RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 31 December 2016

SAMBUTAN TAHUN BARU 2017 - MUHASABAH DIRI



SAMBUTAN TAHUN BARU – 2017

Sesungguhnya Tahun  2016  Masehi akan melabuhkan tirainya dan akan menjelama tahun baru 2017 Masehi.  Berlalunya tahu membawa bersamanya pelbagai kenangan dan peristiwa yang menjadi iktibar dan pengajaran bagi mereka yang peka dengan amannya dan berlalunya masa itu menjadi tanda kebesaran  kepada mereka yang memerhatikan. Tahun , bulan dan hari yang berlalu mengurangkan umur, bagi hamba yang berakal akan menjadikan ia jalan untuk bertafakur dan ruang untuk melihat diri (audit diri). Tidak ada satu perbuatan yang paling bodoh keculai mereka yang   tahun berlalu, umur berkurangan sedangkan tuannya tidak mengambil apa-apa pengajaran dari sejarah hidupnya.

Masuknya tahun bari bermakna luputnya umur kita dan kita semakin menjauhkan diri dari dunia dan menghampirkan diri ke LIANG LAHAD  dan semakin menghampirikan kita ke untuk tiba di distinasi hisab yang menakutkan. Maka sepatutnya renungan ini mengerunkan jiwa kita dan peluang untuk kita menghitung, menghisab amalan kita. Tempoh ini menandakan berlalunya zaman dan jenerasi, hilangnya dunia dan berakhirnya usia. Akan tetapi apabila hati telah diliputi nuda dan dosa serta cintakan akan dunia sehingga merasakan kita akan kekal selamanya maka mahasabah diri akan berkubur jua.

Bagi mereka yang memerhatikan ajaran al Quran al Karim akan dapati kitab Allah ini mengambarkan reality kehidupan manusia dan kenyataan bahawa dunia ini adalah tempat ujian dan tipudaya, firman Allah SWT didalam surah Al Khafi ayat 45 yang bermaksud :

“ dan kemukakan kepada mereka mithal perbandingannya: kehidupan dunia ini samalah seperti air yang kami turunkan dari langit, lalu bercampur baurlah tanaman dibumi antara satu sama lain dan kembang suburlah ia disebabkan ait itu, kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angina dan ingatlah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Harta benda dan anak pinak itu hanyalah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekaln  faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhan mu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
Oleh itu dunia ini hanyalah bayangan yang akan melabuhkan tirainya tatapi malangnya terlalu ramai manusia yang tertipu  dan terpedaya dengannya”.
 
firman Allah lagi yang bermkasud:
“ Dan ingatlah masa Allah himpunkan mereka pada hari kiamat kelak dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari, mereka akan berkenal-kenal sesame sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan dan yang tidak mendapat petunjuk ke jalan  kebenaran semasa hidup didunia sedang mencari-cari.

Maka manusia yang cerdik ialah yang sentiasa menghisab dirinya dengan melihat kepada perangai dunia yang busuk bahkan menjadikan dunia sebagai laluan untuk mencapai keredaan Allah SWT untuk menikmati syurga Jannah yang penuh dengan kenikmatan yang kekal abadi. 

Sesiapa yang menoleh ke belakang melihat sejarah kehidupannya sudah pasti ia dapati fitnah yang hebat telah menimpanya. Demikian juga maksiat yang bersar telah menimpa umat Islam. Rasulullah SAW telah memperlihatkan kita dengan fitnah ini supaya kita segera melakukan amalan soleh kerana kelapaan kita sepanjang tahun lalu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“ Bersegralah melakukan amalan soleh sebelum datangnya fitnah umpama malam yang gelap gulita, sehingga seseoraang mukmin itu di waktu paginya Islam dan petangnya kafir dan sebaliknya. Mereka menjual agama dengan beberapa  harga dunia”.

Boleh jadi sepanjang tahun lepas kita telah melakukan kesilapan yang menjaduhkan kita dari jalan Tuhan kita dengan meninggalkan perintah Allah dan mengerjakan larangan Allah. Dan dahulunya kita seorang yang istiqamah, juga ahli kebaikan tetapi dilalaikan oleh pengaruh dunia yang membingungkan kita sehingga kelembah kerugian dan penyesalan tidak berkesudahan.

Kerana itulah kita dikehendaki memperbanyakkan doa : “ Wahai Allah yang membuluk balikkan hati manusia, tetapkanlah hatiku di atas agama Mu”.

Kalau diperhatikan sekeliling kita, betapa ramai rakan-rakan dan sanak saudara kita yang telah menyahut panggilan Illahi, masada mereka sempat menyediakan bekalan atau sebaliknya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Dari sini, hidupnya kita walaupun sehari adalah satu nikmat bersar kerniaan Allah, bayangkan nikmat hidup kalau sebulan dan setahun. Berapa banyak kita bulih menambahkan bekalan pahala akhirat nanti. Manusia samada kehadapan dengan mengerjakan “Hassanah” atau terkebelakang menimbulkan kecelakaan.

Saidina Umar Al Khaltab RA menulis surat kepada pegawai-pegawainya “ Hisablah dirimu semasa engkau senang sebelum dihisab semasa engkau susah, kerana mereka yang menghisabkan diri semasa senang hasilnya akan mendapat keredaan Allah SWT. Dan sesiap yang dilalaikan oleh kehidupannya dan disibukkan oleh nafsunya maka kesudahan ialah penyelesaian dan kerugian”.

Sayugialah kita menghisabkan diri kita dengan beberapa perkara mengikut situasi masing-masing:

1.       Masa dan umur yang kita lalui, adakah kita gunakan untuk mendapat kebajikan atau kita lumurkan ia dengan maksiat kekotoran dosa yang tidak berkesudahan.

2.       Kepada penuntut ilmu dan para daie, tanyalah dirimu dimanakah kamu, apakah yang telah engkau amalkan. Apakan rancangan engkau dan kemanakah hala tuju mu bersama umat Muhammad SAW ini.

3.       Kepada remaja yang cintakan agamannya, persiapkan diri untuk menghadapi cabaran tiupan dunia mode dengan senjata ilmu syarie dan hampirilah dirimu dengan ulamak kerana keberekatan itu bersama mereka. Tanyalah diri kita berapa banyak nyanyian hiburan melalaikan kita ikuti dan ingatlah kemurkaan Allah sedang menanti diatas maksiat itu.

4.       Kepada rakan wartawan, menghisablah kesan pena yang dinukilkan kerena ianya senjata dua mata. Jika digunakan untuk kebaikan maka sesungguhnya demi Allah ianaya kebaikan dan kejayaan dan sebaliknya jika digunakan untuk kejahatan dan kemungkaran maka ianya satu penyelesaian dan pengkhianatan.

5.       Kepada mereka yang dikurniakan amanah pemerintahan dan kepimpinan, ingatlah bahawa sesungguhnya Allah SWT akan menyoal kamu terhadap pimpinanmu apakah engkau melaksanakan tanggung jawaba mu atau kamu melenyapkannya. Ingatkalh akan hari yang engkau dihadapkan di mahkamah Allah yang di hakimi oleh Allah Yang Maha Adil. Amanah ini samada menjadi laluan engkau ke syurga atau menjauhakan engkau dari nya “ Auzubillah”. Oleh itu takutlah kepada Allah tentaang pimpinan ini dan pohonlah pertolongan dari Allah.

6.       Kepada semua pejuang agama Allah diseluruh dunia, sesungguhnya pengerobabanan kamu itu akan dibalas Allah dengan “Firdaus” dan kepada yang menanti berdolah “ Ya Allah janganlah Engkau matikan aku kekculai syahid” kerana inilah sahaja jalan menuju syurga Allah. Firman Allah yang bermaksud: 

“ Dan janganlah kamu menyaka mereka yang mati dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhan-Nya dan  tetap diberikan rezeki”.

7.       Kepada gulungan wanita yang mulia dan suci, hadapailah cabaran keruntuhan moral anak-anak dengan didikan sempurnya dan berdoalah kepaa Allah terhadap segala masalah dan suburilah rumah tanga dengan sinaran iman dan taqwa.

Yakinlah bahawa mahasabah ini akan membuahkan hasil yang lumyan antaranya dapat memperbaikai diri, bertuabat dan menyesallah diatas kelanjuran, mengetahui hak Allah dan Rasul yang telah kita nudai dan belum dikerjakan, juga mengetahui kemuliaan dan kasih sayang Allah kepada kita semua. Serta banyak lagi faedah mahasabah ini.

Allah hu’alam.

Sumber : MAIK