SAINTIS MENEMUI BAHAWA PUASA DAPAT MENINGKATKAN IMUNITI
TUBUH BADAN
Firman Allah ( Ayat
Al-Baqarah ayat 183 dan 185 ) yang bermaksud:
” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagimana yang diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya
kamu bertakwa..”
Nabi Muhammad SAW telah menyampaikan perintah Allah kepada
umatnya supaya berpusa pada bulan Ramadan sebagai salah satu Rukun Islam. Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan
adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya memandangkan ia bulan yang mulia
dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan dijanjikan
masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya. Keutamaan
Ramadhan Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang
fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat
Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan
tubuh badan manusia di dunia ini.
Antara fadhilat dan kelebihan berpuasa di bulan ramadhan.
1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka
Fadhilat yang lain-lain :
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang
berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa
berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang
berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa
dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu
tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu
malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
Amal Ibadah di Bulan Ramadhan Dalam khutbah terakhir bulan
Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah
memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang
bulan ramadhan, antaranya ialah:
1. Solat sunat
Tarawih
2. Solat-solat sunat
yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan
seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca
tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan
kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari
azab neraka
8. banyakkan
bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan
jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh
menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan
seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa
atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah
kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.
KEBAIKAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS :
Para penyelidik ilmu
perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari
badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam
melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa
adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan
perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka
agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden.
Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan
penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita. Dalam ilmu biologi, ketika
perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan
baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja
penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang,
otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk
dan malas.
Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada
otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang
kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental
dan fizikal yang berkesan.
Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan
terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah
kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin
berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata
menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang
jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.
Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan
di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh
dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu
mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
yang dihidapi manusia.
Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat
berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan
darah, lipid darah dan berat badan.
Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai
punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang
paling kerap berlaku menurut Pertubuhan
Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik.
Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu:
(1) glukos darah tinggi
(2) Tekanan darah tinggi
(3) Lipid darah tinggi dan
(4) lebih berat badan atau obesiti.
Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan
puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat
bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa
kini. Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan : “Yang banyak membunuh manusia
adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam
perut dicerna.”
Dr. Alexis Carel
seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam
bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan
pernafasan. Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana
perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat
sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat
kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin
kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa
henti.Sudah pastinya kereta perlu diservis selalu bagi ianya boleh berjalan
lancar dan tanpa gangguan.
Begitu jua dengan tubuh manusia yang amat kompleks daripada
kereta dimana amat perlu diservis biarpun hanya setahun sekali selama
sebulan,malah lebih baik sekiranya diservis setiap bulan dengan berpuasa sunat
pada setiap hari isnin dan khamis dalam satu minggu.
Wallah Huaalam.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ