Kesalahan
dan Kesilapan Suami Terhadap Isteri
Tanggungjawab Suami
Hasrat untuk berumah
tangga adalah naluri semulajadi yang dijadikan oleh bagi setiap lelaki dan
perempuan yang normal. Bila seseorang lelaki dan wanita telah meningkat dewasa,
keinginan untuk hidup bersama pasangan akan timbul dan Islam telah membenarkan
perkahwinan dengan ketetapan hokum yang telah disyaritkan.
Dalam institusi perkahwinan, lelaki telah diberi amanah
sebagai ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan
beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab suami atau lelaki
sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui
firman-Nya bermaksud:
“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah
melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan),
dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah
an-Nisa, ayat 34)
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan
berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan
menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan
anak mereka. Walaubagaimanapun, pada hari ini kita melihat ramai suami yang
semakin jauh dari tanggungjawab dan tugas mereka yang sebenar. Mungkin,
kerana kejalihan dari segi pengethaun hokum agama dan juga kurangnya ilmu
pengguran rumah tangga dan keluarga. Oleh itulah banyak rumahtangga yang
runtuh akibat kurangnya penghayatan suami kepada nilai-nilai murni dalam
baitul muslim yang dibina.
Berikut disenaraikan 10 kesalahan dan
kesilapan suami terhadap isteri mereka yang sering dilakukan.
1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada
isteri.
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana
cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku
terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara
Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang
menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan
menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dan sebagainya.
Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama
ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah
terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa
yang diperintakan.” (Surah At-Tahrim:6)
Para suami hendaklah mengajarkan agama kepada isteri mereka
sama ada secara langsung ataupun melalui perantaraan. Melalui perantaraan itu
contohnya menghadiahkan buku-buku tentang
Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah,
mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh
orang-orang yang berilmu dan sebagainya. (yang paling praktikal, ajaklah solat
berjemaah di rumah atau di surau/masjid). Maka, amat penting bagi para suami
untuk mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum membuat keputusan untuk melangkah
ke alam rumahtangga.
2. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri.
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama
dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan
kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara
yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.
Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan
juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga
menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya
(suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah
dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah
(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang
lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu
mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta
ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu
lakukan.” (Surah Al-Baqarah : 233)
Isteri berhak mendapatkan nafkah dari suami, kerana dia
telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati
suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika
isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan
nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta
suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun
tanpa pengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya
sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.”
(Muttafaq ‘alaih)
Suami perlu memberi pakaian kepada isteri sekurang-kurangnya
dua pasang setiap tahun. Suami juga menjadi tanggung jawab untuk menyediakan
perubatan yang sesuai apabila isterinya sakit. Tempat tinggal yang sesuai dan
selamat untuk isteri dan anak-anak. Jika suami menghendaki isterinya tinggal
serumah dengan ibunya, maka dia pastikan isterinya dapat hidup dengan selesa
dan tenteram.
Jika didapati isterinya sentiasa dalam keadaan tertekan dan
tidak ceria tinggal bersama ibu mertuanya (lebih lagi jika ibu mertua sering
melakukan perbuatan yang menyakiti menantu). Apabila perkara ini dilapurkan
oleh isterinya, maka suami perlu mengambil berat dengan menyelidiki sama ada
benar atau sebaliknya. Setelah dibuat selidikan dan didapati benar perkara itu
berlaku maka dia peelu mencari tempat kediaman yang lain bagi membolehkan
isteri dan keluarganya hidup dengan aman damai dan penuh kegembiraan dan
keciraan. Jika si suami tetap mahu isterinya tinggal dirumah ibunya, itu
merupakan satu perbuatan penderaan mental yang boleh mendatangkan kemudaratan
kesihantan kepada isteri. Ianya boleh dianggap satu tindakan medera isyteri
secara tidak langsung.
3. Suka mencari kekurangan dan kesalahan isteri.
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah
sollallahu ‘alaihi wasallam melarang lelaki yang berpergian dalam waktu
yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatiri akan
mendapati berbagai kekurangan isteri dan cela isterinya. Bahkan suami
diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya,
juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai
kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya
yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai
akhlak lain darinya.” {Hadith riwayat Muslim}
4. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri.
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik
akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap
isteri-isterinya.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)
Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi
wasallam, seseorang suami itu haruslah berakhlak baik, bersikap lembut dan
tidak kasar terhadap isterinya. Hal ini kerana, suami yang bersikap kasar pasti
akan menggugat kebahagiaan hubungan antara dirinya dengan isteri.
5. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan
isteri.
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, iaitu:
a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman
(sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)
b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara
syar’ie (sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1)
c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang
bermaksud:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan,
memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak
menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” (H.R.
Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani)
6. Menyebarkan rahsia dan aib isteri.
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya
di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan
isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.”
(Hadith riwayat Muslim)
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa
yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga
diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik
berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.
Di zaman sekarang ini, ramai suami yang menceritakan
kelemahan isteri melalui media social seperti face book atau what apps. Ini
adalah setu perbuatan yang amat tidak patut yang membolekan isteri terasa malu
dan menderita batin kerana rahsia peribadinya diketahui umum di seluruh dunia.
7. Suami sombong untuk membantu isteri dalam urusan
rumahtangga.
Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri
dalam urusan rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa
dirinya terbeban dan tertekan. Marilah contohi Rasulullah sollallahu ‘alaihi
wasallam dalam melayani isterinya Aisyah r.ha.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu
solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (Hadith riwayat Bukhari)
8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri.
Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak
boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau
bilaunya pendidikan anak dan sebagainya. Dan hendaknya perkataan cerai/talak
itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah sollallahu
‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama
dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” (Hadith
riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh
Albani)
Penceraian tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama
dalam penyelesaian perselisihan. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk
menyelesaikannya, kerana kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang
ditimbulkan dikemudian hari kelak.
Rasulullah sollallahu ‘alahi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air
(laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat
dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah
salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis
berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain
dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan
isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu
berkata: Engkau tentera terbaik.” (Hadith riwayat Muslim)
9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at.
Bernikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan
salah satu perkara yang Allah syariatkan. Tetapi, terdapat sebahagian
orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan
sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri.
Terutama isteri pertama dan anak-anaknya.
Dalam Surah an-Nisa, ayat 3, Allah Ta’ala berfirman yang
bermaksud:
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil,
maka (kahwinlah) seorang sahaja.”
Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi
jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi
syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh
menjurus kepada kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan masa depan
anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan juga kepada
masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya dan perhatikanlah dengan saksama
perkaranya sebelum membuat keputusan.
10. Lemah kecemburuan terhadap isteri.
Para suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan
isterinya dinikmati dan dipertontonkan kepada bukan mahram. Dia membiarkan
isterinya mendedahkan aurat ketika keluar rumah, dan membiarkan berkumpul
dengan lelaki-lelaki bukan mahram. Bahkan ada sebahagian suami bangga kerana
memiliki isteri yang cantik dan boleh dinikmati oleh pandangan kebanyakan
orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga
keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk suaminya
sahaja dan tidak sesekali ‘dijaja’ ke mana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya
tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang bukan
mahram.
Perhatikan ancaman Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam
terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka
pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita
yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts.” (Hadith riwayat An-Nasa’i, dinilai
‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674)
Ad-Dayyuts(dayus) itu ialah LELAKI yang tidak memiliki
kecemburuan terhadap keluarganya.
Maka, marilah sama-sama kita beringat dan muhasabah diri
sentiasa. Hal ini bukan hanya untuk para suami, malah penting juga untuk mereka
yang belum menjadi suami, agar persediaan sebelum mendirikan baitul muslim itu
lengkap.
Kesimpulan:
Semua faktor yang dinyatakan diatas berlaku disebabkan oleh
para suami tidak mempunyai ilmu yang memcukupi samada ilmu agama dan ilmu
berkaitan dengan pengurusan rumah tangga. Jika inilah situasinya , maka para
suami perlu menambakan ilmu pada setiap masa untuk mendapatkan tip-ti0 yang
membolehkan dirinya menjadi seorang suami yang cemerlan di dunia dan akhirat.
Iangatlah di akhirat kelak, di padang mahsyar , suami akan
diadili didepan Allah dan diantara perkara yang akan disoal ialah sejauh mana
dia telah menasihati isteri dan keluarga untuk menjadi manusia yant beriman dan
bertaqwa.
Sumber : hafism