RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 11 April 2015

isteri idaman suami

ISTERI YANG MEMBAHAGIAKAN SUAMI



Isteri yang Membahgiakan Suami” 

Part I (Bahagian 1)
Menyambut kepulangan suami dengan senyuman dan (1)wajah yang ceria, ditambah pula keikhlasan si isteri (2)berhias dan berwangian pasti melunakkan jiwa dan menggembirakan hati si suami yang dalam kepenatan seusai kerja atau berpergian yang lama.

Daripada Abu Dzar r.a. katanya Rasulullah s.a.w berkata kepadaku: “Janganlah kamu menganggap remeh dengan kebaikan yang kecil, kerana kebaikan yang kecil itu pun akan diberi pahala termasuk menunjukkan wajah yang ceria ketika bertemu dengan saudaramu.” HR Muslim.

Kenapa berhias? Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan.” HR Muslim.

Ungkapkan kata-kata yang menggembirakan hati suami (Suami ya, bukan lelaki lain) dengan(3)suara yang lembut dan sedap didengar – bukan dengan tempikan atau jerkahan, insha Allah bahtera yang dilayarkan itu sentiasa dalam keadaan aman. Pepatah Melayu ada berkata, bagaimana mahu menambat hati suami kalau bukan dengan (4)masakan isteri bukan bibik ? Menyediakan hidangan dengan penuh perhatian, keikhlasan serta kasih sayang insha Allah mampu mengeratkan ikatan.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada salah seorang kamu yang bekerja dengan berhati-hati.”
Kenapa suara yang lembut kepada suami sahaja? “Janganlah kamu melembutkan suara ketika berbicara sehingga boleh menimbulkan hal yang tidak baik kepada orang yang ada penyakit di dalam hatinya. Tetapi berkatalah dengan kata-kata yang baik.” [al-Anfal 8:30]

Part II (Bahagian 2)
Isteri yang (5)selalu bersederhana mampu membahagiakan suami, sedangkan kemampuan yang ada pada suami itu seharusnya diredhai oleh isteri. (6)Bersyukurlah dengan apa yang ada. Mana ada suami yang tidak mahu kebahagiaan untuk isteri dan anak-anaknya, malah perlu berbagi pula tanggungjawab dan kasih sayang terhadap ibu bapa. Kekayaan dunia takkan pernah mencukupi sekiranya mahu dikejar kerana,
\
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. aktanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Kekayaan yang sebenarnya bukanlah pada harta yang banyak tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah pada ketenteraman jiwa.” HR Bukhari dan Muslim.

Abu Hurairah r.a katanya: bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Jika salah seorang dari kamu melihat seorang yang memperolehi harta dan rupa, maka hendaklah ia memandang orang yang di bawahnya.” HR Bukhari.

Kenapa perlu berbagi tanggungjawab? Rasulullah s.a.w bersabda: Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: “Aku pernah bertanya kepada baginda Rasul s.a.w. ‘Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?’ Baginda Rasul s.a.w menjawab ‘Orang yang paling berhak ke atas isteri ialah suaminya.’ Kemudian aku bertanya: ‘Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?’ Baginda Rasul menjawab: ‘Orang yang berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” HR Hakim dan Bazar.
Cukuplah dengan rumah yang bersih dan kemas, ceria dan menyenangkan. Tidaklah perlu begitu banyak perabot sehingga memeningkan serabut kepala. (7)Ucapkanlah kata terima kasih walau sekelumit pemberian daripada suami kerana yang namanya manusia itu pasti akan berasa gembira apabila dihargai.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang-orang yang tidak pandai berterima kasih kepada manusia ialah orang-orang yang tidak pandai bersyukur kepada Allah s.w.t.” HR Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad
“Janganlah kamu melupakan kebaikan di antara kamu.” [al-Baqarah 2:237]

Part III (Bahagian 3)
Allah s.w.t telah menciptakan Lelaki dan Perempuan untuk saling mengenal dan dijadikan berpasangan untuk saling mendokong dalam usaha mengabdikan diri kepada Allah dan memakmurkan bumiNya (sebagai khalifah). Malah ada pepatah inggeris yang berbunyi,“Behind Every Successful Man There Is a Woman” menunjukkan peri pentingnya eksistensi wanita itu bagi membantu seseorang lelaki (pemimpinnya) mencapai kejayaan hidup di dunia mahupun di akhirat.
Allah s.w.t berfirman: “Kaum lelaki adalah pemimpin ke atas kaum wanita kerana Allah telah memberikan kelebihan kepada mereka berbanding dengan yang lainnya, juga kerana apa yang mereka nafkahkan dari harta benda mereka (kepada isterinya).” [an-Nisa' 4:34]

Lihat sahaja suri tauladan kita Rasulullah s.a.w yang mempunyai isteri sehebat Khadijah Khuwailid sehingga memberi kesan mendalam kepada baginda mengecapi kejayaan Islam di bumi Allah. Walau dalam keadaan susah dan senang, tetap setia di sisi Rasulullah(8)mengorbankan harta, masa, kehendak dan apa sahaja demi suami tercinta.

Allah telah menjanjikan syurga dan kelebihan yang tak terbanding bagi wanita yang mentaati dan membahagiakan suaminya.

“Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu sukai.” [HR Ahmad]

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya aku dibenarkan menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang yang lain tentulah akan aku suruh seorang isteri sujud kepada suaminya.” [HR Tirmizi, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah]

Sewaktu suami marah, sejukkanlah ia dengan senyuman atau berdiam dengan sabar. Ungkapkan kata-kata yang menggembirakan hatinya. (9)Jangan sekali-kali menunjukkan kesombongan pada suami atau mencaci, mengkritik dan merendah-rendahkannya sekalipun suami itu tidaklah seorang yang sempurna. Sekiranya kesalahan itu jatuh pada diri isteri, maka ia (10)perlu meminta maaf dengan ikhlas dan menyesali perlakuan atau kata-kata yang tidak disukai suami. (11)Berlapang dada terhadap kekurangan suami. Sekiranya hendak menegur sebarang kesilapan suami, pilihlah masa yang sesuai – bahagiakan hatinya, masakkan makanan yang digemarinya, permudahkan urusannya, kemudian luahkan dalam keadaan yang tenang. Sekiranya suami seorang yang memahami, dia akan menerima dengan hati yang lapang. Mana mungkin manusia itu sempurna?
“Patuhlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan jangan berselisih pendapat kerana itu akan menyebabkan kamu gagal serta kalah dan hilanglah kekuatan kamu. Oleh kerana itu banyaklah bersabar kerana Allah s.w.t sentiasa bersama orang-orang yang sabar.” [al-Anfal 8:46]
Part IV (Bahagian 4)
Dalam apa keadaan sekalipun, baik ketika suami berkeadaan sihat mahupun sakit, (12)isteri yang setia mampu menyejukkan keadaan rumah tangga. Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w menyukai sifat setia ini sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan Aisyah r.a, katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setia kepada janji adalah sebahagian daripada iman.” [Hakim dan Baihaqi]
“Manakala para isteri yang solehah ialah wanita-wanita yang patuh dan taat serta dapat menjaga diri ketika suaminya tidak ada di rumah sebagaimana penjagaan yang telah diberikan oleh Allah.” [an-Nisa' 4:34]
Perkara yang perlu menjadi perhatian di sini, sebagaimana seorang isteri yang Wajib(13)menjaga hak dan kehormatan suami dapat disimpulkan seperti berikut:
  1. Memelihara rahsia-rahsia suami
  2. Memelihara anak2 dan tanggungjawabnya
  3. Memelihara harta dan miliknya
  4. Memelihara harga diri dan maruah suami
  5. Memelihara hubungan baik dengan saudara mara dekat dan jauh suami
  6. Tidak membenarkan orang yang tidak disukai suami (tanpa izin suami) masuk ke rumah
Wanita tak dapat lari daripada bersifat cemburu, namun haruslah cemburu yang bertempat. Apabila rasa cemburu wujud, bincangkan dengan suami, pastikan keraguan tersebut dileraikan dengan baik.
Diriwayatkan daripada Jabir r.a. menerusi Anbrah r.a. katanya: Baginda Rasul s.a.w telah bersabda: “Sebahagian perasaan cemburu itu adalah disukai Allah sedangkan sebahagian yang lain amat dimurkai-Nya. Perasaan cemburu yang disukai Allah ialah perasaan cemburu dan keraguan (memastikan), sedangkan perasaan cemburu yang dimurkai Allah ialah perasaan cemburu tidak dalam keraguan (memastikan).” [Tirmizi dan Ahmad]

Diriwayatkan daripada al-Hammah dari Abdullah bin Mas’ud berkata: Bahawa baginda Rasul s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menjadikan rasa cemburu di dalam hati kaum wanita dan Allah jugalah yang menjadikan kaum lelaki diwajibkan pergi berperang. Oleh itu sesiapa di antara kaum wanita yang sabar dan berusaha mencari keredhaan Allahmaka ia memperoleh pahala seperti lelaki yang mati syahid.” [Buku Ahkamun Nisa' halaman 82]
Part V (Bahagian 5)
Bagi penutup entri ini, suka untuk saya berkongsi sebuah hadis yang agak panjang, sebagai kesimpulan untuk isteri yang mahu membahagiakan suaminya:
Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a. katanya: Baginda Rasul s.a.w telah bersabda: “Seorang isteri yang beriman kepada Allah tidak dibenarkan memasukkan seseorang ke dalam rumah suaminya jika orang tersebut tidak disukai oleh suaminya. Seorang isteri tidak dibenarkan keluar rumah jika hal itu tidak disukai oleh suaminya. Seorang isteri tidak dibenarkan patuh kepada sesiapa pun di rumahnya kecuali kepada suaminya. Seorang isteri tidak boleh menjauh dari tempat tidur suaminya dan tidak boleh menyakiti hatinya di tempat tidur. Sekiranya suami merasa dizalimi ataupun tersinggung maka isteri hendaklah berusaha untuk melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan suaminya reda dan memaafkan. Dan jika suami menerima maka isteri tersebut telah mendapat hadiah dan nikmat paling besar. Mudah-mudahan Allah s.w.t akan menerima permintaan maafnya dan sekaligus menghapuskan dosanya. Lain halnya jika suami belum dapat memaafkannya namun permintaan maaf dari isteri tersebut jelas sudah sampai kepada Allah s.w.t.” [HR Hakim]
Ingatlah bahawa:
“Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu sukai.” [HR Ahmad]
Berbahagialah dengan janji-janji Allah. Sesungguhnya tidak ada janji yang lebih benar daripada janji Allah s.w.t.


Wallah a’lam
 Sumber :Mohammed Abdul Halim

RAIHANPAHIMI NR: KESETIAAN SEORANG SUAMI

RAIHANPAHIMI NR: KESETIAAN SEORANG SUAMI: KISAH CINTA SEJATI SEORANG SUAMI " KISAH CINTA SEJATI SEORANG SUAMI " MAMPUKAH KITA MENCINTAI ISTERI KITA TANPA SYARAT???...

RAIHANPAHIMI NR: KESETIAAN SEORANG SUAMI

RAIHANPAHIMI NR: KESETIAAN SEORANG SUAMI: KISAH CINTA SEJATI SEORANG SUAMI " KISAH CINTA SEJATI SEORANG SUAMI " MAMPUKAH KITA MENCINTAI ISTERI KITA TANPA SYARAT???...

KESETIAAN SEORANG SUAMI

KISAH CINTA SEJATI SEORANG SUAMI



" KISAH CINTA SEJATI SEORANG SUAMI "

MAMPUKAH KITA MENCINTAI ISTERI KITA TANPA SYARAT?????*

Sebuah perenungan Buat para suami baca ya….. isteri & calon istri juga boleh..

Dilihat dari usianya beliau sudah tidak muda lagi, usia yg sudah Senja bahkan sudah mendekati malam,Pak Suyatno 58 tahun kesehariannya diisi dengan merawat istrinya yang sakit istrinya juga sudah tua. mereka menikah sudah lebih 32 tahun. Mereka dikarunia 4 orang anak disinilah awal cobaan menerpa,setelah istrinya melahirkan anak ke empat tiba2 kakinya lumpuh dan tidak bisa digerakkan itu terjadi selama 2 tahun, menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak bisa digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapi, Dan mengangkat istrinya keatas tempat tidur. Sebelum berangkat kerja dia letakkan istrinya didepan TV supaya istrinya tidak merasa kesepian.

Walau istrinya tidak dapat bicara tapi dia selalu melihat istrinya tersenyum, untunglah tempat usaha pak suyatno tidak begitu jauh dari rumahnya sehingga siang hari dia pulang untuk menyuapi istrinya makan siang. sorenya dia pulang memandikan istrinya, mengganti pakaian dan selepas maghrib dia temani istrinya nonton televisi sambil menceritakan apa2 saja yg dia alami seharian. Walaupun istrinya hanya bisa memandang tapi tidak bisa menanggapi,Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda istrinya setiap berangkat tidur.

Rutinitas ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun, dengan Sabar dia merawat istrinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka,sekarang anak2 mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yg masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul dirumah orang tua Mereka sambil menjenguk ibunya. Karena setelah anak mereka menikah sudah Tinggal dengan keluarga masing2 dan Pak Suyatno memutuskan ibu mereka dia yg merawat, yang dia inginkan hanya satu semua anaknya berhasil.

Dengan kalimat yg cukup hati2 anak yg sulung berkata ” Pak kami ingin sekali merawat ibu semenjak kami kecil melihat bapak merawat ibu tidak ada sedikitpun keluhan keluar dari bibir bapak……. ..bahkan bapak tidak ijinkan kami menjaga ibu” . dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata2nya “sudah yg keempat kalinya kami mengijinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengijinkannya, kapan bapak menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini kami sudah tidak tega melihat bapak,kami janji kami akan merawat ibu sebaik-baik secara bergantian”.

Pak Suyatno menjawab hal yg sama sekali tidak diduga anak2 mereka.” Anak2ku ……… Jikalau perkawinan & hidup didunia ini hanya untuk nafsu,mungkin bapak akan menikah….. .tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian disampingku itu sudah lebih dari cukup, dia telah melahirkan kalian.. sejenak kerongkongannya tersekat,… kalian yg selalu kurindukan hadir didunia ini dengan penuh cinta yg tidak satupun dapat menghargai dengan apapun. coba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaanya seperti Ini.

Kalian menginginkan bapak bahagia, apakah bathin bapak bisa bahagia meninggalkan ibumu dengan keadaanya sekarang, kalian menginginkan bapak yg masih diberi Tuhan kesehatan dirawat oleh orang lain, bagaimana dengan ibumu yg masih sakit.”

Sejenak meledaklah tangis anak2 pak suyatno merekapun melihat butiran2 kecil jatuh dipelupuk mata ibu Suyatno.. dengan pilu ditatapnya mata suami yg sangat dicintainya itu.. Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stasiun TV swasta untuk menjadi nara sumber dan merekapun mengajukan pertanyaan kepada Suyatno kenapa mampu bertahan selama 25 tahun merawat Istrinya yg sudah tidak bisa apa2.. disaat itulah meledak tangis beliau dengan tamu yg hadir di studio kebanyakan kaum perempuanpun tidak sanggup menahan haru disitulah Pak Suyatno bercerita.

“Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta dalam perkawinannya, tetapi tidak mau memberi ( memberi waktu, tenaga, pikiran,perhatian ) adalah kesia-siaan. Saya memilih istri saya menjadi pendamping hidup saya,dan sewaktu dia sehat diapun dengan sabar merawat saya mencintai saya dengan hati dan bathinnya bukan dengan mata, dan dia memberi saya 4 orang anak yg lucu2..

Sekarang dia sakit karena berkorban untuk cinta kita bersama..dan itu merupakan ujian bagi saya, apakah saya dapat memegang komitmen untuk mencintainya apa adanya. sehatpun belum tentu saya mencari penggantinya apalagi dia sakit,,,”

Love your wife…..love your husband…..love your kids
��with all of

Nota:

 Kisah yang dipaparkan di atas hampir sama dengan kisah yang dihadapi oleh saya dalam menjaga isteri yang lumpu (sebelah tubuh - kanan) kini telah menjangkau masa hampir 15 tahun saya menjaganya.... Alhamdulillah Allah berikan hidayah kepada inasan ini untuk terus setia dengan cinta kami....

Pada masa ini saya sedang usahakan untuk dibukukan cerita itu...

Insya Allah bila diterbitkan kelak anda dapat menjejaki kisah sebenar ini....

RAIHANPAHIMI NR: KERJASAMA PAS DAN UMNO ADAKAH MUNGKIN BERLAKU DI K...

RAIHANPAHIMI NR: KERJASAMA PAS DAN UMNO ADAKAH MUNGKIN BERLAKU DI K...: Pas dan Umno perlu berkerjasama untuk memulihkan Negeri Kelantan yang musnah akibat banjir. Bersatulah Pas, Umno demi rakyat! – Dato’ D...

KERJASAMA PAS DAN UMNO ADAKAH MUNGKIN BERLAKU DI KELANTAN ?

Pas dan Umno perlu berkerjasama untuk memulihkan Negeri Kelantan yang musnah akibat banjir.


Bersatulah Pas, Umno demi rakyat! – Dato’ Dr Hussamuddin Yaacub
31 Disember 2014

  • KERAJAAN campuran Pas - Umno Kelantan. Mungkin ia alergik bagi sesetengah orang, namun bagi Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, hanya itu jalan yang ada untuk memastikan kelancaran usaha membina semula negeri yang seakan sudah menjadi 'ground zero' setelah dilanda banjir paling dahsyat kali ini.

    Bagi Hussamuddin, inilah masanya untuk mereka membuktikan keikhlasan bahawa perjuangan mereka berpaksikan rakyat, bukan kepentingan diri. Inilah masanya untuk mereka menunjukkan kesanggupan untuk berkorban demi rakyat.

    Sebabnya, rakyat akan terus sengsara di tengah-tengah pertelagahan dua kuasa sedangkan mereka amat memerlukan pembelaan. Ikuti kupasan lanjut cetusan idea tokoh korporat yang mewakili anak-anak Kelantan di perantauan.


    Banjir  di Pantai Timur kali ini terutama di Kelantan sangat luar biasa. Sebahagian besar negeri itu musnah. Kehidupan rakyat terjejas teruk. Selain masa, kos diperlukan untuk membina semula Kelantan  sangat tinggi. Bagaimana Datuk melihat perkara ini?

    Benar seperti yang dikatakan, banjir kali ini amat teruk. Umur saya 60 tahun. Sebagai anak Kelantan, saya rasa ini paling teruk sepanjang memori saya. Tak pernah seingat saya sampai tiga tingkat bangunan tenggelam.

    Di Kuala Krai, Pasir Mas dan malah di Kota Bharu, sesetengah tempat tak pernah naik air, sekarang dah naik air. Kalau tengok kerosakan kenderaan, rumah, bangunan, prasarana, jambatan, kedai-kedai dan sebagainya, saya yakin nilainya bukan RM500 juta tapi berbilion ringgit.

    Selama ini, orang Kelantan memang terkenal dengan sifat mandiri dan ramai yang berjaya dalam perniagaan. Dari segi pemilikan hartanah, kita tengok banglo-banglo yang kalau di Kuala Lumpur bukan milik orang Melayu tetapi di Kelantan, itu rumah orang Melayu.

    Kebanyakannya pula dibeli atau dibina tanpa hutang bank. Tetapi kali ini (banjir) saya kira akan terjadi satu hakisan besar dalam pemilikan kekayaan oleh orang Melayu Kelantan. Jadi ini masalah mega, bukan masalah biasa.

    Sekarang orang bercakap tentang nak hantar makanan (kepada mangsa banjir) tetapi kita perlu fikirkan juga apa yang akan berlaku selepas banjir surut? What’s next?

    Selepas ini, apabila air surut, kita akan tengok rumah-rumah, perabot, semua harta rosak. Kerosakan yang akan kita lihat selepas ini amat luar biasa. Saya bukan nak perkecilkan Kerajaan Kelantan tetapi saya rasa mereka tak mampu nak kendalikan semua ini.

    Selepas banjir juga akan timbul pelbagai penyakit, terutama kolera. Jadi saya kira ini satu krisis yang besar. Bukan senang untuk Kerajaan Negeri tangani.  Kita tak perlu salahkan sesiapa tetapi dalam pengamatan saya, banjir buruk ini berlaku kerana dua perkara.

    Pertama, kerana bukit-bukit kita dah tebang balak sejak 50 tahun lalu. Puncanya kerana kita yang mengganggu alam seperti titah Tuanku Sultan Kelantan. Itulah punca bencana ini berlaku. Kedua, sistem perparitan di Kelantan amat teruk, aliran air tersumbat menyebabkan banjir kali ini amat teruk.

    Jadi saya rasa langkah pemulihan itu perlukan satu program yang dirancang rapi untuk segera dilakukan, program jangka sederhana, jangka panjang dan jangka lebih panjang.


    Jadi sekarang Datuk lihat apa yang kita perlu lakukan, sebab kebergantungan rakyat sekarang adalah pada kerajaan?

    Ya, sebab masalah ini besar, perlukan dana yang banyak dan kita perlu pemikir-pemikir yang ramai untuk merancang program pembangunan semula jangka sederhana dan panjang.

    Biasanya selepas sesuatu tragedi, mesti ada satu benda yang kita panggil ‘lesson learned’, iaitu apa yang kita belajar daripada tragedi itu. Jadi kita mesti pastikan kita ambil langkah yang betul supaya tragedi ini tidak berulang.

    Menghindarkan banjir dan sebagainya tetapi ini perlukan perancangan dan dana. Masalahnya sekarang dengan keadaan negeri Kelantan diperintah oleh kerajaan Pas, dan Kerajaan Persekutuan adalah BN, langkah-langkah ini sukar untuk dilakukan.

    Sudah berpuluh-puluh tahun rakyat Kelantan tersepit sehingga kita terpaksa berhijrah disebabkan oleh pertelingkahan antara dua kerajaan.

    Jadi saya rasa untuk pulihkan Kelantan bagi jangka masa pendek dan panjang, perlu sebuah kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang betul-betul jujur.

    Maknanya, kedua-dua belah pihak dapat bekerjasama erat dalam erti kata yang sebenar kerana kita nak semua perkara yang dirancang berjalan lancar. Dengan hubungan sekarang seperti yang kita tengok pada rekod-rekod yang lepas, setakat kerjasama sahaja tak akan jadi (tidak mencapai matlamat).dan rakyat Kelantan akan sengsara.

    Sebab itu saya sebagai seorang rakyat Kelantan yang menjadi perantau, dan saya juga terima banyak maklum balas daripada usahawan dan tokoh Kelantan mengenai perkara ini, kami mahukan kedua-dua Pas dan Umno Kelantan untuk berhenti berpolitik. Sudah 40 tahun orang Kelantan menderita kerana Pas dan Umno asyik berpolitik.

    Jadi sekarang sudah sampai masa pemimpin Pas dan Umno, saya tak bercakap di peringkat Pusat, tapi di peringkat negeri Kelantan, mereka perlu berhenti berpolitik, demi rakyat, untuk bangunkan balik Kelantan

    . Kerana masalah yang kita hadapi ini adalah malapetaka yang amat besar dan perlu menggembleng semua sumber yang ada sepenuhnya untuk pulihkan, kalau tidak rakyat akan lebih sengsara.

    Dulu semua perkara tidak lancar di Kelantan kerana hubungan tak baik antara kerajaan Persekutuan dan negeri, tetapi orang Kelantan boleh hidup walaupun negeri mundur.

    Tetapi sekarang harta mereka, perniagaan semua sudah rosak, ranap, punah. Jadi mereka perlukan bantuan daripada satu pihak yang betul-betul mempunyai kuasa yang jelas dan mutlak. Itu sebab saya rasakan sudah sampai masanya untuk kerjasama ini.

    Saya percaya ramai rakyat Kelantan tak berani nak bersuara tetapi saya akan bersuara bagi pihak mereka. Umno Kelantan dan Pas Kelantan harus bergabung dalam sebuah kerajaan campuran untuk mengendalikan krisis ini, sekurang-kurangnya untuk dua tahun. Kita adakan moratorium, gencatan politik.

    Kalau bekerjasama saja tak jadi, mesti akan bergaduh juga. Sekarang Umno Kelantan dan Pas Kelantan harus bergabung dalam satu kerajaan campuran untuk pulihkan kembali negeri.Tidak ada jalan lain lagi.


    Bagaimana idea itu, jika direalisasikan dapat memberi kebaikan kepada rakyat Kelantan?

    Kalau kita tengok, kerana hubungan tak baik selama ini, banyak perkara tersangkut. Sekarang ini bantuan untuk mangsa banjir pun dipolitikkan, tetapi kalau sudah bersama dalam satu kerajaan, sama-sama mentadbir, isu politik sudah tidak timbul.

    Semua perkara negatif akan diketepikan kerana sekarang ini kita kena fikir masalah rakyat, kepentingan rakyat. Jangan fikir kepentingan politik masing-masing saja.

    Saya kira pengorbanan ini harus dibuat oleh semua pemimpin tak kira Pas atau Umno di Kelantan, khusus di negeri itu kerana saya bercakap sebagai orang Kelantan dan Kelantan paling teruk dalam banjir kali ini.

    Kalau mereka masih nak berpolitik, rakyat akan bangun menentang kedua-dua pihak Pas dan Umno. Cadangan saya ini, saya yakin akan disokong oleh ramai rakyat Malaysia. Ramai tokoh-tokoh sudah bisik kepada saya untuk bantu kedepankan isu ini.

    Maknanya pemimpin politik di Kelantan harus bergabung dalam sebuah kerajaan campuran walaupun untuk pembangunan semula Kelantan selepas banjir ini sahaja. Kita tak payah cerita di peringkat nasional lagi.

    Ini adalah isu kerajaan campuran semasa darurat. Umno perlu menerima yang mereka akan jadi rakan kongsi yang kecil dalam Kerajaan Kelantan jika cadangan ini direalisasikan.

    Apa yang kami mahu adalah mereka (Umno) jadi sebahagian daripada kerajaan kerana selepas itu sudah tidak timbul isu ini adalah Kerajaan Pusat atau negeri kerana Umno dan Pas sudah sama-sama duduk dalam Kerajaan Negeri.

    Apabila ini berlaku, dengan sendirinya bantuan, pelaksanaan, perancangan akan jadi lancar. Kalau kita tak belajar lagi, kalau kita masih berpolitik lagi, rakyat Kelantan pasca banjir ini akan lebih sengsara. Kita tak boleh tolong sesiapa.

    Pasal bantuan pun bergaduh, sebab itu banyak badan bukan kerajaan dan syarikat hantar dan uruskan bantuan sendiri untuk mangsa banjir. Contohnya Sinar Harian hantar 70 kenderaan 4x4 untuk pergi terus dari Kuala Lumpur ke kampung-kampung di Kelantan melalui jalan kecil untuk hantar bantuan kerana banyak bantuan tidak sampai, yang sampai ke pusat-pusat pemindahan sahaja.

    Kita hantar terus ke rumah-rumah. Jadi bayangkan kalaulah kerajaan ini bersatu, insya-ALLAH saya rasa banyak program jangka sederhana dan jangka panjang dapat dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.

    Tetapi kalau mereka berdolak-dalik lagi, mereka sebenarnya memang nak main politik, bukan berjuang untuk rakyat.


    Dari segi mekanisme, bagaimana kerajaan campuran ini boleh direalisasikan?

    Bagi saya, senang saja. Pas Kelantan dan Umno Kelantan kena bersetuju untuk menubuhkan sebuah kerajaan campuran dan kerana Pas Kelantan adalah majoriti, Umno kena terima mereka adalah rakan kongsi kecil.

    Kerusi menteri besar masih aripada Pas, mungkin timbalan menteri besar daripada Umno. Exco kerajaan, mungkin tiga daripada Umno.

    Dan tiga itu perlu pegang portfolio yang banyak berkait dengan Persekutuan untuk mudahkan bantuan itu sampai kerana bagi saya, RM500 juta yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak umum itu untuk seluruh negara.

    Kelantan sahaja perlukan berbilion ringgit, sekurang-kurangnya RM2 bilion untuk bina balik jalan yang rosak, jambatan yang pecah, ganti rumah mangsa banjir yang musnah terutama orang miskin. Orang yang lebih kaya mungkin perlukan bantuan jangka pendek.


    Tetapi kita tengok rumah-rumah di Gua Musang, satu kampung sampai 30 rumah harus dibina balik. Nak cari duit dari mana kalau kerajaan tak bantu?

    Jadi kerajaan Pas harus berhenti berpolitik dan orang Umno di Kelantan harus berhenti politik, sanggup bekerjasama dengan Pas. Kalau tidak rakyat akan bangun tolak kedua-duanya  sudah bosan dengan politik. Kelantan negeri yang sudah terlebih berpolitik dalam masa 40 tahun ini.

    Sekarang kita nak hidup, kita nak 'survive'. Kita kena sediakan infrastruktur. Masjid harus dibaiki.

    Apabila kerajaan campuran hanya dibuat di peringkat negeri sedangkan kedua-dua parti terikat pada keputusan jawatankuasa atau Majlis Tertinggi masing-masing di peringkat Pusat, cadangan ini sudah tentu akan melalui fasa yang agak sukar.

    Saya melihat begini, dulu orang Kelantan tak sesusah ini, dan orang Kelantan kata mereka sanggup bersusah kerana nak masuk syurga kerana itu yang digambarkan. Tetapi sekarang mereka nak makan pun dah tak boleh, tempat berteduh pun tak ada.

    Jadi mereka harus fikir untuk hidup dahulu, masalah survival yang lebih penting. Kita sayang dengan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas) tapi zaman Tok Guru sudah lepas.

    Sekarang menteri besar baharu, Datuk Ahmad Yakob, jadi beliau yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku di Kelantan, bukan Tok Guru lagi. Datuk Ahmad Yakob harus bertanggungjawab. Beliau kena berani ambil satu pendirian demi rakyat Kelantan.

    Beliau harus korbankan sementara perjuangan politik. Sekarang perjuangan nak hidup. Sebab itu saya gunakan perkataan gencatan politik, mungkin dua tahun untuk bina balik Kelantan selepas banjir.

    Tok Guru pun harus fikir masalah ini. Jangan fikir lagi masalah dendam dengan Umno. Maaflah Tok Guru tetapi bagi saya, saya orang jahil, sepatutnya kita orang Islam ini saling memaafkan.

    Lagipun orang-orang yang terlibat tahun 70-an (semasa Pas disingkir daripada BN) sudah tidak ada. Kita kena tunjuk contoh kita maafkan demi kepentingan rakyat.
    Kerajaan campuran yang dicadangkan ini di peringkat negeri saja kerana krisis ini, jika tidak aniayalah orang-orang yang rumah mereka tenggelam.

    Maknanya kita kena betul-betul ada kesungguhan di peringkat Pas untuk menerima Umno dan Umno pula untuk lupakan cita-cita nak ambil Kelantan. Kongsilah kuasa demi rakyat.

    Politik ini sebenarnya perjuangan untuk rakyat. Saya sarankan cepat-cepat sebuah kerajaan campuran ditubuhkan. Apabila melibatkan Umno dalam Kerajaan Kelantan, dengan sendirinya apabila Kerajaan Negeri itu bercakap dengan Kerajaan Pusat, kita boleh tuntut sebab sudah tiada pembangkang lagi. Saya yakin kalau ada kerajaan campuran, golongan profesional dan usahawan Kelantan akan beri sokongan penuh pada kerajaan ini.

    Sekarang ramai yang takut untuk memihak. Kalau kerajaan campuran ditubuhkan, mereka akan balik bantu dan lagi cepat proses pemulihan negeri dapat dilakukan. Masalah bagaimana nak bina semula itu hal yang berbeza, tetapi sekarang kita lihat apa yang kita belajar daripada bencana ini.

    Contohnya Acheh selepas tsunami, GAM (Gerakan Acheh Merdeka) yang sudah bergaduh berpuluh tahun pun dengan kerajaan Pusat Indonesia, tetapi mereka bergabung dan bina semula negeri mereka.

    Di Acheh juga, mereka belajar daripada kesilapan dulu. Mereka tak bina lagi rumah di tepi laut tapi buat langkah pencegahan, tanam pokok bakau.

    Perkara seperti ini perlu perancangan dan pakar-pakar ini banyak dalam Kerajaan Persekutuan. Ramai anak Kelantan tersepit antara dua kerajaan ini. Jika dapat selesaikan perkara ini, Kelantan akan maju. Macam sekarang kita tengok nak buat lebuh raya, sudah berapa lama? Kami sekarang perlukan lebuh raya, jalan, longkang. Kalau nak jadi Serambi Mekah, patut bandar kita (Kota Bharu) bersih.

    Jadi mesti ada kesungguhan Kerajaan Pas untuk duduk bersama pembangkang, Umno untuk libatkan mereka dalam kerajaan supaya sudah tak ada pembangkang. Hubungan dengan Kerajaan Persekutuan akan lebih baik dan rakyat Kelantan akan dapat semua kemudahan.

    Cuma Umno kena terima kedudukan mereka sebagai rakan kongsi minoriti, tetapi tetap menjadi rakan kongsi dalam membuat keputusan dan juga pelaksanaan. Dengan adanya sebuah kerajaan, semua pelaksanaan akan lebih cepat.

    Krisis kali ini terlalu besar, melebihi jangkaan. Kalau nak bangunkan semula Kelantan, kena selesaikan isu kerjasama parti politik ini dahulu. Cuma Pas harus berkongsi kuasa dan Umno harus menerima ia menjadi rakan kongsi kecil demi rakyat.

    Kemudian mesti ada moratorium (gencatan) politik, tak ada lagi ceramah politik sepanjang tempoh itu. Semua Adun perlu bekerjasama dalam satu kerajaan kerana nak bina semula negeri yang sudah rosak memerlukan masa yang panjang, usaha dan kewangan yang banyak serta idea yang bernas.


    Untuk laksanakan idea ini, Kerajaan Persekutuan perlu komited, berikan bajet khas dan mesti dapat sokongan daripada Ahli Parlimen?

    Ya mereka kena bagi. Kelantan sudah tertinggal 40 tahun jadi kita harus buat sesuatu yang radikal. Mungkin kita tidak terfikir, mana boleh duduk semeja Umno dan Pas. Kali ini memang kena duduk sama.

    Ini malapetaka yang menyebabkan mereka perlu duduk semeja, bekerjasama, lupakan politik buat sementara. Kalau lepas berlaku tragedi seperti ini pun masih nak berpolitik, saya yakin rakyat akan tolak kedua-dua parti.


    Datuk ada cadangan nak bawa idea ini terus kepada Perdana Menteri? 

    Saya rasa ini adalah seruan terbuka.

    Sepatutnya mereka semua boleh baca (wawancara ini dalam Sinar Harian). Kalau mereka tak faham lagi, maknanya mereka bukan pejuang rakyat, tapi memperjuangkan kepentingan peribadi.

    Kalau betul berjuang untuk rakyat, harus praktikal sebab masalah nak bangunkan semula Kelantan ini, Kerajaan Pusat sahaja tak boleh selesaikan, kerajaan negeri pun tak boleh selesai.


    Kalaulah pemimpin-pemimpin Pas Kelantan dan pemimpin Umno Kelantan berani, mereka akan berjuang untuk perkara ini, jumpa pemimpin Pusat masing-masing dan beritahu ini demi rakyat Kelantan, kita tak boleh berpolitik lagi.

    Lupakan Putrajaya sekejap, rakyat tengah sengsara. Saya rasa Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kena mainkan peranan, duduk berbincang dan jumpa pemimpin.

    Kita perlu tubuhkan kerajaan campuran ini kerana ada keperluan mendesak dan pemimpin parti perlu sokong. Pas kena setuju, kalau PR tak setuju pun Pas Pusat perlu setuju, demi rakyat.


    Tidak adakah alternatif lain selain penyatuan dua parti ini dalam satu kerajaan campuran untuk selesaikan isu rakyat di Kelantan?

    Bagi saya ia tidak akan berkesan kalau kerjasama dalam bentuk lain, kita dah cuba banyak kali dah. Kedua-dua parti mesti ada dalam sebuah kerajaan.
    Itu satu-satunya cara, kalau tidak mesti akan ada halangan.

    Maknanya selagi Pas Kelantan dan Umno Kelantan tidak bergabung dalam sebuah kerajaan, Adun Pas atau Umno di negeri itu akan terus dengan politik masing-masing dan apabila ada agenda politik masing-masing, akan ganggu kelancaran kerjasama ini.

    Tetapi jika mereka bergerak sebagai satu kerajaan di bawah seorang menteri besar, saya rasa apa yang dirancang semua akan dilaksanakan walaupun Exco itu daripada Umno kerana itu kerajaan mereka, dalam satu pasukan.

    Itu yang saya rasa kenapa untuk selesaikan krisis amat besar ini kita perlukan kerajaan campuran. Sekarang kita mungkin lihat isu air banjir naik tetapi saya lihat mengenai Kelantan tiga tahun, lima tahun, 10 tahun dan 30 tahun dari sekarang.

    Contohnya kenapa swasta lebih berjaya dalam sesuatu perkara? Kerana kuasa pelaksanaan mereka cepat. Kerajaan lebih lambat kerana kuasa pelaksanaan tersangkut-sangkut. Sekarang dalam sebuah kerajaan pun tersangkut-sangkut apatah lagi kalau dalam dua kerajaan berasingan.

    Sebab itu saya tegaskan mereka mesti bergabung dalam sebuah kerajaan campuran untuk menangani krisis ini supaya apa sahaja halangan kita minimumkan. Jadi kalau kita masih bergerak dalam dua parti politik memang mereka akan ada agenda masing-masing.

    Mesti ada arahan jelas di pimpinan Pas Kelantan dan Umno Kelantan yang tiada seorang pun boleh cerita politik dalam dua tiga tahun ini. Buat kerja, selamatkan rakyat. Kalau dah selesa selepas itu, mungkin kita boleh bawa aturan ini kepada tahap lain.


    Walaupun kerjasama dicadangkan ini antara Pas dan Umno Kelantan, ia akan memerlukan persetujuan Pas dan Umno Pusat. Dengan melihat pendekatan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang, bagaimana jangkaan penerimaan mereka?

    Bagi saya kedua-dua mereka tak ada pilihan, kalau mereka masih fikirkan kepentingan parti, mereka mungkin tolak tetapi, kalau mereka fikirkan rakyat, mereka akan buat dan sebagai pemimpin Islam, mereka harus bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat.

    Jadi mereka kena terima, mereka ada kuasa, mereka boleh terima kerana inilah saja cara untuk menyelamatkan ratusan ribu orang Kelantan yang sengsara akibat banjir kali ini.

    Maksudnya, masalah kali ini jauh berbeza dengan sebelum ini, dan cara biasa tidak boleh digunakan, perlu guna cara baru? Ya, kena guna cara ini saja kalau kita nak lepasi semua pita merah (red tape) kerana masalah terlalu banyak.

    Setiap daerah ada masalah, jadi kalau tak buat kerajaan campuran, mungkin Kerajaan Pusat hanya akan tumpu daerah yang mereka menang sahaja, dan Kerajaan Negeri pimpinan Pas akan tumpu daerah mereka sahaja. Tapi dengan kerajaan campuran tumpuan mereka adalah kepada Kelantan secara keseluruhan.

    Jika kerajaan Pusat nak buat bajet atau program khusus untuk Kelantan sahaja, tentu sekali semua Ahli Parlimen perlu sokong idea ini dan beri peluang Kelantan naik dulu? Saya rasa sudah tiba masanya sekarang ini untuk Malaysia berhenti berpolitik.

    Sekarang ini tabiat orang Malaysia adalah kita politikkan semua benda. Kapal terbang jatuh pun kita politikkan.

    Sedangkan di Kelantan sekarang ratusan ribu orang terjejas. Usahawan contohnya, banyak kedai-kedai yang tenggelam dan ada juga milik orang Cina, milik orang Melayu.
    Mereka semua perlu dibantu.

    Seluruh rakyat Malaysia tak kira parti apa pun kena sokong penyatuan ini. Kalau tidak, ia akan membantutkan usaha pemulihan. Kelantan tempat melahirkan ramai usahawan Melayu.

    Maknanya kalau mereka ini sengsara atau terbantut daripada segi pertumbuhan perniagaan, ia ada kesan kepada Malaysia juga. Di mana-mana negara pun perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menggerakkan ekonomi.

    Kelantan sebenarnya paling banyak PKS. Mereka ini sedang tenggelam dan perlu dibantu. Tetapi jika dua parti ini masih lagi nak berpolitik di peringkat ini, memang zalim. Mereka adalah ahli politik yang zalim. Maknanya kepentingan politik mereka mengatasi kepentingan rakyat.

    Saya orang Kelantan, saya membesar di Kelantan. Saya lihat bagaimana dulu banjir itu bagaikan pesta untuk kita. Tetapi kali ini bukan pesta lagi. Saya terima panggilan daripada orang di Kota Bharu, di tengah bandar yang merayu minta hantar makanan.

    Jadi saya rasa jika masih nak berpolitik selepas ini, ia bukan lagi perjuangan untuk bangsa, agama. Sekarang memang ada keperluan untuk buat moratorium politik di Kelantan. Jika mereka tak lakukan, mereka zalim.


    Adakah Datuk rasa orang Kelantan boleh terima cadangan ini?

    Kalau kita tengok sekarang ini, semua orang dari seluruh Malaysia bersemangat nak bantu orang Kelantan. Pemimpin tak boleh asyik berpolitik lagi. Ini kerjasama ahli politik di peringkat negeri tetapi perlu kelulusan Pusat, maknanya Najib dan Abdul Hadi kena sokong, pastikan idea ini menjadi.

    Exco negeri kena berkorban dengan ikhlas. Kalau dia tahu memang tak boleh tolong, bagi ruang pada orang lain. Saya yakin rakyat akan hargai pengorbanan mereka. Jangan sesiapa gagalkan idea ini kerana kepentingan peribadi.

    Kalau kita betul-betul berjuang untuk rakyat, biarlah perjuangan ini datang betul-betul daripada hati, bukan di bibir sahaja. Sekarang rakyat dah buka mata. Sekarang perlu bina semula Kelantan, bukan sahaja daripada segi infrastruktur tetapi daripada segi kehidupan rakyat Kelantan sendiri.

    Sekarang Kelantan adalah 'ground zero'. Kalau isu politik ini diselesaikan dan Kelantan diurus secara profesional, ditambah pula dengan faktor mandiri orang Kelantan, kita akan dapat percepatkan proses pemulihan ini. Mungkin apa yang berlaku ini ada hikmah. Mungkin Kelantan akan lebih maju, macam Jepun selepas serangan bom atom.
PENDAPAT PERIBADI SAYA:

Saya berpendapat cadangan yang di kemukakan oleh Ybhg Dato’ Dr Hussamuddin ini perlu di teliti semasak-masaknya oleh kedua pemimpin Kerajaan Pas Negeri Kelantan dan Kempimpinan UMNO Negeri Kelantan. Kerana pandangan yang dibuat  oleh beliau selaku anak Kelantan adalah satu cadangan ikhlas yang inginkan pemulihan sepenuhnya Negeri Kelantan dari segi ekonomi, infrastruktur dan juga sosial. Pemulihan ini perlulah dirancang secara holistik untuk tempoh jangka sederhana, Panjang dan Lebih Panjang. Inilah cara yang paling strategik untuk membangunkan Negeri Kelantan yang telah di kenali sebagai tempat kelahiran ramai korporat Melayu di Malaysia. 

Kita perlu rasional melihat kelebihan rakyat Kelantan dalam serba serbi yang telah dibuktikan selama ini. Mereka ini gigih untuk meningkatkan ekonomi walaupun mempunyai kesukaran dalam segala aspek. Tetapi telah dibuktika kegigihan mereka telah memperolehi kejayaan yang boleh dibanggakan.Alhamdulillah.

Saya juga mempunyai pengalaman semasa berkhidmat dengan kerajaan Negeri Kelantan mulai tahun 1980 ( semasa di tadbir oleh UMNO) dan juga semasa di bawah pemerintahan Pas  sehingga lah saya pencen pada tahun 2008. Bagi saya UMNO lebih terserlah dalam merancangan pembangunan di Negeri Kelantan, kerana ianya mempunyai sokongan kuat dari Kerajaan Pusat. Dan segala di rancang dalam dilaksanakan serta lebih pratikal. Namun begitu dari segi pembangunan ugama dan perlaksanaan Islam di dalam perntadbiran agak kurang berkesan kerana segala perancangan yang di kemukakan selalu di KIV oleh pihak Persekutuan. 

Inilah masanya para pemimpin Pas dan Umno untuk membuktikan keikhlasan mereka untuk membina semula Negeri Kelantan yang hampir musnah di landa banjir besar pada tahun ini. Kerjasama ini bila di realisasikan akan mendapat sokongan seluruh seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik kepartian masing-masing.

Mungkin ada hikmah di sebalik musibah yang berlaku ini. Allah Maha Mengetahui di atas segala yang berlaku ini. Juga inilah masanya untuk memulakan kerjasama Pas dan Umno ke arah menrealisikan rancangan Untuk Meguat Kuasakan Hudud di Kelantan yang di cadangkan oleh Kerajaan Pas Kelantan. Kerana sokongan sepenuhnya dari Umno perlu bagi membolehkan ianya jadi kenyataan. Bersama-sama lah kita berdoa semoga padangan yang dikemukan oleh Dato Dr Hussamudin ini akan menjadi kenyataan demi untuk kebaikan rakyat Kelantan. Semoga kita semua yang mendokung idea ini akan mendapat ganjaran pahala Allah di akhirat kelak. Amin.

RAIHANPAHIMI NR: TANDA TANDA KEMURKAAN ALLAH..

RAIHANPAHIMI NR: TANDA TANDA KEMURKAAN ALLAH..:       KEMURKAAN ALLAH: APAKAH TANDA-TANDANYA? Allah telah mencipita setiap benda dan perkara di dunia ini secara berpasangan. Lelaki...

TANDA TANDA KEMURKAAN ALLAH..

     

KEMURKAAN ALLAH: APAKAH TANDA-TANDANYA?


Allah telah mencipita setiap benda dan perkara di dunia ini secara berpasangan. Lelaki dan perempuan, senang dan susah, kaya dan miskin, gembira dan dukatacita, suka dan duka , hidup dan mati. Semua ini ada hikmah-Nya supaya manusia berfikir dan Allah memperlihatkan keagungan dan kekusasaan-Nya.

Dalam mengatur kehidupan semua manusia ingankan kehidupan yang senang, kaya raya dan sentiasa sihat serta aman sejahtera. Tetapi hakikat kehidupan sebagaimana di tentukan oleh sunahtullah bahawa dalam menempuhi kehidupan itu, semua orang akan menghadapi suasana suka dan duka, senang dan susah yang silih berganti dari masa ke semasa. Cuma berbezanya ada  yang memerolehi nikmat kaya dan segang tu dalam tempoh yang lama dan menghadapi kesusuan dan penderitaan hanya masa yang singkat sahaja. Begitulah sebaliknya ada yang hampir sepanjang masa kehidupannya dalam keadaan susah dan penderitaan dalam tempoh yang lebih lama.

Apabila manusia memperlohi keseronokan seperti kekayaan dia akan mengatakan bahawa itu semua adalah kerana usahnya sendiri, dan apabila di timpa musibah dia akan mempersalahkan Allah dan dikatakan ianya telah dibenci Allah. Adakah sikap sebegini betul?

Imam Al Ghazali berkata," Tidaklah orang yang takut itu orang yang menangis dan menyapu dua matanya, tetapi adalah orang yang meninggalkan apa yang ia takuti kerana akan mendapat kemurkaan dan siksaan Allah akibat perbuatan itu."

Setelah Allah ciptakan manusia, diberi akal dan fikiran agar dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Kemudian Allah kirim pula petunjuk-Nya melalui perantaraan para nabi dan rasul, berserta diturunkan kitab-kitab panduan. Lantas, memang wajarlah Allah murka dan marah kepada manusia yang diberi nikmat tersebut ( akal dan petunjuk), masih juga engkar, berbuat kejahatan, kerosakan, lebih dahsyat lagi mahu mencabar Allah dengan ‘kuasa’ yang sedikit yang Allah pinjamkan padanya.

Bukankah Allah itu sangat berhak ke atas kita? Seorang saintis yang mencipta sebuah robot misalnya, tentu akan merasa marah dan kesal sekiranya robot yang diciptakannya itu mahu mengambil peluang merosakkan tuannya sendiri.

Antara murka Allah dan murka manusia tidak sama. Malah terlalu jauh bezanya. Murka manusia hanya berlaku setakat di dunia ini. Manakala murka Allah berlaku di dunia dan seterusnya di Akhirat, sekiranya yang berbuat kejahatan itu tidak bertaubat, hukuman Allah menantinya di Neraka.

Hukuman yang dijatuhkan oleh manusia hasil kemarahannya tentulah terlalu kecil berbanding dengan hukuman akibat kemurkaan Allah. Sehebat mana marah dan murka raja atau ketua negara di atas muka bumi ini, walaupun dia mampu mencetuskan peperangan dunia hasil kemarahannya, tidak akan sama dengan murka Allah. Allah itu Raja segala raja. Jauh lebih gagah dan hebat daripada segala raja atau ketua negara manapun di atas muka bumi ini.

Allah boleh hancurkan dunia ini bila-bila masa kalau dikehendaki-Nya dengan hanya “Kun” (Jadilah!). Allah mampu menghapuskan raja-raja yang sangat gila kuasa di atas muka bumi ini dengan sekelip mata. Azab-Nya di Neraka, tidak akan dapat digambarkan oleh fikiran kita. Api Neraka telah dinyalakan beribu tahun dahulu sementara menunggu manusia derhaka untuk menjadi bahan ‘makanannya’.

Manusia biasanya akan marah bila kepentingan dirinya tergugat, atau marah bila berlakunya sesuatu yang tidak sesuai dengan kehendaknya. Namun amat kurang manusia yang marah kerana mahu berlaku adil, atau pun yang boleh berlaku adil dalam memberi hukuman hasil daripada kemarahannya. Kalaupun ada, terlalu sedikit.

Tetapi Allah, Tuhan kita tidak begitu. Allah tidak pernah mengambil faedah daripada ketaatan ataupun kederhakaan kita terhadap suruhan-Nya. Sekiranya kita taatkan Allah pun tiada keuntungan di sisi Allah, dan sekiranya kita menderhakai-Nya pun tidak akan memudharatkan-Nya. Apabila Allah marah, pada hakikatnya faedah dan kebaikannya adalah untuk diri kita. Kerana Allah mahu hidup kita sentiasa selamat dan sejahtera di muka bumi-Nya.

Hukuman Allah juga setimpal dengan kejahatan yang dilakukan oleh hamba-Nya yang berdosa. Beratnya hukuman yang menimpa manusia pada timbangan Allah memang sesuai dengan apa yang mampu ditanggung oleh manusia itu untuk dia sedar kembali akan kesalahan dan dosanya. Cuma  bagi manusia yang hatinya sudah tertutup, seksaan yang amat berat telah dijanjikan untuk mereka.
Tanda-tanda kemurkaan Allah yang ditunjukkan dalam berbagai bentuk. Antaranya:

TANDA-TANDA YANG TERCATIT DALAM AL QURAN

Di antara bencana-bencana yang dicatatkan di dalam Al Quran adalah sebagai peringatan untuk manusia atas kemurkaan Allah kepada mereka yang melampaui batas kederhakaan dan kekafirannya:

*  Banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. yang tingginya melampaui puncak-puncak bukit dan gunung. Tiada seorang pun manusia yang selamat, melainkan mereka yang berserta Nabi Nuh yakni hanya seramai 80 orang di dalam sebuah bahtera. ( Surah Nuh: 1-28 & Surah Al Mukminun:23-30 )

*  Bencana besar Allah timpakan ke atas bangsa Tsamud, suatu bangsa yang makmur kehidupan-nya tetapi menyanggah ajaran Allah dan berpakat membunuh Nabi Salleh a.s. Letusan gunung berapi yang hebat menjadikan mereka hancur-lebur, lenyap menjadi abu dalam waktu sedetik. ( Surah Al Haqqah: 4-5, An Naml: 45-54)

*  Gempa bumi yang dahsyat sehingga bumi pecah, retak dan terbalik diiringi dengan hujan batu dan lumpur yang panas ke atas kaum Nabi Luth a.s. yang melakukan kekafiran dan perbuatan homoseksual. ( Surah Al A’raf:80-84, An Naml:54-59)

*  Bom batu berapi yang digugurkan oleh burung-burung, ditimpakan ke atas tentera Abrahah yang cuba menyerang dan menghancurkan Kaabah. Kesannya lebih mengerikan daripada bom atom dan nuklear, diibaratkan hancurnya sebagai daun-daun yang dimakan ulat. ( Surah Al Fiil:1-4)

Begitulah hebatnya gambaran murka Allah terhadap kaum-kaum yang terlalu menderhakai-Nya. Adakah sesuatu kekuatan saintifik ataupun teknik canggih yang dapat menghalang bencana Allah?
Jawapannya tiada. Cara menghalang dan menghindarkan berlakunya bencana tersebut hanyalah dengan menghentikan segala kejahatan dan kekufuran serta bertaubat kepada Allah SWT.

KEMURKAAN TERHADAP INDIVIDU

Tanda kemurkaan Allah terhadap individu-individu yang derhaka adalah melalui ujian dan bala. Kemalangan, kebakaran, kehilangan harta, rumahtangga porak peranda dan bercerai berai, hidup gelisah, jiwa tiada ketenangan. Semuanya Allah timpakan setimpal dengan dosa yang dilakukan cukup untuk membuat manusia itu sedar akan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosanya.

ISTIDRAJ
Allah juga boleh menunjukkan tanda kemurkaan-Nya kepada hamba-Nya yang berdosa secara memberi nikmat-nikmat yang berlebihan, dipanggil istidraj. Mereka ini adalah orang-orang yang kufur dan sangat degil hati-hati mereka. Lantas Allah tambahkan nikmat ke atas mereka secara murka dan benci, agar mereka bertambah lalai. Semakin bertambah kekufuran dan kejahatannya, nikmat yang Allah curahkan padanya semakin banyak. Mereka semakin jauh dari Allah, hingga akhirnya mati dalam kekufuran, ganjarannya dihumbankan ke Neraka Jahanam.

Fitrah semuala jadi manusia apabila dimarahi serta diancam, akan timbullah di dalam hatinya perasaan takut dan gerun terhadap kuasa yang memarahinya. Para anbiya, auliya, Sahabat dan salafussoleh dahulu adalah orang-orang yang amat takut akan kemurkaan Allah.

Sayidina Abu Bakar r.a oleh kerana terlalu takutnya kepada Allah, ketika mengangkat takbir solat, terbakar hatinya sehingga bau hangus hatinya dapat dihidu oleh Sahabat-Sahabat lain.  Sayidina Uma r.a. pernah jatuh sakit hingga sebulan, apabila mendengar ayat-ayat tentang siksaan dan kemurkaan Allah.

Seorang pemuda Ansar, ketika mendapat gambaran tentang Neraka, dia jatuh pengsan dan terus mati. Rasulullah SAW berkata bahawa takutnya pemuda itu kepada Neraka telah menghancurkan jantungnya.

Imam Al Ghazali berkata,” Tidaklah orang yang takut itu orang yang menangis dan menyapu dua matanya, tetapi adalah orang yang meninggalkan apa yang ia takuti kerana akan mendapat kemurkaan dan siksaan Allah akibat perbuatan itu.”

Dapatlah disimpulkan bahawa bencana-bencana dan ujian-ujian yang menimpa akibat kemurkaan Allah adalah umpama ‘rotan’ daripada Allah. Kepedihan dan kesakitan yang terhasil akibat pukulan ‘rotan’ itu adalah ibarat perasaan takut yang tercetus daripada merasai kemurkaan Allah. Kepedihan dan takut itulah yang menjadi benteng dalam diri kita agar mencegah anggota badan daripada perbuatan maksiat serta mendorong kita ke arah melakukan amalan taat.

Mereka yang benar-benar  takutkan kemurkaan Allah adalah orang yang hidup dan mati mereka akan semata-mata untuk mengejar keredhaan Allah. Mereka berjuang ke tengah masyarakat dengan gagah berani bagaikan singa, mereka tidak takut kepada yang lain selain Allah. Allah sahaja yang menjadi matlamat mereka. Segala halangan dan rintangan dapat mereka lalui dengan mudah. Merekalah orang-orang yang telah memperoleh roh mentauhidkan Allah.

Oleh itu marilah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan melakukan segala yang disuruh oleh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya. Jika inilah cara hidup kita saban hari di dunia ini mudah-mudahan kita akan dapat menenpuh segala ujian Allah dengan sabar dan tabah. Sessungguhnya azab Allah di akhirat kelak lebih pedih dan dalam tempoh yang amat lama. 

Wallahualam.

Sumber: tanyalah ustaz