RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday, 22 May 2015

PROGRAM TINGKATKAN PRODUKTIVITI

INGAT MATI DAPAT TINGKAT PRODUKTIVITI ?

“Saya risau kalau semua orang ingat mati, produktiviti syarikat ini akan menurun,” kata pegawai tinggi sebuah organisasi. Dia begitu sinis sekali dengan ceramah-ceramah yang menyentuh soal mati.
“Kenapa tuan beranggapan begitu?” tanya pembantunya Mat.
“Bila ingat mati, masing-masing fikir diri sendiri sahaja. Mereka akan asyik solat dan zikir wirid sahaja. Mereka akan tinggalkan kerja. Saya tak setuju langsung ceramah tentang mati ni dibuat dalam organisasi ini. Sorry, saya tak setuju!” katanya berterus-terang.
“Saya rasa tidak begitu. Bila semua ingat mati, makin meningkatkan kualiti dan produktiviti syarikat ini,” kata Mat
“ Kenapa pula?” Kali ini dia pula yang bertanya.
“Orang yang ingat mati sedar dia akan menemui Allah,” jawab Mat pendek.
“Apa kaitan hal itu dengan produktiviti?”
“Kalau kita sedar kita akan bertemu Allah kita akan memperelok dan memperbanyakkan ibadah.”
“Itu yang saya kata tadi… bila asyik beribadah kita akan lupa dan lalai bekerja. Habislah syarikat ini.”
Mat tersenyum. Dalam hati tertanya-tanya apakah dia belum faham konsep ibadah yang sebenar atau ada masalah lain yang “bermain” di mindanya.
“Tuan, ingin saya ingatkan konsep ibadah itu luas. Ibadah bukan sahaja solat, zikir dan wirid. Kerja juga satu ibadah.”
Dia merenung Mat. Mat selamba sahaja.
“Maksud awak saya tak faham konsep ibadah?” tusuknya tiba-tiba.
“Saya Cuma mengingatkan. Ibadah itu terbahagi tiga – ibadah asas, ibadah sunat dan ibadah umum. Ibadah asas itu, solat, puasa, zakat dan lain-lain rukun Islam. Ibadah sunat itu banyak antaranya zikir, wirid, baca Quran, solat dan puasa sunat.”
“Itu saya tahu,” jawabnya.
“Manakala ibadah umum pula adalah seluruh aktiviti hidup kita selain ibadah asas dan ibadah sunat tadi. Termasuklah kita bekerja, berniaga, berhibur, bermesyuarat dan lain-lain.”
Tanpa mempedulikan reaksinya Mat terus memberi penerangan.
“Tu yang saya kata tadi. Nanti semua tumpu pada ibadah asas, ibadah umum terpinggir. Pekerja kita ni bukan faham sangat konsep ibadah yang berbelit-belit ni.”
“Kitalah yang mesti memahamkan mereka. Ceramah tentang mati ini perlu dibuat selepas ceramah tentang visi dan misi hidup, konsep ibadah, habluminallah, habluminannas,” pujuk Mat. 
“Saya tak yakin mereka boleh difahamkan. Orang Melayu kita ni bila ingat mati gementar, takut, kecut… saya tak mahu menakut-nakutkan mereka. Kita nak kualiti, kita nak produktiviti. Ingat mati ni soal peribadi, bukan soal organisasi. Dalam organisasi kita bercakap soal keuntungan.”
“Tuan, Islam menganjurkan agar kita ingat mati, bukan takut mati. Yang tuan bimbangkan tu takut mati, bukan ingat mati.”
“ Apa bezanya?” tanyanya. Suaranya mula meninggi.
Mat diam sejenak. Berfikir untuk mengolah kata-kata yang baik. Mengadun antara kebenaran dan kelembutan
“Saya teringat maksud sebuah hadis…” kata Mat memulakan penjelasan.
“Awak jangan berselindung di sebalik hadis!”
“Bukan berselindung tuan, tetapi pada siapa lagi yang patut kita sandarkan segala hujah dan pandangan melainkan kepada Rasulullah?” jelas Mat  perlahan.
“Apa maksud hadis tu? Direct to the point!”
“Orang yang ingat mati akan menyegerakan taubat, meningkatkan ibadah dan tenang dalam hidup. Itu maksud hadis. Sama ada ibadah asas, sunat dan umumnya. Tapi orang yang takut mati, akan hilang semangat untuk hidup. Takut mati menyebabkan mereka juga takut hidup. Hilang daya dan tenaga untuk berusaha.”
“Saya masih bimbang mereka akan takut mati bukan ingat mati.”
Perlahan-lahan saya menggeleng-gelengkan kepala. Sekarang saya mula berfikir, ini masalah dia atau masalah pekerjanya.
“Tuan jangan lupa satu golongan lagi. Mereka tu ingat mati pun tidak, takut mati pun tidak…”
“Ada lagi?”
“Ya, satu golongan lagi adalah mereka yang lupa mati. Golongan ini akan menangguhkan taubat, meremehkan ibadah dan jiwanya sentiasa kacau. Mereka ini sangat benci bila diperingatkan tentang mati kerana itu mengganggu keseronokan mereka melakukan maksiat dan dosa,” ujar Mat lagi. Kebenaran itu memang pahit, walau betapa indahnya bahasa kita mengucapkannya.
“Saya masih khuatir mereka akan berkurung di surau, asyik solat, solat duha, doa berjam-jam lamanya. Kerja tertangguh.”
Terkedu Mat. Satu kebimbangan yang tidak berasas.
“Kita perlu terangkan kepentingan ibadah umum. Ibadah umum yang kebanyakannya dikategorikan dalam fardu kifayah. Fardu kifayah kedudukannya lebih tinggi daripada ibadah sunat.”
“Maaflah, awak masih berfalsafah. Kita mesti realistik. Syarikat ini sedang mengalami masalah. Produktiviti dan kualiti menurun secara drastik.”
“Mengapa? Apa sebabnya?”
“Culas, curi tulang, pembaziran, rasuah…”
“Tuan, itu semua sikap orang yang lupakan mati,” jolok Mat pula.
“Lagi-lagi mati. Kita bercakap tentang hidup sekarang!”
“Bercakap tentang mati akan menyebabkan kita jelas tentang hidup. Persediaan menghadapi mati dibuat semasa hidup. Keadaan hidup selepas mati sangat berkait dengan keadaan hidup sebelum mati!”
“Saya tambah tak faham dengan awak.”
“Maksud saya orang yang curi tulang, culas dan rasuah itu tidak takut dengan dosa. Mereka hanya takut dengan undang-undang dunia. Kalau mereka nampak undang-undang dunia ada kelemahan, kurang penguatkuasaan, maka di situlah mereka ambil kesempatan.”
“Apa kaitan itu dengan mati?”
Lucu. Kali ini dia pula yang mengingatkan Mat tentang mati.
“Kalau mereka ingat mati, mereka ingat hari pertemuan dengan Allah di hari akhirat. Di sana segala dosa yang disembunyikan dari manusia dan yang terlepas dari undang-undang dunia akan dipaparkan dengan nyata. Bukan dipaparkan sahaja, bahkan akan beri hukuman dengan api neraka.”
Dia mula diam.
“Di sana nanti Allah akan tanyakan segala-galanya. Tentang solat, tentang kerja, tentang keluarga. Jika semua beres, baiklah keadaan hidup kita di sana. Itu yang saya katakan tadi, keadaan hidup selepas mati sangat ditentukan oleh corak kehidupan kita sebelum mati.”
“Maksud awak keadaan hidup di dunia kita sangat menentukan keadaan hidup di akhirat?”
“Ya, begitulah tuan. Orang yang ingat mati, akan melaksanakan amanah dan tanggung jawabnya dengan baik dalam famili, organisasi dan masyarakat.”
“Saya takut orang yang ingat mati asyik solat sahaja!”
“Asyik solat? Apa salahnya dengan solat?”
“Kalau asyik solat sahaja mana sempat buat kerja?”
Mat macam nak tergelak. Macamlah ramai sangat orang yang solat sampai tak sempat buat kerja. Realitinya, ramai yang bekerja sampai tak sempat solat. Dan lebih ramai orang yang tak sempat buat kedua-dua. Solat tidak, kerja pun tidak. Lalai, leka dan terbuai dengan hiburan semata-mata. Ramai yang curi masa di pejabat kerana leka dengan kerja-kerja luar, buat “direct selling”, “game”, “chatting”, “face book” dan segala macam.
“Saya rasa orang yang solatlah yang paling jujur dan amanah dalam kerja.”
“Mana boleh macam tu…”
“Ini Al Quran kata. Solat itu mencegah dari fahsya’ dan mungkar. Termasuklah mungkar dalam pekerjaan seperti culas, membazir, rasuah, curi tulang dan lain-lain.”
“Saya pernah jumpa orang yang banyak solat tapi rasuah, curi tulang…”
“Tentu ada salah di mana-mana dengan solatnya. Kalau solat tak mencegah kemungkaran, solat itu bukan solat. Ini hadis.”
“Maksud awak?”
“Mungkin solat kerana riyak. Mungkin jahil dengan ilmu solat. Atau tidak mujahadah hingga solatnya dikategorikan sebagai solat orang yang lalai. Khusyuk jauh sekali!”
“Jalan penyelesaian?”
“Perlu diberi ilmu, dididik dan dilatih dengan program solat yang sebenar!”
“Ke situ balik… saya bercakap tentang produktiviti dan kualiti kerja, awak bercakap dengan kualiti solat… Pelik!”
Mat tersenyum. Inilah realiti kefahaman majoriti umat Islam. Amalan Islam dilihat secara terpisah-pisah. Padahal semua amalan Islam itu bersepadu. Yang satu mempengaruhi yang lain. Solat ada impaknya kepada pekerjaan. Membetulkan solat boleh membetulkan pekerjaan. Soal ketepatan waktu, pengurusan masa, amanah, fokus, kebersihan, keikhlasan yang menjadi teras dalam solat seharusnya melimpah kesannya bila kita bekerja.
“Kalau begitu kita perlukan program latihan yang menyentuh soal mati ke, solat ke atau produktiviti? Saya makin keliru sekarang…” kata pegawai tinggi tersebut.
“Ketiga-tiganya sekali. Kita perlu program latihan yang bersepadu. Hingga dengan itu pekerja yang ingat mati akan serius dengan solat dan seterus akan meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerjaannya!” jawab Mat.
Dia tersentak. Saya semakin yakin, sebelum orang bawahannya menjalani program latihan yang dibincangkan itu… dialah orang yang perlu menjalaninya terlebih dahulu. Ketua yang keliru, akan mengelirukan anak buahnya!

Cebisan cerita diatas adalah reality dalam kehidupan kita, Ramai yang tidak memami Islam dengan sebnarnya, majority hanya Islam baka, ikut-ikutan beramal ibat terutmanya solat. Oleh itu sungguhpun mereka solat tapi perbuatan mungkar, maksiat, tidak amanah, curi tulang rasuah, dan pelbagai perbuatan mungkar lain terus dilakukan dalam kehidupan sehariannya. Oleh itu kita semua perlu memperbetulkan amalan asas seperti solat, perlu dilakukan dengan sempurna sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Wallahu’alam.


Sumber: Gentarasa

HUKUM BERMAIN BOLA SEPAK


23 Mei 2015 adalah hari perlawanan akhir Piala FA diantara pasukan The Red Worrior (Kelantan) dan Lions XII (Singapura). Bagi memberi sokongan kepada pasukan, peminat dari Kelantan telah membeli tiket 30,000 dalam tempoh 2 jam sahaja semasa jualan di Stadium Sultan Muhammad VI Kota Bharu.

Inilah kelebihan orang Kelatan yang akan bersatu untuk memberi sokongan kepada Pasukan Bola Kelantan. Mereka akan bekerjasama dan saling bantu-membatu tampa mengira parti politik, puak, daerah mana sekalipun. Ini adalah satu permainan sukan yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira darjat, umur, kedudukan  semuanya minat bola sepak. Dianggarkan 50,000 orang rakyat Kelantan akan memenuhi Stadium Bukit Jalil pada malam Sabtu ini.

Dalam pada itu terdapat suara-suara sumbang dari kalangan yang berfikiran sempit, mengatakan pemainan bolak sepak adalah perkara lagha, sia-sia dan tidak berfaedah. Mereka menganggap ianya adalah satu permainan yang merugikan masa dan tidak diharuskan oleh Islam.

Untuk itu saya cuba mendapat fatwa berhubung dengan permainan bola sepak dan hasil kajian mendapati ianya satu permaian yang di haruskan oleh Islam berdasarkan hujah-hujah berikut:
Dibolehkannya Berlatih Bola Sepak dan Manfaat-Manfaatnya dan tidak ada satu nas yang sahih tentang larangan bermain bola sepa.

“Sukan bola sepak termasuk hal-hal yang dibolehkan kerana kami tidak mengetahui satu dalilpun yang mengharamkannya. Hukum asal kepada segala sesuatunya adalah mubah atau boleh, bahkan tidak menutup kemungkinan bahwa latihan sepak bola termasuk mustahab (disukai) jika yang berlatih adalah orang Islam agar kuat jasmaninya dan memperoleh semangat dan keyakinan dalam hidup. Syari’at Islam sangat menyukai mengambil faktor-faktor yang boleh menguatkan badan agar dapat berjihad. Telah nyata sabda Rasulllah SAW::

“Orang yang beriman yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang yang beriman tapi lemah dan pada keduanya terdapat kebaikan.”( Hadits Riwayat Muslim)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata : “…dan dalam permainan bola, apabila pemainnya bertujuan mengambil manfaat, iaitu agar kuat fizikal kuda dan penunggangnya dalam erti lain lebih lincah dan kuat dalam menyerang, lari, masuk, keluar dan sebagainya dalam medan jihad yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya, maka yang demikian adalah baik. Akan tetapi jika dalam permainan tersebut mengandungi bahaya bagi kuda dan penunggangnya maka semua itu dilarang.” (Mukhtasharul Fatawa Al Mishiah hal 251 dan telah dinukil oleh Syaikh Hamud At Tuwaijiri rahimahullah dan dalam kitab Al Idlah wat Tabyin hal 197 :

Dan dari hal yang patut untuk disebutkan disini adalah bahawa (bola sepak) telah dikenali di dalam kitab-kitab para ulama kita terdahulu, dengan nama-nama yang berbagai-bagai di dalam kitab-kitab bahasa mereka seperti Al Kujjah, Al Buksah, Al Khazafah, At Tun, Al Ajurrah, Ash Shaulajan dan Al Kurrah (lihat Al Qamusul Muhith dan Lisanul Arab)).

Syaikh Muhammad Sholeh Utsaimin rahimullah lebih memperincikan lagi hukum yang berkaitan dengan sukan bola sepak, beliau berkata : “Sukan olahraga itu boleh, selama tidak melalaikan kewajipan. Jika sehingga melalaikan kewajipan, maka olahraga tersebut adalah haram. Apabila seseorang mempunyai kebiasaan menghabiskan sebagian besar waktunya di dalam olahraga, maka sesungguhnya dia telah mensia-siakan waktu, minima keadaannya di dalam hal ini adalah makruh.

1) Adapun pemain olahraga yang hanya mengenakan seluar pendek sehingga terlihat paha atau sebahagian besar auratnya, maka hal itu tidak boleh. Dan yang benar adalah wajib bagi para pemuda (pemain, pengadil,penjaga garisan) adalah menutup aurat mereka dan juga tidak dibolehkan menyaksikan para pemain yang terbuka pahanya (auratnya). (As-ilah Muhmalah hal 27, terbitan Dar Ibnul Qayyim, Damman. Telah keluar fatwa yang serupa dari Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Alilmiah wa Ifta’ di Arab Saudi fatwa no. 2857 pada tanggal 8/3/1400H, fatwa no. 3323 tanggal 19/12/1400H, fatwa no. 4967 tanggal 20/9/1402H, ditanda tangani oleh Syaikh Bin Baz, syaikh Abdurrazaq ‘Afifi, Syaikh Abdullah Ghudaiyan dan Syaikh Abdullah bin Qu’ud)

1) Makruh: sangat dibenci, hukum makruh boleh diidentitikan dengan haram, lihat firman Allah dalam surat Al Isra’ ayat 22-38, hendaknya fatwa Asy Syaikh Utsaimin ini dapat direnungkan dengan baik dan diambil pelajaran daripadanya,

Kesimpulannya hokum bermain bola sepak adalah harus, tetapi waktum permainan perlu di jaga supaya tidak menyebakan pemain dan penonton lalain dalam menunaikan solat 5 waktu. Cuma satu perkara yang perlu diberi penekan tetang pakaian yang menutup aurat di kalangan pemain dan pengadil dan penjaga garisan perlu ambil tindakan sewajarnya supaya dapat menutup aurat.,

Wallahu’alam.

Sumber :

Posted by mohd masri 

RAIHANPAHIMI NR: HADIS PALSU

RAIHANPAHIMI NR: HADIS PALSU: HADITH PALSU (SOLAT) 1. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN Ertinya :  Sembahyang dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama denga...

HADIS PALSU

HADITH PALSU (SOLAT)


1. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN

Ertinya : Sembahyang dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 25 sembahyang yang tidak memakai serban dan sekali sembahyang Jumaat dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 70 kali sembahyang Jumaat dengan tidak memakai serban . Dan sembahyang dengan memakai serban itu ganjarannya sama dengan melakukan 10,000 kebaikan

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Syihabuddin Ahmad bin Muhamamd Abdis Salaam Al-Manafi ( murid kepada Al-Hafiz As-Sakhaawi ) telah mengatakan bahawa semua riwayat yang berhubung dengan masalah ini adalah Maudhu atau Palsu , bukan termasuk hadis dari Nabi s.a.w.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 29


2. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN PUTIH

Ertinya : Sesungguhnya bagi Allah ada beberapa malaikat yang ditugaskan untuk menjaga pintu - pintu ( masjid ) jamik pada hari Jumaat . Mereka akan memohon maghfirah kepada Allah untuk orang - orang yang suka memakai serban putih .

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Diriwayatkan oleh Khatiib tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Yahya bin Al-Yamani , dia adalah seorang yang suka meriwayatkan hadis - hadis yang 'bathil'

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 31


3. DUA RAKAAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BELUM KAHWIN

Ertinya : Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga .

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Dalam riwayat lain dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih utama daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin

Dalam sanad riwayat ini rawi yang bernama Mujaasy' . Dia suka meriwayatkan hadis - hadis 'Mungkar'.

Dalam riwayat lain pula dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih baik daripada 82 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin.

Ibnu Hajar Al-Asqalaani mengatakan , "Riwayat ini 'Mungkar'"

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 40



4. KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG


Ertinya : Dari Ummi Salamah , dia berkata,"Adalah Nabi s.a.w. apabila beliau sedang bersembahyang orang yang ( melihatnya ) beranggapan bahawa sesungguhnya beliau hanya sebuah jasad yang tidak ada rohnya ".


Penjelasan : Hadis ini Palsu

Ibnu Hibban mengatakan : Hadis ini 'tidak ada asalnya' kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Ja'far . Dia adalah seorang rawi yang biasa meroboh sesuatu berita , sehingga tidak ada keraguan lagi bahawa yang memalsukan hadis ini adalah rawi yang bernama Ja'far ini .
Ahmad bin Adi mengatakan : Ja'far adalah rawi yang dituduh suka memalsukan Hadis

ULASAN PENTERJEMAH:

Boleh jadi riwayat ini dijadikan oleh golongan tarikat sebagai dasar untuk lebih khusyuk dan Khudhu dalam mengerjakan sembahyang dan lain - lain ibadat.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 49



5. SUJUD SESUDAH SELESAI SEMBAHYANG


Ertinya : Telah berkata Abu Sa'iid , telah menjadi kebiasaan sebahagian orang yang melakukan sujud sesudah selesai sembahyang untuk berdoa .


Penjelasan : Sujud dalam bentuk ini tidak ada dalam ajaran Islam dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., dan tidak pula dari sahabatnya . Perbuatan ini adalah Bid'ah. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihyaa-u ' Uluumuddin menerangkan bahawa di antara kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian orang awam ialah melakukan sujud pada waktu muazzin sedang qamat pada hari Jumaat . Perbuatan ini tidak ada sumbernya dari hadis Nabi yang sahih atau yang dhaif sekalipun.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 56


6. KELEBIHAN SEMBAHYANG DI MASJID NABI ( MASJID NABAWI )


Ertinya : Barang siapa yang bersembahyang di masjidku ( masjid Nabawi ) dengan 40 kali sembahyang dengan tidak putus - putus satu sembahyangpun , maka dia akan dicatat sebagai orang yang selamat dari api neraka , lepas dari azab siksaan serta bersih daripada nifak

Penjelasan : Hadis ini Daif

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Thabrani dengan sanad yang Daif dari jalan Abdir Rahman bin Abdir Rijaal dari Nabiith bin Amar dari Anas bin Malik

Muhammad Nashruddin Albani mengatakan : Hadis ini Daif kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Nabiith bin ' Amar, dia tidak dikenali oleh para ahli hadis melainkan dalam riwayat ini sahaja.


Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 70


7. MEMBACA QUL HUALLAH HUAHAD SEBANYAK 100 KALI SESUDAH SEMBAHYANG SUBUH


Ertinya : Barang siapa yang mengerjakan sembahyang subuh sesudah itu dia membaca Qul Huallahu Ahad 100 kali sebelum dia berkata - kata , maka tiap - tiap kali dia membaca Qul Huallahu Ahad diampuni segala dosanya selama setahun


Penjelasan : Hadis ini Palsu

Diriwayatkan oleh Imam Thabrani , Hakkim dan Ibnu Asakir dari jalan Muhammad bin Abdir Rahman Al-Qusairi dari Asma binti Waa-illah bin Al-Asqa dia berkata : Apabila ayahku mengerjakan solat subuh, apabila dia telah selesai dia duduk duduk menghadap kiblat dan tidak berkata apa - apa sehingga terbit matahari , sehingga aku terpaksa berkata kepadanya akan sesuatu keperluan yang dikehendakinya . Tetapi beliau tidak menjawab sepatah kata pun . Setelah segalanya selesai barulah dia menjelaskan kepadaku isi hadis tersebut.

Muhammad Nashruddin Albaniy mengatakan : Imam haakim telah mendiamkan riwayat ini .

Al-Haitsaamy mengatakan : Dalam sanadnya ada rawi yang bernama : Muhammad bin Abdir Rahman , dia adalah seorang rawi yang Matruk .

Muhammad Nashrudin mengatakan : Rawi tersebut adalah seorang pendusta sebagaimana yang telah dikatakan oleh Al-Azdi

Ibnu Abi Haatim mengatakan : Aku telah bertanya kepada ayahku tentang riwayat hidup rawi ini , maka beliau berkata , dia adalah seorang rawi yang Matruk dan riwayatnya tidak boleh di pakai dan adalah seorang pendusta

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 87

8.Anggota akan khusyuk bila hati orang yang bersembahyang khusyuk

Al-Hakim At-Tirmizi * meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Rasulullah s.a.w . melihat seorang laki - laki sedang mempermainkan janggutnya sedangkan dia dalam solat , maka Rasulullah s.a.w. bersabda : Jika hati orang ini khusyu' tentulah anggota - anggotanya khusyu '.

Kata Al-Albani : Hadith ini adalah Maudhu'

Dalam sanadnya terdapat Sulaiman bin ' Amru iaitu Abu Daud An-Nakha'iy yang menurut Ibnu ' Adiy ia disepakati membuat Hadith palsu .

*Al-Hakim At-Tirmizi bukanlah Imam At- Tirmizi . Beliau adalah pengarang kitab Nawadirul-Usul. Seorang Sufi. Dikatakan bahawa dalam kitabnya Khatamul-Walayah beliau berpendapat bahawa wali lebih agung daripada Nabi. Beliau dibuang dari Tirmiz dan beliau pergi ke Nisabur.


Wallhu'alam.

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 284
Posted by mohd suffian hj jaafar at 4:12 PM

THE RED WORRIOR

Kota Bharu: Pasukan bola sepak Kelantan selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, kira-kira 11 pagi tadi dan disambut sekumpulan penyokong mereka.
Rombongan The Red Warrior berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, menaiki penerbangan Firefly kira-kira 10 pagi tadi.

Turut serta dalam penerbangan itu Ketua Jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Mohd Azraai ketika dihubungi berkata, jadual aktiviti hari ini agak padat dengan beberapa perbincangan akhir bersama pengurusan dan pemain.
"Kita juga ada latihan pada 6 petang nanti tapi hanya sejam sahaja. Pemain perlu berehat dan mempersiapkan diri untuk perlawanan esok.
"Ketika ini moral pemain sangat tinggi dan kita akan pastikan esok dapat beraksi dengan terbaik dan membawa pulang Piala FA," katanya.
Kelantan akan bertemu Lions XII dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2015 @ 12:42 PM - My Metro

Thursday, 21 May 2015

BERUBAH UNTUK JADI SUAMI MISALI

Berubah untuk menjadi suami misali

Berikut adalah petua ke arah mengubah diri menjadi lelaki dikagumi dan juga suami misali. Cubalah lihat ke dalam diri dan nilai sama ada anda memiliki sifat ini.

1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekadar menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan atau mesej itu.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat-menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elak berbual perkara melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali-sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda tampan, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tidak serupa bikin.1

5. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan pastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami misali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja atau tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dengan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad saw sebagai contoh. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Ingatkan isteri lakukan sembahyang fardu dan sunat.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara dan berteras iman serta takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dahulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isteri.Saya berharap kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang tertulis diatas ini…semoga kita semua dapat menjadi suami soleh dan mithali dan juga dapat menjaga isteri dengan baik seterusny



Wallahulalahu’alam.

SUAMI SOLEH IDAMAN WANITA

Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

Suami soleh merkupakan idaman kepada semua wanita untuk memilikinya, sungguhpun begitu memperolehi suami soleh bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika bakal suami yang dipilih itu dikenali untuk tempoh yang singkat, berkemungkinan bakal suami itu hanya berlakon dan buat-buat alim bagi memikat bakal isterinya. Terutaanya di zaman mutakhir ini ramai lelaki yang kelihatan warak, alim dan penuh dengan sopan sanatun semasa mula berkenalan dengan bakal isterinya, akan bertukar menjadi ganas, bengis, rakus dengan isteri kerana tidak memenuhi kehendaknya dari masa  ke semasa.
Untuk itu seorang wanit perlulah mempunyai pengetahuan bagaiman untuck menilai seseorang lekaki itu samada akan menjadi suami yang soleh atau sebaliknya.
Dibawah ini disenraikan ciri-ciri suami yang soleh:
1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan
    juga terhadap Allah S.W.T. 

3. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

9. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
10. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

11. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.


12. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

13. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

14. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

15. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

16. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
18. Suaji yang dapat menerima keluarga isteri terutama ibu bapa sebagai kelauarganya sendiri.

Selain ciri-ciri di atas terdapat banyak lagi sifat-sifat yang di anggap sebagai seorang suami yang soleh yang berpandukan kepada prinsip dan ajaran yang ditetapkan oleh Islam. Secara umumnya seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat masmudah dan tidak mempunya sifat sifat tercelah yang dibenci oleh Islam.

Wallahu’alam.


Sumber: halaqah

TANGGUNG JAWAB SUAMI MENGIKUT ISLAM

Tanggungjawab Suami

Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,bukannya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia mengikut gasipanduan yang ditetapkan oleh Allah atau Islam.

Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.

 Justeru itulah,rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka,seperti berkasih sayang,sabar,tolak ansur dan wujudnya persefahaman.Untuk mempastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan keluarga,Islam menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab suami dan isteri,iaitu:

Tanggungjawab Suami
Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
  1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)
Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

 4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka. 
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)

5.   Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6.   Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
   Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)

7.   Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka  (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu. Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri”- (Surah Al-Baqarah 2:222)

8.   Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

9.   Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.

Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.

Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.

Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Renungkanlah para suami semua, adakah kita telah melaksanakan amanah dan tanggung jawab kita sebagai suami mengikut ketetapan yang digariskan oleh Allah. Atau adakah kita hanya jadi suami lebih kepada kepetingan nafsu seks dan keperluan material dunia sahaja. Muhasabahlah diri kita, masa masih ada sebelum terlambat, jika didapati setakat ini sebagai suami kita  masih belum laksanakan tanggung jawab yang ditetapkan oleh Islam, maka cepat-cepatlah bertaubat dan mengambil tidakan positif untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dan menjadi suami yang akan mendapat keredaan Allah di dunia dan juga di akhirat.


Wallahu’alam.

Wednesday, 20 May 2015

KISAH BENAR - sejauhmana kita bergantung kepada kekuasaan Allah ?

Assalamualakum warahmatullah hirwabarakatuh,

Saya ingin kongsi bersama tetentang keyakinan kita kepada Allah dalam mengatasi sesuatu masalah yang kita hadapai dalam kehidupan kita.  Sudah menjangakau usia lebih 60 tahun hidup di dunia ini dan dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah hidayah-Mu.

Kebanyakan kita akan mengalami kesakitan dari masa ke semasa, pada lazimnya bila kita sakit kita akan terus ke klinik untuk mendapat rawatan daripada doktor. Kebisaannya doktor akan bagi ubat untuk dimakan bagi menghilangkan kesakitan itu mengikut ilmu kedoktorannya. Beberapa jenis ubat di beri dan kita makan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kebiasanya setelah makan ubat penyakit kita akan sembuh. Dalam keadaan biasa kita akan memberitahu kepada orang lain bahawa kesakitan kita telah sembuh setelah makan ubat doktor si pulan bin si pulan dan dalam minda kita ada perasaan bahwa doktor berkenaan pandai memberi rawatan.

Walahal yang  memberi kesembuhan itu adalah Allah dan doktor itu adalah sebagai penyebabnya sahaja. Hal ini jarang kita fikirkan dan memberi penekanan tentang keimanan kita kepada Allah ?. Jika dilihat kepada amalan kebanyakan kita pada masa lalu didapati kita tidak begitu yakin dengan syahadah kita. Kita masih bergantun dan mengharap pertolongan makhluk lebih besar dari pertolongan Allah. Renungkan lah.

Pada dua hari lepas saya mengalami satu peristiwa yang amat memberi kesedaran kepada prinsip hidup saya. Ceritnya begini, Pada 18 hb Mei saya mengalami sakit sendi lutut sebelah kiri yang amat sangat. Bila hendak berjalan rasa sakit macam di hiris dengan pisau, saya terpaksa berjalan tehuyung haying dengan penuh kesakitan. Pada petang itu saya pergi jumpa doktor di sebuah klinik. Setelah membuat pemeriksaan saya diberikan ubut urat dan ubat tahan sakit oleh doktor berkenaan. Kesan makan ubat berkenaan perut menjadi kembung dan sukar untuk bersanafas, manakala sakit lutut saya tidak juga berkurangan.

Keesokan harinya saya medengar ceramah agama di TV. Ustaz yang memberi ceramah itu memceritakan tentang hubungan kita dengan Allah dan sejauh mana kita begitu yakin tentang kebesaran Allah dan sifat Allah Yang Amat Pemrah itu. Dalam menghuraikan tentang bagaiman kita sebagai seorang Islam mesti pada setiap masa mengingati Allah dan sentiasa bergantung harap kepada Allah untuk selesaikan masalah kita, bukanya kita lebih bergantung harap kepada manusia.

Untuk menghuraikan pengarajan ustaz telah memberi satu contoh, di mana seorang doktor telah membuka sebuah klinik di sebuh kampung. Setelah klinik dibuka untuk tempoh lebih tiga bulan, dia dapati tidak ramai oraangg yang datang ke kliniknya untuk mendapat rawatan. Doktor berkenanan merasakan bahawa di kampung itu tidak ramai orang yang sakit. Oleh itu dia cuba mencari jawapan dengan bertanyakan kepada penduduk kampung tentang amalan mereka. Setelah berjumpa dengan beberap orang penduduk dan beliau bertanyakan amalan yang dipratiskan oleh penduduk kampung tentang kesakitan yang mereka amalakan, didapati jawapannya adalah sama, iaiatu :

 “ Amalan yang kami lakukan apabila mengasalami kesakitan, pada mula sakit kami akan terus ‘solat hajat’ memhon diri kepada Allah untuk memberi keksembuhan, jika tidak sembuh juga, kami akan memberi derma kepada fakir maskin dan semasa menghulurkan derma itu didoakan semoga dapat memberi kesembuhan, jika selepas derma tidak juga sembuh, tidakan seterusnya ialah  melakukan ‘solat taubat’ memohon keampunan daripada Allah terhadap dosa yang dilakukan sebelum ini. Jika selepas solat ini juga kesakitan masih tidak sembuh barulah kami pergi jumpa doktor'.

Bila saya mendengar nasihat ustaz itu, saya cuba mengamalkan dalam usaha untuk mengubat sakit lutut saya. Pada malam itu juga saya lakukan solat hajat memohon kepada Allah untuk memberi kesembuhan kepada kesakitan di lutut kiri yang saya alami itu. Keesokan harinya saya dapati lutut saya ada sedikit Perubahan dimana rasa sakit telah mulai berkurangan. Seterusnya pada hari berikutnya saya telah memberi derma dengan niat untuk mohon Allah beri kesembuhan terhadap sakit lutut saya. Alhamdulilah kesakitan mula berkurangan.

Pada hari berikutnya saya mengadakan solat taubat untuk memohon kepada Allah semoga di ampunkan dosa-dosa saya yang jika saya lakukan tanpa saya sedari, dengan meminta secara bersungguh mohon juga di beri kesembuhan kepada sakit lutut saya. Alhamdulillah dengan hidayah-Nya, sakit lutut kaki kiri saya telah mula beransur pulih sepenuhnya. Daripada peristiwa ini ianya memberi banyak kesedaran dan pengajaran kepada saya, bahawa dalam reality kehidupan kita tidak begitu meletakkan pengharpan yang tinggi kepada Allah apabila ditempa kesakitan dan kesusahan, kita lebih berharap kepada makhluk untuk memberi kesembuhan. Walahal yang  sebenarnya Allahlah yang mencipata kita dan Dia yang menentukan segala-galanya kepada setiap detik kehidupan kita, senangkah, murah rezeki kah, gembira kah dan pelbagai lagi Dia yang meberi hidayah dan mentukan. Oleh itu bila kita menghadapi sesuatu musibah dan kesusahan kita sepatutnya terlebih dahulu memohon terus kepada Allah untuk memohon pertolonganNya. Bukannya memita pertolongan daripada makhluk lain.

Dari kejadian yang saya alami ini juga memberi pengajaran bahawa dalam kehidupan seharian kita, banyak ilmu dan nasihat yang kita terima dan dengar. Tetapi sejauh manakah kita mengamalkan ilmu berkenaan. Hakikatnya kita lebih kepada menadah telinga mendengar  ceramah agama, tetapi tidak pula kita amalakan dalam kehidupan sehiarian kita. Situasi ini juga satu kerugian dalam kehidupan. Kerana ilmu yang tidak diamalkn itu adalah ilmu yang sia-sia. Renungkanlah……..

Wallahu’alam.

Tuesday, 19 May 2015

Fitnah Berleluasa..tanda akhir zaman


Penyebaran sesuatu berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran perkara tersebut adalah satu fenomena yang semakin menjadi-jadi pada masa ini. Akan tetapi, ianya bukan suatu perkara baru. Semasa zaman Rasulullah dan para sahabat, fenomena ini biasanya dijuarai oleh munafiqin di Madinah pimpinan Abdullah bin Ubai bin Salul. Sekiranya membaca keseluruhan tafsir surah al-Taubah, kita akan dapat potret gambaran yang jelas kerja-kerja kumpulan munafiqin dalam merosakkan imej Rasulullah dengan menyebarkan berita yang belum disahkan kebenarannya.

Zaman sekarang, penyebaran maklumat seupama ini berlaku pantas dengan berkembangnya pelbagai aplikasi internet seperti website, weblog, Whatsapp dan Facebook serta laman interaksi sosial yang lain.

Zaman dahulu, penyebaran itu berlaku secara lisan. Proses sebegini biasanya lambat, akan tetapi dipercepatkan dengan hawa nafsu manusia yang suka melapor dan mendengar berita sensasi, apatah lagi yang membabitkan aib orang lain.

Kalau tidak percaya, bagi mereka yang mempunyai blog, cuba masukkan entri dengan tajuk yang panas seperti wanita melayu berbogel, sejadah sujud, ulamak rasuah atau ahli parlimen berkhalwat, nescaya blog anda akan panas dengan hit yang tinggi.

Ada sesetengah manusia suka menyebarkan berita dengan segera kerana sengaja ingin memburukkan imej orang lain. Lantas, terjebaklah mereka dengan pelbagai jenis dosa seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan seumpamanya. Tidak kurang juga, untuk menambahkan lagi rencah dan perisa, maka ditokok tambah berita yang sedia ada, lalu berlakulah pembohongan.

Ada yang membuat kerja sebegini kerana mereka merasakan perbuatan itu amatlah makruf. Rasa terhormat dan mulia dengan tindakan mereka itu, lalu diprojekkan diri mereka dengan imej yang baik dan intelek, dengan menyatakan contohnya Saidina Umar yang ditegur dengan wanita dengan amaran pedangnya secara terbuka. Di dalam Islam, kita dilarang menyapu ‘habuk di bawah karpet’. Di dalam Islam, perlu ada check and balance. Di dalam Islam, perlu ada amar makruf dan nahi munkar. Maka, absahlah kerja-kerja mereka.

Walau apa pun juga pegangan kita di dalam fenomena hebah-hebah ini, satu perkara yang dipersetujui oleh semua, akan tetapi bukan semua menginsafinya, iaitulah apa jua yang kita ucapkan dan kita tulis, akan dicatat oleh Allah SWT sebagai bahan bukti mahkamah akhirat kelak. Firman Allah dalam surah Qaf ayat 18:

“ Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (merekodnya).”

Al-Quran sebenarnya telah menyentuh akan fenomena ini. Berfirman Allah SWT di dalam surah al-Nisa’ ayat 83:

“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)”.

Di dalam semua kitab tafsir muktabar, diperjelaskan bahawa ayat ini menceritakan akan perihal manusia ketika mendengar berita yang menyenangkan atau kurang menyenangkan. Dalam konteks ketika penurunan wahyu ini, perkara yang menyenangkan (الامن) itu diterangkan sebagai berita kemenangan tentera Muhammad, sementara berita yang tidak menyenangkan (الخوف) itu merujuk kepada berita kekalahan umat Islam. Ketika tibanya khabar angin seumpama itu, maka orang munafiq hakiki, dan juga mukmin yang terpalit dengan sifat al-nifaq akan bersegera untuk menghebahkannya kepada orang lain tanpa langsung ada sikap untuk memeriksa kebenarannya. Tujuannya, pelbagai. Diterangkan dalam kitab tafsir, sebahagiannya bertujuan untuk menunjukkan dirinya sebagai manusia hebat kerana sering mendapat berita dan maklumat terkini lagi sensasi. Selain itu, ada juga yang menghebahkannya untuk tujuan memburukkan imej Rasulullah, contohnya semasa peristiwakhabar ifki. Ada yang bertujuan untuk melemahkan psikologi umat Islam yang lain. Ada yang bertujuan untuk mempermainkan emosi Rasulullah. Dan tidak kurang juga yang melakukannya sebagai perang saraf untuk melemahkan semangat umat Islam ketika itu.

Watak yang memainkan kisah itu semasa zaman Rasulullah dan juga para sahabat adalah ramai. Yang termasyhur ialah Abdullah bin Ubai bin Salul. Walaupun dalam satu riwayat disebut bahawa jenazah beliau disembahyangi dan dikafankan dengan jubah Rasulullah (kerana politik pintar nabi dan juga rasa hormat kepada permintaan anak beliau yang Muslim) sehingga membangkitkan bantahan Umar, akan tetapi Rasulullah berkata yang jubah baginda tidak dapat menghalang perbuatan Abdullah bin Ubai yang ketika hidupnya suka menjadi tukang hebah dan wartawan sensasi, daripada dibaham api neraka. Di dalam ayat di atas, kumpulan ini disifatkan sebagai mereka yang mengikut jejak langkah syaitan.

Itu kumpulan pertama, yang apabila dapat berita atau khabar angin, terus menghebahkannya kepada massa. Akan tetapi, di sana ada kumpulan kedua, yang mana ketika didatangi dengan maklumat sama ada yang sejuk atau yang panas, maka sikap mereka ialah merujuk kepada Allah, Rasul, dan juga orang-orang yang berautoriti di kalangan mereka. Ulil amri saya terjemahkan sebagai orang yang berautoriti, supaya kita tidak sempit memahaminya sebagai semata-mata pemimpin negara sahaja. Ia boleh jadi sebagai naqib, pengerusi persatuan, bapa, cikgu dan seumpamanya, bergantung kepada siapa kita dan bentuk berita dan maklumat yang sampai. Ini kerana orang-oang yang berautoritilah mampu untuk memberikan pengesahan dan penjelasan sebenar terhadap maklumat tersebut.

Akan tetapi, Allah memberitahu kita bahawa kumpulan kedua ini hanyalah sedikit sahaja. Mereka ini ialah golongan minoriti di dalam masyarakat. Justeru, golongan minoriti seumpama ini biasanya sukar untuk memperbetulkan yang salah dan meluruskan yang bengkok.

Menjadi mangsa fitnah atau berita mengenai diri dihebah tanpa kebenaran di media baru, adalah satu perkara yang perju dijangka oleh para pendakwah. Pun demikian, sehebat mana sekalipun pendakwah itu, perasaan kecil di dalam hatinya akan tersentuh juga apabila berhadapan dengan fitnah seumpama ini. Apatah lagi sekiranya fitnah itu datang daripada orang-orang yang hampir dengannya, seperti sahabat karib, pembantu peribadi dan juga rakan setugas.

Sama seperti semua orang, saya juga pernah mengharungi fitnah seumpama ini. Memang sedih juga sekiranya fitnah ini datang daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang gaya percakapan kita disalahertikan lantara perbezaan budaya bahkan dialek, lalu dihebahkanlah ‘kebiadaban’ kita. Lantas disimpanlah perasaan benci yang membuak-buak selama bertahun-tahun tak berkesudahan. Pantang nampak , habis dibelasahnya. Pantang bersuara, walaupun menerusi institusi musyawarah, habis dibantahnya dengan fitnah yang ditokok-tambah. Nak nampak baik, maka dihiasilah dengan al-Quran dan al-Hadith. Lalu ditaburlah onar serta duri dalam perjalanan dan pergerakan kita. Memang jijik juga kadang-kadang, apatah lagi saya pernah mendengar rakaman langsung sesetengah sahabat karib yang melakukan pembohongan terang-terangan ke atas diri saya untuk kepentingan serta kepuasan dirinya.

Sekiranya kita berhadapan dengan fitnah seumpama ini, jalan terbaik yang perlu kita ambil ialah bersabar sahaja. Walaupun kadang-kadang sampai tahap dituduh sebagai munafiq, atau ada ciri-ciri orang munafiq, biarlah si tukang fitnah ini memuaskan hati dan melepaskan geramnya. Dalam bersabar, perlu rasa simpati dengan mereka kerana begitu mudah mendapat dosa. Kita akan jadi mulia sekiranya kita terus memberikan kemaafan kepada mereka, dan walaupun tanpa sebab, kita memohon ampun kepada mereka. Dalam kehidupan berdakwah, kita perlu kenal siapa musuh kita. Perlu menghalusi apa kerja kita. Bukanlah rakan-rakan sekeliling kita itu perlu dijadikan musuh. Dan bukanlah membalas kesilapan kawan dengan kejahatan yang lain itu merupakan kerja kita. Musuh kita ramai di luar sana, dan kerja kita juga amat banyak belum terlaksana.

Tukang penyebar fitnah seumpama ini, sekiranya mereka betul-betul musuh dan munafiq hakiki, maka itu adalah kerja mereka. Berhadapan dengan mereka perlu meniru politik pintar nabi ketika berhadapan dengan munafiq di Madinah. Tetapi sekiranya ia datang daripada orang dalam dan orang sekeliling yang terdiri daripada orang-orang Mukmin, maka mereka perlu insaf dan sedar. Dalam perbahasa mengenain beriman kepada Rasul, bukankah kita sepatutnya beri’tiqad bahawa hanya Rasulullah sahaja insan yang ma’sum dan sempurna? Ini bermakna yang manusia lain, walaupun bertaraf presiden, perdana menteri, ustaz atau tuan guru, tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Apabila rakan muslimnya melakukan kesilapan, maka kita perlu bersedia untuk menerimanya dan memaafkannya. Itu tanda iman. Kalau betul-betul salah dan munkar, maka tegurlah dengan cara yang sepatutnya, berhadapan atau melalui orang-orang yang berautoriti seperti dalam firman Allah dan sabda Nabi. Sekiranya kita terus marah, lalu menghebahkannya kepada massa, itu merupakan tanda yang iman kita terhadap ketidakma’suman orang lain selain Rasulullah, sedikit bermasalah, lantaran kita menonjolkan sendiri sikap kita untuk tidak menerima kesilapan manusia biasa.
Bagi yang diuji dengan fenomena hebah dan fitnah ini, antara cara yang turut dicadangkan oleh nabi Muhammad SAW ialah duduk diam sahaja. Ini berdasarkan sepotong hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim seperti berikut:

“Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari.”

Ketika berlakunya gejala fitnah, khususnya selepas pembunuhan Saidina Uthman, ramai para sahabat yang mengambil sikap berdiam diri sahaja tanpa menyebelahi mana-mana pihak bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala fitnah. Ini termasulah Zubair bin al-Awwam serta Abdullah bin Khabab. Ini merupakan tindakan yang betul. Dalam masa yang sama, ada juga yang terpaksa mengharungi dan berhadapan dengan fitnah tersebut, seperti yang dilakukan oleh Saidina al-Hasan. Tindakan beliau bukannya salah, kerana beliau tidak membalas fitnah dengan fitnah, akan tetapi dengan hikmah, walaupun akhirnya diri beliau yang terpaksa menjadi korban.

Sekiranya kita menjadi mangsa fitnah, lalu kita membalas dendam dengan melakukan fitnah yang serupa, percayalah bahawa tindakan itu adalah satu kesilapan besar dan tidak langsung menyelesaikan masalah. Kita mungkin puas memfitnah orang lain dalam ucapan dan tulisan kita dalam blog sebagai contohnya, akan tetapi tulisan itu akan terus kekal diingati sama seperti kekal degilnya sikap kita yang enggan memaaf dan melupakan kesalahan orang lain. Sedangkan dalam ilmu tazkiyatunnafsi, para ulamak salaf sering menyatakan bahawa terdapat dua perkara yang perlu kita lupakan untuk menyucikan hati kita, iaitu kebaikan yang kita buat untuk orang lain dan juga kesilapan orang lain terhadap kita. Kalau kerap diulang dan ditulis, maka sampai bila-bila kesilapan orang lain itu akan diingati, maka sentiasa ‘berjagalah’ fitnah itu.

KESIMPULAN
Gejala cepat menghebahkan berita ini adalah suatu fenomena yang akan berterusan sehinggalah qiamat kelak. Berdasarkan pemerhatian, gejala ini berlaku antara lain kerana:

a. Sikap manusia yang gelojoh dalam menghebahkan maklumat.
b. Sikap manusia yang ingin menunjukkan dirinya hebat mempunya maklumat terpantas, cepat tahu dan cepat menganalisa.
c. Sifat manusia yang tamak ingin mendapatkan pengaruh dan keuntungan.
d. Sifat manusia yang sentiasa berbalah, lalu dihebahkanlah berita pihak lain untuk melemahkannya, dan dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan dirinya.
e. Sifat manusia yang tidak rasa bertuhan, tidak merasakan dirinya sentiasa diperhatikan Allah, serta tidak takut bahawa apa sahaja yang tertulis dan diucapkan, akan dibalas kelak di hari akhirat.
Sedang kita mengiktiraf terdapat beberapa jenis kemungkaran yang sekiranya nyata dan jelas kesalahannya, yang ada keperluan menghebahkannya untuk mencegahnya berulang kembali, akan tetapi perlu diingati yang bahawa berita yang masih samar atau sekadar didengari daripada pihak ketiga, perlulah diperiksa kesahihannya dan dinilai sama ada perlu dihebahkan atau sebaliknya.

Sekiranya tangan masih menggatal ingin menulis fitnah, serta lidah masih menebal untuk bercakap, apa kata kita didik tangan dan lidah kita supaya takutkan Allah. Berkatalah perkara yang baik dan pasti sahaja kebenarannya. Yang selamat, ialah berdiam sahaja. Sabda nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam sahaja.”

Aduhai, alangkah mudahnya ke neraka dengan menggunakan media baru untuk hebah dan fitnah. Sekali terucap dan tertulis, ribuan membacanya, maka berantai-rantailah dosanya. Tunggu sahajalah berapa ramai yang akan menuntut saman malunya di mahkamah akhirat kelak.

Wallahu’alam.

Sumber : abidfana.com

FITNAH AKHIR ZAMAN

FITNAH  

Bertaqwalah kepada Allah SWT dan ingatlah sekelian bahawa keselamatan dan kebahagiaan kita hanya bergantung kepada keimanan dan ketaqwaaan kita kepada Allah SWT semata-mata.
Dalam arus pembangunan dan kemajuan, yang pesat di jalankan dewasa ini, umat Islam perlu berhati-hati agar mereka tidak terjatuh ke dalam fitnah yang berlaku secara terang-terangan di hadapan mata mereka serta yang berlaku tanpa di sedari dan tanpa dilihat dengan mata kasar mereka. Islam tidak memusuhi kemajuan dan pembangunan yang dilakukan oleh manusia tetapi Islam menetapkan agar pembangunan dan kemajuan di asas dan dikawal oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Allah SWT telah menegaskan dalam surah al Anfal ayat 28, yang bermaksud:
"Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan yang sangat besar."
Harta benda dan anak-anak adalah nikmat daripada Allah SWT sekiranya di urus dan dijaga  dengan baik dan mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Islam. Seandainya harta benda dan anak-anak tidak diurus dan dijaga dengan baik seperti yang dikehendaki Islam, ia boleh memudaratkan kehidupan seseorang muslim dari segi keimanan dan ubudiyah-nya kepada Allah SWT dan boleh berlaku kelalaian dalam melaksanakan tanggung-jawabnya sebagai Muslim.
Awaslah sentiasa dengan fitnah-fitnah yang berlaku melalui percakapan, fitnah pekerjaan, fitnah aqidah dan ideologi yang menyesatkan, fitnah menyaksikan kemungkaran dan maksiat yang berlaku di hadapan mata kerana semua bentuk fitnah tersebut boleh menghalang  dan menyekat pembangunan dan perlaksanaan Islam sebagai ad-din (sistem hidup). Umat Islam sendiri boleh menghakis keimanan dan ketaqwaan kita dan sekaligus melemahkan ubudiyah kita kepada Allah SWT. Dalam usaha menyekat fitnah-fitnah ini kita perlu memahami dua perkara asas :
1.     Memahami Islam sebagai ad-din melalui sumber-sumber yang muktabar atau dalam pengertian lain yang lebih khusus, memahami Islam malalui al-Quran dan Sunnah ar-Rasul SAW. Mempelajari   Islam daripada ulamak-ulamak yang jelas kefahaman mereka mengenai Islam serta keiltizaman  mereka dengan ajaran Islam
dalam sebarang suasana. Dalam memahami Islam kita perlu belajar dan berakhlak Islam serta iltizam dengan ajarannya.
2.     Memahami keadaan yang ada sama ada Islamik atau tidak. Dalam perkataan lain memahami realiti dari segi aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, akhlaknya dan nilai-nilai lain. Adakah ia berasaskan Islam atau pun tidak?
Rasulullah SAW mengingatkan kita agar mengelakkan diri daripada terjatuh dalam fitnah yang menimpa umatnya laksana malam yang gelap gelita dengan sabda baginda yang bermaksud:
"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."
Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:
"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."
Sebenarnya  apa yang dinyatakan oleh Rasul SAW di dalam hadis baginda, telahpun berlaku di dalam realiti kita hari ini. Ilmu telah diangkat atau ditarik balik. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu ad-din atau ilmu syarak yang boleh memandu orang Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka di akhirat kelak. Selain itu berlaku pembunuhan di sana sini.
Di dalam realiti sekarang, sungguh kurang ulamak-ulamak rabbaniyun (ulamak-ulamak yang takut kepada Allah SWT) yang memuliakan sifat-sifat zuhud, wara' dan sentiasa mengikut panduan Ilahi, menjadikan baginda SAW dan khulafa ar-Rasyidin sebagai panduan dan ikutan mereka, beramal dengan panduan al- Quran yang berbunyi: "Sesungguhnya  pada diri Rasul SAW itu ikutan yang baik bagi kamu" dan beramal dengan hadis yang bermaksud:
"Hendaklah kamu beramal dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-Rasyidin, Mahdiyin selepas aku dan gigitlah ia dengan geraham kamu (yakni peganglah kuat-kuat dan janganlah lepaskan dia.
Untuk menjaga diri daripada terjatuh ke dalam keadaan fitnah atau pengaruh kebatilan, Huzaifah pernah berkata kepada Rasul SAW dengan katanya: "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; ‘Ya’, ada tetapi bercampur dengan ‘dakhan’". Huzaifah bertanya, "Apakah ‘dakhan’ itu?".  Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka". Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu meraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka." Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".
Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,
Rasul SAW memberi tahu umatnya tentang fitnah kehilangan sifat amanah dan paling susah untuk mendapat seorang yang bermaksud beramanah. Sabda Rasul SAW bermaksud:
"Seorang manusia masing-masing membuat janji dan hampir tidak terdapat seorang pun yang menunaikan janjinya."
Seterusnya Rasul SAW menjelaskan bagaimanakah amanah Allah Subhanahu Wata’ala disia-siakan. Suatu hari seorang Arabi datang menemui Rasul SAW dan bertanya, "Bilakah akan berlaku kiamat?" Maka baginda menjawab, "Bila amanah di sia-siakan maka tunggulah kiamat (kehancuran)." Arabi itu bertanya lagi, "Bagaimanakah amanah disia-siakan?" Rasul SAW bersabda, "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat (yakni kehancuran)."
Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam dari segenap penjuru, maka perlulah umat Islam hari ini memperkuat dan memeperkemaskan benteng pertahanan mereka supaya tidak mudah terpedaya dengan segala macam fitnah yang disebutkan tadi. Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:
"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya." 

Wallahu’alam.


Sumber : Mimbar Jumaat

Badai Fitnah Menerpa Umat Akhir Zaman


Semenjak lima belas abad yang lalu Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan kita bahawa akan datang suatu masa dimana badai fitnah akan menyelimuti dunia sehingga mengancam iman umat Islam.

Semenjak dahulu Al-Quran telah memperingatkan kita akan fitnah yang ditimbulkan oleh musuh-Nya dan musuh orang-orang beriman, iaitu syaitan. Bahkan Allah mengkaitkannya dengan peristiwa fitnah pertama yang menimpa nenek moyang manusia, yakni Nabiyullah Adam A.S.

“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat di-fitnah (ditipu) oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga.” (Surah Al-A’raf 27)

Syaitan merupakan musuh yang nyata yang sepatutnya senantiasa diperlakukan sebagai musuh. Dihadapi dengan penuh waspada, tanpa sebarang kerjasama dan menggunakan “senjata” yang mencukupi. Bukan sebaliknya, dihadapi dengan keadaan sambil lewa, tanpa persenjataan yang mencukupi.

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Surah Fathir 6)

Dan perlu diingat bahawa musuh kita ini terdiri dari dua golongan makhluk, iaitu manusia dan jin. Inilah yang membuat pertarungan orang beriman menghadapi mereka menjadi sangat berat. Sebab kita hanya mampu mengesan salah satu di antara keduanya sedangkan yang satu lagi sungguh sukar, kecuali jika Allah izinkan.

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin.” (Surah Al-An’aam 112)

Peringatan Nabi

Lima belas abad yang lalu Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan kita bahawa akan datang suatu masa dimana badai fitnah akan menyelimuti dunia sehingga mengancam iman umat Islam. Dan badai fitnah itu menjadikan dunia sedemikian gelapnya sehingga seorang muslim rela menjual agamanya yang mahal demi memperoleh kesenangan dunia yang murah. Sungguh suatu sikap yang hina dan berbahaya.

Nabi SAW. bersabda: “Bersegeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gulita, seorang laki-laki diwaktu pagi masih mukmin dan diwaktu petang telah menjadi kafir, dan diwaktu petang masih beriman dan paginya menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia” (Riwayat Ahmad - 8493)

Sedarkah kita bahawa salah satu perkara penting yang sering diabaikan oleh umat Islam ketika ini ialah betapa terancamnya keadaan iman kita? Sedarkah kita bahawa aneka serangan alghazwu al-fikri (perang pemikiran atau the battle of hearts and minds) secara sistematik berlangsung setiap hari merosakkan kesempurnaan iman pada diri, anak dan isteri kita? Kian hari kian terasa betapa zaman yang sedang kita jalani dewasa ini merupakan bahagian zaman yang penuh dengan fitnah. Inilah zaman yang telah di-nubuwwah-kan oleh Rasulullah Muhammad s.a.w. dalam hadis baginda yang berbunyi:

Bersabda Rasulullah SAW. “Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan hidangannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah kerana sedikitnya jumlah kita?” ”Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih dipermukaan air. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: ”Cinta dunia dan takut akan kematian.” (Riwayat Abu Dawud)

Penyakit Al-Wahan atau ”Cinta dunia dan takut akan kematian” cukup hebat menguasai umat Islam dewasa ini. Penyakit ini muncul dikeranakan hebatnya pengaruh musuh Islam. Mereka memang sangat canggih dalam menguasai berbagai bidang kehidupan berkaitan urusan kehidupan dunia. Namun soal kehidupan sejati di akhirat kelak, mereka sangatlah lalai dan tidak peduli bahkan tidak mempercayainya. Dunia secara global dewasa ini sedang dikendalikan seumpama bangsa Ruum (Rom) atau Barat. Dan Allah menggambarkan peradaban Ruum di dalam surah Ar-Ruum sebagai berikut:

“Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.” (Surah Ar-Ruum ayat 7)

Para pemimpin Ruum Moden ini dengan gencar, sistematik dan penuh kesungguhan berusaha keras menyebarkan faham materialisme dan sekularisme yang menjadi falsafah hidup mereka kepada segenap penduduk bumi. Tanpa kecuali umat Islam di dalamnya. Dengan segenap kemudahan dan prasarana yang dimiliki mereka berusaha menjadikan setiap orang yakin bahawa hanya dengan menimbun materilah kebahagiaan bakal diperoleh. Hanya dengan memisahkan urusan dunia dari nilai-nilai agama atau keimananlah manusia akan mencapai kebebasan sejati.

Ertinya, mereka berusaha menularkan nilai-nilai kekufuran yang ada dalam diri mereka kepada siapa saja, termasuk kita yang asalnya beriman. Sehingga tidak sedikit umat Islam di berbagai belahan dunia mulai mengikut pandangan hidup pemimpin Ruum moden dewasa ini. Hal ini sebagaimana diramalkan oleh Nabi Muhammad SAW:
Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti tradisi atau kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawakpun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Riwayat Muslim - 4822).

Fitnah Politik
Di dalam bahasa Arab fitnah juga dikenali dengan perkataan buthan, iaitu menghebahkan berita yang tidak benar mengenai sesuatu. Kesan fitnah sering kali membawa kepada kucar-kacir, pertelingkahan, permusuhan dan malah juga ada ketika membawa pertumpahan darah.

Dalam al-Quran Allah SWT mengingatkan dalam firmanNya yang bermaksud:

“(Ingatlah) diwaktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah benar.” (Surah An-Nur ayat 15).

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
“Celakalah bagi orang yang bercerita kepada kaum tentang kisah bohong dengan maksud agar mereka tertawa. Celakalah dia... celakalah dia.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad).

Sekarang ini fitnah sebegini telah di komesilkan melalui rancangan Raja Lawak. Ianya menjadi satu Rancangan yang diminati ramai dengan penyertaan dari pelbagai perinkat umur. Bukankah ini bersamaan dengan ingatan yang pernah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. semenjak 1400 tahun lalu telah jadi kenyataan.

Mengulas perlunya umat Islam berhati-hati dengan fitnah, Dr Maslee Malik, pensyarah di Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Antarabangsa (UIAM) mengingatkan walaupun fitnah sikap semula jadi manusia, namun Islam sebagai agama fitrah yang telah diutuskan kepada Nabi Muhammad SAW berusaha mengawal dan mengekang perbuatan fitnah serta mengawal impaknya kepada masyarakat.

“Maka sistem akhlak dan juga beberapa sistem hukum Islam merupakan bahagian dari usaha Islam mengawal perbuatan memfitnah,” ujar beliau ketika ditemui di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, selepas mempengurusikan program wacana Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman.

Menurut Maszlee, dalam banyak ayat dalam al-Quran dan Hadis, fitnah dikategorikan sebagai dosa besar, sikap orang zalim, sikap orang munafik dan musuh Islam. Ini kerana fitnah juga menjadi senjata golongan musyrik Makkah semasa menantang dakwah Rasulullah. Malah fitnah juga faktor kepada penghalang hidayah Islam dan kebaikan yang universal.

Tegas Maszlee lagi, di dalam agama-agama lain perbuatan fitnah juga diharamkan. Malah di dalam kerangka moral pemikiran sekular pasca kebangkitan Eropah, isu fitnah dilihat sebagai perbuatan yang menyalahi moral. Seiring dengan itu pelbagai undang-undang dilahirkan demi mengawal perbuatan fitnah dan juga mengurangkan implikasinya kepada masyarakat.

“Malangnya fitnah juga bukanlah sesuatu yang asing dalam budaya politik islam dan Melayu. Seawal zaman Khalifah Sayidina Uthman, fitnah menjadi punca keretakan dalam pemerintahan Islam,” jelas Maszlee.

Maszlee yang juga merupakan mantan Presiden Durham University Islamic Society 2009-2010, juga mengungkapkan bahawa dalam sejarah politik Melayu, fitnah menjadi senjata ampuh para pelaku politik untuk saling menjatuhkan antara satu sama lain. Sistem feudal yang jauh daripada roh dan keadilan, juga telah menjadi penyebab bagaimana fitnah telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa.

“Kisah Hang Tuah yang difitnah sehingga membawa kepada arahan bubuh ke atas diri beliau, dan menyebabkan kacau bilau disebabkan Hang Jebat adalah di antara contoh yang paling jelas,” ujar Maszlee.

Malah menurut Maszlee terdapat pelbagai kisah lagi seperti kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang, kisah Mahsuri, Kisah Hang Nadim dan lain-lain kisah yang serupa di dalam sejarah Melayu telah menjadi bukti bahawa fitnah menjadi sebahagian bentuk rentak politik Melayu.

“Budaya politik fitnah ini nampaknya tidak mengenal kaum dan juga kumpulan. Sama ada pihak yang memerintah atau pembangkang, tidak terlepas dari penyakit yang berbahaya ini. Sampai masanya budaya fitnah yang boleh menghancurkan tamadun bangsa ini dibersihkan dengan kembali kepada kefahaman agama dan petunjuk yang telah diajarkan oleh Rasulullah dalam bermuamalah,” tegas Dr Maszlee Malik.

Kesimpulanmehisbah diri kita supaya tidak terlibat dengan perbutan fitnah ini yang akan meghapuskan pahala amal ibadat kita..... beringatlah sebelum hendak 'shre' sebarang isu di media sosial, buat analisa secara mendalam sejauhmana isu itu terlibat dengan fakta yang kurang tepat yang boleh diketogarikan  sebagai FITNAH





oleh.

Dr Maszlee Malik,
Pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian UIAM.



Sumber : Mimbar