Sememangnya menjadi cita-cita dan amalan dalam kehidupan saya. Semenjak bujang, sehingga berumah tangga dan memperolehi tujuh orang cahaya mata dan 6 orang cucu, Alhamdulillah saya dapat hidayahNya untuk menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model. Setiap langkah untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian dengan berpandukan kepada sunnah Rasulallah SAW. Perjalanan hidup saya akan sedaya upaya di pastikan tidak akan tersasar jauh dari apa yang telah digariskan oleh Islam dan sunnah. Mungkin ia adalah barakah didikan ibu dan bapa semasa saya masih kanak-kanak lagi yang begitu kuat memeganag prinsip kepada pendidikan yang berasaskan kepada ajaran Islam dalam serba serbi aktiviti kehidupan kami sekeluarga.
Untuk menjadikan Rasulallah sebagai role model kita perlu tahu tentang Sirah Kehidupan Rasullalah SAW. Oleh itu sebagai suami mestilah mempunyai ilmu, bukan sahaja ilmu kedunaiaan tetapi juga ilmu keagamaan, jika kita kurang ilmu agama maka perlu tingkatkan pengetahun agama saban masa, saya sentiasa mengambil sikap positif dengan menjadikan orang alim sebagai rakan dan sahabat. kelebihanya adalah mudah untuk dijadikan pakar rujuk apabila timbul permasalahan hukum hakam agama. Kata pepatah arab,” jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan dapat menghidu bau wangian wangi. Sebaliknya jika kita berkawan dengan tukang besi, setidak-tadaknya kita akan merasai kepanasan haba besi”.
Tindakan kedua yang saya lakukan ialah dengan memperbanyakan bacaan samada buku agama, atau artikel-artikel berkaitan agama di akhbar dan blog-blog di internet. Cara sebegini akan dapat memperluaskan pengetahuan tentang agama serta dapat update hukum-hakam dari masa ke semasa. Satu lagi keadah yang saya gunakan ialah sentiasa mendengar ceramah-ceramah agama di tv dan internet. Contohnya seperti slot “Tanyalah Ustaz” di TV 9, ceramah agama ustaz Azhar Idrus di You Tube dan juga mendengar CD agama yang bersepah di pasaran. Prinsip menuntut ilmu sepanjang hayat adalah amalan yang masih saya lakukan sehingga hari ini.
Dalam mendidik diri untuk meningkatkan ilmu agama, kita perlu bersikap terbuka dan mempunyai sifat rajin untuk menambah ilmu, berdasarkan pengalaman, pada mula berjinak-jinak untuk tingkakan ilmu agama, akan timbul perasan di dalam diri bahawa kita telah cukup ilmu, “aku dah pandai, aku lebih tahu pada ustaz tu”, ini semua akan berlaku dalam jiwa kita kerana pada peringkat permulaan memang kita akan dihasut oleh syaitan dan nafsu supaya tidak menambahkan ilmu agama. Sebaliknya bila kita banyak menghadiri majlis-majlis ilmu, kita akan merasakan bahawa banyak lagi perkara-perkara yang kita tidak tahu, sebagaimana mahfun firman Allah, “Jika dijadikan kesemua air laut sebagai dakwat untuk mencatat ilmuKU, nescaya kamu akan kehabisannya, dan ilmu yang diperolehi itu hanyalah sedikit berbanding dengan ilmu Allah, ibarat kamu mencelupkan tangan kamu didalam air laut dan sayangkatkannya, air yang lekat di tangan kamu itulah ilmu yang kamu ada, berbanding dengan ilmu Allah yang masih banyak yang belum kamu ketahui seperti banyaknya air di lautan yang tebentang luas itu”.
Berdasarkan sedikit ilmu yang ada itulah saya cuba menjadikan nabi Muahammad SAW sebagai role model dalam menerajui kehidupan berkeluarga. Tindakan yang saya amalkan ialah mempastikan diri sendiri dahulu mengerjakan kehendak asas agama seperti solat lima waktu dipastikan disempurnakan tanpa tinggal, dilakukan pada awal waktu, solat berjemaah,mempunyai sifat amanah, sentiasa memberi kemafaan,sentiasa bercakap benar, suka bersedekah dan membantu orang dalam kesusahan yang memerlukan pertolongan. Begitu juga dengan ibadat-ibadat lain seperti puasa bulan Ramadan, membayar zakat fitrah dan zakat wang pendapatan (zakat harta). Dan bila mampu pergi menunaikan fardu haji.
Di samping amalan wajib, kami juga melakukan amalan sunat seperti puasa pada hari isnin dan khamis bila kelapangan, memberi sedekah kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Menderma untuk perkara-perkara kebajikan seperti membina masjid, tabung bencana dan sebagainya.
Satu perkara yang kami amalkan dalam mengikuti sunnah Rasulallah ialah sentiasa mempunyai sifat kasih sayang dalam bergaul dengan isteri dan keluarga. Sepanjang perkahwinan kami lebih 34 tahun, tak pernah satu kalipun saya memukul isteri. Untuk amalkan sifat sebegini ianya amat payah dan mencabar terutamanya pada usia masih muda, iaitu usia dua puluhan dan tiga puluhan, kerana pada masa ini jiwa kita membuak-buak dengan gelora perasaan ego sebagai seorang lelaki yang mempunyai kelulusan ijazah dari menara gading. Namun dengan memperbanyakkan ilmu agama maka sedikit demi dikit perasaan itu dapat dipupuskan di jiwa saya. Kini setelah berusia warga emas saya telah dapat membuang jauh-jauh sifat keegoan itu, semua kelebihan dan kepandaian yang ada pada saya adalah milik Allah yang dipinjamkan untuk sektika sahaja. Alhamdulillah atas hidayah Allah yang telah mengubah keegoan diri saya. Ku panjatkan kesukuran kepada Mu Ya Allah. Amin.
Mungkin berkat amalan menjadikan Rasulallah sebagai idola dalam kehidupan berumahtangga. Kami telah dapat menerajui perjalanan kehidupan rumah tangga sehingga kini yang telah menjakau usia 34 tahun lebih, saya begitu bersyukur kerana dengn izinNya dapat berjalan dengan sempurna tanpa masalah yang besar. Rumah tangga kami sentiasa bahagia sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.
Saya juga melahirkan perasaan kesyukuran yang amat sangat kerana Allah memberi ketabahan kepada saya untuk menempuh kehidupan yang penuh mencabar ini dengan penuh sabar, dan sentiasa menyedari bahawa segala kesusahan dan kerumitan yang saya sendiri tanggung dan juga keluaraganya hadapi itu adalah ujian dan ketentuan Allah untuk menguji kesabaran dan keimanan mereka. Saya juga cuba menerima segala ujian dengan penuh tabah kerana berpendapat yang ujian Allah datangkan itu adalah untuk meningkatkan lagi darjatnya.
Dalam tempoh perkahwinan kami lebih 34 tahun adalah tidak benar jika dikatakan tidak ada berlaku perselisihan faham. Kerana telah menjadi rempah ratus dalam melayari bahtera rumah tangga sekali-sekala akan ditimpa badai dan ombak besar. Bila di renung kembali sejarah perjalanan rumah tangga kami ada dua kali berlaku perselisihan faham dengan isteri, Pertamanya pernah berlaku semasa kami berada di awal tempoh perkahwianan dahulu, pada masa itu isteri sedang alahan di peringkat awal bulan mengandung, pada suatu hari datok saudara saya datang bertandang ke rumah dan dia bermalam satu malam. Nak jadikan cerita, saya yang pulang lewat pentang dari kerja luar pejabat, balik dengan keletihan. Selepas solat maghrib saya tertidur, bila terjaga pada tengah malam saya dapati dato suadar tidur disofa tanpa selimut. Bila bangun keesokan pagi saya marah-marah kepada isteri kerana tiadak meraikan tetamu. Lanjutan itu isteri berkecil hati dan merjuk dan tidak bertegur sapa dengan saya selama dua hari. Kekadang kita sebagai suami melakukan sesuatu dalam keadaan marah dan tidak berfikiran rasional boleh membuatkan isteri dan keluarga berkecil hati, jika tidak pandai melayani kerenah kemarahan boleh membawa kepada perbalahan dan percerian rumah tangga.
Setelah diletakkan minda kita dengan ujian dan ketentuan Allah, maka akan timbul kesabaran dalam menempuh segala carabaran dan kesusahan. Satu perkara yang saya jadikan pedoman hidupnya ialah “setiap halangan itu akan pasti akan capai kejayaan akhirnya”. Moto kehidupan yang dipengangnya itulah menyebabkan saya tidak ada kamus kecewa, putus asa dan kegagalan dalam kehidupan, Sentiasa beranggapan yang Allah bersama-sama orang yang sabar dan Allah tidak membebankan hambaNya. Sifat sabar yang ada pada diri saya mungkin juga disebabkan saya semenjak belajar di tingkatan 3 lagi sudah ditimpa sakit lutut yang serius. Menyebabkan saya terpaksa ke sekolah dengan lutut berbalut dengan bandage, kakadangkala di usik juga oleh rakan sekolah, dan yang paling getir sekali ialah bila tiba tarikh peperiksaan saya di masukkan ke wad kerana sakit semakin serius, peperiksaan LCE terpaksa dijalankan di dalam wad hospital. Pada masa itu ada seorang lagi pelajar yang sakit dan menduduki peperiksaan di dalam wad seperti saya. Perjalan liku-liku hidup saya semasa remaja dan hinggalah keperingkat berumah tangga dan berkeluarga sering sahaja ditimpa dengan kesakitan dan kesusahan. Menyebabkan saya boleh dikatakan telah ‘imune’ dengan penderitaan. Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana kesusahan yang sering saya alami itu membuatkan saya tidak leka dan melebihi batas agama dalam melayari liku-liku kehidupan sehingga kini. Kesakitan yang dihadapi adalah sebagai perisai bagi kehidupan saya daripada melakukan perbuatan yang melanggar hukum agama (dosa besar) kerana jika saya ingin lakukan sesuatu perbuatan yang melanggar hukum agama, akan datang perasaan dalam fikiran bahawa jika saya lakukan kesalahan ini mungkin Allah timpa penyakit atau masalah yang lebih kronik lagi.
Saya juga bersyukur kerana Allah beri hidayah untuk menjadikan saya sebagai salah seorang hambaNya yang sentiasa ingat kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Jujungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sekurang-kurannya ia dapat dijadikan pedoman hidup dan persai diri hambaNya yang serba kurang ini mengharugi kehidupan dengan penuh berhati-hati dan berpandukah ajaran sunnah, tidak banyak pun sedikit yang dapat menghalang dari tergelincil rel perjalan hidup sebagai untuk menuju kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Memang di destinaisi itu pun sepatutnya menjadi fokas semasa kita di beri peluang hidup di dunia yang fana ini. Kerana hidup yang sebenar dan kekal abadi adalah kehidupan akhirat. Orang yang sentiiasa meletakkan matlamat kehidupan akhirat tidak akan tergelincir banyak dari garis panduan yang telah ditetap oleh Islam sebagaima telah di ajar oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Wallahu'alam.