Hukum Onani Lelaki & Wanita
Pada akhir zaman ini, kemajuan komunikasi seperti telefon
pinter, internet, Whatapps, instrogram dan sebagainya membolehkan segala
berita, gambar dan vedio di kongsi
bersama oleh rakan dari semerata tempat di dunia ini. Kadangkala terdapat
berita, gamabar dan vedio yang berunsur negetif sperti lucah dan mengairahkan.
Keadaan ini mendedahkan anak muda dan belia kepada perkara perbuatan maksiat
seperti perbuatan zina.
Setengah daripada mereka yang terlibat yang mempunyai kesedaran rasa malu dan takut kepada dosa, mereka dapat
mengawal nafsu untuk menjauhi perbuatan yang tidak bermoral ini. Sungguhpun
begitu, kadangkala oleh kerana perkara ini disua beberap kali oleh mereka yang
tidak bertanggung jawah dan timbul perasaan anak muda untuk mengetahui pada
mulanya dan akirnya akan terjebat dan seterusnya akan ketagih, pada masa itu
nafsu syahwat juga sukat untuk di kawal. Salah satu alternatif bagi mengelakkan
berlaku zina maka tindakan memuaskan nafsu di lakukan melalui onani sama ada
oleh lelaki atau wanita.
Di artikel ini saya telah mengambil tulisan oleh Ustaz
Zainuddin untuk perkonsian bersama bagi mencegah perbuaatan ini dan dilihat
dari kontek hokum yang ditetapkan oleh Islam.
Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr
Yusof Al-Qaradawi :-
Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia
menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi
tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang
dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di
antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali
terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak
tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu
adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu
bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah
barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging
lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama
Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:
Karena takut berbuatan zina.
Karena tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam
keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke
dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat
lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu
kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa
menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan
supaya dia tidak berlaku zina.
Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa
yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu
berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat
mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa
dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa
seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada
kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan
memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa,
sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)
Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam
Walaupun demikian, berikut adalah ulasan lanjut saya ( sila
buka ) :-
Terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email
dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan
seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa
dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.
Antara soalan-soalannya :-
1) "
...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah
melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."
2)
"Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering
beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji
ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi.
3) "Saya
tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya
dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan
ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya."
4) "Saya
juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan
saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya
beronani."
5)
"Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air
mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat
jelaskan.terima kasih"
6) "Salam,
saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala apabila
teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga melakukan
onani..apakah hukumnya?"
gelora nafsu memamah
umat Islam kini
Sebeban Alasan
Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan
dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana
individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.
"Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya
'ke neraka', then kat akhirat dok tuding jari kepada kita" kata seorang
rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.
Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari
itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang
dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.
Virus Bermula
Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan
wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap
perkara nafsu syahwat yang haram.
Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca
kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama'
dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula
menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan
lain-lain.
Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata
kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.
ما من مسلم ينظر
إلى محاسن امرأة ثم
يغض بصره إلا أخلف
الله له عبادة يجد
حلاوتها
rtinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada
kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah
s.w.t akan memberikan kepadanya
kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283,
Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam
hal galakkan)
Juga disebut dalam sebuah athar :
النظر سهم مسموم من
سهام إبليس
Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari
panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)
Malah ia juga bakal merosakkan hati :-
كل عين باكيه يوم
القيامه الا عينان عين
غضت عن محارم الله
Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali
mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t"
( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)
Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan
kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.
Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina,
hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.
Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu
syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang
tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan
menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan
dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada
seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.
Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-
لو كان لابن آدَمَ
وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى
ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ
بن آدَمَ إلا التُّرَابُ
Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi
emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak
disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia
merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian
berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah
Onani yang telah saya siarkan di web ini.
Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama
mendapati bahawa hukum Onani adalah : -
1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis
dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.
Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah
ditegah oleh Allah s.w.t :-
وَالَّذِينَ
هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ
أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ
فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ
ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ
هُمُ الْعَادُونَ
Ertinya : "dan
orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau
hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada
tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang
yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)
Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara
selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-
a) Malumin : Ertinya : "tercela"
b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui
batas"
2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak
berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa
melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.
Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti
akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU
seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman
wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.
Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja
tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu
melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana
ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia
boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara
akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama
itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.
3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia
menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti
menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari
tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu,
tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja
mendorong kepada terdesak itu.
Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat
ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok
di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.
4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan
wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani
tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan.
Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan,
Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-
1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila
berumahtangga
Beliau menyebut :-
Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan
rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin
apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi
kepuasan seperti anda kecapi secara onani.
Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory
Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda
berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan
anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.
2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk
Beliau menyebut :-
Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota
sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan
satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan
kesannya.
Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak
boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang
melalui salur faraj perempuan.
3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki
Beliau berkata :
Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar
boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku
dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak
lagi dihasilkan ‘kilang'.
Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak
terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu
anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.
Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar
anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda
akan menjadi mandul.
Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk
dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti
keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.
Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara
perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan
seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.
Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil,
tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda
perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak
berguna, hidup anda merana selama-lamanya!
Penutup
Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah mendidik
hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-
1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari melayani
ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah makan dan
minum di siang hari.
3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk bangun sahur.
4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk elakkan
‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.
Amat diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat
menghasilkan kemampuan kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di
atas.
Teringat saya kepada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh
Prof. Dr Sano Qutoub Mustafa ( Prof Syariah di UIAM ) pada 19 Oktober yang
lalu. Beliau mengatakan
"jika keadaan iman dan amalan anda selepas Ramadhan
adalah sama atau lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak
mendapat keampunan Allah pada bulan Ramadhan yang lalu"
Wallahu’alam.
Sumber:
Zaharuddin
Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/