Cara Halal Memuaskan Keperluan Sex Suami Ketika Isteri Sedang Haid
Naluri keperluan sex
adalah salah satu sifat semulajadi manusia yang diciptakan oleh Allah. Ini
membolehkan mereka berasa untuk menjalani proses melahirkan zuriat di muka bumi
ini. Islam membernarkan pasangan suami isteri untuk melakukan keperluan sex
mereka secara halal dengan mengikut gari panduan yang telah ditetapkan. Jika
dilakukan hubungan sex pada masa dan cara yang dilarang itu adalah satu
perbuatan yang dilarang dan berdosa
Diantara masa yang
diharamkan bagi perlakuan hubungan sex suami isteri adalah semasa isteri datang
haid. Sungguhpun begitu Islam tidak melarang untuk isteri melayani suami bagi
memuaskan nafsu memucak semasa ia dalam haid dengan cara yang telah ditetapkan
oleh Islam.
Untuk mengetahui batasan hubungan sex semasa dalam haid kita
cuba beri kupusan berdasarkan persoalan yang ditimbulkan di bawah ini:
Pertanyaan:
Bismillah… ustaz, bagaimana cara memuaskan keperulan sex
suami ketika isteri haid? bolehkah isteri memainkan kemaluan suami hingga
maninya keluar? Apakah ini termasuk perbuatan onani atau tidak?
Terima kasih.
Terima kasih.
Jawaban:
Sesungguhnya ada pelbagai cara untuk memuaskan nafsu sex
suamai semasa isteri datang haid. Kerana Islam tidak menghukum fizikal wanita
datang haid sebagai najis yang perlu dijauhi sepertimana yang dilakukan oleh
kaum Yahudi.
Anas bin Malik meriwayatkan:
“Sesungguhnya orang yahudi, ketika istri mereka mengalami
haid, mereka tidak mahu makan bersama isterinya dan tidak mahu tinggal bersama
isterinya dalam satu rumah. Para sahabatpun bertanya kepada Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam. kemudian Allah menurunkan ayat, yang ertinya:
“Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah bahwa
haid itu kotoran, kerana itu hindari wanita dibahagian tempat keluarnya darah
haid…” (Surat Al-Baqarah: ayat 222).
Dengan demikian, suami masih boleh melakukan apapun ketika
istri sedang haid, selain yang Allah larang dalam Al-quran, yaitu melakukan
hubungan intim melalui faraj
3 Cara Hubungan Intim Suami dan Isteri Ketika Haid
Pertama, hubungan dalam bentuk hubungan intim ketika
haid. Perbuatan ini haram dengan sepakat ulama, berdasarkan firman Allah yang
bermaksud:
“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid
itu adalah suatu kotoran”. Kerana itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari
wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci.
apabila mereka telah Suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang
diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (QS. Al-Baqarah:
222)
Orang yang melanggar larangan ini, wajib bertaubat kepada
Allah, dan membayar kaffarah, berupa sedekah satu atau setengah dinar.
Kedua, hubungan dalam bentuk bermesraan dan bercumbu
selain di daerah antara pusat sampai lutut isteri ketika haid. hubungani
seperti ini hukumnya halal dengan sepakat ulama. A’isyah radhiyallahu ‘anha
menceritakan,
“Apabila saya haid, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam menyuruhku untuk memakai sarung kemudian beliau bercumbu denganku.
(HR. Ahmad 25563, Turmudzi 132 dan dinilai shahih oleh Al-Albani).
Hal yang sama juga disampaikan oleh Maimunah radhiyallahu
‘anha,
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bercumbu
dengan isterinya di daerah di atas sarung, ketika mereka sedang haid. (HR.
Muslim 294)
Ketiga, hubungan dalam bentuk bermesraan dan bercumbu
di seluruh tubuh isteri selain hubungan intim dan anal sex. hubungan seperti ini
diperselisihkan oleh ara ulamak.
1. Imam Abu Hanifah, Malik, dan As-Syafii berpendapat bahwa
perbuatan semacam ini hukumnya haram. Dalil mereka adalah perlakuan Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana keterangan A’isyah dan Maimunah.
2. Imam Ahmad, dan beberapa ulama hanafiyah, malikiyah dan
syafiiyah berpendapat bahwa itu dibolehkan (harus). Dan pendapat inilah yang
dikuatkan An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim (3/205).
Diantara dalil yang mendukung pendapat kedua ini adalah:
a. Firman Allah yang bermaksud:
“Mereka bertanya
kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”. Kerana itu
hendaklah kamu menjauhkan diri dari Al-Mahidh..”
Ibn Utsaimin mengatakan,
Makna Al-Mahidh mencakup masa haid atau tempat keluarnya
haid. Dan tempat keluarnya haid adalah kamaluan. Selama masa haid, melakukan
hubungan intim hukumnya haram. (As-Syarhul Mumthi’, 1/477)
Ibn Qudamah mengatakan,
Ketika Allah hanya memerintahkan untuk menjauhi tempat
keluarnya darah, ini dalil bahwa selain itu, hukumnya boleh. (Al-Mughni, 1/243)
b. Hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu,
ketika para sahabat menanyakan tentang isteri mereka pada saat haid. Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:
“Lakukanlah segala
sesuatu (dengan istri kalian) kecuali nikah.” (HR. Muslim 302).
Ketika menjelaskan hadis ini, At-Thibi mengatakan,
“Makna kata ‘nikah’
dalam hadis ini adalah hubungan intim.” (Aunul ma’bud, 1/302)
Hubungan intim disebut dengan nikah, karena nikah merupakan
sebab utama dihalalkannya hubungan intim.
c. Disebutkan dalam riwayat lain, bahwa terkadang Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam juga melakukan amalan yang berbeza seperti di atas.
Diriwayatkan dari Ikrimah, dari beberapa isteri Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam,
“Bahwa Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika hendak melakukan hubungan intim dengan isterinya
yang sedang haid, beliau menyuruhnya untuk memasang pembalut ke kemaluan isterinya.”
(HR. Abu Daud 272 dan Al-Hafidz Ibn Hajar mengatakan: Sanadnya kuat).
Onani Bukan Solusi
Memahami hal ini, selayaknya suami tidak perlu risau ketika istrinya haid.
Dan jangan sekali-kali melakukan onani tanpa bantuan tangan isteri. Mengeluarkan
mani dengan selain tangan isteri adalah perbuatan yang terlarang, sebagaimana
firman Allah ketika menyebutkan kriteria orang mukmin yang beruntung yang
bermaksud:
“Orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap
isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka
dalam hal ini tiada terceIa. Barangsiapa mencari yang di balik itu, maka mereka
Itulah orang-orang yang melampaui batas.” (QS. Al-Mukminun: 5 – 7)
Diantara sifat mukminin yang beruntung adalah orang yang
selalu menjaga kemaluannya dan tidak menyalurkannya, selain kepada isteri dan
budak wanita. Etinya, selama suami menggunakan tubuh/tangan istri untuk
mencapai klimaks syahwat, maka tidak dinilai tercela. Berbeda dengan “orang
yang mencari selain itu”, baik berzina dengan wanita lain, atau menggunakan
bantuan selain isteri untuk mencapai klimaks. Allah sebut perbuatan orang ini sebagai
tindakan melampaui batas. Yang bererti perbuatan yang akan mengundang dosa dan
akan diazab diakhirat kelak.
Allahu a’lam