RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday, 9 September 2016

Keutamaan beribadah pada hari wukuf



Pada kelaziamannya kebanyakan dari kita memahami bahawa hari wukuf adalah hari untuk berdoa dan mohon ampun oleh para Jemaah haji yang menjadi tetamu Allah di Makkah. Oleh itu ramai daripada kita yang membiarkan hari arafah berlalu begitu sahaja. Kita lebih menumpukan untuk berhari raya kurban untuk menjalankan ibadah kurban. 

Sedangkan hari arafah atau hari wukuf adalah diantara hari yang mustajab doa dan Allah akan memberi keampunan kepada hambaNya yang mohon keampunan dengan penuh ikhlas dan tawadud.
Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan keutamaan berdoa di hari arafah, diantaranya,

Hadis dari A’isyah radhiyallahu ‘anha, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمِ الْمَلَائِكَةَ، فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ؟
“Tidak ada hari dimana Allah paling banyak membebaskan hamba dari neraka selain hari Arafah. Dia mendekati mereka, lalu dia banggakan mereka di hadapan para malaikat, dengan berfirman: Apa yang mereka inginkan?” (HR. Muslim no. 1348).

Kemudian, hadis dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
”Sebaik-baik doa adalah doa hari arafah.” (HR. Turmudzi 3585 dan dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih at-Targhib no. 1536)

Juga diriwayatkan dari Thalhah bin Ubaid bin Kuraiz, beliau mengatakan,
أَفْضَلُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
“Doa yang paling utama adalah doa hari arafah.” (HR. Malik dalam al-Muwatha’ 2/300, dan al-Jauhari mengatakan, Hadis ini mursal – keterangan tabiin –).

Apakah ini khusus jamaah haji atau Umum untuk semua Muslim?
Ulama berbeda pendapat tentang keutamaan doa pada hari arafah, apakah keutamaan doa ini khusus berlaku untuk jamaah haji ataukah berlaku umum untuk semua kaum muslimin di selurun penjuru dunia?

Sebahagian Malikiyah menyatakan bahwa keutamaan ini khusus berlaku untuk jamaah haji yang sedang wukuf di arafah. Imam al-Baji – ulama madzhab Maliki – (w. 474 H) mengatakan,
قوله : ” أفضل الدعاء يوم عرفةيعني : أكثر الذكر بركة وأعظمه ثوابا وأقربه إجابة ، ويحتمل أن يريد به الحاج خاصة ؛ لأن معنى  
دعاء يوم عرفة في حقه يصح ، وبه يختص ، وإن وصف اليوم في الجملة بيوم عرفة فإنه يوصف بفعل الحاج فيه

”Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, ’Sebaik-baik doa adalah doa arafah’, artinya dzikir yang paling berkah, yang paling besar pahalanya, dan yang paling berpeluang mustajab adalah doa ketika arafah. Kemungkinan yang dimaksud di sini adalah jamaah haji secara khusus. Karena makna ’doa hari arafah’ untuk para jamaah haji sangat tepat, dan itu khusus untuk mereka. Dan karena hari itu disebut dengan hari arafah, disimpulkan dari aktiviti jamaah haji di sana.” (al-Muntaqa Syarh al-Muwatha’, 2/1).

Sementara ulama lain berpendapat bahwa keistimewaan ini berlaku untuk jamaah haji dan selain jamaah haji. Al-Hafidz Ibnu Rajab (w. 795 H) menyebutkan sebuah riwayat dari jalur Nufai’ Abi Daud, bahwa Ibnu Umar mengatakan,

إذا كان يوم عرفة لم يبق أحد في قلبه مثقال ذرة من إيمان إلا غفر له قيل له: أللمعروف خاصة أم للناس عامة؟ قال: بل للناس عامة
“Ketika hari arafah, setiap orang yang memiliki iman seberat telur semut maka dia akan diampuni.” ada yang bertanya kepada beliau, ’Apakah khusus untuk yang sedang wukuf di arafah ataukah umum mencakup semua orang?’ “Umum untuk semua manusia.” Jawab Ibnu Umar. (Lathaif al-Ma’arif, hlm. 492).

Pendapat ini pula yang dikuatkan oleh Dr. Sholih al-Fauzan. Ketika beliau ditanya, apakah keutamaan doa pada hari ‘Arafah khusus bagi para jamaah haji ataukah umum untuk semua manusia?
Jawaban beliau

الدعاء يوم عرفة عام للحجاج وغيرهم لكن الحجاج على وجه أخص لأنهم في مكان فاضل وهم متلبسون بالإحرام وواقفون بعرفة فهم يعني يتأكد الدعاء في حقهم والفضل في حقهم أكثر من غير الحجاج وأما بقية الناس الذين لم يحجوا فإنهم يشرع لهم الدعاء والاجتهاد بالدعاء في هذا اليوم ليشاركوا إخوانهم الحجاج في هذا الفضل
“Doa pada hari ‘Arafah berlaku umum untuk para jamaah haji dan selain jamaah haji. Akan tetapi, para jamaah haji lebih khusus karena mereka berada di tempat yang mulia, sedang melaksanakan ihram dan melakukan wuquf di arafah. Doa untuk mereka menjadi sangat ditekankan. Keutamaan untuk mereka lebih banyak dari pada selain jamaah haji. Adapun masyarakat lain yang tidak berhaji, disyariatkan untuk mereka berdoa serta bersungguh-sungguh dalam berdoa pada hari ini, agar sama-sama mendapatkan keutamaan sebagaimana saudara-saudara mereka, para jamaah haji.
Selanjutnya, Dr. Al-Fauzan menyebutkan hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang keutamaan doa ketika hari arafah, kemudian beliau menegaskan,

فالدعاء مشروع في يوم عرفة للحاج ولغيره لكنه في حق الحاج آكد وأفضل لما هو متلبس به من المناسك ولما هو فيه من المكان العظيم الفاضل وأما الزمان وفضل الزمان فيشترك فيه الحجاج وغير الحجاج وأما المكان فيختص به الحجاج وهو الوقوف بعرفة.

Oleh karena itu, doa pada hari Arafah disyariatkan untuk orang yang berhaji dan selainnya. Akan tetapi, bagi orang yang berhaji, lebih ditekankan dan lebih utama, karena mereka sedang melaksanakan berbagai manasik dan karena mereka berada di tempat yang agung nan utama. Adapun tentang batas waktu (hari arafah) dan keutamaan waktu, jama’ah haji dan selain jamaah haji sama-sama mendapatkannya. Sementara tempat (arafah) hanya khusus untuk jamaah haji, yaitu wuquf di arafah.” [sumber: http://alfawzan.af.org.sa/node/8980]

Semua kaum muslimin bisa mendapatkan keutamaan hari arafah, sementara keutamaan padang arafah, hanya dimiliki oleh para jamaah haji yang sedang wukuf di arafah.

Allahu a’lam

Thursday, 8 September 2016

SOALAN LAZIM BERKAITAN IBADAH QURBAN



SOALAN LAZIM  BERKAITAN DENGAN IBADAH KORBAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah korban?
- Korban dalam bahasa Arab disebut al-udhhiyah, iaitu binatang yang disembelih pada waktu Dhuha.
Manakala penertiannya dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan (na’am) seperti kambing, lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Aidil Adha atau pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah.

2. Apakah hukum melakukan ibadah korban?
 - Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat Kifayah(sunat yang dituntut) dan jikalau meninggalkannya adalah makruh.Allah S.W.T berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. Surah al-Kautsar (2):
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidil Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

3. Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban?
- Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat seperti di atas tersebut seperti berikut:Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”.

4. Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
- Ibadah korban merupakan ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar disisi Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.

5. Apakah hikmah melakukan ibadah korban?
- ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;
 
1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
 
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
 
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
 
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.

6. Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah?
 - Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja.

7. Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?
- Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah;Maksud hadis,
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

8. Apakah jenis-jenis ibadah korban?
1. Korban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji.
2. Korban nazar, apabila seseorang bernazar untuk menyembelih korban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.

9. Apakah yang dimaksudkan dengan korban nazar?
- Korban nazar ialah apabila seseorang itu mengatakan bahawa jika dia mendapat apa yang dihajatinya dia akan menyembelih haiwan korban, maka wajiblah ke atasnya menunaikan nazarnya itu. Bahkan Imam Nawawi menyatakan bahawa apabila telah terlewat hari yang ditentukan untuk penyembelihan korban dan ternyata saudara terlupa untuk menyembelih korban yang dinazarkan itu, maka wajiblah bagi orang yang bernazar tadi menyembelihnya ketika dia teringat, walaupun telah berlalu waktunya.

10. Apakah yang dinamakan korban wajib?
- Korban wajib ialah apabila seseorang membeli seekor kambing atau lembu atau unta dengan mengatakan bahawa ‘haiwan ini adalah untuk sembelihan korban’, atau ‘aku beli haiwan ini untuk korban’, maka adalah wajib beliau menyembelih haiwan tersebut sebagai korban pada hari raya korban.

11. Bilakah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban?
- Waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban ialah dari masa khatib turun dari atas mimbar selepas selesai berkhutbah solat Aidil Adha, sehingga terbenam matahari tarikh ke 13 Zulhijjah. Maka waktu menyembelih haiwan korban adalah 4 hari. Sesiapa yang menyembelih korban sebelum atau selepas waktu itu, tidak sah korbannya. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W;yang bermaksud, Yang mula-mula kami lakukan pada hari kami ini (Hari Raya Haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami menyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia telah mengikut sunnah kami. Sebaliknya sesiapa menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disembelih untuk keluarganya, tidak sedikitpun dikira sebagai korban.”

12. Apakah jenis haiwan yang lebih utama disembelih sebagai korban, jantan atau betina?
- Para ulama berbeza pendapat tentang menentukan haiwan jantan atau betina yang lebih baik dijadikan korban. Mengikut pendapat dalam mazhab Imam Syafie, haiwan jantan lebih baik dari haiwan betina. Kesimpulan yang boleh kita berikan ialah kedua-dua jantina sama ada jantan atau betina boleh disembelih sebagai haiwan korban.

13. Bolehkah beberapa orang berkongsi seekor lembu untuk ibadah korban?
- Boleh, kita dibenarkan berkongsi sehingga 7 orang atau 7 bahagian bagi seekor lembu atau unta, ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi;
“Pada musim haji, Rasulullah S.A.W telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”
Hadis riwayat Muslim.
Dalam sebuah hadis lain dari al – Barqani;Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami: Berkongsilah kamu pada seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

14. Manakah yang lebih baik, korban dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu?
- Dalam menentukan haiwan yang mana lebih baik untuk dijadikan sembelihan korban, imam-imam mazhab berbeza pendapat, ini kerana banyak sumber dari hadis yang memberi isyarat akan kelebihan setiap haiwan yang dibolehkan untuk dijadikan sembelihan korban. Secara umumnya semua bersetuju manfaat penyembelihan korban tersebut akan lebih bererti jika dapat dinikmati oleh lebih ramai orang, maka kesimpulannya, haiwan mana yang lebih banyak dagingnya boleh dianggap lebih afdal daripada haiwan yang lain tanpa kita menentukan jenisnya.

15. Adakah seseorang patut menyembelih sendiri haiwan korbannya?
- Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika ia mampu. Jika ia tidak mampu, maka berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W telah berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya Baginda sendiri menyembelihnya dan 37 ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib untuk disembelihkan.” Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.

16. Bolehkah kita memakan daging haiwan korban kita sendiri?
- Kita memang dibenarkan oleh agama untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban yang kita lakukan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda;Makanlah, buatlah jamuan untuk orang makan dan simpanlah sebahagian daging korban kamu.”Mengikut pendapat ulama, kita dibolehkan memakan sepertiga daripada daging korban tersebut.

17. Bolehkah diberikan sebahagian daging korban atau kulit haiwan korban sebagai upah kepada tukang sembelih?
- Dalam hal ini Islam tidak membenarkan kita membayar upah kepada tukang sembelih haiwan korban dengan daging mahupun kulit haiwan korban tersebut. Maka seseorang perlu membayar upah tersebut daripada sumber lain yang dimiliki. Ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W. dari Saidina Ali R.A.;Kami memberikan upah kepada orang yang menyembelih haiwan tersebut dari bahagian yang ada pada kami. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

18. Bagaimana cara yang paling baik mengagihkan daging korban?
- Bagi pengagihan daging korban, golongan yang paling diutamakan ialah fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat, kemudian fakir miskin dari kalangan jiran tetangga. Tidak boleh diberikan kepada fakir miskin yang tidak beragama Islam. Walau bagaimanapun kita disunatkan memakan hati haiwan korban tersebut, kerana menurut riwayat Al-Baihaqi,
“Rasulullah S.A.W memakan hati korbannya.”Dan Allah S.W.T juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj, ayat 28;Maksud ayat
“Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang yang sengsara lagi fakir.”

19. Bolehkah kita menjual daging korban?
- Hakikat dan tujuan korban ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T melalui ibadah korban dengan mengorbankan sesuatu untuk dirasai oleh orang lain, bukan mengorbankan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Jadi, menjual daging korban amat bertentangan dengan tujuan dan matlamat yang digariskan. Oleh itu, menjual daging haiwan korban adalah tidak dibolehkan. Kita hanya digalakkan memakan sebahagian daripada daging korban tersebut bagi mengambil keberkatan daripada ibadah korban tersebut.

20. Bolehkah seseorang itu memakan sedikit daripada daging korban nazarnya?
- Jika korban yang dilakukan atas niat menunaikan nazar , maka daging korban tersebut tidak boleh dimakan oleh orang yang berkorban. Semua daging korban tersebut hendaklah disedekahkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

Disediakan oleh YAPEIM