KESALAHAN DAN KESILAPAN SUAMI TERHADAP ISTERI
Perkahwinan adalah
klimak cinta diantara teruna dan dara. Semasa mereka telah bersetuju untuk
mendirikan rumah tangga dahulu, seribu harapan yang menggunug untuk menjadi
suami dan isteri yang terbaik dan ideal. Dengan harapan ianya akan berkekalan
sehingga ke penghujung hayat. Masing-masing berjanji untuk bersama-sama membina mahligai bahagia –Rumahku SyurgaKu.
Islam menetapkan
bahawa suami adalah ketua atau peneraju dalam sesebuah rumah tangga. Sebab itulah
dia di beri keistimewaan sebagai pemegang amanah Allah iaitu kuasa “talak”
diberi kepada lelaki. Allah telah berfirman yang maksudnya:
“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan
sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana
lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa,
ayat 34)
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan
berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan
menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan
anak-anak mereka. Walaubagaimanapun, pada hari ini kita melihat ramai suami
yang semakin jauh dari tanggungjawab dan tugas mereka yang sebenar.
Mungkin, kerana itulah banyak rumahtangga yang runtuh akibat
kurangnya penghayatan suami kepada nilai-nilai murni dalam baitul
muslim yang dibina. Berikut disenaraikan 10 kesalahan dan kesilapan
suami terhadap isteri yang sering terjadi:
Kesalahan dan Kesilapan Suami Kepada Isteri:
1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada
isteri.
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana
cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku
terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara
Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang
menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan
menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dan sebagainya.
Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama
ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang–orang
yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,
keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd
mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan.” (Surah
At-Tahrim:6)
Para suami hendaklah mengajarkan agama kepada isteri mereka
sama ada secara langsung ataupun melalui perantaraan. Melalui perantaraan itu
contohnya menghadiahkan buku-buku
tentang
Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah,
mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh
orang-orang yang berilmu dan sebagainya. (yang paling praktikal, ajaklah solat
berjemaah di rumah atau di surau/masjid). Maka, amat penting bagi para suami
untuk mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum membuat keputusan untuk melangkah
ke alam rumahtangga.
Kebanyakan masalah ini berlaku kerana suami adalah seorang
yang cetek ilmu agama, dan yang lebih buruk lagi suami adalah seorang yang
kurang mengerjakan solat atau tidak solat langsung. Ini menjadikan rumah tangga
mereka di terajui oleh ketua yang dilaknati Allah. Maka kurang keberkatan dan hidayah Allah untuk
kelurga. Disinilah diantara puca berlaku masalah dalam hubungan suami dan isteri
dan keluarga.
2. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri.
“Dan ibu-ibu hendaklah
menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak
menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan
pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan
seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu
menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu
menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut
(jika si bapa tiada( meninggal dunia). kemudian jika keduanya (suami isteri
mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh)
mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan
jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada
salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan
cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu
kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa
jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah : 233)
Ayat diatas memperlihatkan Islam telah memberi gasi panduan
tentang peranan dan tanggung jawab suami dan isteri dalam berumah tangga dan
bagaimana memberi nafkah dan membesarkan anak-anak mereka.
Isteri berhak mendapatkan nafkah dari suami, kerana dia
telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati
suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Jika isteri mendapati suaminya culas dalam
memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran
syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya
secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa pengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan
dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” (Muttafaq
‘alaih)
Adalah amat rugi jika suami yang mempunyai pekerjaan tetap
dan pendapatan yang agak lumayan, tetapi kerana kurang bertanggung jawab
terhadap isteri dan keluarga ia sering abaikan tugasnya dalam memberi nafkah
yang mencukupi untuk saraan iseteri dan anak-anaknya. Sebagai contoh seorang
suami yang bergaji tetap sebanyak RM5K sebulan, tetapi kerana kurang bertanggun
jawabnya, pada setiap awal bulan bila gaji diterima , di berbelanja dengan
boros untuk dirinya , keluarganya dan sahabat handal. Apa yang diberi kepada
isteri hanyalah sebanyak kurang dari RM5,000. Sebulan. Untuk keperluan susu
anak, napkin, pakaian dan keperluan lain isterinya. Ini adalah lah satu perbuat
culas yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.
3. Suka mencari kekurangan dan kesalahan isteri.
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah
sollallahu ‘alaihi wasallam melarang lelaki yang berpergian dalam waktu
yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatiri akan
mendapati berbagai kekurangan isteri dan cela isterinya. Bahkan suami
diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya,
juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai
kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya
yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai
akhlak lain darinya.” {Hadith riwayat Muslim}
Apa yang sering berlaku suami selalunya ego dengan status
dan kuasa yang ada pada dirinya. Jika dia melakukan kesilapan dikatakan tidak
disengajakan tetapi bila isteri melakukan satu kesilapan kecil dia suka
membesarkan dan diungikit berkali-kali apabila ada perselisihan faham diantara
suami dan isteri.
Sedangkan suami sepatutnya menjadi contoh teladan kepada
isteri untuk memberi nasihat secara hikmah bila isteri melakukan kesalahan mungkin disebabkan ianya cetek ilmu agama
atau tidak begitu arif tentang sesuatu peraturan atau adat.
4. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri.
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik
akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap
isteri-isterinya.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)
Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi
wasallam, seseorang suami itu haruslah berakhlak baik, bersikap lembut dan
tidak kasar terhadap isterinya. Hal ini kerana, suami yang bersikap kasar pasti
akan menggugat kebahagiaan hubungan antara dirinya dengan isteri.
Suami sepatutnya menegur isteri secara lemah lembut dan
berhikmah kerana wanita adalah kaum yang lemah dan mudah tersinggung (merajuk)
jika ditegur secara keras dan kasar. Nabi SAW pernah mengigatkan kepada suami
supaya menegur isteri dengan lemah lembut dan bijaksana, yang diibaraktkan
seperti tulang rusuk yang bengkok jika dibuat secara kasar dia akan patah dan jika
dibiarkan ia akan sentiasa bengkok. Oleh itu perlu ada kemahiran dan skil dalam
memberi peringatan dan didikan kepada isteri dan keluarga.
5. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan
isteri.
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, iaitu:
a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman
(sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)
b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara
syar’ie (sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1)
c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang
bermaksud:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan,
memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak
menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” (H.R.
Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani)
6. Suami sombong untuk membantu isteri dalam urusan
rumahtangga.
Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri
dalam urusan rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa
dirinya terbeban dan tertekan. Marilah contohi Rasulullah sollallahu ‘alaihi
wasallam dalam melayani isterinya Aisyah r.ha.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu
solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (Hadith riwayat Bukhari)
7. Menyebarkan rahsia dan aib isteri.
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya
di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan
isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.”
(Hadith riwayat Muslim)
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa
yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga
diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik
berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.
8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri.
Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak
boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau
bilaunya pendidikan anak dan sebagainya. Dan hendaknya perkataan cerai/talak
itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah sollallahu
‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama
dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” (Hadith
riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh
Albani)
Penceraian tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama
dalam penyelesaian perselisihan. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk
menyelesaikannya, kerana kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang
ditimbulkan dikemudian hari kelak.
Rasulullah sollallahu ‘alahi wasallam bersabda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air
(laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat
dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah
salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis
berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain
dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan
isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu
berkata: Engkau tentera terbaik.” (Hadith riwayat Muslim)
9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at.
Bernikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan
salah satu perkara yang Allah syariatkan. Tetapi, terdapat sebahagian
orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan
sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri.
Terutama isteri pertama dan anak-anaknya.
Dalam Surah an-Nisa, ayat 3, Allah Ta’ala berfirman yang
bermaksud:
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil,
maka (kahwinlah) seorang sahaja.”
Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi
jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi
syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh
menjurus kepada kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan masa depan
anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan juga kepada
masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya dan perhatikanlah dengan saksama
perkaranya sebelum membuat keputusan.
10. Lemah kecemburuan terhadap isteri.
Para suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan
isterinya dinikmati dan dipertontonkan kepada bukan mahram. Dia membiarkan
isterinya mendedahkan aurat ketika keluar rumah, dan membiarkan berkumpul
dengan lelaki-lelaki bukan mahram. Bahkan ada sebahagian suami bangga kerana memiliki
isteri yang cantik dan boleh dinikmati oleh pandangan kebanyakan orang. Padahal
wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan
keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk suaminya sahaja dan
tidak sesekali ‘dijaja’ ke mana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya
tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang bukan
mahram.
Perhatikan ancaman Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam
terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka
pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita
yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts.” (Hadith riwayat An-Nasa’i, dinilai
‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674)
Ad-Dayyuts(dayus) itu ialah LELAKI yang tidak memiliki
kecemburuan terhadap keluarganya.
Maka, marilah sama-sama kita beringat dan muhasabah diri
sentiasa. Hal ini bukan hanya untuk para suami, malah penting juga untuk mereka
yang belum menjadi suami, agar persediaan sebelum mendirikan baitul muslim itu
lengkap.
Suami yang benar-benar berjaya dalam kehidupan berumah
tangga adalah suami yang mempu menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam
mengemudi rumah tangga secaras sabar dan sentiasa berpandukan kepada syariat. Setiap
keputusan dilakukan adalah untuk menjaga keharmonia hubungan baik suami dan
isteri serta rumah tangga.
Jika berlaku sebarang masalah dalam sesebuah rumah tangga
orang pertama patut dipersalahkan adalah suami. Kerana dia diberi kuasa untuk
mengepali dan meneraju rumah tangganya. Kegagalan atau kecundang sesuatu ikatan
perkahwinan itu adalah disebabkan seorang suami yang tidak pandai memimpin
dirinya dan juga keluarganya. Oleh itu marilah kita sama-sama menghisbah diri
sejauhmanakan kita sebagai seorang suami telah dapat menjelankan amana yang
diberikan dengan sebaiknyak untuk mendapat ganjaran pahala dan syurga di
akhirat nanti. InsyaAllah
5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap
isteri.
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik
akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap
isteri-isterinya.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)
Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi
wasallam, seseorang suami itu haruslah berakhlak baik, bersikap lembut dan
tidak kasar terhadap isterinya. Hal ini kerana, suami yang bersikap kasar pasti
akan menggugat kebahagiaan hubungan antara dirinya dengan isteri.
Wallahu'alam.