RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday, 17 January 2017

BAB 26: MAK YONG, PETRI, DAN WAYANG KULIT DIHARAMKAN





Buku sudah diterbitkan boleh diperolehi di feedaread.com\






BAB 26:  MAK YONG, PETRI, DAN WAYANG KULIT DIHARAMKAN

Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (Surah Yunus, ayat 106)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang menemui tukang tilik dan menanyakan sesuatu kepadanya, lalu terus percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka dia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad." (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)

 
Kelantan merupakan salah sebuah negeri di Pantai Timur telah terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan dan  permainan tradisi seperti, dikir barat, mak yong, menora, rebana besar, rebana kecil, wayang kulit, petri dan pelbagai lagi.
Setelah Tok Guru dipilih menjadi Menteri Besar pada tahun 1990. Tindakan drastik telah diambil terhadap beberapa persembahan kebudayaan seperti Makyong, Petri dan Wayang Kulit yang menjadi darah daging kepada rakyat Kelantan, telah dilarang dari dipersembahkan  di negri Kelantan. Tok Guru bertindak demikian kerana pada masa itu didapati banyak unsur-unsur khurafat dan maksiat terdapat dalam persembahan kebudayaan berkenaan.
Diperingkat awal peraturan ini dilaksanakan, ramai yang telah mencemuh dan mengkritik tindakan Tok Guru Nik Abdul Aziz itu. Para penentang terhadap dasar yang mengharamkan persembahan kebudayaan tradisi Kelantan dari dipersembahkan di khalayak awam di Kelantan mengatakan tindakan Tok Guru mengharam pesembahan kebudayaan  itu adalah satu usaha untuk mematikan seni budaya dan adat turun temurun negeri Kelantan yang telah terkenal di pentas global. Ianya satu tindakan yang akan mematikan seni kebudayaan bangsa melayu dan juga menyempitkan punca rezeki penggiat seni budaya di Kelantan.
Semasa memberi arahan untuk memberhentikan pemberian lesen untuk hiburan tradisi seperti Mak Yong, Petri, Menora dan Wayang Kulit telah mendapat tentang yang agak hebat dari para penggalak seni berkenaan. Mereka menganggap tidak itu adalah tidak wajar di sebuah negeri yang terkenal dengan kepelbagaian seni budaya sebelum ini.
Bagi mereka permainan seperti Mak Yong, Petri, Menora dan Wayang Kulit adalah seni budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang orang Melayu di zaman dahulu kala lagi. Ianya dianggap tindakan mengharam persembahan kebudayaan ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan boleh mengurangkan kedatangan pelancung ke negeri Kelantan.
Diantara kritikan pedas yang diterima oleh Tok Guru semasa mula melaksanakan dasar itu di tahun 1990 adalah seperti petikan blogger berikut:
# Friday, 14 September 2012.
Jangan cepat latah berfatwa Antara yang menjadi mangsa ‘fatwa haram’ oleh Tok Guru ialah beberapa permainan, persembahan, aktiviti, kegiatan kebudayaan, sukan dan keagamaan.
Sejak Pas memerintah Kelantan pada tahun 1990, banyak perubahan telah dilakukan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Antaranya ‘berfatwa’ mengharamkan itu, ‘mewajibkan’ ini. Wayang kulit, dikir barat, main puteri, menora, makyong, snuker, biliard dan penyertaan qariah dalam tilawah al-Quran peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa sebenarnya telah menjadi mangsa kerakusan ulamak politik berpolitik.
Pengharaman itu mengejutkan semua pihak terutama penggiat seni dan peminat. Alasan ‘fatwa’ mengharamkan permainan, persembahan kebudayaan, sukan serta keagamaan itu kerana kononnya ada unsur judi, maksiat, lucah, syirik, khurafat dan aurat.
Tidak dinafikan masa itu sukan snuker ada unsur judi. Wayang kulit, main puteri, menora dan makyong ada unsur syirik dan khurafat, manakala dikir barat ada unsur lucah dan menggalakkan maksiat……
Banyak lagi cemuhan yang dipaparkan di dalam media sosial yang tidak sempat untuk dirkamkan di dalam buku ini.
Bagi Tok Guru beliau tidak memberi perhatian terhapa apa jua cemuhan yang dilemparkan terhadap apa jua dasar yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan ketika itu. Tok Guru pernah menyuarakan:
“ Ambo mengarahkan beberapa persembahan kebudayaan tradisional Kelantan diharamkan adalah kerana terdapat maksiat dan perkara yang boleh membawa kepada kerosakan akidah yang diamalkan oleh penggiat seni berkenaan”
“ Sebagai contoh, semasa adat pecah panggung oleh tok dalang Wayang Kulit dengan membaca jampi serapah dan amalah ritual yang turun temurun itu adalah perbuatan yang banyak bercanggah dengan syariat Islam” Tok Guru memberi pendapatnya.
“ Istiadat  pecah pangung ini dengan disediakan seekor ayam bakar, dan peralatan seperti beras kunyit, benang mentah, bunga-bungaan, adalah  perbuat khurafat yang boleh memesongkan akidah seseorang, terutama pak dalang.”
“ Ambo sebagai pemandu bas yang diamanahkan untuk membawa penumpang ke destinasi yang ditujui ( akhirat yang kekal abadi) perlu berhati-hati dan  bertanggung jawab  untuk  membolehkan semua para penumpang didalam bas berkenaan sampai dengan selamat. Jadi disepanjang masa memandu bas berkenaan ambo kena ikut segala tanda isyarat jalan raya, patuhi haj laju, tak boleh bagi ambo nak pandu bas ikut suka hati saja”. Tok Guru meneruskan ceritanya.”
“ Sebab tulah bila ambo jadi Menteri Besar sebagai pemimpin yang diamanah oleh rakyat, bila ambo dapati persembahan kebudayaan yang penuh dengan amalan khurafat dan syirik ambo terpaksa memberi arahan supaya tidak dikeluarkan lesen , buka saja-saja nak guna kuasa tetapi ambo nak selamatkan akidah rakyat ambo dari  mejadi syirik dan menduakan Allah yang merupakan satu perbuatan dosa besar. Takkanlah ambo yang tahu agama ini nak biarkan mereka semua masuk neraka di akhirat nanti. Lagipun ambo juga akan dipersoalkah oleh Allah atas amanah sebagai seorang pemimpin. Ambo rasa tindakan ambo tu betul. Adal orang nak marah ambo tak ambil hati kerana mereka tak faham. Ambo lebih takut kepada hukuman Allah daripada dimarah dan dicemuh oleh manusia”.
Begitulah reaksi Tok Guru bila menghadapi tentangan dari kalangan mereka yang tidak begitu arif agama. Tok Guru lebih mementingkan kepada memathui syariat Allah daripada mengikut kehendak manusia. Bialah tindakan yang dilakukan itu tidak popular dari segi sokongan dan mileage politik. Ini adalah ketegasan Tok Guru dalam usahanya untuk membawa negeri Kelantan sebagai negeri yang ‘Membangu Bersam Islam’ dan mendapat rahmat dan hidayah Allah. In sya Allah.
Sebagai insan yang waras fikiran, sebelum kita menuduh seorang ‘murabbi’ menghalang sesuatu peresembahan kebudayaan yang mempunyai banyak unsur khurafat dan maksiat sebagai seorang yang tidak mencitai seni budaya bangsa perlulah kita terlebih dahulu menliti sejauhmana unsur maksiat atau khurafat didalam amalan seni budaya itu boleh merosakkan akidah dan keimanan sebagai seorang muslim.
Saya telah membuat kajian berhubungan denngan seni mak yong dan wayang kulit. Apakah unsur-unsur khurafat yang terdapat didalam seni budaya ini ? marilah kita teliti seni ini secara lebih ilmiah dan mendalam berdasarkan minda yang rasional.
Wayang kulit sebgai contoh merupakan kesenian tradisional negeri Kelantan yang begitu popular di zaman nenek moyang kita lagi dan ianya masih diminati sehingga ke hari ini. Malah wayang kulit Kelatan telah mendapat perhatian para pengkaji seni budaya oleh masrayakat dunia.
Apakah unsur-unsur khurafat dalam persembahan wayang kulit ?  untuk itu marilah kita teliti satu artikel yang disiarkan didalam blogger seperti berkut:
Melihat dari konteks persembahan tradisional dan agama, ritual adalah aktiviti berbentuk bacaan, jampi dan pemujaan yang dilakukan individu yang berpengalaman dalam bidang unsur spiritual.
Lazaimnya, amalan ini dilakukan bertujuan menghubungkan manusia dengan alam ghaib seperti meminta pertolongan, perlindungan atau restu dari Tuhan.

Di sebalik pegangan agama masing-masing, ritual juga menjadi elemen penting dalam persembahan tradisional yang membawa maksud menjadi ‘pagar’ kepada pelakon, pemuzik dan penonton.
Perkara sebegini dilakukan apabila kebanyakan persembahan tradisional mempunyai semangat mereka tersendiri dan ritual bertindak mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Antara persembahan tradisional Melayu yang masih dikekalkan adalah makyung dan wayang kulit yang terkenal diamalkan di Kelantan dan masing-masing dipercayai mempunyai unsur spiritual sendiri.

Nasir Yusoff atau lebih mesra dipanggil Pak Nasir, seorang pensyarah di Akedemi Seni Budaya Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan juga pengamal seni budaya warisan Melayu menyatakan :
“ Bunyi-bunyian diterjemahkan sesuatu yang dianggap boleh melalaikan pelakon di pentas ketika persembahan makyung dilakukan dan tidak hairan, jika pelakon ini boleh dirasuk atau istilah 'naik sheikh’”

Pak Nasir merupakan salah seorang individu yang biasa mengetuai upacara buka panggung sebelum memulakan persembahan - Pic : mD“Antara salah satu contoh ritual dalam persembahan tradisional adalah upacara buka panggung. Ramai yang tidak tahu apa itu buka panggung.
"Istilah panggung merujuk kepada 'body and soul' manakala buka panggung adalah kita membuka jiwa untuk diletakkan di dalam persembahan itu dan upacara ini menghubungkan kita dengan alam ghaib.

“Mereka (makhluk alam ghaib) juga makhluk tuhan. Bukanlah saya berkata kita meminta pertolongan daripada jin kerana yang berkuasa tetap Allah. Ia hanya sebagai ikhtiar supaya persembahan berjalan lancar, diberi keselamatan dan menghindarkan diri daripada dirasuk semangat jahat," katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui di ASWARA baru-baru ini.

Seni persembahan makyung diangkat sebagai ‘Masterpiece Of The Oral And Intangible Heritage Of Humanity" pada tahun 2005 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) dan sekaligus mengiktirafnya sebagai seni budaya warisan dunia yang perlu dikekalkan dan dihayati generasi baru.

Namun, segelintir masyarakat di negara ini tidak mahu lagi menerima persembahan tradisional apabila ia sering dikaitkan dengan amalan khurafat.

Persembahan menerusi hidangan pulut kuning, ayam panggang, telur ayam kampung dan kemenyan 


antara barangan yang biasa digunakan sewaktu upacara buka panggung..

Upacara buka panggung akan dilakukan sebelum bermulanya persembahan Makyung bersama para produksi yang terlibat - Pic : mD

Ia dimulakan dengan bacaan mantera dalam bahasa Sanskrit sebagai permulaan untuk berhubung dengan alam ghaib dan hidangan berkenaan akan mula diasapkan sebelum dibacakan doa.

Menurut Pak Nasir, mempelajari makyung mempunyai dua jenis pemahaman iaitu belajar secara luaran saja atau kedua, merangkumi luaran dan dalaman.
Biasanya, mereka yang memilih belajar pilihan pertama itu tidak akan didedahkan dengan maksud disebalik mantera bahasa Sanskrit yang dibacakan dan atas sebab itu, ia boleh menimbulkan syak wasangka serta perspektif negatif terhadap masyarakat yang tidak tahu maksud sebenar.

“Bahasa Sanskrit adalah bahasa lama dan bukan semua orang faham. Atas sebab itu, ramai yang mengatakan makyung bersifat khurafat manakala amalan jampi seolah memanggil hantu.
"Kalau nak pandai, kenalah belajar luar dan dalam agar tidak tercungap menjawab jika orang ertanya pada kita," ujarnya.

Perbezaaan Makyung dan Wayang Kulit

Tok Dalang merupakan individu yang berperanan menggerakkan watak, dan cerita - Pic : mD“Ramai yang tidak tahu wayang kulit paling dianggap berat dari segi pembelajarannya kerana ia menggabungkan tiga elemen iaitu Tok Dalang yang mengendalikan unsur Islamik, kedua dari segi epik penceritaan seperti Ramayana dan ketiga, dari segi watak yang dipengaruhi kepercayaan agama Buddha.
"Seperti Sri Rama dan Siti Dewi, ia suatu yang memang berat kerana menggabungkan tiga elemen dalam agama yang berbeza," katanya.

Bagi Fatimah Abdullah yang juga pensyarah makyung di ASWARA dan penjuang seni tradisional ini memberitahu pembabitannya dalam bidang ini bermula sejak berusia lima tahun.

“Pada awalnya, saya sekadar suka-suka mengikut ibu berlakon makyung. Sekitar tahun 1940-an, ibu saya iaitu Che Bidah A Bunga Tanjung adalah primadona makyung di Kelantan.
"Pada masa itu tiada radio dan TV. Jadi, hanya makyung menjadi hiburan pada penduduk kampung dan mereka suka menonton makyung lagi-lagi apabila menyaksikan ibu menari, menyanyi dan
berlakon,” katanya.

Fatimah Abdullah, dua dari kiri merupakan salah seorang primado dan pewaris Makyung yang masih ada, dan aktif - Pic : mD

Apabila ditanya mengenai pelapisnya pada masa akan datang, Fatimah menyatakan setakat ini masih belum ada pewaris dari keturunannya yang mewarisi sepenuhnya seni budaya Makyung. Namun, beliau menegaskan dalam mewarisi amalan ini, tidak boleh ada paksaan tetapi minat.

“Sebenarnya, saya tahu semakin lama tidak ramai anak muda kita yang didedahkan dengan makyung apatah lagi sudah ditanamkan perspektif negatif dalam minda mereka. Ada yang mengatakan makyung patut dihapuskan sebab khurafat tetapi saya tidak kisah.”

“Apa lagi yang boleh kita banggakan untuk ditunjukkan pada orang luar jika bukan seni budaya kita sendiri. Seni berperanan menyatupadukan masyarakat dan saya berharap adanya institusi seni seperti ASWARA, ia dapat menyerapkan rasa cinta terhadap seni budaya tidak hanya makyung tetapi wayang kulit, mek mulong, randai, bangsawan dan banyak lagi," sambungnya.

Kepercayaan Penganut Hindu Terhadap Amalan Ritual
Selain keakraban masyarakat Melayu terhadap amalan ritual dan seni tradisional Melayu seperti makyong, masyarakat beragama Hindu juga sebagai contoh mempunyai satu upacara khas sebelum mereka melakukan upacara menyembah Tuhan.

Menurut kitab suci Veda (Hindu), terdapat upacara khas yang harus dilakukan sebelum penganut Hindu ‘bertemu’ tuhan.

Melalui upacara jaladhivasa, patung Tuhan akan direndam ke dalam air selama tiga hari, tiga malam. Kemudian, dilakukan upacara dhanyadhivasa, iaitu patung tuhan diletakkan pula atas timbunan bijirin, juga selama tiga hari.
Pada hari berikutnya, akan diadakan pula upacara sayyadhivasa iaitu membaringkan patung Tuhan di atas katil yang dibuat khas.

Selesai sahaja tiga upacara itu, maka giliran upacara nertonmilana pula dijalankan di mana mereka akan menyediakan peralatan khas untuk melukis anak mata pada patung Tuhan tersebut. Maka, patung Tuhan akan dianggap ‘sempurna’ selepas proses ‘membuka mata’ selesai dan akan diletakkan di kuil untuk tujuan sembahyang.

Sementara itu, lapan bahan khas yang digaulkan menjadi pati, lalu dituangkan ke posisi patung Tuhan akan diletakkan. Pati ini dipanggil astabandha sebagai bahan pelekat.
Difahamkan, patung Tuhan ini diletakkan di mulastanam iaitu bilik utama di tengah kuil sebelum berlangsung upacara paling penting iaitu, pranapratistha bertujuan ‘menghidupkan’ patung tuhan.


Individu yang mahir dalam bidang pengukiran akan menghasilkan patung tuhan dengan cukup teliti dan sempurna - Pic : mDIa bukanlah benar-benar hidup, tetapi sebagai simbolik pengikirafan kepada kewujudan Tuhan.


Sebagai manusia, kita harus saling menghormati terhadap apa jua bentuk kepercayaan masyarakat dan agama yang diamalkan di negara ini. Jika berasakan amalan ritual yang dilakukan bersifat khurafat, ia tidak sepatutnya disampaikan secara menghentam mahupun memburukkan keharmonian antara satu sama lain.
Begitu juga, amalan ritual boleh dijadikan bahan rujukan kepada generasi baru tanpa disalah guna sebagai kepercayaan yang menyimpang daripada pegangan agama sebenar.



 


Setelah diteliti isi kandungan artikel di atas dan jika inilah unsur-unsur khurafat dan aalan syirik yang ada dalam persembahan makyung dan wang kulit, kita semua sebagai rakyat Kelantan yang beragama Islam patut bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tok Guru yang telah cuba sebaik mungkin untuk membawa kita semua ke jalan yang diredai Allah dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran ini. Yang lebih penting kita telah dibantu oleh Tok Guru untuk menghindarkan diri kita semua daripada terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kancah maksiat semasa persembahan kebudayaan tradisional yang kita agungkan sebagai salah satu warisan bangsa Melayu yang patu dijaga dan dikembangkan. 

Betapa murni dan ikhlasnya seorang murrabi yang menjadi pemimpin utama rakyat negeri Kelantan telah menjlankan tanggung jawabnya dengan penuh keikhlasan untuk berbakti kepada Allah dan juga berusahan membawa kebahagian dan keberkatan di dunia dan akhirat untuk semua rakyat Kelantan. Allahuakbar !.