RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday, 29 May 2015

LOVE WITH GUIDANCE OF ALLAH

Love with guidance of Allah

Feelings of love and affection is a natural condition that will be felt by every carbuncle created by Allah. The level of love is different from person to person based on that person's interests and instincts.

Islam is a religion of love and affection. Thus Islam is advocating love and affection based upon forth taught by the Qur'an and Sunnah.

Allah says in Surah Ar-Rum verse 21, "And among His signs that prove his power and mercy, that He created for you (O men), the wives from among yourselves, that you may dwell in friendly with it, and He among you (husband and wife) love and compassion. "

When two people make love, there is love caring for "passion" that exists between them. For love is up to the dais will be overwhelmed survivors of Satan. For love is tainted by Satan will end by lapse. Love that is based on the passion usually does not last long, because love will reach its peak when the desired self-aggrandizement celebrations were enjoyed and achieved. Time is Love Erotic brittle and crumbles a little deck miss understand  and quarrels.

In other instances, Holy Love is caring for God's love. Love one another as God's creatures are safer. It does not hurt, do not fret the soul, not the moral damage, do not have to worry about "frust", do not have to entertain jealousy. According to Allah, because Allah loves can bring the sweetness of faith. [1] However, few people know how.

According to Imam Ghazali in Ihyaa Ulumuddin, which is essential to love one another because God is not a man means that man for whose essence is pure love (in character), otherwise it is because people can juxtapose themselves with the hereafter.

According to him, that a man marries a woman works to preserve from Satan,  that kept their religion, so as to obtain a good children of the woman and then the children to pray for him. And when a man loves a woman because all the reasons above, it is classified as one of the lovers of Allah. [2] This recorded by Al-Ghazali approximately 1000 years ago.

After this, when you find love, find love because God exists. When you find love, ask yourself why you love her? What do you love the afterlife?

But keep in mind, in order to achieve the goal of love, we must be tested with various tests and trials, will be found with the juice like, angry, disappointed, frustrated, frust, hindered, deceived and various disappointment again. For those who love Allah tests and trials of his love even greater. Because God has said, which means "do mankind will feel they will easily enter heaven without the tests and Ugg". The actual tests and trials of God was to assess the extent of his sincerity in reaching love it. If love is  sincer all allegations and challenger  in love it will be passed with patience, pleasure and always based upon the principles of sharia which order by  God. Love for God will be prayers in the world and the hereafter.

 Subhanallah.



Wallahu'alam.

BEKERJASAMA SESAMA INSAN

Agama Islam sangat menitikberatkan kepada umatnya supaya hidup saling bekerjasama dan bersefahaman dalam masyarakat. Kerana itulah satu-satunya cara yang boleh memberikan kehidupan yang aman damai dan sejahtera kepada kita. Tanpa adanya kerjasama dan persefahaman kita tidak akan dapat merasai nikmat perpaduan dan kebahagiaan dalam hidup ini. Allah subhanahua ta'ala telah menegaskan di dalam kitab suci Al-Quran, surah An-Nisa'ayat 110

Yang bermaksud : 'Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala yang salah. Serta kamu beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

Dari ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa kita umat Islam, umat yang terbaik. Yang akan sentiasa berusaha menzahirkan kebaikan dan menghapuskan keburukan.Untuk menjayakan usaha ini, kita sebagai umat Islam seharusnya bersatu dan bekerjasama serta bersefahaman khususnya dikalangan masyarakat kita sendiri. Janganlah sekali-kali di dalam masyarakat ada perselisihan. Contohnya satu-satu gerak kerja atau aktiviti kemasyarakatan di dalam sebuah kampung atau tempat kediaman seharusnya setiap anggota hendaklah turut melibatkan diri bersama dengannya. Tidaklah wajar kita mengasingkan diri dari masyarakat semata-mata kerana kurang bersetuju dengan gerak kerja itu selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Firman Allah :
Maksudnya : ' Hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan dan janganlah sekali-kali kamu bertolongan dalam perkara kejahatan, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah, amat berat siksaannya.
Saudara kaum muslimin yang berbahagia,

Sesungguhnya kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di alam dunia terletak kepada dua perkara iaitu hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia. Ini bererti tidak akan bahagia dan sejahtera hidup jika kita hanya menunaikan hak Allah subhanahua ta’ala sedangkan hubungan kita sesama manusia yakni masyarakat kita tidak terlaksana dengan baik.

Seperti ajaran Allah dalam firmannya dari surah Al-Imran ayat 112
Yang bermaksud : ' Dijatuhkan kehinaan ke atas mereka walau dimana mereka berada kecuali yang mempunyai dua pertalian iaitu pertalian dengan Allah dan pertalian dengan manusia'.

Masyarakat kita, orang melayu sudah lama tertanam semangat perpaduan dan persefahaman seperti kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Ini dikuatkan lagi dengan ajaran agama Islam yang kita anuti yang menghendaki supaya kita bekerjasama dan bersefahaman. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, hubungan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain.

Oleh itu marilah bersama-sama kita merapatkan persefahaman dalam masyarakat kita serta bekerjasama dalam segala hal kemasyarakatan. Semoga dengan itu dapat menikmati kehidupan yang harmoni, aman damai dan sejahtera. Sebaliknya hindarilah segala yang membawa perpecahan dan kelemahan. Allah subhanahua ta’ala telah mengingatkan dalam firmannya di dalam surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud ' dan janganlah kamu berbantah-bantah yang menyebabkan kamu lemah dan hilang kekuatan dan bersabarlah, sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar '

 

Kelebihan Bersedekah


Kelebihan Bersedekah 

Realiti kehidupan kita, amalan bersedekah adalah satu amalan yang agak sukar untuk di amalkan, apatah lagi untuk jadikannya satu amalan harian dalam kehidupan kita. Telah menjadi naluri semulajadi manusia, bila hendakk beri kepada orang kita rasa sayang dan bila hendak mendapat pemberian daripada orang lain kepada kita timbul perasaan keseronokan dan keinginan yang agak tinggi.  Itulah realiti kehidupan, Oleh itu Islam menganjurkan supaya kita memperbanyakkan sedekah terutama kepada golongan fakir dan miskin yang amat memerlukan bantuan untuk terus hidup.
Beri sedekah bererti kita melahirkan kesyukuran di atas rezeki yang  Allah berikan kepada kita. Jika tidak kerana kurniaan rezeki Allah, sekuat manapun kita berusaha untuk menambah rezeki tak mungkin kita perolehinya.

Daripada Abu Hurairah r. a berkata : " Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain. Riwayat Bukhari dan Muslim

Pengajaran Hadis :

Sedekah atau derma adalah amalan soleh yang sukar dilakukan oleh seseorang. Amalan ini biasanya dilaksanakan berdasarkan kewajipan seperti zakat atau dalam bentuk kesedaran yang timbul dalam hati seseorang kerana menganggap ia sebagai aset kekal yang akan diberikan ganjaran oleh Allah s. w. t di akhirat kelak.

Terdapat sebahagian daripada umat Islam yang enggan melakukan amalan mulia ini dalam kehidupan seharian. Nabi s. a. w menjelaskan punca masalah ini ialah perasaan takut menjadi fakir apabila banyak bersedekah, lalu manusia berusaha lebih kuat lagi untuk mengumpul dan menambahkan kekayaan yang sedia ada.

Melalui hadis di atas, Nabi s. a. w menerangkan waktu terbaik untuk melakukan amalan sedekah. Baginda menyarankan supaya sedekah dilaksanakan apabila seseorang itu masih sihat dan terlalu sayangkan kepada hartanya. Jika dilakukan sedekah pada masa ini, bermakna seseorang itu sudah berjaya melawan godaan syaitan dan hawa nafsu yang selalu menakutkannya dengan pelbagai kesan negatif. Kemampuan menghadapi serangan dua musuh ini, bererti ia telah meraih kejayaan yang sangat besar.

Pada masa yang sama, Baginda juga menghuraikan situasi orang yang suka menangguhkan amalan bersedekah hingga berada di saat sakit tenat. Nabi s. a. w melarang umat Islam daripada bertindak secara demikian. Ini adalah kerana jika tidak dilakukan sedekah pada masa itu, orang yang masih hidup
(waris) akan tetap mendapat harta yang ditinggalkan. Sekiranya, penerima harta itu membelanjakan harta mengikut yang ditetapkan oleh syariat Islam, maka si mati akan mendapat keuntungan. Namun jika harta yang ditinggalkan hanya disia-siakan atau digunakan untuk melakukan kemungkaran, maka si matilah yang letih mencari harta dengan membanting tulang dan memerah keringat semasa hidup. Ia juga akan dihisab di hadapan Allah sedangkan ahli-ahli waris bersenang-senang dengan harta tersebut.

Kesimpulannya, agama Islam amat menggalakkan umatnya melakukan amalan sedekah dengan menggunakan harta yang paling baik. Lakukanlah amalan ini dengan segera dan janganlah bertangguh. Semoga Allah menerima segala amalan soleh tersebut. 
Untuk itu, andan berpeluang untuk memberi sedekah kepada pembinaan Fasa kedua Masjid Mukim Panji, Kota Bharu Kelantan. Pada masa ini pembinaan sedang di mulakan, ianya melibatkan kos sebanyak RM1.9 juta. Jika anda ingin menguji keimanan anda dalam bersedekah, silalah hulur sedekah anda ke tabung masjid ini seperti berikut:

\
BANK ISLAM BERHAD :  NO AKAUN : 03018010107960
BANK MUAMMALAT  :  NO AKAUN : 030200012217719
BANK RAKYAT      :         NO AKAUN : 22-012-129011-3

Semoga sumbangan anda itu akan diberi ganjaran pahala dengan menyediakan mahligai di akhirat kelak. InsyaAllah.


Wallahualam.

Tuesday, 26 May 2015

Bercinta Kerana Allah


 Perasaan cinta dan kasih sayang adalah satu  keadaan semulajadi yang akan dirasai oleh setiap inasan cipataan Allah swt. Tahap rasa cinta adalah berbeza dari seorang ke seorang berdasarkan minat dan naluri seseorang itu.

Agama Islam adalah agama percintaan dan kasih sayang.  Oleh itu Islam sememangnya menganjurkan cinta dan kasih sayang yang berpaksi kepada ketatapan yang diajar oleh Al-Quran dan Sunnah.

Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 21, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

Apabila dua insan bercinta, ada yang sayang menyayang kerana “cinta berahi” yang wujud di antara mereka. Cinta berahi yang sampai ke jinjang pelamin akan terselamat dari gangguan syaitan. Cinta berahi yang tercemar dengan hasutan syaitan akan berakhir dengen keterlanjuran. Cinta yang diasaskan kepada nafsu kebiasaanya tidak akan kekal lama, kerana cinta akan sampai ke kemuncaknya apabila hajat nafsu serakah yang diingini telah dinikmati dan dicapai. Masa itu Cinta Berahi mudah rapuh dan  berkecai dek sedikit perselihinan dan pertengkaran.

Di dalam keadaan lain, Cinta Suci  ada yang sayang menyayang kerana Allah. Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak melukakan hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak perlu risau tentang “frust”, tidak perlu melayan perasaan cemburu. Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah dapat mendatangkan kemanisan iman.[1] Namun, tidak ramai yang mengetahui caranya.

Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.

Menurut beliau lagi, bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga agamanya, supaya memperolehi anak-anak yang soleh dari wanita itu dan seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki berkenaan mencintai wanita itu kerana semua sebab-sebab di atas, maka dia adalah tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah.[2] Perkara ini dinukilankan oleh Al-Ghazali lebih kurang 1000 tahun yang lalu.

Selepas ini, apabila anda mencari cinta, carilah cinta yang wujud kerana Allah. Apabila anda menemui cinta, tanya diri sendiri kenapa anda mencintainya? Apakah kaitan cinta itu dengan akhirat anda?

Namun perlu diingat, dalam usaha mencapai matlamat cinta , kita pasti di uji dengan pelbagai ujian dan dugaan, akan diketemukan dengan perasan suka, duka, kecewa, mencabar, frust, terhalang, tertipu dan pelbagai kekecewaan lagi. Bagi yang bercinta kerana Allah ujian dan dugaan cintanya lebih hebat lagi. Kerana Allah telah berfirman yang bermaksud “ adakah manuisa akan merasakan mereka akan mudah  memasuki syurga tanpa di ujian dan diugg”. Sebenarnya ujian dan dugaan Allah itu adalah untuk menilai sejauh mana keikhlasan  hambanya dalam mencapai cinta suncinya. Jika cinta itu ikhas semua dugaan dan caraban dalam bercinta itu akan dilalui dengan penuh kesabara, redha dan sentiasa berpaksi kepada lunas syariat yang ditetapakan Allah. Cinta kerana Allah akan mendapat keberkataan di dunia dan akhirat. Subhanallah.


Wallahu’alam.



Sumber: panduan memilih Si Dia.

Monday, 25 May 2015

Cinta, Rupa Paras, Pengorbanan, Kesetiaan, Kesabaran dan Kebahagia


Semua kita mencari kesempurnaan dalam memiliki cinta. Sang pemuda mencari pemudi yang cantik, menawan, baik hati dan sebagainya. Sang pemudi mencari pemuda yang tampan, romantik, jujur dan seangkatannya. Kesian kepada yang kurang tampan dan kurang cantik. Kerana begitulah lumrah manusia, mahukan yang cantik, menarik dan sempurna. Terkadang yang cantik sudah bertemu dengan yang tampan, tapi akhirnya cinta hanya sekerat jalan. Kenapa jadi sedemikian? Perhubungan cinta hanya sekadar atas dasar rupa paras?

 Rasulullah SAW ada bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad: 

"Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli."

Cinta juga menuntut pengorbanan. Ada yang sanggup mengorbankan keluarga sendiri demi mengikut pilihan hati. Ada yang sanggup mengorbankan ‘study” untuk bersama kekasih hati. Ada yang sanggup mengorbankan maruah sendiri demi membuktikan cinta sejati. Ada yang sanggup mengorbankan jiwa demi meraih ketuanan cinta. Oh cinta.. penanganmu hebat, membuat manusia gembira, tawa, bahagia, sedih, duka, lara, derita, gila dan sebagainya.

Hari ini penulis mengajak kita belajar cinta dari Abu Utsman, kisahnya ditulis oleh Imam Al Jauzi dalam salah satu kitabnya, Shaidul Khathir.

Kisah cinta, rupa paras, pengorbanan, kesetiaan, kesabaran dan kebahagiaan.

Suatu saat, Abu Utsman dikejutkan dengan satu permintaan dari seorang wanita. “Wahai Abu Utsman,” kata wanita itu, “

Sungguh aku mencintaimu.” Suasana hening sejenak. “Aku memohon, atas nama Allah, agar sudilah kiranya engkau menikahiku,” lanjutnya.

Lelaki yang bernama lengkap Abu Utsman An Naisaburi itu diam. Beliat terkejut sebentar dan terpaku tatkala mendengar perkataan wanita yang datang kepadanya itu. Ia tidak mengenal wanita ini dengan baik. Namun, tiba-tiba saja wanita ini datang menemuinya dan menyatakan rasa cintanya yang dalam kepadanya. Bahkan saat itu pula, atas nama Allah, wanita itu meminta pada Abu Utsman untuk menikahinya. Abu Utsman diam. Memikirkan keputusan apa yang hendak diambilnya.

Sebagai seorang pemuda, ia dihadapkan pada sebuah keputusan besar dalam hidupnya. Sebuah keputusan yang mungkin akan dijalaninya selama lebih dari separuh usianya dan separuh imannya. Selama ini keluarganya senantiasa mendorongnya untuk segera meminang salah seorang wanita solehah di wilayah itu. Namun, ia selalu menolak dorongan dari keluarganya itu hingga hari ini.

Maka, sampai sekarang ia masih juga membujang. Ia akan mengambil sebuah keputusan besar dalam hidupnya, termasuk segala akibat dan kesan yang menyertainya. Abu Utsman kemudian berkunjung ke rumah wanita itu. Ia mendapati orangtua si wanita adalah orang yang miskin. Namun, keputusannya tetaplah bulat untuk meminang si wanita yang datang menyatakan cinta kepadanya itu. Terlebih lagi kerana wanita itu memintanya untuk menikahinya. Ia menyaksikan kebahagiaan yang berlimpah pada raut wajah orangtua si wanita itu saat mendengar bahawa puterinya dipinang oleh Abu Utsman, lelaki yang berilmu, tampan, soleh, penyabar, setia, jujur, tulus, dan terhormat.

 Mereka pun akhirnya selamat diijabkalbulkan. Tahun demi tahun berlalu, hingga akhirnya sang isteri itu meninggal dunia lima belas tahun kemudian. Namun, sejak malam pengantin mereka ada kisah yang baru terungkap setelah kematian sang isteri.

 “Ketika wanita itu datang menemuiku,” kisahnya, “Barulah aku tahu bahawa matanya juling dan wajahnya sangat jelek dan buruk. Namun, ketulusan cintanya padaku telah menambat hatiku. Aku pun terus duduk dan menyambutnya tanpa sedikit pun mengekspresikan rasa benci dan marah.

Semua itu aku lakukan demi menjaga perasaannya. Walaupun aku bagai berada di atas panggang api kemarahan dan kebencian.” Ah, kita jangan marah pada Abu Utsman yang mengharapkan isteri yang cantik dan sempurna, tetapi kemudian hanya mendapatkan isteri juling dan buruk wajah. Itu merupakan sisi manusiawi dari lelaki yang menginginkan kecantikan dan kesempurnaan sebagai pendamping hidupnya.
“Begitulah ku lalui lima belas tahun dari hidupku bersamanya hingga dia meninggal dunia,” demikian Abu Utsman melebarkan kisahnya. “Maka, tiada amal yang paling kuharapkan pahalanya di akhirat, selain masa-masa lima belas tahun dari kesabaran dan kesetiaanku menjaga perasaannya dan ketulusan cintanya.” Luarbiasa! Cinta yang luarbiasa terbit dari insane yang luarbiasa.

Apakah masih adakualiti pemuda seperti Abu Utsman ini lagi di abad ke 21 ini? Begitu juga wanita mulia itu, beliau juga luarbiasa. Meskipun sang wanita itu tahu bahawa dia bermata juling, meskipun Dia tahu bahawa Dia hanya anak orang miskin, meskipun dia tahu bahawa dia bukan wanita berwajah cantik molek, tapi dia memperjuangkan cintanya untuk memiliki orang yang dicintainya itu. Ianya berhasil dan telah bersama mengharungi asam garam kehidupan berkeluarga selama lima belas tahun sehingga maut datang menjemputnya.

Abu Utsman membuktikan bahawa ia adalah lelaki yang setia, tulus, sabar, dan senantiasa menjaga perasaan sang isteri yang demikian tulus mencintainya. Itulah cinta! Cinta yang berpaksikan wahyu, cinta yang diasaskan oleh keimanan kepada Allah SWT. Ianya indah dan bahagia. Semakin indah kerana ianya disertai dengan pengorbanan, kesetiaan, kesabaran dan perjuangan.

Suatu hari ada seorang lelaki datang menemui Amirul Mu’minin Umar Al Khatthab dan berkata : “Saya sudah tidak lagi mencintai isteriku”. Maka, Umar berkata : “Sesungguhnya sebuah rumah tangga itu tidak cukup dibangunkan berdasarkan cinta semata.” Engkau benar wahai Amirul Mu’minin, memang tidak selamanya dengan cinta, namun ada pengorbanan, terdapat pengabdian serta ditemukan perjuangan.

 “Ya Allah..., aku memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada orang yang mencintai-Mu, dan aku meminta amalan yang dapat menghantarkan aku kepada cinta-Mu.
Coritan cerita di atas adalah peristiwa yang  berlaku pada 1400 tahun dahulu, membuktikan keluruhan CINTA yang menjadi kenyataan apabila insan yang terlibat itu benar-benar melafazkan cinta kerana Allah…


Kisah benar ini anda boleh baca sebagaimana yang di catat dalam buku “ BERCINTA SAMPAI SYURGA” hasil tulisan NIK RAIHAN. Terbitan PTS Publishing House.



Sunday, 24 May 2015

MEMAHAMI ERTI PERKAHWINAN


JIKA di Tanya kepada  semua pasangan yang baru berkahwin akan terkeluar dari mulut mereka bahawa mereka mempunyai niat untuk hidup bersama sehingga akhir hayat. Tetapi hampir lebih separuh daripada kalangan mereka yang berkahwin akan berkesudahan dengan penceraian setelah berkahwin beberapa tahun kemudian. Dari kajian yang dijalankan didapati yang bercerai biasanya pasangan tidak jaga solat
Dari segi pendapatan, memandangkan taraf pendidikan dan sosioekonomi semasa, boleh dikatakan ramai juga pendapat isteri lebih tinggi dari suami.
Isteri tidak kisah dan tidak berkira tentang duit dalam memulakan kehidupan suami isteri pada awal perkahwinan.
Untuk menjaga hati dan sayang yang tidak terhingga pada awal –perkahwinan,isteri biasanya tidak berkira tentang wang.
Itulah yang menjadi kesilapan apabila ianya berlarutan kepada satu tempoh yang panjang. Tanpa sebarang perancangan kewangan pada awal perkahwinan, ia boleh menyebabkan berlaku perselisihan faham dan menjadi bebanan kepada pasangan suami isteri.
Kebanyakan pasangan jarang menentukan hala tuju keluarga, meletakkan sasaran kewangan dan duduk semeja untuk merancang berapa orang anak, rancangan perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan. Rancangan pendidikan anak-anak dan juga rancangan untuk bercuti.
Perkahwinan kadang kala dilihat untuk keseronokan semata-mata. Sedangkan dalam menjalani hidup suami isteri dapat suasana manis, pahit masam yang perlu dilalui dan ditempohi dari masa ke semasa. Semua itu perlu dipelajari, suami isteri perlu menambah ilmu dan kemhiran bagi mengatasi segala pancaroba dalam melayari kehidupan berumahtangga.
Tapi apa pula kes bila isterinya pandai dan berpelajaran tinggi, si suami minta isterinya buat semua keputusan ?.
Ada juga kes wanita tidan berharta masuk dalam family si suami yang  berharta, selepas perkahwingan. Isteri tidak dapat menyesesuaikan diri apabila dia tak boleh lagi keluarg rumah dan enjoy. Suaminya tidak bernarkannya bekerja kerana mampu tanggung isterinya. Isteri akan terasa dikongkong, itu pun boleh jadi punca perceraian.
Apa pun sewajarnya pasangan perlu saling memahi erti perkahwinan. Sebenarnya perbezaan juga adalah satu perkara yang baik kerana jika satatus sauami isteri sama sahaja mungkin boleh jadi bosan.
Kadangkala perbezaan bangsa juga boleh jadi punca perceraian, pada mula berkahwinan dahulu adalah didasarkan sebab cinta. Setelah berkahwin pasangan yang baru memeluk agama Islam tidak mengikut sepenuhnya ajaran Islam. Akhirnya mereka bercerai kerana tidak ada keserasaian budaya dan amalan dalam kehidupan.
Pendek kata, punca perceraian berlaku akibat sikap suami terutamannya yang tidak ambil berat tentang peranan dirinya sebagai seorang suami yang telah digariskan oleh agama Islam. Merek ambil mudah dan tidak bertanggung jawab dalam menyediakn nafkah zahir, nafkah batin, kasih sayang. Ini semua adalah natijah dari kejahilan dan kecetekan kefahaman ilmu berumah tangga oleh suami isteri.
Kesimpulanya yang penting suami perlu mempunyai ilmu dan sentiasa ikhlas yang mereka berkahwin adalah membentuk cinta, kasih sayang dan pembinaan keluarga bahagian kerana Allah. Hidup hendaklah sentiasa dipantu oleh ajaran yang digariskan oleh Islam. Yang paling utam solat lima waktu perlu ditunaikan oleh suami isteri secara konsisten sepangjan masa. Keran solat akan dapat mencegah kemungkaran. Dan solat juga akan mendekati diri kita kepada Allah. Orang yang hatinya dekat dengan Allah akan pastikan kehidpan seharianya tidak akan tergelincir daripada syariat Islam dari aspek wajib, haram, sunat ,harus dan makruh.
Yang paling penting kita perlu memahi perkahwian kerana ALLAH bukan lebih kepada nafsu sahaja, kerana jika kahwin yang menjurus kerana nafsu tak akan kemana dan kekal lama.

Wallahu’alam.


Sumber : sinarharian