RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 8 August 2016

Ciri-Ciri Lelaki Setia, Baik Hati, dan Bertanggung Jawab pada Pasangannya




Ciri-Ciri Lelaki Setia, Baik Hati, dan Bertanggung Jawab pada Pasangannya

Ciri-cir lelaki setia sebenarnya boleh diketahui dengan meneliti dan memerhatikan sifat peribadi sesorang lelaki tersebut. Sesungguhnya lelaki yang setia itu menjadi idaman dan impian oleh kebanyakan para wanita, kerana lelaki yang setia ini akan menjadi suami dan dapat memimpin keluarga dengan baik.
Untuk itu adalah amat penting bagi setiap wanita mengetahui apakah ciri-ciri seorang lelaki yang setia kepada pasangannya.
Mengikut satu kajian yang dijalankan terhadap bebrapa orang lelaki yang terpilih sebagai sampel kajian, dapat dibuat kesimpulan bahawa ciri-ciri lelaki setia dan bertanggung jawab itu adalah mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Mampu Mengawal dan Mengurus Emosi:
Pada dasarnya, setiap lelaki akan memiliki egonya sendiri yang akan membuatnya sangat mudah beremosi. Namun lelaki yang setia memiliki kemampuan lebih untuk mengawall emosinya kerana takut melukai hatii pasangannya.
Saat dirinya tengah emosi, ia tetap akan mengeluarkannya namun tidak secara meledak-ledak. Lelaki seperti ini mampu memilih jenis kata-kata yang akan digunakan saat sedang emosi.

2. Menghormati Wanita
Lelaki setia memiliki penghormatan yang sangat tinggi terhadap wanita. Dia tidak pernah menempatkan wanita di bawahnya, dia juga selalu berusaha untuk mendengarkan dan menghargai pendapat dari setiap wanita, sekalipun hal tersebut sangat berbeda dengan prinsipnya. Hal ini semata-mata mereka lakukan kerana inginkan pasangannya selalu bahagia.

3. Tidak Mungkir Janji
Lelaki yang sering menepati janjinya boleh dijadikan salah satu petanda bahwa ia memilik kesetiaan terhadap pasangannya. Mungkin ada kalanya ia tidak  menepati janjinya, namun hal ini lebih disebabkan keadaan yang memang sangat tidak memungkinkan untuknya menepati janji.
Semasa keadaan ini berlaku ia akan berusaha utuk memulihkan perhubungan degan pasangannya dan secara ikhlas akan memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan.

4. Tidak Memerlukan Perhatian
Pada umumnya, lelaki yang setia tidak memrlukan perhatian yang berlebih kerana ia sentiasa dekat dengan pasangannya. Lelaki yang setia  ini tidak pernah berusaha menarik perhatian dari orang lain, apalagi untuk sekedar mendapatkan pujian dan pengakuan dari wanita lain.
Baginya, sentiasa mendapangi pasangan sudah mencukupi untuk membuatnya merasa percaya diri dan boleh didapangi bila diperlukan.
Ketika pasangannya menghadapi masalah, lelaki yang setia akan sentiasa membantu. Jika berada berjauhan ia akan sentia menghubungi melalui telefon untuk bertanya kahbar dan perkembangan terakhir pasanganya .

5. Mudah didapingi bila diperlukan
Sememangnya lelaki yang setia mudah didapangi bila diperukan, apatalah lagi bila pasangannya mengalami masalah. Ia akan memberi pertulungan untuk menyelesaikan masalah pasangannya dengan sebaik mungkin.
Ia memperlihatkan sikap kebertanggungjawaban kepada pasangan yang disayangi dan dicintainya.

6. Bukan Main-main
Ciri lelaki yang seita selanjutnya, dia bukannya manusia yang mencoba-coab dalam urusan percintaan. Lelaki setia sangat yang yakin dengan pilihannya dan tidak pernah ragu sedikit pun dengan seleranya terhadap wanita. Lelaki seperti ini tidak akan pernah mengorbankan hubungannya untuk sekedar mencoba-coba hubungan dengan wanita yang baru saja ia kenalinya. Namun hal ini hanya berlaku dalam urusan percintaan sahaja. Apabila ia berurusan dengan bisnis ia sangat berani untuk mengambil rasiko.

7. Sentiasa Bersyukur
Jika lelaki Kamu memang adalah tipikal yang setia, maka ia akan merasa sangat bersyukur telah memiliki Kamu. Hal ini akan membuat ia tidak mau lagi berpetualang dalam urusan cinta.
Apabila rasa bosan dengan hubungan percintaannya, maka ia akan tetap berusaha berpikir tenang dan rasa syukurnya yang akan membuat ia tetap mempertahankan hubungan cintanya. Dia tidak mudah untuk memutuskan cinta yang telah terjalin. Sebaliknya cuba mengekalkannya sebaik mungkin.

8. Percaya Diri dan Bertanggung jawab
Lelaki setia sangat percaya diri dan yakin dapat  menghadapi setiap masalah yang ia miliki. Lelaki seperti ini sangat faham mengenai apa yang harus ia lakukan dalam hidupnya, tidak mudah putus asa, dan menyerah kalah. Dia seorang yand dedikasi dan gigih berusaha untuk mencapai cita-cita dan puncak kejayaan yang diimpikannya.

Dirinya juga memiliki sifat kepedulian dan sangat bertanggungjawab terhadap apa yang telah ia lakukan.

9. Bersifat Jujur
Jujur merupakan sifat yang sangat melekat dengan lelaki setia. Sikapnya begitu jujur dan  tidak pernah mempermainkan perasaan pasangannya.
Kejujurannya ini boleh dilihat dari tindak tanduk kehidupan seharianya. Dimana ia tidak pernah keberatan  jika pasangannya ingin meihat status  media sosialnya. Selain itu, ia juga tidak pernah keberatan untuk membenarkan pasangannya  mengikuti atau menemaninya dalam melakukan aktiviti seharian
.
10. Punyai Tujuan Hidup
Ciri-ciri lelaki setia yang terkahir adalah dia merupakan seorang yang mempunyai matlamat hidup yang jelas, ia mempunyai matlamat hidup jangka pendek dan jangka panjang. Begitu komited untuk mencapai matlamat hidup yang ditetapkan, oleh itu dia akan gigih berusaha saban masa untuk pastikan apa yang dirancang dalam kehidupan akan tercapai

Ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah diantara sifat peribadi yang ada pada lelaki yang setia dengan pasangannya. Terdapat beberapa sifat positif yang lain lagi akan memperkuatkan lagi kesetiaannya kepada pasangan yang akan memberi kebahagian kepada pasangan jika mempunyai lelaki setai sebegini. Perlu diingat lelaki yang setia akan menjadikan perhubungan cinta mereka bertambah jitu jika dipihak pasangan dapat memberi timbal balik respon yang positif bagi mengeratiankan lagi tali percintaan yang telah dibina bersamal.

Wallahualam

Sumber:
Ditulis oleh Melody