RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday 11 October 2016

Bab. 2 TOK GURU SEBAGAI PEJUANG BANGSA MELAYU:




Bab. 2  TOK GURU SEBAGAI PEJUANG BANGSA MELAYU:

Bila topik ini saya ketengahkan, mungkin ramai yang akan berkata ia adalah satu andaian yang tidak tepat.
“ Mana boleh Tok Guru (TG) digolongkan sebagai pejuang bangsa Melayu” kerana dia seorang yang amat lantang menentang  sikap membanggakan sesuatu bangsa yang dikatakan ‘assobiah” . Tok Guru lebih berpegang kepada konsep “ Umat Islam Sejagat” tanpa mengira bangsa dan suku kaum asalkan dia seorang yang beriman dan bertaqwa. Itulah yang dijanjikan Allah sebagai insan yang terpilih oleh-Nya.”


2.1.PAKAIAN KE MAJLIS RASMI – BAJU MELAYU LENGKAP.

Pakaian TG semenjak beliau balik dari menuntut ilmu dari Mesir pada tahun 60 an adalah baju Melayu, besempang dan berserban secra ulamak atau Tok Guru. Bila  TG ke  Majlis Rasmi beliau akan memakai pakaian lengkap Kebangsaan Melayu. Amalan in dikekalkan secara istiqamah selepas beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Ini adalah asas bagi saya  membuktikan TG adalah seorang begitu kuat berpegang kepada adat dan budaya Bangsa Melayu.

Lebih-lebih lagi belaiu adalah Penaung bagi Persatuan Kerabat D’ Raja Jembal Kelantan. Jadi tidak herainlah beliau begitu kental dengan amalan pakaian kebangsaan Melayu.

Contoh pakaian TG:
 
‘Sut Baju Melayu’



2.2. TULISAN JAWI DI MERTABATKAN
Satu lagi contoh  amalan TG yang  beliau adalah penjuang dan pengamal budaya Melayu ialah melalui tulisan seharian dan cara berkomunikasi di Pejabat Menteri besar.
TG adalah pengamal setia tulisan jawi sebagai media penulisan untuk beliau mencatat nota, menulis buku, menulis ucapan rasmi dan berkomunikasi dengan pegawai-pegawai  di Pejabat Menteri Besar.
Saya pernah diberitahu oleh TG.
“Pok  Nik, ambo suka amal tulisan jawi kerana ia adalah tulisan turun temurun nenek moyang kita yang berusia lebih ratusan tahun dahulu.”
“ Ambo amal tulisan jawi untuk nak kekal tradisi tulisan Melayu yang makin pupus dah hampir dilupai oleh bangsa Melayu generasi sekarang”
Saya mengganguk angguk tanda setuju dan fokus kepada percakapannya.
Saya secara perbadi terasa amat malu dihadapan TG pada masa itu, kerana pada hakikatnya saya hanya boleh membaca tulis jawi dengan lancar, tetapi amat kurang mahir menulis tulisan jawi.
Itupun mujurlah pada masa belajar di sekolah rendah dahulu (tahun  1960 an) buku Hikayat Hang Tuah dalam tulisan jawi adalah diantara buku teks bagi  Bahasa Melayu.
TG juga pernah menegaskan bahawa kita sebagai orang Melayu perlu mempertahan tulisan jawi kerana dia adalah lambang kemegahan bangsa Melayu yang bertamadun. Hilang tulisan jawi bermakna kita telah melenyepkan salah satu juzuz pengenalan  sesuatu bangsa. Kerana tulis jawi adalah tulisan bahasa Melayu yang telah turun temurun dibangunakan oleh datuk nenek kita semenjak ratusan tahun dahulu, tulisan jawi juga telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sebagai tulisan bagi bangsa melayu.
“ Bagi ambo, tindakan sesetengah pihak untuk mengugurkan subjek tulis jawi dalam pembelajaran di sekolah merupakan satu tindakan yang amat jahat, kerana ianya dalam tempoh jangka panjang akan melenyepkan identiti bahasa Melayu. Lagipun kata TG tulisan rumi adalah tulisan bahasa Inggeri yang dipopular oleh pihak Barat.”
“ Banyak perkataan dan sebutan dalam bahasa Melayu tidak dapat disebut dengan sempurna apabila kita menggunakan tulisan rumi. Sebgai contoh, huruf “nya”  dan “: Cha”.tidak ada dalam tulisan rumi. Jadi ejaan rumi menjadikan sesetenaggah sebutan tidak tepat dengan pecakapan bahasa Melayu.”
“ Yang lebih penting, tulisan jawi ini adalah menggunakan abjab huruf yang sama dengan tulisan bahasa Arab yang merupaan tulisan untuk kitab suci Al Quran” TG mengulas lanjut.
“Jika kita mahir tulis jawi dengan sendirinya  kita akan mudah memahami huruf Arab yang ditulis dalam al Quran, ini akan memudahkan bagi kita belajar dan mahir membacnya’, Kefasihan membaca al Quran ini amat penting bagi kita umat Islam, kerana ianya akan menjadi teman kita di dalam kubur selepas kita mati nanti. Mereka yang membaca al Quran sebagai rutin harian akan mendapati cahaya al Quran ini memberi safaat kepada ahli kubur dengan menjadikan kubur sesorang pembaca itu akan terang benderang.”
“ Jadi alangkah ruginya jika kita tidak tahu tulisan yang digunakan untuk  al Quran dan menyebabkab kita dalam kerugian”.
Mendengar penjelasan TG itu, barulah saya faham kenapa TG sentiasa menggunakan tulisan jawi dalam kehidupan sehariannya.
Bagi menjadikan tulisan jawi satu tulisan yang digunakan secara berluluasa dalam masyarakat di Kelantan, TG telah mencadangkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan  di Negeri Kelantan mengenakan syarat setiap papan iklan dan baner yang hendak diletakkan dalam kawasan Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah mestilah mempunyai tulisan jawi, sekurang-kurangnya untuk satu dua ayat.
Tindakan itu TG itu telah dapat memperkasakan lagi pengguna tulisan jawi di Negeri Kelantan.

2.3  BERUCAP DALAM BAHASA MELAYU DI MAJLIS RASMI:
Satu lagi sifat peribadi TG dalam memertabatkan Bahasa Melayu ialah dengan sikap beliau yang sentiasa memberi keutamaan berucapa di apa jua majlis menggunakan bahasa Melayu. Sekali imbas orang akan menyangka TG sebagai seorang yang dibesarkan dengan persekitaran pengajian pondok, pasti  menyangka TG hanya mahir berbahasa Melayu dan Arab sahaja. Kerana itulah medium yang digunakan oleh Pusat Pengajian Pondok di Malaysia dan Nusantara sejak berabad-abad lalu. Jika itulah anggapan anda terhadap kemampuan berbahasa TG itu adalah satu andian atau tanggapan yang kurang tepat.
Sebenarnya Tok Guru mempunyai kemahiran berbasa Melayu, Aarab, Inggeris dan Urdu / Tamil . Beliau pernah melanjutkan pelajaran di India dan Mesir. Belaiu mempunyai Ijazah Sarjana  dari Universiti Al Azhar Mesir dalam bidang Usuluddin dan Perundangan Islam.
“ Ambo lebih suka berbahasa Melayu dari menggunakan bahasa lain kerana untuk memertabatkan bahasa Melayu”.pernah TG memberi tahu saya sebelum ini.
Kita sebagai orang Melayu perlu bangga dengan bahasa ibunda kita, lagipun bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan di Nusantara sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Tindakan TG membiasakan diri dengan berucap menggunakan bahasa Melayu adalah satu tindakan yang bijak untuk memaklumkan kepada dunia bahasa Melayu adalah bahasa komunikasi di rantau Asia Tenggara khususnya dan di dunia amnya.
Pernah satu ketika pada tahun 1995, satu rombangan dari England datang berjumpa TG di pejabat MB, dia meminta saya menjadi penterjemah, dari apa yang saya perhatikan bahawa TG sememang faham bahasa Inggeris, Cuma dia tidak menunjulkan dirinya sebagai seorang yang fasih berbahasa Inggeri. Kebolehan TG memahami bahasa Inggeris dapat dilihat bila masa perbualan sedang rancak berjalan, TG dapat memberi jawapan sepontan dalam bahasa Melayu beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Mat Salleh, walahal pada masa itu saya belum lagi menterjemah percakapan Mat Saleh berkenaan.

2.3.KEHIDUPAN SEHARIAN TOK GURU KEKAL  DENGAN AMALAN ADAT MELAYU.
TG sebagai seorang umalak yang mengamalkan hidup “simple’ seperti masyarakat Melayu lain yang tinggal di kampung-kampung. Belaiu tidak begitu mementingkan kemewahan dunia yang biasa ditonjulkan oleh kebanyakan orang. Lebih lagi bila berstatus Menteri Besar. Mereka memberi alasan untuk menjaga imej yang bergalar Menteri Besar. 
Rumah kediaman beliau adalah sebuah rumah berbentuk Melayu Kelantan yang sederhana yang diperbuat daripada kayu dan beratap asbestos. Ukuran sais rumah TG adalah sederhana sahaja yang terdiri daripada ruang tamu,  beberapa buag bilik tidur, ruang dapur dan ruang makan. 
Bilik tamu dihiasi dengan dinding kayu yang dicat biasa yang sama dengan rumah-rumah yang didiamai oleh kebanyakan rakyat bertaraf sederahan di Kelantan. Walahal beliau adalah seorang TG yang berstatus YB yang mempunyai pedapatan tetap bulanan. Jika dilihat kepada corak hidup kebanyakan YB di Kelantan, rumah mereka juah lebih besar dan gah berbanding dengan rumah TG. 

Ini membuktikan bahawa TG adalah seorang yang zuhud terhadap kekayaan dunia. TG lebih mementingkan kepada memperbesarkan Masjid yang terletak hanya 50 meter dari rumah biliau dan juga memperbaiki bangunan Sekolah Arab yang dinaugi oleh TG di kawasan rumahnya di atas tanah yang diwakafkan untuk tujuan Fisabilillah.
Setelah TG dilantik menjadi MB , belaiu telah menolak persediaan Kediaman Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan sebagai tempat kediaman belaiu. Bangunan Kediaman Rasmi MB di JKR 10 yang terletak di Kg Sireh, berhampiran Pejabat SUK kota Darulnaim, merupaka temapat kedianman MB yang dilantik sebelum ini.

" Ambo tak sir duduk di JKR 10 kerana takut timbul perasaan takabul dan bangga diri dengan jawatan Menteri Besar, lagipun jawatan ini adalah satu amanah yang amat berat untuk ambo pikul kerana di akhirat nanti ambo kena jawab di hadapan Allah"
Gambar Kediaman Rasmi MB JKR 10 :



TG pernah memberi tahu bahawa beliau tidak mahu meneiami di kediaman rasmi Kerajaan,  adalah kerana tidak mahu menyusahkan rakyat yang ingin berjumpa dengan beliau spertimana yang biasa dilakukan dirumahnya di Pulau Melaka.
Gambar rumah TG di Pualau Melaka – perspektif dan plan susunatur.


Bentuk rumah kediaman TG yang memperlihatkan rekabentuk Rumah Melayu, dengan suasana persekitaran kejiranan yang begitu akrab kerana tidak berpagar, dikelilingi dengan pokok-pokok buah-buahan yang biasa kita boleh lihat di kebanyakan kampung Melayu di Kelantan.
Susunan rumah yang lebih kepada keakraban kejiranan memperlihatkan betapa TG begitu dekat dengan keluarga dan masyarakat di Kampug Pulau Melaka. 
TG akan ke Masjid Pulau Melaka yang dibina oleh beliau dengan berjalan kaki sahaja. Jaraknya tak sampai 50 meter. Ini juga memperlihatkan TG cuba mempraktikan kehidupan Rasullah saw yang kediaman baginda adalah berhampiran dengan Masjid Nabawai di Madinah. 
Kedudukan rumah yang boleh dikatakan sebagai satu kompleks dengan kawasan Masjid memperlihatkan bahawa TG seorang ulamak yang bigtu rapat hubungan dengan Allah dalam kehidupan sehariannya. Lokasi rumah TG yang berhampiran dengan masjid adalah persamaan dengan kediaman Rasulullah SAW di Madinah. Ini juga memperlihatkan yang TG sememangnya cubah sebaik mungkin untuk mengamalkan sunnah dalam kehidupan.
Rutin beliau dimulakan dengan berpagi lagi ke masjid untuk menunaikan solat Malam (kaimulail) dan diikuti dengan solah subuh berjemaah, dimana beliau sebagai imam. Dan setelah selesai solat subuh belaiu akan memberi tazkirah subuh dalam tempoh stengah jam lebih. Inilah amalan yang dikekalkan semenjak muda dan sehingga lah belaiu di lantik sebagai MB pada tahu 1990. Amalan itu berterusan sehingga lah beliau memegang jawatan MB selama 23 tahun.
Rutin harian dalam kehidupan beliau ini juga telah terbukti bahawa TG adalah seorang yang istikamah dalam dakwah kepada masyarakat. Walaupun belaiu mempunyai jadual yang pada setiap hari sebagai soerang ketua pemerintahan Negeri Kelantan, tetapi bilau tetap dengan rutin mengajar di Masjid Pulau Melaka. Disampig itu juga belaiu terus dengan ceramah-ceramah agama di seluruh negeri Kelantan dan juga di seluruh Malaysia sebagai Musridul Am Pas.


 
Gambar :TG sedang berceramah di depan ribuan hadirin.

Salah satu hobi TG di masa lapangnya ialah memburu. TG akan membawa senapang patah ke kebun yang tidak jauh dari kediaman beliau di Pulau Melaka. Kebiasaanya pada waktu petang selepas solat asar, bila ada kelapangan TG akan memburu tupai yang berkeliaran di kebun beliau dan juga di kebuh-kebun jiran yang berhampiran. Kegiatan memburu ini juga merupakan aktiviti TG untuk bersama masyarakat setempat dan beliau akan berbual mesra sesiapa sahaja yang terserempak di perjalan di kebun semasa beliau merayau-rayau mencari target musuh kebun seperti tupai.
Aktivit berkebun dan memburu ini juga salah satu akativti TG untuk mengerluarkan peluh bagi kepetingan kesihan fizikal belaiu.

Apa yang saya kagum dengan sifat zuhud TG ialah tentang makanan, beliau makan apa sahaja yang dihidangkan kepada beliau, dan TG walaupun seorang Menteri Besar, beliau lebih suka makan makanan menu Melayu seperti Nasi Berlauk bungkus, Nasi Kerabu (Nasi Ulam) dan pelbagai menu masakan Melayu. Diantara menu masakan Melayu kegemaran TG ialah “ikan keli percik”.
TG boleh dikatan amat jarang makan di restoran 5 bintang yang menyediakan menu masakan barat.

Kesimpulannya TG merupakan seorang ulamak yang hidup secara simple dan begitu tegar mengamalkan adat budaya Melayu baik dalam berpakaian, berbicara dan pergaulan sosial. Cara beliau berpakaian Melayu seperti pakaian rasmi ulamak di Nusantara, membuktikan bahawa TG adalah seorang yang kuat memegang kepada protikol berpakaian  mengikut adat resam Melayu Nusantara. Sungguhpun beliau telah menjawat jawatan Menteri Besar di Kelantan lebih 23 tahun, beliau tidak terpengaruh dengan fesyen pakaian barat ( Long Suit dan kot lengkap) yang biasa dipakai oleh kebanyak MB di Malaysia. Beliau tidak rasa kekok dan rendah diri untuk memertabakan pakaian berfesyen Melayu walau dimana sahaja beliau hadir di apa jua majlis rasmi dan tidak rasmi.

“ Pakaian kita perlu kekalkan identity budaya bangsa kita, dan yang penting ianya menutup aurat dan tidak melanggari tatasusila perpakaian yang ditetapkan oleh Islam”. Pernah TG memberi pendapatnya pada satu ketika.
Cara TG berpakaian dan bersosial juga meperlihatkan ianya adalah seorang ulamak yang berfikiran terbuka dan begitu kuat berpegang dengan sesuatu budaya atau adat resam. Kelaziamannya kita akan lihat sesetengah ulamak akan cuba memakian jubbah ala pakaian arab yang biasa dijadikan simbol kepada pakaian ulamak Islam di seluruh duia. Tetapi TG cubah mengketengahkan bahawa pakaian bukanlah lambang sesuatu status seseorang , yang penting adalah keperibadian yang diamalkan dalam kehidupan seharian yang menetukan dia seseorang yang bernar-benar beriaman dan bertaqwa.
Selama tempoh menyandang jawatan Menteri Besar, Tok Guru masih kekal dengan identiti seorang ulamak yang warak dan cara beliau menampilkan diri serta berpakaian di setiap majlis rasmi atau tidak rasmi masih dengan pakaian tradisional ulamak nusantara. Inilah satu bukti jelas bahawa Tok Guru seorang yang begitu kuat dengan prinsip “ulamak Melayu nusantara” yang tidak mudah terpengaruh dengan pangkat dan kedudukan. Beliau memperlihatkan seorang yang zuhud dan penuh tawadod dalam memperjangakan Islam sebagai cara hidup umat Islam demi mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat.


Wallahu'alam.