedangkan dalam keterangan Said ibnu Yazib ra, Rasulullah SAW melakukan solat tahajud dengan jumlah 13 rakaat, dengan perincian 2 rakaat solat iftitah, 8 rakaat solat tahajud, dan ditutup dengan 3 rakaat solat witir.
Oleh itu jumlah rakaat Solat Tahajjud tidak terbatas. Namun kita bolehlah melakukannya sebagaimana berikut:
· Sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam dan 3 rakaat Solat Sunat Witir 1 salam; atau
· 8 rakaat 1 salam dan 3 rakaat Solat sunnat witir dengan 1 salam; atau
· 2 kali setiap 4 rakaat dengan 1 salam dengan witir 3 rakaat 1 salam; atau
· Dengan cara 4 kali di mana setiap kali sebanyak 2 rakaat dengan 1 salam dengan 3 rakaat witir 1 kali salam.
Lafaz niat:
أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ertinya: ” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"
Ayat-ayat yang dibaca sesudah Al Fatihah boleh dipilih sendiri. Biasanya ayat-ayat yang difahami maknanya akan lebih berkesan dan mudah dihafal. Bagi yang belum hafal, pada rakaat pertama bacalah Surah Al-Kafirun, manakala rakaat kedua bacalah Surah Al-Ikhlas (bacaan sunnah Nabi SAW); atau ayat-ayat pendek lainnya.
Selepas memberi salam ucaplah doa sebagaimana berikut :
” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .
Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu, dan kepada engkaulah kami berhukum .
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”
Dalam satu hadis, Allah merahmati dan suka kepada orang yang solat tahajjud:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya ;
“Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya. Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya.” (Riwayat Abu Daud)
Kerjasama suami-isteri seperti ini ini mampu membentuk keluarga dan masyarakat yang baik.
Di dalam hadis yang lain, solat tahajjud adalah budaya orang soleh:
Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah SAW: “Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” ( Riwayat At-Tarmizi )
Dalam riwayat Salman Farisi ditambah lagi dengan faedah lain iaitu, “ia dapat menghilang penyakit dari dalam tubuh.” – ( Riwayat At-Tabrani )
Imam Syafie mengharuskan solat tahajjud secara berjemaah. Manakala Imam Hanafi mengatakan solat tahajjud itu dilakukan secara individu.
Kelebihan (Keutamaan) Sholat Tahajud
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, solat tahajud memiliki 9 kelebihan, iaitu 5 kelebihan di dunia dan 4 kelbihan di akhirat kelak. Hadis yang menjelaskan kelebihan solat tahajud adalah: “Barang siapa mengerjakan Solat Tahajud dengan sebaik-baiknya, dan dengan tata- tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan : 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat.”
Adapun 5 kelebihan solat tahajud di dunia adalah:
- Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala macam bencana.
- Tanda ketaatannya akan kelihatan dimukanya.
- Akan dicintai para hamba Allah yang soleh dan dicintai oleh semua manusia.
- Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.
- Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.
Adapun 4 kelebihan di akhirat kelak adalah:
- Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti.
- Akan mendapat keringanan ketika dihisab.
- Ketika menyeberangi titian Shirotol-Mustaqim, boleh melakukannya dengan sangat cepat, seperti kilat memancar.
- Catatan amalnya diberikan melalui tangan kanan.
Setelah selesai mengerjakan Solat Tahajjud, perbanyakanlah membaca istigfar dan zikir kepada Allah kemudian berdoa sesuai dengan keinginan kita. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa beroleh keberkatan dan keredhoan selain dikabulkan cita-cita.
Ayuh... Marilah kita melakukannya sebgai satu amalan rutin dalam kehidupan sebelum di jemput mengadap-Nya. Ins ya Allah.
Wallahu a'lam
Sunday, 20 August 2017
KEUTAMAAN SEPULUH HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH
KEUTAMAAN SEPULUH HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH
Imam al-Bukhari dalam shahiihnya meriwayatkan dari Ibnu
‘Abbas Radhiyallahu anhuma dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau
bersabda:
مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ
أَفْضَلُ مِنَ الْعَمَلِ فِيْ
هَذِهِ، قَالُوا: وَلاَ الْجِهَادُ؟ فَقَالَ:
وَلاَ الْجِهَادُ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ
يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ…
“Tidak ada amalan yang lebih utama dari amalan di sepuluh
hari pertama Dzulhijjah ini. Mereka bertanya, ‘Tidak juga jihad?’ Beliau
menjawab, ‘Tidak juga jihad, kecuali seorang yang keluar menerjang bahaya
dengan dirinya dan hartanya sehingga tidak kembali membawa sesuatu pun.’”[1]
Dengan demikian, jelaslah bahwa sepuluh hari pertama bulan
Dzulhijjah adalah hari-hari dunia terbaik secara mutlak. Hal itu karena ibadah
induk berkumpul padanya dan tidak berkumpul pada selainnya. Padanya terdapat
seluruh ibadah yang ada di hari lain, seperti solat, puasa, shadaqah dan
dzikir, namun hari-hari tersebut memiliki keistimewan yang tidak dimiliki
hari-hari lain yaitu manasik haji dan syari’at berkurban pada hari ‘Id (hari
raya) dan hari-hari Tasyriq.
Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan, “Yang rajih bahwa sebab
keistimewaan bulan Dzulhijjah karena ia menjadi tempat berkumpulnya
ibadah-ibadah induk, yaitu shalat, puasa, shadaqah dan haji. Hal ini tidak ada
di bulan lainnya. Berdasarkan hal ini apakah keutamaan tersebut khusus kepada
orang yang berhaji atau kepada orang umum? Ada kemungkinan di dalamnya.[2]
Dalam Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah Terdapat Amalan
Berikut Ini.
1. Haji dan umrah. Keduanya termasuk amalan terbaik yang
dapat mendekatkan seorang hamba kepada Rabb-nya.
2. Puasa sembilan hari pertama dan khususnya hari kesembilan
yang termasuk amalan-amalan terbaik. Cukuplah dalam hal ini sabda Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
صِيَامُ
يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ
يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ
الَّتِي بَعْدَهُ
“Puasa hari ‘Arafah yang mengharapkan pahala dari Allah
dapat menghapus dosa-dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun yang akan
datang.”[3]
3. Takbir dan zikir di hari-hari ini diijabahi (dikabulkan)
berdasarkan firman Allah:
وَيَذْكُرُوا
اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ
مَعْلُومَاتٍ
“Dan supaya mereka menyebut Nama Allah pada hari yang telah
ditentukan” [Al Hajj/22: 28]
4. Disyari’atkan pada hari ini menyembelih kurban dari hari
raya dan hari Tasyriq. Ini adalah sunnah datuk kita, Ibrahim ketika Allah
mengganti anaknya, Isma’il dengan binatang sembelihan yang besar dan juga Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menyembelih dua kambing gemuk lagi
bertanduk untuk diri dan umatnya.
5. Sebagaimana juga disyari’atkan pada hari raya kepada
seorang muslim untuk bersemangat melaksanakan solat, mendengarkan khutbah dan
memanfaatkannya untuk mengenal hukum-hukum kurban dan yang berhubungan
dengannya.
6. Disyari’atkan juga pada hari-hari ini dan hari-hari
lainnya untuk memperbanyak amalan sunnah, seperti solat, membaca al-Qur-an,
sedekah, memperbaharui taubat dan meninggalkan dosa dan kemaksiatan, baik yang
kecil maupun yang besar.
Ibnu Qudamah rahimahullah mengatakan, “Sepuluh hari pertama
Dzulhijjah seluruhnya adalah kemuliaan dan keutamaan, amalan di dalamnya
dilipatgandakan, dan disunnahkan agar bersungguh-sungguh dalam ibadah di
hari-hari tersebut.”[4]
MAKSUD DARI HARI-HARI YANG DITENTUKAN (AL-AYYAAM
AL-MA’LUUMAAT) DAN HARI-HARI YANG BERBILANG (AL-AYAAM AL-MA’DUUDAAT)
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan berzikirlah (dengan menyebut) Nama Allah dalam beberapa hari yang
berbilang. Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari,
maka tidak ada dosa baginya. Dan barangsiapa yang ingin menangguhkan
(keberangkatannya dari dua hari itu), maka tidak ada dosa pula baginya bagi
orang yang bertakwa. Dan bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah bahwa kamu
akan dikumpulkan kepada-Nya.” [al-Baqarah/2: 203]
Dan Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Supaya mereka mempersaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya
mereka menyebut Nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rizki yang
Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah
sebagian daripadanya dan (sebagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang
yang sengsara lagi fakir.” [al-Hajj/22: 28]
Para ulama berselisih pendapat dalam maksud dari firman
Allah di atas tentang hari-hari yang berbilang dan yang ditentukan. Di antara
pendapat mereka adalah:
1. Hari-hari yang ditentukan tersebut adalah hari kurban dengan perbedaan di antara mereka apakah itu tiga hari ataukah empat hari.
2. Hari-hari yang ditentukan tersebut adalah sepuluh hari
pertama bulan zulhijjah dari awal bulan sampai hari raya.
3. Hari-hari berbilang adalah hari-hari Tasyriq.
4. Hari-hari yang ditentukan adalah sepuluh hari pertama zulhijjah
dan hari-hari Tasyriq, berarti mulai awal bulan sampai akhir tanggal tiga
belas.
5. Hari-hari yang ditentukan adalah sembilan hari pertama
bulan zulhijjah dan hari-hari berbilang adalah hari-hari Tasyriq bersama hari
‘Id.
Ada juga pendapat lemah yang mengatakan bahwa hari-hari yang
ditentukan adalah sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan hari-hari berbilang
adalah hari-hari penyembelihan. Ini menyelisihi ijma’.
Yang benar bahwa hari-hari yang ditentukan tersebut adalah
sepuluh hari pertama bulan zulhijjah dan hari-hari berbilang adalah hari-hari
Tasyriq.
Ibnul ‘Arabi rahimahullah mengatakan, “Ulama-ulama kami
mengatakan bahwa hari-hari melempar jumrah adalah hari-hari berbilang
(ma’duudaat) dan hari-hari penyembelihan adalah hari-hari yang telah ditentukan
(ma’luumaat).”[5]
Sedangkan Ibnu Taimiyyah rahimahullah mengatakan, “Ada yang
mengatakan, hari-hari yang ditentukan adalah hari-hari penyembelihan dan ada
yang mengatakan ia adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah.”[6]
Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan, “Ibnu ‘Abbas
Radhiyallahu anhuma mengatakan bahwa hari-hari yang berbilang adalah hari-hari
Tasyriq, dan hari-hari yang ditentukan adalah sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah.”[7]
Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fat-hul Baari [8] dan
asy-Syaukani dalam Fat-hul Qadiir 9] telah memaparkan pernyataan para ulama
dalam masalah ini dan semuanya hampir tidak keluar dari apa yang telah kami
sampaikan di atas.
Wallahu a’laam.
Oleh
Dr Abdullah bin Muhammad Ath-Thayyar
Dr Abdullah bin Muhammad Ath-Thayyar
Footnote
[1]. HR. Al-Bukhari lihat Fat-hul Baari (II/457).
[2]. Fat-hul Baari (II/460).
[3]. HR. Muslim, lihat Shahiih Muslim (II/818-819).
[4]. Al-Mughni (IV/446).
[5]. Ahkaamul Qur-aan (I/140), karya Ibnul ‘Arabi.
[6]. Majmuu’ al-Fataawaa (XXIII/225).
[7]. Tafsiir Ibnu Katsiir (I/244).
[8]. Fat-hul Baari (II/458).
[9]. Fat-hul Qadiir (I/205).
[10]. Majmuu’ al-Fataawaa (XXV/287) dan Zaadul Ma’aad (I/57).
[11]. Majmuu’ al-Fataawaa (XXIII/222).
Subscribe to:
Posts (Atom)