RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday, 12 July 2017

SEMUTAR PAKAIAN TRADISIONAL KELANTAN











Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan kekayaan seni warisan tradisi dan budaya Melayu lama yang menjadi identiti dan kebanggaan bangsa Melayu hingga ke pelusuk dunia. Tidak ketinggalan juga seni pemakaian bangsa kita, yang menjadi tunjang dan pencerminan bangsa, agama, dan Negara. Namun ada sesetengah seni wrisan dalam konteks pemakaian kini telah mengalami era kepupusan hari demi hari.Begitu juga dengan pemakaian semutar yang dahulunya dapat dilihat dimana sahaja terutamnya di negeri-negeri pantai timur khususnya di negeri Kelantan.
 Kini pemakaian semutar amat jarang dan sukar dan dilihat. Semutar yang bermaksud pakaian kepala atau kain ikat pengikat kepala kaum lelaki bagi masyarakat Kelantan atau dengan lebih jelas lagi, ia merupakan pakaian lilit kepala bagi golongan bawahan atau rakyat biasa yang tinggal dikampung. Biasanya kain semutar menggunakan ikatan kain lepas, batik dan juga tuala.
Pada masa kini pemakaian semutar amat jarang kelihatan terutama bagi generasi baru. Ia hanya kelihatan di pakai oleh warga tua contohnya petani, nelayan, peraih, tukang, penarik beca dan juga pesilat-pesilat pulut dalam majlis-majlis tertentu sahaja.
Pemakaian semutar dalam masyarakat Kelantan melambangkan pekerjaan si pemakainya iaitu bersesuaian dengan keadaan dan situasi sesebuah tempat kerja. Biasanya semutar akan dibuka semula untuk menyapu peluh atau pun digunakan untuk mengipas badan apabila berehat dari bekerja disamping bertujuan untuk melindungi diri dari panas terik cahaya matahari.