KENAPA SAYA MEMIIH ISLAM –
PENGAKUAN WARTAWAN LAUREN BOOTH ( 9 Nov 2010)
Surah Al-Mu'minun : Ayat
99 - 100
Kesudahan golongan yang
kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara
mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di
dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang
telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu
hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka
ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka
dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Tuesday, November 9, 2010
Lauren Booth : kenapa saya pilih Islam beritaislamglobal.blogspot.com (English
version here)
Berita tentang Lauren Booth yang memeluk Islam
telah menimbulkan pelbagai komen negatif. Berikut adalah penjelasan beliau
tentang perkara tersebut – dan kenapa masanya sudah tiba untuk berhenti
memperkecilkan wanita Islam. Lauren Booth . . .’Betapa rakan-rakanku yang
bukan-Muslim mula nampak keras dan tidak berperasaan’.
Dah masuk lima tahun sejak pertama kali
melawat Palestin. Dan bila saya sampai di sana untuk bekerja bersama-sama
badan-badan kebajikan di Gaza dan Tebing Barat, saya bawa bersama sifat sombong
dan tinggi diri yang biasa tersemat dalam jiwa setiap wanita kulit putih kelas
menengah terhadap golongan wanita Isla
m yang miskin, wanita yang saya anggap
lebih sedikit sahaja dari jubah-hitam yang hodoh, dan bersikap pendiam.
Sebagai seorang wanita
barat dengan segala kebebasan, saya bercadang untuk berurusan secara
professional dengan lelaki sahaja. Lagi pun, bukankah itu yang dikatakan dunia
Islam? Heboh di kalangan teman-teman kolumnis kerana tidak bersetuju dengan
tindakan saya memeluk Islam, membuktikan yang pandangan stereotaip terhadap
berjuta wanita yang mengamalkan Islam masih wujud.
Dalam perjalanan pertama
saya ke Ramallah, dan diikuti dengan lawatan seterusnya ke Palestin, Mesir,
Jordan dan Lubnan, saya memang berurusan dengan lelaki-lelaki yang berkuasa.
Malah satu atau dua orang dari mereka mempunyai jambang menakutkan seperti yang
kita lihat dalam buletin berita yang berada di tempat yang kita musnahkan
dengan bom jarak jauh. Yang mengejutkan (bagi saya), saya juga mula berurusan
dengan ramai wanita dari berbagai peringkat umur, yang memakai tudung dengan
berbagai cara, dan mempunyai kuasa dalam jawatan mereka.
Percaya atau tidak, wanita
Islam boleh belajar, bekerja berjam-jam lamanya macam kita, malah menjadi bos
kepada suaminya di pejabat. Dah cukupkah memperkecilkan mereka? Saya harap
begitulah, kerana tindakan saya memeluk Islam telah dijadikan alasan oleh
pengulas-pengulas untuk melemparkan segala macam tuduhan ke atas wanita Islam
di seluruh dunia.
Sehinggakan dalam
perjalanan saya untuk mesyuarat tentang tajuk Islamofobia dalam media minggu
ini, saya terfikir untuk membeli besi cangkuk dan berposing seperti Abu Hamza al
Masri (gambar). Lagi pun, melihat kepada reaksi ramai kolumnis wanita, saya
pada pandangan mereka seperti tidak diperlukan lagi dalam memperjuangkan
hak-hak wanita. Jadi mari kita semua tarik nafas dalam-dalam dan saya akan beri
sedikit imbasan tentang dunia Islam dalam abad ke-21.
Sudah tentu, kita juga
perlu mengambil kira tentang wanita yang tidak dilayan dengan baik di
kebanyakan tempat dan budaya, kedua-duanya di dalam dan di luar populasi
Muslim. Wanita sebenarnya dipergunakan secara salah oleh kaum lelaki, bukannya
Tuhan.
Banyak amalan dan
undang-undang dalam negara-negara “Islam” telah menyimpang dari (atau tidak
berkaitan dengan) ajaran Islam yang asal. Sebaliknya amalan-amalan tersebut
hanya berdasarkan kepada adat budaya dan tradisi yang telah ditanam dalam
masyarakat. Di Arab Saudi, contohnya, undang-undang tidak membenarkan wanita
memandu. Peraturan seperti ini adalah ciptaan sistem monarki Saudi, iaitu
sekutu rapat kerajaan kita dalam perdagangan senjata dan minyak.
Malangnya, perjuangan
hak-hak wanita terpaksa diselaraskan dengan keperluan kerajaan kita sendiri.
Perjalanan saya kepada Islam bermula apabila disedarkan dengan jurang yang
wujud antara apa yang diceritakan kepada saya tentang kehidupan Muslim – dan
realiti sebenarnya.
Saya mula kagum dengan ketenangan yang ada
pada kebanyakan mereka. Tidak semua. Tapi ramai sekali. Dan semasa lawatan saya
ke sebuah masjid di Iran September lepas, apabila jamaah mengambil wudhuk,
berlutut dan membaca bacaan dalam sembahyang mengingatkan saya tentang apa yang
dipandang oleh barat adalah sesuatu yang berbeza sama sekali; satu golongan
yang menolak keganasan dan memilih kedamaian dan kasih-sayang melalui meditasi
secara diam (sembahyang). Satu agama yang kelihatan sama seperti yang dianuti
oleh bintang filem seperti Richard Gere, yang lebih mudah diterima masyarakat
jika anda membuat pengakuan menganutnya – Buddhisme.
Sebenarnya, setiap posisi
rukuk, duduk dan sujud dalam sembahyang cara Islam diisi dengan bacaan-bacaan
yang bermaksud kesejahteraan dan keredaan. Setiap satunya bermula dengan,
“Bismillahir rahmaneer Raheem” – “Dengan nama Tuhan, yang Maha Pengasih, lagi
Maha Penyayang” – dan berakhir dengan ucapan “Assalamu Alaykhum wa rahmatullah”
– Sejahtera atas kamu dan kasih-sayang Tuhan. Secara tidak disedari, saya telah
mula menyebut “Ya Allah” menggantikan lafaz biasa “Ya Tuhan” dalam sembahyang
sejak tahun lepas.
Kedua-duanya, sudah tentu,
membawa maksud yang sama, tetapi bagi seseorang yang baru memeluk Islam, bahasa
yang begitu asing digunakan dalam sembahyang dan dalam kitab al-Quran mungkin
menjadi halangan besar. Saya dapat melepasi halangan tersebut tanpa saya
sedari.
Kemudian barulah datang
satu tarikan perasaan: iaitu perasaan kasih sesama Islam dan rasa keterbukaan
yang cukup tinggi. Itulah apa yang saya rasai. Betapa rakan-rakanku yang
bukan-Muslim mula nampak keras dan tidak berperasaan. Kenapa kita tidak
hebohkan secara terbuka, berpelukan sesama kita, sambil berkata “saya sayangkan
awak” kepada seorang rakan baru, tanpa ada perasaan ragu-ragu dan sikap untuk
memperlecehkannya?\
Berlainan dalam masyarakat Islam, saya akan
melihat emosi dikongsikan dalam rumah-rumah bersama-sama bekas yang penuh
dengan gula-gula dan berfikir, jika undang-undang Allah berdasarkan kepada
ketakutan semata-mata, kenapa teman-teman Muslim yang saya sayangi dan hormati
itu tidak mengenepikan amalan mereka dan mulai minum alkohol, untuk menikmati
“kegembiraan” sama seperti kita yang di barat lakukan? Dan memang kita lakukan
begitu, bukan?
Akhirnya, saya dapat
rasakan apa yang dirasai oleh Muslim apabila berada dalam sembahyang yang
sebenar: terpahat keharmonian manis, kegembiraan kerana bersyukur atas apa yang
saya miliki (anak-anak saya - gambar atas) dan selamat dalam ketentuanNya
sehingga saya tidak memerlukan apa-apa lagi. Saya bersembahyang di kompleks
pemakaman Mesumeh (gambar) di Iran selepas membersihkan muka, lengan, kepala
dan kaki dengan air. Dan segalanya berubah selepas itu.
Sheikh yang mengislamkan
saya di sebuah masjid di London beberapa minggu yang lalu memberitahu saya:
“Jangan terburu-buru, Lauren. Lakukan apa yang kamu rasa mudah. Allah sedang
menunggu kamu. Jangan dihiraukan mereka yang berkata: awak mesti buat begini,
pakai begitu, mempunyai rambut seperti ini. Ikutlah naluri kamu, ikut al-Quran –
dan biarkan Allah memimpin kamu..”
Dan sekarang saya hidup
dalam dunia realiti yang mempunyai persamaan dengan watak Jim Carey dalam
Truman Show. Saya menyedari satu penipuan besar iaitu tentang kepalsuan dalam
kehidupan moden kita; bahawa materialisme, konsumerisme, seks dan dadah akan
membawa kebahagian yang berpanjangan.
Saya juga berada di
belakang skrin dan melihat wujudnya kasih-sayang, kedamaian dan harapan. Buat
masa sekarang, saya teruskan kehidupan harian, memasak untuk makan malam,
membuat program TV tentang Palestin dan Ya, mengerjakan solat selama
lebih-kurang setengah jam sehari.
Sekarang, waktu pagi saya
bermula dengan sembahyang subuh pada pukul 6 am, sembahyang lagi pukul 1.30pm,
kemudian yang terakhir pukul 10.30pm. Pembacaan Quran saya juga konsisten dan
ada peningkatan hari demi hari (lebih kurang 200 mukasurat). Saya sering
mendapatkan nasihat dari Ayatollah, imam dan sheikh, dan setiap mereka
memberitahu bahawa perjalanan seseorang menuju kepada Islam adalah haknya.
Ada yang menghafal teks
sebelum memeluk Islam; bagi saya pula, pembacaan kitab suci akan dilakukan
secara perlahan mengikut kemampuan saya.
Pada masa lepas, usaha
saya untuk berhenti mengambil alkohol selalu berakhir dengan kegagalan; sejak
memeluk Islam saya tidak pernah terfikir pun untuk minum semula. Saya tidak
ragu-ragu lagi bahawa inilah sebenarnya kehidupan: banyak lagi tentang Islam
yang perlu saya pelajari, nikmati dan sanjungi; Saya tewas dengan kehebatannya.
Beberapa hari lepas,
beberapa wanita saudara baru memberitahu saya bahawa yang ini hanya baru
permulaan, dan perasaan seperti itu masih mereka rasai walaupun setelah 10 atau
20 tahun memeluk Islam. Akhir sekali, saya berharap untuk menterjemahkan antara
budaya Muslim dan budaya media yang mungkin boleh menghilangkan rasa terkejut
anda semua terhadap perubahan yang berlaku dalam hidup saya ini. Apabila berita
BBC menayangkan gambar orang Islam berteriak “Allahu Akhbar!” di Timur Tengah,
kita orang barat pula dilatih untuk mendengar seperti ini: “Kami benci kamu semua
warga Britain, dan kami dalam perjalanan untuk meletupkan diri kami di
supermarket Lidl semasa kamu sedang membeli belah di sana.”
Sebenarnya, apa yang kami
orang Islam katakan adalah “Tuhan Maha Besar!”, dan kami sedang menenangkan
perasaan sedih selepas kampung-kampung kami diserang tentera bukan-Islam.
Biasanya, perkataan ini mengisytiharkan keinginan kami untuk hidup aman bersama
orang Islam dan bukan-Islam. Kalaulah itu sukar dicapai dalam suasana dunia
hari ini, maka membiarkan kami hidup aman damai dalam masyarakat kami pun sudah
memadai.
KOMENTAR:
Dari cerita yang di siarkan oleh media
berhubung denga pengakuan seorang wartawan Lauren Booth membuktikan bahawa
mereka di barat mempuyai tanggapan negetif terhadap agama Islam adalah kerana
di sebabkan propaganda yang di warwarkan oleh sebilangan besar media sebelum
ini mengambarkan Islam adalah satu agama yang ektrimis, ganas dan tidak berperi
kemanusian. Ini adalah didasarkan tindan orang Islam di Palastin yang bertindak
secara “berani mati” kerana mempertahankan hak dan kedaulantan mereka daripada
di cabuli dan dikhianati oleh orang-orang Yahudi.
Begitu juga sifat buruk yang dikatakan
diamalkan oleh orang Islam di Timur Tengah, di Asia adakah gembar gembur yang
di lakukan oleh mereka yang tidak suka kepada perkembangan agama Islam.
Sedangkan Islam mengajar uatnya supaya memberi salam iaitu untuk kedamaian dan
kesejahteraan. Islam juga tidak memaksa untuk orang yang belum Islam untuk
memeluk Islam.
Apa yang di ajar oleh Islam adalah umat Islam
perlu berdakwah dan memberi penerangan kepada semua manusia, dan sama ada
mereka mahu menerima atau tidak bukanlah menjgadi tanggung jawab pendakwah. Itu
hendakoah diserahkan kepada Allah yang akan memberi hidayah kepada seseorang
untuk memeluk Islam.
Dari cerita pengakuan ini memang jelas bahawa permusuhan
orang yang belum Islam terhadap Islam adalah kerana mereka tidak mengeali Islam
secara betul. Jika mereka mendapat maklumat yang tepat tentang Islam sudah
pasti mereka akan tertarik dengan Islam.Kerana Islam adalah agama wahyu yang
diturunkan oleh Allah melalu pesuruhNya Nabi Muhammad SAW.
Wallahu;alam..
Sumber::
Copy and WIN :