RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 25 April 2015

CINTA ITU FITRAH SUCI KURNIAAN ALLAH



Cinta itu Fitrah (Suci) yang datangnya dari Allah

Perasaan cinta dan kasih sayang adalah naluri semulajadi manusia yang diciptakan oleh-Nya. Bibit cinta yang lahir dari hati secra ikhlas diatara dua insan yang di gelar adam dan hawa akan membolehkan kehidupan menjadi satu wadah yang mengebirakan dan membantu perkembangan biak kelompok manusia di muka bumi yang luas terbentang ciptaan Yang Maha Mencipta  -Allah SWT.

Cinta sebenarnya adalah suci dan ianya diwujudkan untuk melahirkan perasaan kasih sayang sesame insan. Namun setiap insan mempunyai pesepsi yang berbeza tentang cinta berdasarkan citarasa diri dan pengalaman yang pernah di lalui. Ada yang mengatakan cinta adalah sekadar manis di bibir tetapi pahit dirasai bila berlaku kecurangan tarhadap cinta abadi yang dilafazkan bersama sebelumnya. Namun tak kurang juga yang mempunyai persepsi yang menarik, manis dan mengembirakan tentang cinta apabila ianya di hayati oleh insan yang beriman dan bertaqwa. Kerana setiap langkah dan tindakan yang dilakukan dalam mempraktikan cintanya adalah di dasarkan kepada panduan yang di tetapkan oleh-Nya.

Allah mencipta naluri  cinta dan kasih sayang di antara makhluk- makhluk-Nya dengan hikmah yang luhur untuk kebaikan semua manusia. Kerana hidupa tanpa perasaan cinta dan kasih sayang diantara adam dan hawa akan menjadikan kehidupan sesuatu yang sepi.

Firman Allah yang bermaksud:
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah”. (QS. Adz Dzaariyaat (51): 49)

 Perasaan cinta yang telah kita rasakan saat ini, memperlihatkan betapa Allah menyayangi kita dan memperhatikan keadaan kita, seandainya saja kita terlahir tanpa cinta, hidup kita tak akan pernah merasa bahagia. Merasakan kesepian yang teramat sangant dan kebosanan hidup yang akan dirasai. Seperti halnya Nabi Adam a.s. yang diciptakan oleh Allah, merasakan kesepian dan kebosanan, sehingga membuat semangat hidupnya layu dan tidak bermaya. Allah SWT menciptakan hawa untuk menjadikannya pasangan hidup kepada Nabi Adam yang membuat warna dan semangat baru keada baginda. Allah berfirman dengan maksudnya:

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir “. (QS. Ar-Rum : 21)

Cinta adalah rasa yang di ciptakan oleh Allah kedalam diri manusia, cinta itu fitrah. Kerana cinta itu datangnya dari Allah, dan cinta akan menjadi kotor dan haram kerana  telah disalah gunakan oleh manusia yang terdorong oleh godaan nafsu dan syaitan.. Ketika kita sebagai insan yang terlahir dengan hati dan fikiran, kita telah di bekali Al-Furqon iaitu Pembeda antara yang baik dan yang buruk, ketika kita mencintai seorang insan, bagaimana cara dan pengungkapan cinta kita ini kepadanya.  Cara yang halal ataukah cara yang haram? Itulah pertanyaan yang harus kita jawab melalui diri kita sendiri. Renungkanlah semua pada apa yang ditetapkan oleh Allah. 

Ingatlah bahwa Allah telah berfirman :
“Wanita-wanita yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji pula. Wanita yang baik-baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik pula….” .(QS. An-Nur: 26)

Jika kita memahami betapa sucinya cinta, maka kita akan merasakan bahwa cinta itu tidak hanya kepada pasangan yang kita  sahaja seperti  kebiasaan yang dialami oleh teruna dan dara. Cinta itu sebenarnya adalah sangatlah luas, kerana sejatinya cinta adalah cinta kita kepada Maha Pemberi cinta itu sendiri iaitu Allah Azza wa Jalla. Cinta kepada kedua orang tua kita, cinta kepada saudara-mara kita, cinta kepada sahabat-handai kita dan  cinta kepada seluruh alam beserta isinya. Itulah sejatinya cinta yang sebenar.

Marilah saudaraku dan saudariku semuanya, kita hendaklah selalu merenungkan hidup yang telah kita jalani ini. Apakah kita telah benar-benar memahami sejatinya cinta, jika cinta itu fitrah berarti cinta itu suci dan halal. Ketika kita dapat meletakkan cinta kita kepada tempat yang diredhai-Nya, yaitu sebuah ikatan yang suci dan janji yang suci. Maka Allah akan benar-benar meredhai cinta kita, akan memberikan sebuah ketentraman dan kedamaian hati, walaupun ujian serta cubaan datang menghalang, kita dapat melaluinya dengan kebersamaan, bersama menuju redha-Nya dalam keadaan apapun, rasa ketulusan, kesabaran dan keikhlasan tersimpul mejadi satu. Suka dan duka adalah penghiasnya . Kerana sejatinya hidup adalah kehidupan di akhirat kelak yang kekal abadi, itulah cinta murni yang sama-sama kita harapkan. Amin Ya Rabil Alamin.

Jika Allah memberikan dan menghadirkan cinta kedalam hidup kita dengan penuh kegembiraan dan ketengan,, maka selalu jagalah cinta kita itu, rawatlah dan siramilah selalu dengan kesabaran, keikhlasan, ketulusan, keimanan, ketakwaan dan kesetiaan. Cinta adalah anugerah yang terindah yang diberikan Allah kepada kita, maka jangan  kita  mensia-saikanya. Jagalah dengan sebaik mungkin sebelum ianya berlalu dan pergi dari naluri kita. Kerana menjadi tabie CINTA jika tidak di pupuk dan dibelai dengan penuh kasih sayang ianya akan berubah menjadi badai yang boleh merutuhkan rumah tangga yang di bina berdekat lamannya. Jika ini telah berlaku maka tidak lagi  berguna penyesalan dan tangasan dengan linangan air mutiara jernih, keran sekali ianya pecah berkacai sukar untuk di cantumkan semula sebaiknya seperti awalan cinta berputik dahulu.  Renungkanlah……

Cinta yang paling  utama  dan unggul  adalah  cinta kepada Allah dan diikuti cinta kepada kedua orang tua kita, serta cinta kepada seorang yang kita cintai kerana Allah. Jadikanlah cinta kita kepada seorang yang kita cintai menjadi cinta yang tujuannya mencintai Allah, maka bersama mencintai Allah dan selalu mengharapkan redho-Nya. Diikuti dengan bersama-sama pasangan kita mengamalkan segala perintah Allah, dan berlumba-lumba serta istikomah dalam mengabdikan diri untuk mendapat keredhaan-Nya.



Cinta adalah anugerah dari  Ilahi …
Membawa ketentraman dan kesejukkan di dalam hati
Cinta adalah rasa yang suci …
Terjaga di dalam naungan yang diridhoi
Cinta adalah jalan menuju Ridho Ilahi …
Bersama-sama menuju jalan-Nya yang akan di lewati
Segala ringtangan sama-sama di tempuhi
Demi mencapai cinta sejati yang suci untuk mendapat redho illahi.

Wallahu’alam.

BAGAIMANA MENGHASILKAN IDEA KREATIF

Alhamdulillah, bersyukur daku kepada Yang Maha Berkuasa yang telah memberi ilham kepada diriku yang kerdil ini untuk bersama berkongsi pengalaman kehidupan dengan semua masyarakat semoga dapat sama sama berbincang bagi memperolehi pilihan manu terbaik bagi dihidangkan untuk terus berbakti dalam dunia kehidupan selagi diberi peluang oleh-Nya.


Kekadang dalam menempuh liku-liku kehidupan ini, jika kita keseorangan akan terasa bahawa kesusahan yang di alami itu adalah satu derita yang terlalu pahit untuk di lalui, tetapi sekiranya kita menjenguk keluar jendela dunia orang lain, rupa-rupanya mereka lebih derita daripada apa yang kita rasai sebelum ini. Oleh itu dalam kehidupan ini jika kita menghadapi masalah dan telah tidak ketemui jalan yang boleh mengatasinya, eloklah kita mencari rakan yang jujur dan ikhlas yang dapat sama-sama memberi buah fikiran bagi membantu kita mengharaikan permasalahan yang dihadapi. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya.

Biasa saja dalam kehidupan ini, kita sering bertanya apakah orang lain dapat membantu kita untuk mendapat sesuatu kejayaan yang kita impikan, Kita tidak pernah bertanya apakah sumbangan kita kepada keluarga kita, jiran terdekat kita, masyarakat satu khariah Masjid kita, negeri kita dan negara kita. Kekadang ada yang berpendapat "saya  orang biasa sahaja, tidak seperti si anu, si anu yang mempunyai kuasa dan kedudukan, mereka bolehlah memberi sumbangan kepada rakyat, negeri dan negara". Pendapat sebegini adalah kurang tepat, kerana untuk memberi sumbagan kita kepada negeri atau negara setiap orang adalah mempunyai peluang, cuma kita sahaja tidak tahu bagaimana untuk mengambil peluang untuk berbakti dan berjasa kepada negeri atau negara.

Satu contoh yang saya pernah alami......Pada tahun 1990, saya bertugas di sebauah jabatan kerajaan di sebuah negari di Pantai Timur. Pada masa itu jawatan yang di sandang oleh saya hanya sebagai ketua bahagian sahaja. Dalam pemerhatian saya pada masa itu Kerajaan Negeri melaksanakan dasar hari kerja 6 hari seminggu, Sabtu hingga Rabu hari kerja jam 8 pg hingga 4 ptg. hari Khamis 8 pg hingga 12.45 th. Saya dapati hari khamis adalah hari yang tidak berkualiti dan tak effektif untuk laksanakan kerja oleh kakitangan. Diringkaskan cerita saya ada membuat cadangan kepada salah seorang yang mempunyai hubungan dengan Menteri Besar, Saya menyediakan kertas cadangan ringkas ( dua helai) berhubung cadangan "Kerja Lima Hari Seminggu".

Setelah berbincang dengan pegawai berkenaan, dia telah beri cadangan tersebut  kepada MB berhubung dengan cadangan kerja lima hari seminggu. MB telah bersetuju dan membuat tambahan kepada kertas cadangan saya denggan menyatakan Hari Jumaat - Hari ilmu. dan hari Sabtu hari cuti untuk bersama keluarga.

Kertas berkenaan telah dikemukakan dalam Mesyuarat EXCO untuk dijadikan dasar hari berkerja di negeri berkenaan. Selepas Mesyuarat EXCO, MB telah membuat press statement bahawa Kerajaan akan melaksanakan hari kerja 5 hari seminggu. keesokannya keluar tajuk  utama di dada akhbar tentang pengumuman MB waktu kerja baru bagi negeri tersebut. Beberapa hari berikutnya terpapar kenyataan oleh PM yang mengkritik idea Kerajaan Negeri itu, di katakan mahu undur kebelakang, ada yang menyokong dan ada yang membantahnya.

Setelah dilaksanakan di Negeri tersebut, didapati idea kerja 5 hari seminggu itu efektif, QUPEC telah meminta kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengikuti hari kerja 5 hari seminggu, pada peringkat awalnya di ikuti oleh Kerajaan Persekutuan untuk dua minggu sahaja sebulan iaitu Minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan. Seturusnya dilasanakan sepenuhnya kerja 5 hari semingu oleh Kerajaan Persekutuan untuk seluruh negara.

Dari cerita yang saya paparkan di atas memperlihatkan bahawa kita sebagai orang biasa pun jika mempunyai pemikiran yang kreatif, boleh mengemukakan cadangan untuk sesuatu kebaikan. Jika megemukakan cadangan dengan ikhlas, Allah akan memberi jalan bagaimana idea kita itu akan menjadi dasar kerajaan.

Kesimpulannya, sesiapa sahaja dapat memberi jasa kepada negara jika kita mempunyai idea yang  baik yang boleh dimanafaat oleh masyarakat. wallahualam.
# Pengalaman Merancang Projek Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur:

Imbas kembali  semasa baru bertugas dengan Kerajaan Negeri Kelantan (1980). Bila ditugaskan di Jajahan Tumpat pada tahun 1982, sebgai Setiausaha, Majlis Daerah Tumpat (SU MDT) pada bulan pertama saya cuba cari  jalan bagaimana hendak memajukan Bandar Tumpat yang di katakan sebagai 'Bandar Cow Boy ' pada masa itu . Salah satu projek yang di cadangan ialah untuk menjadikan Pekan Pengkalan Kubur sebagai Kawasan Bebas Cukai. Kertas kerja cadang dikemukan kepada Mesyuarat Majlis Daerah Tumpat (MDT). diantara rasionalnya adalah untuk memajukan Pekan Pengkalan Kubur, yang pada masa itu hanya pada hari Jumaat sahaja ada aktiviti Pasar Minggu, Pajakan untuk Pasar Pengkalan Kubur yang di tender hanya berjaya diperolehi dengan harga RM150 sahaja setahun, itupun hanya satu penender sahaja yang masuk tawaran.

Semasa membentangkan kertas cadangan kepada Mesyuarat Penuh MDT, semua ahli telah bersetuju berkenaan Cadagan Untuk Membina Kawasan Bebas Cukai (KBC) di Pekan Pengkalan kubur, jumlah kawsan adalah lebih kurang 60 ekar. ( dari Pasar Pengkalan Kubur hingga ke Kompleks Perumahan Pasukan Polis Hutang dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di kawasan Genting. Setelah mendengar taklimat yang saya berikan, semua ahli MDT telah bersetuju di atas cadangan tersebut.

Stelah di angkat kepada pihak Kementerian kewangan Malaysia, projek tersebut telah diluluskan dan pihak MDT (saya selaku SU pada masa itu) telah bersutuju untuk melaksanakan dengan segera dan diluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta. Semasa minit mesyaurat MDT hendak disahkan, salah seorang YB telah memberi cadangan untuk KIV projek tersebut kerana mendapat bantahan dari beberapa orang Ketua Cawangan di kawasan Pengkalan Kubur. Alasan yang diberi ialah projek itu akan memberi kesusahan kepada penduduk kawasan Pekan Pengkalan Kubur, kerana bila dilaksanakan projek KBC, pagar keselamatan ( cegah penyeludupan) akan dipasang diseluruh kawasan yang telah diluluskan (20 ekar). Semasa perbicangan saya memberithu kepada semua ahli mesyuarat bahaw projek itu perlu di teruskan kerana akan memberi peluang untuk memajukan Pekan Pengkalan Kubur, dan juga ia akan menjadi salah satu punca pendapat MDT kerana MDT yang diberi lesen sebagai agensi perlaksana projek akan mengenakan caj 5% kepada semua peniaga di KBC. Hampir separah daripada ahli mesyurat MDT mendesak supaya projek KBC di KIV.

Saya sebagai SU mesyuarat cuba memberi rasional projek itu perlu di teruskan kerana Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta untuk membaiki bangunan pasar, jalan, longkang, pagar kawasan. Satu alasan yang beri kepada semua ahli mesyuarat  projek ini akan memberi tambahan hasil yang baik kepada MDT. Bagi memberi keyakinan kepada ahli mseyuarat yang menentang, saya memberi kata putus begini " Kita laksanakan dahulu projek ini dengan membelanjakan peruntukan yang diluluskan RM2.5 juta untuk membaiki bangunan dan juga menyediakan infrastruktur yang baik di kawasan berkenaan. Jika, setelah di laksanakan, di dapati ianya tidak maju dan menyusahkan penduduk di kawasan itu, kita akan merobohkan pagar yang di pasang sekeliling  kawasan dan juga meminta kementerian kewangan membatalkan projek tersebut".

Mesyuarat MDT telah bersetuju untuk dilaksanakan perojek dengan bersyarat. Setelah di laksanakan (belum sempat di adakan Majlis Perasmian, saya di tukarkan ke Jajahan Tanah Merah). Projek telah berjaya mencapai objektif perancangannya, Saya di maklumkan bahawa setelah hampir 20 tahun beroperasi KBC Pengakan kubur. Kini telah menjadi salah satu bandar sempadan yang maju dan menjadi tumpuang pelancong setiap hari, jika musim cuti sekolah Pengkalan Kubur  penuh sesak dengan pelancong dalam dan luar negara datang membeli belah. Mengikut maklumat yang saya terima daripada kakitangan MDT, Pengkalan kubur merupakan punca hasil utama MDT dan jumalahnya agak lumayan, sehinggakan MDT adalah salah satu PBT yang mamapu berdikari dari segi kewangan,

Pada  5 Febuari 2014, saya bersama keluarga pergi ke KBC Pengkalan Kubur untuk membeli belah. Semasa saya sedangan membeli buah-buahan di gerai buah saya bertanyakan kepada peniaga buah yang juga penduduk tempatan, dia memberi tahu perniagaan mereka boleh mecapai pendapatan kasar dalam lingkungan RM1,000 - sehari pada hari-hari biasa, dan padda hari cuti mencapai RM3,000 - RM5,000 sehari. Apabila saya bercerita bagaimana susahnya kami di MDT pada 20 tahun lalu mahu memajukan projek tersebut, beliau melahirkan rasa syukur kerana perojek KBC telah memajukan Pengkalan Kubur sebagai salah satu  bandar maju di Tumpat, berbanding pada masa dahulu ianya  dikenali sebagai "Pasar Kambing" (kerana tiada pembeli setiap hari , kecuali pada hari jumaat - dari jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari. hari-hari lain diduduki oleh kambing yang berkeliaran). sebagai tanda kesyukuran peniaga buah berkenaan, semasa saya hendak membayar harga 2 bungkus "som tam" dia hanya mengambil harga untuk satu bungkus sahaja.(terfikir dalam minda, mungkinkah ini balas jasa yang dibuat 20 tahu lalu?)

Selepas membeli  buah saya dan keluarga beredar menuju ke kedai pakaian dan perhiasan wanita,  semasa berbual dengan penjal di kedai itu, saya bertanyakan berapakah jumlah hasil jualan sehari, dikatakan diantara RM8,000 hingga RM15,000. dari maklumat yang saya dapat pada hari itu, saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana projek yang saya rancang semenjak 20 tahu lebih dahulu, kini telah maju dan memberi banyak manafaat kepada penduk setempat dan juga kepada MDT. 

Pengajaran dari cerita di atas, kekadang kita rancang untuk lakukan sesuatu bagi memberi manafaat kepada penduduk setempat, tetapi oleh kerana hasilnya tidak dapat dilihat  dalam masa yang singkat, ia akan ditentang oleh banyak pihak. Semasa kita menghadapi pemikiran yang cetek, perlu kepada pendekatan hikmah untuk memberi pandangan balas dan mempastikan matlamat projek dapat dicapai. Dalam kes ini saya beri pandangan "laksanakan projek dahulu. bila siap kelak didapati tidak maju dan memberi kesusahan kepada orang ramai, kita robohkan pagar yang dipasang dan minta projek dibatalkan oleh Kerajaan."

Cerita ini dapat dijadikan iktibar oleh pegawai-pegawai muda yang sedang berkhidmat dengan PBT untuk merancang sesuatu projek pembangunan. 

 walahu'alam.

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT - RAMADAN DAN KELEBIHANYA;

Ikhwan Muslimin,

Allah berfirman maksudnya; ‘ ( masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah ) Bulan Ramadan  yang padanya diturunka Al-Quran , menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit  atau dalam musafir maka pada hari-hari yang lain.(dengan keterapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kami menanggung kesukaran dan juga supaya kami cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), daN supaya kamai membesarkan Allah kerana mendapat petunujkNya, dan supaya kamu beryukur”. (Al Baqarah : 175).

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat mulia di sisi Allah swt. Ianya merupakan hadiahh yang sangat berharga kepada umat Muhammad saw , didalamnya terdapat berbagai kelebihan, sesiapa yang tidak perolehi kelebihan ini kerana tidak menghayati Ramadan  bererti kerugianlah yang diperolehinya.  Banyak sekali hadis-hadis nabi yang menjelaskan kepada kita tentang keutamaan Ramadan dan kelebihannya, antara lain diriwayatkan bahawa apabila datang malam pertama dari bulan Ramadan, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup rapat selama sebulan. Allah swt memerintahkan kepada supaya menyeru kepada manusia´Wahai orang yang mencari kebaikan tampillah, wahai orang yang mencari kejahatan berhentilah”. Seseorang yang memohon ampun pati ia akan diampunkan. Orang yang memohon, meminta sesuatu ia akan dikabulkan permintaanya. Orang yang kembali  bertaubat akan diterima taubatnya. Setiap malam pada saat berbuka Allah membebaskan ramai dari mereka yang akan ke neraka.

Rebutlah peluang bagi menghayati Ramadan dengan sempurna. Bersedialah untuk berjihad mempertundukkan hawa nafsu dan syaitan. Nabi Muhammad saw telah menjelaskan kepada kita bahawa sesungguhnya syurga itu dikeklilingi oleh perkara-perkara yang tidak diingini dan neraka itu dikeklilingi dengan perkara-perkara yang didengangi atau  disenangi oleh nafsu sahwat manusia. Sesungguhnya puasa itu salah satu amalan yang sangat berkesan untuk menundukkan hawa nafsu sahwat. Oleh itu puasa salah satu amalan yang dapat memasukkan seseorang mukmin ke dalam syurga.

Bagi orang yang berpuasa dua kesukaan yang dia gembira dengannya Iaitu apabila berbuka puasa bergembira dan apabila bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Ia bergembira dengan sepuas-puasnya.
Bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah sangat wangi. Untuk mereka yang berpuasa disedikan pintu syurga bernama “Al Rayaan”

Puasa dan membaca Al Quran boleh memberi syufaat bagi mereka yang melaksanakannya.

Berdasarkan kepada beberapa keistimewaan Ramadan, kita pasti menghayati dua perkara, pertama; puasa Ramadan , kedua; qiam Ramadan, kerana kedua-duanya apabila dilakukan dengan iman, ihklas dan semata mengharapkan keredaan Allah makan iampuankan dosa-dosa yang lalu.

Marilah kita sempurnkan puasa dan berqiam Ramadan dengan sempurna selama sebulan, Rasulullah saw mengingatkaan kita dengan sabdanya bermaksud; “ Ramadan adalah bulan awalnya penuh rahmat, pertengahan penuh dengan keampunan  dan di akhirnya pembebasan dari api neraka.
Sembahayang terawith di malam bulan Ramadan secara berjemaah di masjid tidak sepatutnya diabaikan oleh seseorang muslim. Begitu juga sembahayang tahajud.

MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH MENURUT SUNNAH NABI

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat. Padanya terdapat malam lailatulqadar iaitu satu malam yang lebih mulia dari seribu bulan. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5.

Pada bulan Ramadan ini jugalah Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Ganjaran pahala kurniaan-Nya untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain. Inilah bulan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1898.

Selanjutnya baginda bersabda: “Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1899.
Oleh itu, amat rugi sekiranya amalan ibadah yang kita kerjakan pada bulan yang mulia ini tidak diterima oleh Allah kerana tidak menepati kehendak-Nya. Untuk memastikan segala amal ibadah kita di terima oleh Allah, ia perlu memenuhi dua syarat utama, iaitu:

1. Amal ibadah hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah. Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah tidak bercampur dengan unsur syirik dan khurafat.
2. Amal ibadah itu juga hendaklah dikerjakan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w yang sahih. Haram sama sekali mencampur-adukkan ibadah dengan perkara bid’ah.
Solat tarawih merupakan satu sunnah yang amat dituntut bagi seluruh umat Islam untuk mengerjakannya pada malam bulan Ramadan. Sabda baginda : “Sesiapa solat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 759.

Berikut adalah tatacara mengerjakan solat tarawih menurut sunnah Nabi s.a.w. :

1. Waktu untuk mengerjakan solat tarawih.

Solat tarawih adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam pada bulan Ramadan, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling afdal untuk dilaksanakan solat tarawih adalah sepertiga malam yang terakhir, iaitu bermula dari pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk waktu subuh. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tuhan kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih tinggal sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku akan makbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampunnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1145

Walau bagaimana pun, sekiranya dilakukan secara berjemaah di masjid, umat Islam diperintahkan mengikut perbuatan imam serta waktu yang telah ditetapkan oleh pihak masjid. Tetapi, ada baiknya juga sekiranya masjid-masjid di Malaysia mempelbagaikan sunnah Nabi s.a.w berkaitan solat tarawih. Setidak-tidaknya sekali-sekala mengerjakan majlis solat tarawih pada sepertiga malam yang akhir. Solat sunat tarawih ini kebiasaannya digandingkan dengan solat sunat witir sebagai penutupnya.

2. Jumlah rakaat solat tarawih.

Cara mengerjakan qiyam Ramadan ini adalah sama dengan qiamullail. Ia boleh dilakukan dengan dua rakaat dua rakaat dan ia tidak mempunyai batasan jumlah rakaat yang maksimum. Malah, ia juga boleh digabungkan dengan hanya satu rakaat solat sunat witir. Abdullah bin Umar r.a berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda bersabda: Dua rakaat dua rakaat. Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat witir sebanyak satu rakaat.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, jilid 22, muka surat 272:

“Mengenai solat qiyam Ramadan (solat tarawih), Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan jumlah rakaatnya. Namun, baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya. Apabila Umar r.a mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat tarawih secara berjemaah yang diimami oleh Ubai bin Ka’ab r.a, dia (Ubai) telah melaksanakannya bersama mereka sebanyak 20 rakaat kemudian diikuti solat witir tiga rakaat. Beliau melakukan begitu sambil meringankan bacaan al-Quran selari dengan kadar penambahan rakaat supaya ia lebih ringan (tidak terlalu panjang solatnya) berbanding solat satu rakaat yang dipanjangkan rakaatnya. Setelah itu sebahagian generasi salaf melaksanakan solat tarawih sebanyak 40 rakaat diikuti solat witir sebanyak tiga rakaat. Sebahagian yang lain melaksanakannya sebanyak 36 rakaat diiuti tiga rakaat witir. Semua ini memang telah berlaku. Oleh itu, sesiapa sahaja yang beribadah pada malam Ramadan dengan apa sahaja jumlah rakaat, dia diira telah berbuat kebaikan. Paling afdal, perbezaan jumlah rakaat dikira berdasarkan kepada keadaan orang-orang yang mengerjakan solat itu. Jika keadaan mereka memungkinkan dilaksanakan solat tarawih dengan lama, ketika itu lebih afdal melaksanakan solat tarawih dengan 10 rakaat diikuti tiga rakaat witir sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan salafussoleh.

Tetapi, jika tidak mungkin melaksanakan sedemikian, solat tarawih yang dilakukan sebanyak 20 rakaat lebih afdal dan itulah yang dilakukan oleh majoriti umat Islam kerana yang demikian itu adalah dipertengahan antara sepuluh rakaat dan empat puluh rakaat. Manakala jika solat tarawih dilaksanakan sebanyak 40 rakaat atau lebih, terdapat perbezaan ulama mengenainya sama ada dibolehkan atau dimakruhkan. Hal ini ditegaskan oleh beberapa orang imam muktabar seperti Imam Ahmad bin Hanbal. Sesiapa yang beranggapan bahawa solat qiyam Ramadan (solat tarawih) mempunyai ketetapan jumlah rakaatnya daripada Nabi s.a.w tanpa boleh ditambah atau dikurangi jumlahnya, sebenarnya dia telah membuat satu kesilapan.”

Diharapkan kenyataan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h ini akan meredakan polemik yang sering berlaku di Malaysia tentang jumlah rakaat solat tarawih sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat. Ternyata kedua-duanya adalah benar di sisi syarak. Namun begitu hendaklah ianya dilaksanakan dengan thumakninah, bacaan yang tartil dan tidak tergesa-gesa. Tindakan sesetengah masjid yang ingin mengejar 20 rakaat namun solat tarawih tersebut dikerjakan secara gopoh-gapah adalah tidak wajar. Ingatlah bahawa rasulullah s.a.w. pernah menegur seorang sahabat yang melakukan solat secara gopoh-gapah dan beginda menyuruhnya untuk mengulangi solat.

Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata: Bahawa Nabi s.a.w masuk masjid dan masuk pula seorang lelaki lalu melakukan solat. Kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi s.a.w.. Nabi s.a.w. membalas salamnya lalu bersabda: “Kembalilah dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum bersolat.” Maka dia pun solat sekali lagi. Kemudian dia datang lagi dan memberi salam kepada Nabi s.a.w., maka baginda bersabda: “Kembalilah dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum bersolat (tiga kali).” Lelaki itu berkata: “Demi zat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak dapat melakukan yang lebih baik dari itu, maka ajarkanlah aku.” Baginda s.a.w.bersabda: “Apabila engkau berdiri untuk solat maka takbirlah, kemudian bacalah yang mudah bagimu dari al-Qur’an. Kemudian rukuklah hingga engkau tenang (thumakninah) dalam rukuk, kemudian bangkitlah (iktidal) hingga engkau tegak (lurus) berdiri.Kemudian sujudlah hingga engkau tenang (thumakninah) dalam sujud, lalu bangkitlah hingga engkau tenang (thumakninah) dalam duduk (duduk antara dua sujud). Kemudian sujudlah hingga engkau tenang (thumakninah) dalam sujud. Lakukan demikian dalam semua solatmu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, no. 793.

Hanya sahaja Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat tarawih dan solat qiamullail sebanyak 11 atau 13 rakaat sebagaimana hadis-hadis dibawah.

Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah s.a.w di bulan Ramadan. Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.

Hadis di atas ini menunjukkan bahawa solat tarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat-empat rakaat. Ianya boleh dikerjakan sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat dan boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qur’an.

Aisyah r.a berkata:

“Biasanya Nabi s.a.w solat di malam hari sebanyak 13 rakaat termasuk witir dan dua rakaat solat sunat fajar (solat sunat sebelum fardu Subuh).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1140.

3. Solat tarawih boleh dilaksanakan secara berjemaah atau bersendirian.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda pernah mengerjakan solat tarawih ini secara berjemaah bersama para sahabat baginda pada beberapa malam. Kemudian baginda meninggalkannya lalu solat tarawih tersebut didirikan secara bersendirian kerana takut ianya akan diwajibkan. Hal ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a: Bahawasanya Nabi s.a.w. bersolat di masjid, maka bersolat pulalah bersama-samanya beberapa orang. Pada malam yang kedua baginda bersolat lagi, maka banyaklah orang-orang yang mengikuti solatnya. Kemudian orang ramai berkumpul di masjid pada malam yang ketiga atau yang keempat, tetapi Nabi s.a.w. bersabda: Aku telah melihat apa yang kamu lakukan semalam. Tidak ada yang menghalangi aku keluar kepada kamu kecuali kerana aku takut ia diwajibkan ke atas kamu. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya no: 1129

Bersolat tarawih secara bersendirian ini kekal sehingga pada zaman ‘Umar lalu beliau mengumpulkan orang ramai untuk mengerjakan solat tarawih ini secara berjemaah. Daripada ‘Abdul Rahman bin ‘Abdul Qari yang berkata: Pada satu malam di bulan Ramadan aku keluar bersama ‘Umar al-Khaththab r.a ke masjid. Di dapati orang ramai berselerakan. Ada yang solat bersendirian, 
ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang) mengikutinya. ‘Umar berkata: “Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik.” Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan oleh) Ubai bin Ka’ab. Kemudian aku keluar pada malam lain, orang ramai bersolat dengan imam mereka (yakni Ubai bin Ka’ab). Berkata ‘Umar: “Sebaik-baik bidaah adalah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya no: 2010

Hadis-hadis di atas membuktikan Rasulullah s.a.w pernah melaksanakan solat tarawih secara berjemaah dan juga bersendirian. Oleh itu, kedua-duanya cara solat sama ada secara berjemaah atau sendirian adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Namun demikian menerusi hadis di bawah, Rasulullah s.a.w menegaskan kelebihan mengerjakan solat tarawih secara berjemaah sehingga selesai umpama mendapat ganjaran solat sepanjang malam dan inilah yang sewajarnya cuba kita usahakan untuk mendapatnya pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Abu Dzar al-Ghafiri r.a berkata: “Kami berpuasa bersama Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan. Baginda tidak mengerjakan solat (tarawih) bersama kami sehingga tinggal lagi tujuh malam terakhir (bulan Ramadan). Lalu (pada malam itu) baginda mengerjakan solat (tarawih) bersama kami sehingga sepertiga malam. Kemudian, baginda tidak keluar mengerjakan solat (tarawih) bersama kami pada malam yang keenam (sebelum akhir Ramadan). Kemudian, baginda mengerjakan solat (tarawih) bersama kami pada pada malam kelima (sebelum akhir Ramadan) sehingga seperdua malam. Aku (Abu Dzar) berkata: Ya Rasulullah! Alangkah baiknya jika kamu memberi keringanan kepada kami untuk mengerjakan solat pada sisa-sisa malam ini. Rasulullah s.a.w menjawab: Sesungguhnya sesiapa yang mengerjakan solat tarawih bersama imam sehingga selesai, Allah menulis (ganjaran) baginya umpama mengerjakan solat sepanjang malam.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 1587.

4. Bacaan dalam solat tarawih

Rasulullah s.a.w. tidak menetapkan bacaan ayat-ayat atau surah-surah yang tertentu pada rakaat-rakaat yang tertentu mahupun pada malam-malam yang tertentu untuk solat tarawih ini. Dalam hal ini imam diberikan kebebasan sepenuhnya untuk memilih surah-surah yang hendak dibaca sesuai dengan kemampuannya dan keadaan jemaah yang mengikutinya. Sekiranya para jemaah mempu serta berkeinginan kepada bacaan yang panjang maka hendaklah solat tarawih tersebut dipanjangkan bacaannya sebagaimana yang telah dilakukan oleh generasi al-Salafussoleh. Namun demikian sekiranya solat tarawih tersebut dididirikan dengan bacaan yang panjang akan menyebabkan para jemaah lari dari solat jemaah maka hendaklah imam tersebut meringankan bacaannya.

5. Berzikir di antara solat-solat tarawih
Mereka yang mengerjakan solat tarawih ini akan berehat untuk menghilangkan penat diselang-selang solat tersebut. Dari tatacara inilah solat qiyam ramadhan mendapat gelaran tarawih. Para ulamak sepakat tentang disyari’atkan untuk istirehat setelah selesai mengerjakan empat rakaat. Amalan inilah yang telah diwarisi daripada generasi al-Salafussoleh dan ianya berkemungkinan didasari daripada perkataan ‘Aisyah r.a ketika menggambarkan tatacara solat tarawih Rasulullah s.a.w.: “Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.

Tidak disyari’atkan ada bacaan zikir-zikir, selawat-selawat mahupun doa-doa yang tertentu semasa waktu istirehat ini. Namun demikan sewajarnya tempoh tersebut dipergunakan untuk membaca ayat-ayat suci al-Qur’an, zikir-zikir, doa-doa dan selawat yang sabit daripada hadis-hadis Nabi secara bebas tanpa penetapan bacaan atau kaifiat yang tertentu. Hanya sahaja yang lebih menepati sunnah adalah zikir, doa atau selawat tersebut dilakukan secara sendirian dan dengan suara yang perlahan. Tatacara berzikir sebeginilah yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. sebagaimana firman-Nya:

“Sebut serta ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri disertai perasaan takut (melanggar perintahnya) di samping tidak menguatkan suara, iaitu di pada waktu pagi dan petang. Janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai.” – Surah al-A’raaf:205.

Berdasarkan ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa Allah sendiri telah memerintahkan kita sebagai hamba-Nya agar berzikir kepada-Nya dengan suara yang perlahan atau untuk lebih spesifik hanya diri sendiri yang mendengar zikir tersebut.

Selanjutnya Allah S.W.T. berfirman: “Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (dengan mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepada-Ku. Oleh itu, mereka hendaklah menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan mereka hendaklah beriman kepada-KU supaya mereka menjadi baik serta betul.” – Surah al-Baqarah: 186.

Mengenai sebab penurunan ayat ini, al-Qurtubi telah menyatakan di dalam kitabnya Tafsir al-Qurthubi, jilid 1, muka surat 219:

Daripada al-Sholah bin Hakim bin Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi, daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawa ada seorang Arab Badwi berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Apakah Rabb kami berada dekat dengan kami sehingga memadai hanya kami bermunajat (berbisik) kepada-Nya atau Dia berada jauh sehingga kami perlu menyeru-Nya (dengan suara kuat)? Baginda hanya berdiam diri. Tidak berapa lama kemudian, Allah turunkan ayat di atas ‘wa idza sa’alaka ‘ibadi ‘anni fainni qorib’. Setelah itu, dinyatakan pula satu riwayat daripada Ahmad daripada Abu Musa al-Asya’ari r.a, dia telah berkata: Kami pernah bersama Nabi s.a.w dalam satu peperangan. Setiap kali kami melalui jalan mendaki atau menurun di suatu lembah, kami akan mengeraskan suara melaungkan takbir. Lalu baginda mendekati kami seraya bersabda: “Wahai sekalian manusia! Kasihanilah diri kamu semua kerana kamu tidak berdoa kepada sesuatu yang tuli dan bukan kepada sesuatu yang berada jauh. Sesungguhnya yang kamu seru itu lebih dekat berbanding seseorang antara kamu daripada tengkuk unta yang dinaikinya. Wahai Abdullah bin Qais, bagaimana jika aku ajarkan kepadamu satu kalimah daripada khazanah syurga, iaitu la haula wa la quwwata illa billah.”

Demikianlah beberapa tatacara solat tarawih yangdiambil dari hadis-hadis Rasulullah. Semoga ianya dapat dijadikan pedoman bagi kita semua untuk melaksanakan solat tarawih ini sebagaimana yang telah diajarkan oleh baginda. Sesungguhnya mencontohi solat Rasulullah s.a.w. telah diwajibkan oleh baginda sendiri sebagaimana sabdanya: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, no. 631.

Apatah lagi mencontohi Rasulullah s.a.w. adalah bukti yang jelas yang menunjukkan kecintaan kita kepada Allah S.W.T. sebagaimana firman-Nya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. – ali ‘Imraan (3) : 31

Semoga dengan kesungguhan kita dalam mencontohi Rasulullah s.a.w kita akan termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat Allah dan segala dosa kita diampunkan oleh-Nya.



Wallahu'alam