RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 8 August 2015

TIP untuk penjagaan pesakit yang lumpuh; berdasarkan pengalaman penulis menjaga isteri lumpuh 15 tahun lalu hingga kini.

Tip yang diterangkan dalam blog ini adalah berdasarkan nasihat doktor dan juga pengalaman saya menjaga isteri yang telah lumpuh sebelah tubuh (kanan) sejak 15 tahun lalu. Isteri lumpuh akibat daripada pembedahan kepala pada tahun 2001 setelah ianya koma selepas berlaku pendarahan dalam saraf otak (AVM).

Tip-tip yang saya nyatakan ini adalah satu keadah bagaimana waris terdekat yang menjaga pesakit supaya dapat membantu pesakit untuk sembuh kembali (dengan izin Allah).
Memandangkan penyakit lumpuh berlaku dengan pantas, (serta mereta - tidak ada tanda-tanda awal). Bila terjadi semua keluarga terdekat menjadi panik, Kadangkala pada peringkat awal pesakit di serang, kita akan membawa pesakit ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan, Setelah berada beberapa hari (kebiasaannya melebihi dua minggu) di wad hospital dan keadaan pesakit agak stabil, pihak hospital akan meminta keluarga membawa pulang pesakit untuk berehat di rumah dan mendapat rawatan susulan seperti menjalani fisioterapi di Klinik dan juga mendapat rawatan ulangan di hospital dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Berdasarkan pengalaman saya menjaga isteri yang lumpuh. Pada hari mula dia discaj dari wad hospital dan dibawa pulang ke rumah tindakan-tindakan berikut telah saya lakukan:

Tip-tip yang disenaraikan ini adalah amalan yang saya telah lakukan sepanjang tempoh lebih 15 tahun saya menjaga isteri yang lumpuh sebelah tubuh. Kini keadaan isteri hampir kembali normal darii segi pemikiran, sikap dan juga kesabaran dalam menghadapi dugaan sebagai pesakit lumpuh yang boleh digolongkan sebaagai seoranga yang kurang upaya. (OKU)..


Tip 1: WARIS TERDEKAT BERSEDIA DENGAN PERUBAHAN  PARADIGMA MINDA,
Waris terdekat mestilah membuat persediaan untuk membuat perubahan minda kerana bermula pada hari pesakit di bawa pulang, kita akan menjadi orang utama yang akan menjaga secara rapi pesakit stroke yang memerlukan pertolongan orang lain dalam serba serbi kehidupan seharian mereka.
Minda kita mestilah dibuat satu perubahan tanggapan bahwa (suami/ isteri) yang menjadi salah satu orang yang penting dalam keluarga telah tidak dapat membantu kita lagi. Bermakna bermula pada hari itu kita terpaksa melakukan semua kerja-kerja yang berkaitan rumah tangga  secara bersendirian. (lebih-lebih lagi jika anak-anak masih kecil).

TIP 2: PASTIKAN PESAKIT DI BERI MAKAN UBAT MENGIKUT JADUAL.
Kita perlu mempastika pesakit diberi makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor. Untuk mempastikan keperluan ubat oleh pesakit dapat disempurnakan. Perlu disediakan sebuah diari khas, bag mencatat masa ubat di beri kepada pesakit. Cara ini dapat mengelakkan berlakunya terlupa memberi ubat kepada pesakit. Jika tidak di catat dalam diari berkemungkinan terlupa memberi ubat berlaku dan ianya boleh menyebabkan pesakit berrisiko akan diserang sekali lagi oleh stroke. Risiko serangan stroke keli kedua akan menyebabkan proses untuk rawatan akan lebih rumit dan pesakit akan menjadi lebih parah.

TIP 3 : PERLU MENABAH ILMU TENTANG PERUBAHAN SIFAT PERIBADI PESAKIT .
Kita yang akan menjaga pesakit mestilah membuat pembacaan tentang beberapa perubahan sikap peribadi yang akan berlaku kepada pesakit strok.
a. Perlu Menjaga Emosi
Perubah sifat peribadi pesakit ialah ia mudah menjadi sensitif, dan cepat merajuk. Keadaan ini berlaku kerana sebelum di serang sakit stroke, segala kerja ia boleh lakukan sendiri, dan dia akan melakukannya mengikut kebiasan diri sendiri. Bila ia sakit menyebakan dia sudah tidak dapat lakukan sendiri, Oleh itu bila pesakit memerlukan sesuatu perkara perlu mendapat pertolongan orang lain. Jika permintaannya lambat di tunaikan oleh penjaga, dia akan mudah sensitif, sama ada marah-marah, berleter atau menangis, Oleh itu kita yang menjaga pesakit perlu bersikap proaktif, dengan mepastikan semua perkara yang dikehendaki oleh pesakit dilaksanakan secepat mungkin.
.
Salah satu perkara yang amat penting ialah menjaga EMOSI DAN PERASAAN PESAKIT.
b. Pesakit perlu menjalani fisioterapi/ urutan tradisional.
Rawatan secara fisioterapi adalah salah satu cara rawatan yang disyorkan oleh doktor untuk memulihkan pesakit stroke. Beberapa bentuk exercise  akan diberi kepada pesakit oleh ahli fisoterapi. Latihan untuk mengerakkan anggota badan melalui fisioterapi ini akan membolihkan segala urat saraf pesakit yang lemah dikembalikan fungsinya seperti asal. Fisioteripi ini mengambil masa yang agak lama ( biasanya mengambil masa 3-4 bulan  atau lebih lama lagi).
Selain rawatan fesioterapi, rawatan urut tradisional juga amat penting, Pengalaman saya merawat isteri didapati urut tradisional dapat memulihkan lebih cepat untuk recover berbanding dengan fisioterapi, Walaubagaimana pun perlu berhati-hati melilih tukang urut yang betul betul mahir .


TIP 4: . BANTU PESAKIT UNTUK MENDIRIKAN SOLAT DAN BELIKAN BUKU-BUKU AGAMA:
Penjaga utama perlu membantu pesakit untuk mengerjakan solat tanpa tinggal 5 waktu sehari semalam. Untuk memudahakan pesakit masa yang sesuai perlu di atur untuk membolehkan satu kali air wudud boleh digunakan untuk dua kali solat, umpamanya – waktu solah zohor di akhir waktu dan waktu solat asar di awal waktu, maghrib di akhir waktu dan isyak di awal waktu. Solat subuh boleh di awal atau di akhir waktu, mengikut kemampuan pesakit untuk bangun pagi.

Buku-buku agama juga perlu di beri kepada pesakit stroke dari masa ke semasa. Kerana pesakit mempunyai banyak masa terluang, dengn memperbanyak membaca buku-buku agama, ia akan memberi kefahaman agama kepada pembacanya. Jika budaya suka membaca ini di masukkan dalam minda pesakit, ianya akan memberi perubahan minda kepada pesakit terutamanya untuk menyakinkan bahawa sakit kronik yang diberi Allah kepada seseorang adalah salah satu cara Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lampau. Jika kita sabar dan redha menerimanya, kita akan mendapat ganjaran pahala yang amat banyak di akhirat kelak dan disediakan syurga yang penuh dengan kenikmatan.

TIP 5 : ATUR JADUAL BAGI MEMBOLEHKAN PESAKIT BERIADAH, BERSOSIAL DAN MEMBELI-BELAH.

Kita juga perlu mengatur jadual supaya pesakit dapat beriadah (bersiar-siar dengan kereta tolak), pergi ke tempat peranginan, dan tempat membeli belah. Jika diadakan jadual sebegini akan membolehkan pesakit menikmati situasi beriadah, berkelah dan membeli belah bersama-sama keluarga lain, ia akan memberi perangsan minda pesakit bahawa dia juga dapat menjalankan pelbagai aktiviti seperti orang sihat juga. Kaedah ini saya dapati amat memberi kesan kepada pemulihan minda pesakit untuk memberi azam baru bahawa dia juga boleh hidup seperti orang lain yang sihat, Bila minda telah dapat dipulihkan persepsi tentang kehidupan ianya akan membantu dengan lebih cepat untuk memulihkan sakit strok.
Aktiviti bersosial ini juga dapat mengurangkan stress pesakit ( kerana orang yang lumpuh akan terasa stress apabila dia hanya duduk di atas katil hapir 24 jam). Pengurusan stress ini penting untuk mengelakkan pesakit dihidapi oleh penyakit kemurungan.

TIP 6: KELUARGA TERDEKAT PERLU DIBERI PENERANGAN DAN KEFAHAMAN TENTANG PESAKIT STROK.

TIP 7: PEMAKANAN PESAKIT LEBIHKAN KEPADA JENIS VEGETERIAN, CUBA KURANGKAN MAKAN DAGING MERAH ( KAMBING/BIRI-BIRI/LEMBU).
.
TIP 8: MENGADAKAN PEMERIKSAAN DARAH SEKURANG-KURANGNYA SETAHUN DUA KALI.

TIP 9 : TUNJUKKAN KEMESRAAN DAN CINTA ANDA MASIH TETAP SAMA:

TIP 10 :  RANCANG PERCUTIAN  - BERBULAN MADU



TIP: 11 - BILIK AIR PERLU DIUBAHSUAI


TIP:12 - PENGURUSAN STRES

TIP 13: MEMBANTU PESAKIT BERFIKIRAN  POSITIF UNTUK SEMBUH.

Tip 14: Tingkatkan Kemahiran Mengurus Masa.
TIPS 15 : WUJUDKAN SIFAT SABAR DALAM DIRI:
TIPS 16: MEMPUNYAI SIFAT RAJIN
Kesimpulan: 

Tip-tip ini adalah semata-mata sebagai panduan sahaja, Keberkesanannya adalah bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana dia dapat menadaptasi segala situasi pesakit stroke yang di rawatinya. Jika penjaga dapat mempengaruhi emosi pesakit supaya menampilkan sikap positif dalam mengharungi dugaan Allah dengan kesakitan dan kesusahan yang dilalui itu merupakan rahmat Allah yang sedang melakukan proses untuk melunaskan dosa-dosa silam pesakit, proses untuk meningkatkan darjat pesakit dan penjaganya, jika dapat ditepuhi dengan penuh reda dan kesabaran.  Bila pesakit dan penjaganya dapat menerima segala dugaan ini dengan penuh ketaqwaan, InsyaAllah ianya dapat dilalui tanpa sebarang kerumitan dan keluh kesah walaupun memakan masa belasan tahun atau puluhan tahun lamanya. Insya Allah.

Untuk mendapat cerita lebih terperinci cara hidup suami isteri yang saya amalkan dan bagaiman cinta kami dapat bertahan lebih 35 tahun dan keutuhan cinta tetap segar dan mantan dengan Rahmat Allah. Boleh didapati dalam buku saya "BERCNTA SAMPAI SYURGA"  PTS Publishing House @ Bookcafe.com.my






Kesultanan Melayu Melaka


Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bintan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. 
Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud “Yang Dipertuan kepada tiga dunia” melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bintan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 – 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.

Menurut “Suma Oriental”, Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura (“orang yang berani”). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu (“Malay Annals”) yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu “Melaka”.

Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana Yin CHing telah tiba di Melaka pada tahun 1403. Beliau telah memberi hadiah-hadiah kebesaran daripada MAharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas hadiah-hadiah kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo.

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, “Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia” (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.
[sunting] Perkembangan Melaka


Raja Iskandar Syah mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Raja Megat Iskandar Syah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran “Sultan Muhammad Shah” (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. 

Disebabkan pemerintah sebenarny adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran “Sultan Abu Syahid”.
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran “Sultan Muzaffar Syah” (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. 

Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikkan Bendahara dengan gelaran “Bendahara Paduka Raja”. Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

Catatan sejarah di atas dikatakan telah direkodkan oleh penulis sejarah yang menjadi kakitangan British dahulu. Dikatakan oleh pengkaji sejarah keturunan Melayu terdapat fakta yang disembunyikan terutama berkaitan dengan pemerintahan yang menggunakan syariat Islam seperti yang direkodkan dibawah Ini.


“Tolong anda periksa semula benarkah Portugis yang mengyerang melaka???? Apa yang pasti musuh Islam bagi Kerajaan Melayu Melaka Yang Memegang Panji Rasulullah SAW atau Panji Hitam itu adalah musuh dari lanjutan perang Salib iaitu Belanda dan British. Dan yang pasti Portugis yang datang ketika itu adalah tentera upahan bagi Sultan Mahmud Syah Khalifatul Akhir. Dan Kota A Famosa adalah Kubu Tentera Portugis Islam. Ketika Era ini Melayu Bugis terbentuk… Yakni Melayu yang sedia ada dah dicampur dengan benih dari Eropah… yakni Tentera Portugis adalah tentera tinggalan Kerajaan Uthmaniah Turki (Othomon)… Sultam Mahmud adalah cucu kepada Sultan Zahir ud din Babur Syah(Pemerintah Monggol India atau Akhbar India) yang berkahwin dengan anak Sultan Rijaluddin(Parameswara 2) iaitu Siti Nur Aisyah Begum dan disebut Istana Alam Syah dan Syah Alam. Dan Sultan Rijaluddin beristana di kedah kota naga jitra”.




Posted by Sifuli (asal usul orng melayu) 

Friday, 7 August 2015

TIPS ATASI MASALAH ANAK MALAS BELAJAR

Mengatasi Anak Malas Belajar

Ibu bapa memang amat gembira apabila anaknya yang dibesarkan dari kecil telapak tangan sudah membesar dengan sempurna. Masa yang paling mengembirakan dan mencabar apabila anak sulung mereka  memasuki sekolah darjah satu.

Bagi sesetengah kanak-kanak apabila dimasukkan ke sekolah ianya amat berminat untuk belajar, suka bertanyakkan kepada ibu bapa mereka tentang perkara baru yang di pelajari di sekolah. Kadang kala ibu bapa tak boleh rehar langsung asik di Tanya itu dan ini. Jika begini keadaan anak yang baru di hantar ke sekolah, ibu bapa berkenaan adalah bernasib baik kerana anaknya begitu begitu minat untuk belajar. Alhamdulillah.

Yang menjadi masalah kadang kala terdapat anak-anak yang  mula memasuki sekolah, apabila pulang dari sekolah kelihatan tidak ceria dan banyak bermenung. Pada keesokannya apabil ibu bapa hendak hantar anak mereka ke sekolah,, pelbagai alasan diberi untuk membolehkannya tidak ke sekolah.  Anak malas belajar dan tidak mahu membaca buku pelajaran, sering menjadi keluhan ibu bapa. Anak pada zaman sekarang lebih suka menonton tv,  filem atau melayari laman sosial di internet. Jika anak tidak mahu belajar, mereka menganggap bahawa belajar adalah suatu kegiatan yang kurang menyenangkan dibandingkan dengan bermain atau berseronok.

Untuk mengatasi anak anda yang malas belajar adalah dengan menekankan kepada anak, bahawa belajar adalah kegiatan yang menarik, menyenangkan atau membuat mereka sedar betapa pentingnya pelajaran demi untuk masa hadapan mereka.

Di bawah ini adalah tips untuk mengatasi anak malas belajar :

Tanamkan kesedaran kepada anak anda, bahawa pelajaran itu adalah suatu kewajiban dan tanggung jawab sebagai seorang pelajar yang hasilnya akan diraih dimasa akan datang.

Berikan contoh kepada anak. Anda sebagai ibu bapa juga turut membaca buku-buku yang bermanfaat di saat anak anda sedang belajar.Ibu bapa sebaiknya juga menanamkan budaya membaca di dalam keluarga.Ciptakan suasana belajar yang menyenangkan. Buat satu  ruang belajar khas yang menarik dan rapi.

Berikan motivasi kepada anak untuk belajar dengan cara yang baik, adakan pendekatan sambil menyelami hati anak dengan menjadikan anak sebagai sahabat. Jangan menyuruh anak belajar dengan paksaan, apalagi dengan cara yang kasar.

Berikan insentif kepada anak, baik berupa hadiah kesukaan mereka atau sekadar pujian jika tahap pembelajaran anak semakin  bagus. Hal ini akan membantu memotivasi dan menaikkan semangat anak.
Sebaiknya ibu bapa lebih terbuka dengan anak-anak dengan bertanyakan permasalahan yang dihadapinya, kenapa malas belajar, apa yang dapat membuat ia semangat untuk belajar dan sebagainya. Bantu anak untuk mengatasi permasalahan tersebut.

Jadikan waktu belajar ini menjadi kebiasaan rutin seharian, dan sebaiknya ibu-bapa  juga turut  menemani dan membantu jika anak jika mengalami masalah ketika belajar.

Selain waktu belajar yang teratur, sediakan juga waktu yang cukup untuk anak anda bermain, menonton tv dan berinteraksi dengan rakan-rakannya.

Yang paling penting, ibu bapa juga hendaklah selalu berdoa kepada Allah swt memohon restu dan hidayahNya semoga anak akan rajin belajar untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.


Sumber: homefamelysite

Thursday, 6 August 2015

SEBAB ISLAM HARAMKAN ARAK. ?

Punca arak diharamkan dalam Islam

Pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri kenapa arak membawa kesan yang sangat buruk dalam kehidupan manusia dan kenapa ia diharamkan oleh Islam? Sebahagian sebabnya adalah:

1. Merosakkan akhlak dan akidah dengan memalingkan manusia daripada beriman kepada Allah SWT dan merosakkan syakhsiahnya.

2. Dari aspek sosial boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia, memporak-perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan negara.

3. Merosakkan kesihatan manusia seperti tekanan darah tidak menentu, rosaknya urat saraf, menyebabkan hepatitis, sakit jantung, rosak buah pinggang, kanser, angin ahmar, lumpuh, keracunan dan gila.

4. Ketagihan arak atau alkohol akan mengakibatkan kehilangan nyawa serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia.

5. Kesan jangka panjang alkohol akan membawa perubahan metabolisma kepada akal fikiran, organ hati dan menyekat peranan otak dari berfungsi dengan baik.

6. Kes zina, rogol, sumbang mahram dan AIDS lebih tinggi di kalangan peminum alkohol. Menurut kajian Biro Keadilan. Mangsa Jenayah Kebangsaan( Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ) pada tahun 1996 sahaja, purata 2713 kes rogol berlaku setiap hari. Statistik ini menunjukkan bahawa kebanyakkan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.

7. Menurut statistik rasmi di United Kingdom, alkohol menyebabkan hampir 45-46 peratus kejadian jenayah, ia juga melibatkan 39 peratus keganasan dalam rumah tangga dan kajian juga menunjukkan hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

8. Minum arak adalah ibu segala kejahatan dan merupakan sebesar-besar dosa. Ini dijelaskan oleh Rasulullah saw menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At- Tabrani yang bermaksud “Arak adalah ibu segala kejahatan dan ia adalah sebesar-besar dosa”.

9. Sesuatu yang banyak memabukkan sekalipun sedikit hukumnya tetap haram berdasarkan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmizi, An Nasai dan Abu Daud yang bermaksud: “Tiap-tiap sesuatu yang memabukkan dalam jumlah yang banyak atau sedikit maka hukumnya adalah haram”. Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau pun setitik.

10. Orang yang minum arak dan melaksanakan urusan yang berkaitan dengannya akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah SWT. Sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Ibnu Majah daripada Anas ra bermaksud: ” Sepuluh orang yang dikutuk Allah berkaitan dengan arak ialah pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.”


Dengan itu jelaslah kepada kita bahawa semua urusan yang berkaitan dengan arak menjadi haram dan dilaknat oleh Allah SWT.
KENAPA ARAK DIHARAMKAN DALAM ISLAM?

Menjadi tabiat manusia untuk hidup bebas sebebasnya. Ingin buat apa sahaja berdasarkan kemahuan dan nafsu sendiri. Sungguhpun begitu, hakikat kehidupan di dunia ini, seseorang itu tidak diberi kebebasan sepenuhnya untuk melakukan sesuatu perkara kerana realiti kehidupan kita perlu kepada orang lain untuk sama-sama saling bantu-membantu bagi memenuhi keperluan kehidupan. Dengan kata lain manusia tidak boleh hidup sendirian, contohnya lelaki perlu kepada pasangan perempuan untuk membolehkan mereka hidup dengan sempurna. Justru itu tindak tanduk kita dalam kehidujpan juga tidak boleh dilakukan sesuka hati , tetapi perlu dilakukan berdasarkan kepada kepentingan menjaga hak orang lain juga.

Bagi membolehkan kehidupan manusia dalam suasana aman damai maka Islam telah menetapkan hokum hakam sebagai panduan hidup. Diantaranya hokum halal haram terhadap makanan seharian manusia. Dinatara minuman yang diharamkan ialah arak.

Arak adalah minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan. Dalam bahasa Arab ia disebut al-khamr, bermaksud menutup.

Menutup itu mengambil sifat khamr itu yang menghilangkan kewarasan akal peminum arak (mabuk), menjadikan si peminum terlena dan tidak sedarkan diri.

Islam mengharamkan arak yang terdiri daripada air, karbohidrat (glukos), mineral, vitamin dan etanol. Dalam hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Semua yang memabukkan adalah arak dan semua yang memabukkan adalah haram"

Pengharaman itu dibuat sebanyak empat kali iaitu secara berperingkat (tadriji) sebelum ia diisytiharkan haram dan berdosa besar jika meminum arak. Ini membuktikan arak amat berbahaya daripada aspek kesihatan.

Bukan Islam saja mengharamkan arak, tetapi agama lain turut melarang penganutnya menjauhi arak kerana ia memudaratkan kesihatan dan perlakuan mereka. Arak dihasilkan daripada buah-buahan seperti anggur, tamar dan bijirin seperti gandum melalui kaedah peram atau penapaian. Nama komersialnya seperti wiski dan brandi. Namun, dalam bidang perubatan, alkohol mempunyai kepentingannya terutama dalam pembuatan minyak wangi. Bagaimanapun, berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai alkohol dalam minyak wangi, hukumnya harus dan dimaafkan. Namun, bagi minuman tanpa mengira apa jenis, hukumnya tetap haram. Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Mohd Farid Ravi Abdullah, berkata Ibnu Abbas r.a meriwayatkan Islam mengharamkan arak kerana ia boleh menjadikan manusia rosak akal dan hilang maruah diri.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikannya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya." (Surah al-Nahl ayat 67).

"Ayat pertama itu memberi peringatan supaya umat Islam ketika itu berfikir kerana arak daripada tamar dan anggur yang manis itu jika dimasukkan bahan lain seperti ragi lalu diperam boleh mengubah sifatnya serta menyebabkan peminumnya mabuk atau khayal," katanya.

Beliau berkata, ayat itu juga menceritakan tabiat orang Arab ketika itu gemar memproses tamar dan anggur bagi menghasilkan arak yang akhirnya merosakkan akal fikiran.

"Islam menggunakan pendekatan berhemah dengan mendidik umat-Nya meninggalkan sesuatu yang diharam itu secara perlahan-lahan," katanya.

Bagi mengelak anak muda terjebak minum arak, ibu bapa perlu memberikan pendidikan agama.

"Jika bapa sendiri membawa anak ke pusat hiburan dan mengambil arak, jangan salahkan si anak jika suatu hari nanti mereka juga mengambil minuman haram itu.

"Apabila arak menjadi minuman harian, ia akan merosakkan generasi itu dalam tempoh jangka panjang," katanya.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Siapa yang minum khamr seteguk, Allah tidak menerima amal fardu dan sunatnya selama tiga hari. Siapa yang minum khamr segelas, Allah SWT tidak menerima solatnya selama 40 hari. Orang yang tetap minum khamr selayaknya Allah memberinya minum dari Nahrul Khabaal.

Ketika ditanya:

Ya Rasulullah apakah Nahrul Khabal itu?

Jawabnya:

Darah bercampur nanah ahli neraka".(Hadis riwayat Atthabrani).

Dalam ayat kedua, Allah s.w.t berfirman, maksudnya:

"Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."(Surah al-Baqarah ayat 219).

Seterusnya ayat yang berkaitan dengan pengharaman arak dijelaskan dalam firman Allah s.w.t, maksudnya:

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solat sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan (baca)..." (surah al-Nisa' ayat 43).

Sebab turun ayat ini adalah bersandarkan riwayat kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang bermaksud:

"Kami diundang Abdul Rahman bin 'Auf untuk makan di rumahnya, dihidangkan bagi kami makanan dan dihidangkan arak, kami minum sehingga mabuk. Kemudian masuklah waktu solat (Isyak), lalu aku diminta menjadi imam. Maka aku bacalah:" Qul ya ayyuha al-kafiruna la a'budu ma ta'buduna, wa nanhnu na'budu ma ta'buduna." (Abu Daud, al- Termidzi, al- Nasaie dan Hakim).

Farid berkata, ketika itu sahabat sedang bersolat yang diimamkan Ali, tetapi disebabkan Ali mabuk dia membaca ayat sedemikian rupa. Manakala ayat yang terakhir yang secara jelas mengharamkan arak adalah dari Surah al-Maidah ayat 90 yang mana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Ayat yang diturunkan di peringkat keempat ini adalah muktamad bahawa hukum minum arak itu haram dan termasuk dalam dosa besar.
Farid kesal kerana kaedah penjualan arak kepada orang ramai masa ini terlalu mudah sehinggakan golongan remaja boleh mendapatkan di kedai serbaneka di tempat tinggal mereka.

"Mula-mula mereka kenal arak kemudian dengan sendirinya mereka melakukan perkara keji seperti seks bebas, pergaduhan dan pembunuhan.

"Perbuatan minum arak adalah amalan syaitan dan makhluk durjana itu tidak pernah menginginkan amal kebaikan manusia.

"Syaitan sentiasa menyuruh manusia melakukan kejahatan kerana itulah janjinya kepada Allah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata sejarah kejatuhan kerajaan Mesir dan China kuno ada kaitan dengan penggunaan arak berlebihan.

"Terdapat tiga jenis arak seperti bir, wain dan spirits. Setiap satunya mempunyai peratusan kandungan alkohol yang berbeza.

"Minum arak dalam jumlah yang banyak atau sedikit tetap memberi kesan kepada kesihatan.

"Antaranya merosakkan otak, hati, usus kecil dan dinding perut. Akibatnya, tekanan darah menjadi tidak menentu sehingga otot tidak berfungsi sepenuhnya.
"Itu menyebabkan mereka yang mabuk berjalan terhoyong- hayang, mudah marah dan hilang sifat malu," katanya.

Katanya, amalan minum arak melebihi 50 gram sehari boleh menyebabkan kanser mulut, tekak, kerongkong, payudara, hati, paru-paru, perut, hempedu, ovari, prostat dan kulit.

Rumusannya Allah swt melarang atau mengharamkan minuman arak kerana terdapat banyak keburukan berbanding dengan manaafat arak kepada manusia. Sebgai hamba yang beriman dan bertaqwa, maka kita perlu akur dan mentaati perintah Allah terhadap larangan meminum arak. Banyak lagi jenis-jenis minuman yang dihalalkan untuk kita minum di atas muka  bumi ini. Minuman yang halal itu banyak khasiat dan manafaatnya untuk keshatan dan kehidupan manusia.


Wallahu’alam.


Sumber: informasi utk semua 

Wednesday, 5 August 2015

KENAPA ALLAH HARAMKAN MAKAN DAGING BABI ?

HIKMAH ALLAH MELARANG MAKAN DAGING BABI
Pernahkah anda terfikir mengapa binatang yang tidak disembelih dengan betul serta babi haram untuk dimakan dalam Islam?? Ingin tahu sebabnya daripada sudut yang lebih menarik?? Teruskan membaca mengenain... SubhanAllah walhamdulIllah waLaIlahaIllAllah wAllahu Akbar...

Bob: Tell me why is it that a Muslim is very particular about the words Halaal and Haraam; what do they mean? ( terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan juga Haram'; apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut)

Yunus: That which is permissible is termed Halaal and that which is not permissible is termed Haraam and it is the Quran which draws the distinction between the two. (Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telah menggariskan perbezaan diantara keduanya.)

Bob: Can you give me an example?( Boleh awak beri saya contoh?) 

Yunus: Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree that a chemical analysis of blood shows that it contains an abundance of uric acid, a chemical substance which can be injurious to human health. (Ok. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah (kecuali darah ikan dan belalang kalau tak silap saya). Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik,iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.)

Bob: You're right about the toxic nature of uric acid, in the human being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98% of the body's uric acid is extracted from the blood by the kidneys and removed through urination. (Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung dalam asid urik ni.Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan , malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan.)

Yunus: Now I think that you'll appreciate the special prescribed method of animal slaughter in Islam.(Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.)

Bob: What do you mean? (Apa maksud kamu)
Yunus: You see, the wielder of the knife, whilst taking the name of the 'Almighty', makes an incision through the jugular veins, leaving all other veins and organs intact.(U C, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ - organ penting lain pada haiwan tidak rosak)

Bob: I see, this causes the death of the animal by total loss of blood from the body, rather than an injury to any vital organ. (I C, jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut berbanding dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain)

Yunus: Yes, were the organs, example the heart, the liver, or the brain crippled or damaged, the animal could die immediately and its blood would congeal in its veins and would eventually permeate the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated and contaminated with uric acid and therefore very poisonous; only today did our dieticians realize such a thing. (yup, di mana organ sebagai contoh sekiranya organ hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.)

Bob: Again, while on the topic of food; Why do Muslims condemn the eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine.(Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam ni menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya)

Yunus: Actually, apart from the Quran prohibiting the consumption of pork,bacon (pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter 11,verse 8, regarding swine it says, "of their flesh (of the swine, another name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not touch; they areunclean to you."Further, did you know that a pig cannot be slaughtered at the neck for it does >not have a neck; that is according to its natural anatomy. A Muslim reasons that if the pig was to be slaughtered and fit for human consumption the Creator would have provided it with a neck. Nonetheless, all that aside, I am sure you are well informed about the harmful effects of the consumption of pork, in any form, be it pork chops,ham, bacon. (sebenarnya , ada bahagian daripada Al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini , kata Bible ,? Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya jangan lah kamui sentuh , ia adalah tidak bersih untuk kamu. “Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika kita nak tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Melihat kepada semua ini, tentu sekarang kamu dapat mengetahui dengan baik betapa daging khinzir ini walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.)

Bob: The medical science finds that there is a risk for various diseaseasthe pig is found to be a host for many parasites and potential diseases.(Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini mrerupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis penyakit.)

Yunus: Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content in the blood, it is important to note that the pig's biochemistry excretes only 2% of its total uric acid content, the remaining 98% remains as an integral part of the body.(yup, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam asid tadi, didapati khinzir hanya mengeluarkan hanya 2% daripada kandungan asid uriknya dan baki 98% lagi akan kekal sebagai satu bahan dalam tubuhnya.)


Wallahu’alam


Sumber: manna site

Tuesday, 4 August 2015

HUKUM JENAYAH ISLAM

  
HUKUM JENAYAH ISLAM
 
 1.     Pengertian Jenayah.
        Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.
 2.   Falsafah Jenayah.
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
  

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

 Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;

(a)  Hukum Hudud
(b)  Hukum Qisas

(c)  Hukum Ta’zir

 

A.  HUKUM HUDUD

 1.      Pengertian Hudud;
 (a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 
 Maksudnya;
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (229)
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”Surah al-Baqarah.

 2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
 (b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
 
      Hukuman : potong tangan
 (e) Merompak;
      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
      Hukuman :
      sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
            # Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang.
  

B. HUKUM QISAS


1. Pengertian qisas;
(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.

2.   Jenis jenayah qisas;
      Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.
 3.   Hukuman terhadap kesalahan qisas;
       Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
 Maksudnya;
“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”             (Surah al-Maidah ayat 45)

Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar Diat

Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan  unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
                     a) wang emas = 1000 dinar
                     b) wang perak = 
10,000 - 12,000 dirham
                     c) lembu            = 200 ekor
                     d) kambing      = 
2000 ekor
                     e) Persalinan   = 
200 persalinan lengkap
a. Diat jenayah membunuh.
1.  Pembunuhan sengaja -  100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
                     a)   30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
                     b)   30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
                      c)   40 ekor Hulqah 
# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diatDiathanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.
2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
                   a) 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
                   b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
                   c) 
20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
                   d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
                   e) 
20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)

# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahajaQishas tidak dikenakan.
       * Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
       * Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
       
# Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja.Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota
1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan  telinga.
3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4  bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
8.10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.

9. 
5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)

 C. HUKUM TA’ZIR

       1. Pengertian ta’zir.
      (a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.
(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
 2.      Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
      (a)     Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b)     Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c)      Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

      3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
              (a)  Nasihat;
              Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
 (b)  Teguran;
                Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
 (c)   Ancaman;
               Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
 (d) Pemulauan;
               Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
 (e)  Perisytiharan umum;
              Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.
            (f)  Denda dan merampas harta;
                   Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.
            (g)  Penjara;
                   Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut   pertimbangan realiti smasa.
          (h)  Sebat;
                   Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti semasa.
           (i)   Bunuh;
                  Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.
          (j)   Buang daerah;
                 Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat  dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

Matlamat  Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir

       (a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
 (b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
      (c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
 
 
Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat
         (a)   Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan
              saksama. Misalnya orang yang membunuh  dihukum bunuh balas. Ini
              menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
 (b)  Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.
 (c)   Hukuman jenayah Islam men­gandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.