RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 22 August 2015

Sentiasa membentuk sifat positif dan istimewa.



Kebenarannya telah terbukti, dimana saya telah mengamalkannya dengan mengambil beberapa tindakan yang boleh memberi keyakinan kepada isteri bahawa suaminya adalah seorang yang “istimewa” kerana mempunyai keistemewaan tersendiri.

Saya telah melakukan beberapa tindakan berikut untuk menonjolkan diri sebagai seorang suami yang amat istimewa di kaca mata isteri. Sebenarnya perkara ini bukan dirancang, tetapi telah menjadi perangai peribadi saya semnjak remaja lagi.

“Ayang paling respect abang, kerana  tidak merokok’. Luah isteri kepada saya semasa kami dalam mood ‘Berbulan Madu’ dulu.

Sememangnya saya ditakdirkan tidak merokok, kerana bagi saya merokok adalah merugikan dan perbuatan sia-saia. Mana tidaknya mulut berbau, boleh menyebabkan penyakit paru-paru seperti batuk, dan lebih serius kanser. Lagipu mengikut pandangan ulamak merokok adalah makruh, malah ada yang memfatwakan merokok adalah “haram” di sisi Islam.

Bila sebut tentang rokok. Di minda saya sering teringat satu peristiwa yang menyayat hati, dimana pada suatu hari berkebetulan saya pergi ke hospital untuk menziarahi sahabat yang sakit. Semasa di dalam lif saya tersempak dengan seorang kawan lama. Kawan serumah sewa semasa kami menutut di sekolah menengah tahun 60an dulu. Aziz namanya.

“ Assalamualaikum, you aziz bukan” saya menegerunya. Dia agak terperanjat.
“ Waalaikumussalam. Nik ke, tak perasan tadi”. Dia membalas teguran saya dengan memberi isyarat tangan kerana suaranya tidak kedengaran dengan jelas.
“ Kenapa dengan you ziz”. Saya cuba dapat penjelasan.
“ I dah lama sakit kanser kerongkong, doktor telah buang sebahagian dari kerongkong saya”. Sambil tangannya menunjukkan kearah tengkak yang berbalut dengan plaster.
“ Kotak suara saya dah rosak” suaranya bunyi perlahan seperti orang berbisik dan parau.
Saya menganggukkan kepala tanda faham dengan apa yang di cakapkannya. Saya masih ingat di masa kami tinggal serumah sewa dahulu dia adalah di antara perokok tegar. Hisab rokok lebih sekotak (20 batang) sehari. Sekarang ini telah dapat kesanya yang amat perit untuk di tanggung. Tapi apa boleh buat semuanya telah berlaku, terpaksalah dia menanggung akibatnya.”Nasi sudah menjadi bubur”

Alhamdulilah sifat saya yang tidak merokok telah menjadikan ikutan anak-anak sehingga kini, ke empat-empat orang anak lelaki saya memang tidak merokok. Ini adalah satu keistimewaan keluarga kami. Malah dua orang menantu saya yang merokok pun tidak akan merokok apabila datang ke rumah kami. Jika mereka ingin merokok mereka akan keluar rumah dan hisap secara bersembunyi.

Satu lagi keistemewaan yang  Allah berikan kepada saya ialah sering membantu isteri memasak di rumah. Membantu memasak pelbagai manu masakan untuk keluarga adalah hobi saya semenjak masih remanja lagi. Ini adalah kerana saya suka membantu ibu memasak di dapur, terutamanya pada hari “pasar minggu” dimana ibu sibuk melayan pelanggan di kedai runcit kami, jadi sayalah disuruh  masak nasi dan lauk untuk  adik-adik.

“ Han tolong masak nasi’. Arah ibu kepada saya pada satu hari minggu.
“ dah jam 3 petang ni, che tak sempat, ramai pelanggan”.
“ orang tak reti masak”. Saya menyahut suruhan ibu.
“ Nanti che tunjukkan caranya”. Sambil ibu mengambil beras dari dalam bekas simpanan.
“ basuh beras beberapa kali, bila dah bersih, masukkan air kedalamnya dan pastikan air tidak banyak sangat, setakat hujung jari ini, ok lah” sambil ibu menunjukkan cara memasak nasi kepada saya satu masa dahulu.

Semenjak dari peristiwa itu,saya boleh memasak nasi dengan sempurna
“ Siapa masak nasi ni” tanya ayah.
“ siapa lagi, anak jantan abang seorang tulah” ibu menjawab sambil senyum memerhati kearah saya. Saya senyum. Terdetik di hati “ aku dah pandai masak nasi sekarang”. “Nanti akan buktikan bahawa lelaki pun boleh masak” timbul ego diri  bila di puji.

Saya rasa begitu gembira sekali kerana pandai memasak, lebih-lebih lagi bila di puji oleh ibu dan ayah .Begitu jugalah dengan memasak lauk-pauk. Saya masih ingat bagaimana mula belajar masak ikan singgan.
“ Han, tolong che masak ikan singgan” ibu meminta saya memasak.
“ orang tak reti” jawab saya.
“ nanti che ajar” ibu memberi respon.
“ Masukkan ikan, bawah puteh dua ulas, asam gelugur 2 keping, lengkuas se inci di hiris, garam secukupnya dan sedikit gula” ibu mengajar saya masak ikan singgan pada tahun 70an dulu.
Pada kali pertama saya masak garam agak terlebih sikit.
“ huh masin sikit singgan ni” ayah bersuara semasa makan.
“ orang masak tak pandai’. Saya menyapuk sambil tunduk malu.
“ tak apa baru belajar, bila dah biasa nanti sedaplah tu” ibu cuba memberi keyakinan kepada saya.
“ Insya Allah” jawab ku. Ayah kelitan tersenyum.

Ibu  sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga saya mampu memasak pelbagai manu masakan. Terima kasih ibu yang mengajar saya sehingga pandai memasak.

Kini talent memasak pelbagai menu masakan telah menjadi idola kepada anak menantu dan cucu saya. Telah menjadi kelaziman apabila mereka  hendak pulang ke kampong, mereka akan telefon lebih awal supaya “Tok Ayah” sediakan masakan serperiti nasi arab, nasi goring ikan masin,ikan patin masak cili api tempoyak dan sebagainya.

“ Dady, petang ni along akan balik kampong,  tolong masakan nasi arab, abang Shah nak makan, Hari Raya tempoh hari dia tak sempat makan”. Along telefon saya.
“ok lah” jawab saya.
Lantas saya bergegas ke dapur untuk menyediakan masakan yang di ‘oder’ oleh along.

Suasana sebegini boleh dikatakan rutin bagi saya setiap kali anak-cucu pulang bercuti di kampong. Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini setelah saya pencen dari jawatan inggal di rumah sepenuh masa.Sememangnya hobi saya adalah memasak.

Sekarang ini saya amat bersyukur kerana keistimewaan pandai memasak itu, telah memudahkan kerja saya seharian untuk menyediakan masakan untuk keluarga setelah isteri sakit lumpuh. Mungkinkah ini sebagai bukti bahawa Allah tidak membebankan hamba-Nya.Setiap kejadian dan dugaan-Nya adalah sepadan dengan kemapuan hamba-Nya. Allahu  Akbar.
Seperti mana firman-Nya :
لاَ يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا‌ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ‌ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِيْنَاۤ اَوْ اَخْطَاْنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَه عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا‌‌ۚرَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِه‌ ۚ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَ مَوْلٰنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ
Artinya : “Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran untuk apa yang diusahakannya, dan ia akan mendapat siksaan untuk apa yang diusahakannya. Dan mereka berkata, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami berbuat salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami tanggung jawab seperti Engkau telah bebankan atas orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebani kami apa yang kami tidak kuat menanggungnya; dan ma’afkanlah kami dan ampunilah kami serta kasihanilah kami kerana Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir.”
 (Al Baqarah : 287)

Satu lagi keistimewaan yang saya dapat tunjukkan kepada isteri ialah apabila dia bersalin, saya akan mempastikan aktiviti untuk menjaga bayi semasa dalam pantang dilakukan olih saya sendiri. Ini telah saya lakukan semenjak kelahiran anak pertama kami pada tahun 1981 lagi.

“Abang tolong mandikan baby boleh tak, ayang takutlah nanti terseliuh” minta isteri .
“ Boleh, tak jadi masalah, abang dah biasa jaga anak saudara dua tiga orang” jawab ku pantas demi meyakinkan isteri.
“ Pandailah abang mandi baby,pegang sebelah tangan je” puji isteri semasa saya memandikan baby.
“ Eh, tengok sapa pulak, ni kan abang yang serba boleh” saya cuba meyakinkan isteri disertai dengaa perasaan ego lelaki. Isteri melihat dengan senyuman sinis gelagak saya yang cakap besar tu.
Semenjak hari itu, saya akan ruangkan masa utuk pulang ke rumah memandikan baby pada jam 10 pagi, saya ambil masa minum tea pejabat setiap hari. Mujurlah kuaters yang kami diami berhampiran dengan pejabat, lebih kurang 3 minit berjalan kaki sahaja jaraknya.

Tindakan ini telah menyebabkan timbul keintiman  hubungan suami isteri. Isteri begitu terhutang budi kepada saya yang sanggup membantunya untuk menjaga bayi dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak.  Isteri begitu bangga mempunyai suami yang rajin membantunya melakukan kerja rumah.

“ ayang sangat terima kasih kepada abang, susah nak dapat suami yang perihatin macam ni” isteri memuji saya sebaik sahaja saya selesai memandikan baby.
“ usah puji sangat nanti naik daun pulak”.
“ Betul ni bang, ikhlas ”

Saya hanya menganggukkan kepada sambil tersenyum sahaja. Dalam minda terbit perasaan bahwa memang dah menjadi tanggung jawab suami melakukan itu semua, jika tidak mampu lakukan sendiri mestilah mencari pembantu rumah untuk melakukannya.. Itulah yang di ajar oleh Islam, tapi ramai suami yang tidak ambil peduli perkara ini, lagipun budaya masyarakat Melayu yang menetapkan bahaw semua urusan rumah dilakukan oleh isteri. Apa lagi lelaki ambil kesempatanlah.

Tindakan saya membantu isteri semasa dalam pantang itu amat memberi kesan mendalam kepada isteri memandangkan majoriti suami di Malaysia tidak akan membantu kerja isteri di rumah. Lebih menyedihkan lagi masyarakat Melayu menganggap lelaki yang membantu kerja rumah adalah seorang yang dayus atau dikatan sebagai “queen control”.

Kefahaman ini adalah jauh tersasar dari ajaran Islam yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Rasulullah sentiasa membantu isteri-isterinya melakukan kerja rumah. Sepatutnya suami akan berbangga jika dia dapat membantu isteri membuat kerja rumah kerana perlakuan sedemikan adalah mengikut sunnah nabi. Gangaran pahala menanti di akhirat kelak. Alangkah beruntungnya bagi suami yang ringan tulang membatu isteri di rumah.

Dalam membina sikap positif di kalangan suami sebagai peneraju rumah tangga, suami mestilah tidak berputus asa apabila di uji dengan kerumitan dan kesulatan. Amalan saya dalam kes sebegini ialah sentiasa berlapang dada apabila di uji dengan kesusahan dan penderitaan. Umpamanya dalam mengharumi liku-liku kehidupan ini saya beberapa kali di timpa saat getir sepeti sakit lutut pada tahun 1984,  Saya difitnah sebagai dalang konspirasi penswastaan sebuah agensi kerajaan tahun 2000. Isteri mengalami lumpuh (sebelah tubuh) pada tahun 2001, saya dijadikan kambing hitam dalam episode perebutan kuasa di sebuah syarikat 2002 – 2006. Semua peristiwa getir itu saya lalui dengan hanya bergantung kepada ketentuan dan takdir Allah. Saya tidak pernah lemah semangat, malah akan cuba sedaya upaya untuk menghadapi segala cubaan dan ujian getir itu dengan penuh berlapang dada, saya tidak menyalahkan kepada orang lain dalam apa jua kerumitan yang saya alami itu, saya lebih menjurus kepada ketentuan Allah yang melakukan semua itu untuk menguji hamba-Nya yang serba kekurangan ini. Mungkin itu semua adalah kifarah Allah terhadap segala dosa-dosa saya di masa silam. Astarfirrulahhalazim.

Ujin paling getir berhubung dengan sikap positif saya adalah pada bulan mac 2000 apabila iisteri tercinta telah lumpuh sebelah tubuh kanan,  menyebabkan ianya perlu bantuan saya sepanjang masa untuk meneruskan kehidupan sehariannya. Isteri yang pada pandangan saya cantik jelita tiada tandingnya sebelum ini telah menjadi OKU. Walau bagaimanapun saya dapat menerima hakikat itu, dengan meletakkan sudah pasrah dari Allah. Saya menerima dengan hati terbuka dan seadanya. Kini telah melewati masa hampir 15 tahun kehidupan kami suami isteri masih utuh dan cinta setia kami masih mekar semarak setiap masa. Alhamdulillah. Sebenarnya saya sendiri tidak menduga dapat menghadapi ini semua dengan tabah dan fikiran yang terbuka. Dahulunya saya hanya berteori tentang sifat positif bila memberi kuliah berkaitan dengan pengurusan projek kepada peserta Kurusu di Institute Tadbir Awam Negara (INTAN). Kini saya sendiri telah di uji bagaiman untuk menjadi seorang yang positif dalam menempuh liku-liku hidup di duni fana ini.

Alhamdullilah sifat positif yang dapat saya bentuk dalam jiwa saya merupakan satu anugerah yang diberikan oleh-Nya kepada saya. Atau berkemungkinan kerana saya telah biasa menghadapi ujian sebegini semenjak kecil lagi, maka apa jua uijan yang dialamai dapat saya hadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan dengan izin dan hidayah Allah..

Pengajaran dan iktibar:

1.      Setiap orang mempunyai potensi diri (kelebihan semulajadi anugerah Allah) jika potensi diri ini digunakan sebaiknya akan  menjadikanya seorang yang berjaya dalam kehidupan. Jika kita dapat mengcukil potensi diri yang positif untuk dijadikan perilaku yang baik dalam kehidupan seharian kita, ianya akan memberi impak yang amat baik kepada rakan dan masyarakat yang menganggap kita adalah seorang yang berperinsip dan berintergriti.

2.      Jika kita melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan dan penuh tanggung jawab, ianya tidak akan membebankan. Sebaliknya jika kerja itu berkaitan dengan membantu orang lain Allah akan beri  hidayah dan keberkatan. Aapabila kita sentiasa ringan tulang untuk membantu orang lain, Allah akan memberi kemudahan kepada kita untuk mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi oleh kita, kerana akan ada insan lain yang akan membantu untuk atasi kesusahan kita itu. Begitulah ketetapan yang telah Allah janjikan, 

3.      Setiap kerja yang dilakukan dengan rela hati dan penuh keiklasan saban hari, lama kelamaan akan menjadi tugas rutin yang menyeronokkan. Bilai Susana sebegini  wujud dalam peribadi seseorang, kerja yang berat menjadi ringan, malah akan timbul persaan tidak selesa bila tidak  menjalankan kerja berkenaan.

4.      Jika suami  begitu rajin membuat kerja-kerja rumah akan memberi kesan kepada anak-anak terutamanya  anak perempuan menjadikan mereka mempunyai sikap malas. Oleh itu usaha kita membantu isteri lakukan kerja rumah perlu berpada-pada. Anak-anak juga perlu diberi tugas masing-masing untuk sama-sama mengurus rumah tangga. Perlu diadakan mesyuarat keluarga untuk mendapat persetujuan bersama, selapas itu akan dipastikan semua tugas dapat dilakukan dengan harmoni dan seikhlas mungkin. Lama kelamaan akan wujud budaya dikalangan ahli keluarga bahawa setiap orang ada tanggungjawab dan peranan masing-masing. Situasi persefahaman ini akan membentuk persekitaran keluarga yang bahagia. Insya Allah…
 

Wallahu;alam




Sentiasa bantu isteri melakukan kerja rumah.



Pernah saya diajukan soalan bagaimana amalan membantu isteri membuat kerja rumah telah menjadi tugasan rutin. Sebenarnya  pada mulanya saya melakukan perkara ini adalah kerana kesian melihat isteri yang ‘alahan’ semasa mengandung anak sulung kami. Kerana ditakdirkan kami berdua begitu subur sekali, setelah berkahwin satu bulan isteri saya telah  hamil dan sering pening dan muntah-muntah, tak berselera nak makan.

“ Ayang tak payah masak untuk abang, nanti abang boleh masak untuk kita, abang bimbang jika ayang pening dan terjatuh di dapur nanti kandungan tu gugur” saya menasihati isteri.
“ Abang kan pandai memasak, apa nak susah kan diri, yang penting kandungan anak sulung kita tu perlu di jaga sebaiknya, ok.” Saya meyakinkan isteri.
“ OK lah, saya menurut perintah “Tuanku” .isteri berjenaka.

Pada mulanya timbul perasaan kesihan yang amat sangat, saya sentiasa membantu kerja rumah seperti menyiang ikan, membersih sayur, mengosak kain-baju, mencuci dapur, mencuci halaman rumah. Memasak nasi dan lauk pauk untuk dimakan olih seisi keluarga terutamanya pada hari cuti hujung minggu atau hari cuti umum.Rutin ini menjadi satu tugas berterusan setelah mendapat anak kedua, ketiga ,dan seterunya hingga anak ke tujuh. Malah  hasrat awal hanya untuk membantu isteri bagi meringankan kerja-kerja rumah, telah menjadi tugas yang utama kepada saya setelah isteri menjadi lumpuh sebelah tubuh dan berterusan sehingga kini.

Allah Maha Mengetahui, Dia memberi pasangan saya dan isteri adalah yang terbaik, dan segala musibah dan ujian yang kami terima adalah yang mempu di hadapai oleh kami. Buktinya Dia menarik nikmat tangan isteri sebelah tubuh yang mengakibatkan susah untuk lakukan kerja-kerja rumah terutama memasak kerana saya sememangnya tahu memasak semenjak remaja lagi.
Allah tidak akan membebankan manusia dengan dugaan yang diluar kemampuannya. Sebagaimana firman-Nya

لاَ يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا‌ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ‌ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِيْنَاۤ اَوْ اَخْطَاْنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَه عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا‌‌ۚرَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِه‌ ۚ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَ مَوْلٰنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ

Artinya : “Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran untuk apa yang diusahakannya, dan ia akan mendapat siksaan untuk apa yang diusahakannya. Dan mereka berkata, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami berbuat salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami tanggung jawab seperti Engkau telah bebankan atas orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebani kami apa yang kami tidak kuat menanggungnya; dan ma’afkanlah kami dan ampunilah kami serta kasihanilah kami kerana Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir.”  (Al Baqarah : 287)

Dipermulaan ayat ini Allah swt telah berfiman dengan jelas bahwa :
لاَ يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا “Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Jadi Allah swt tidak membebani hamba-hamba-Nya diluar batas kekuatannya atau kemampuannya. Setiap orang diwajibkan untuk mengamalkannya sesuai kemampuan dan kekuatannya itu sehingga dia akan menerima ganjaran bila dilaksanakan atau dia akan mendapat hukuman jika tidak dilaksanakannya.

Mulai pada tarikh 2 Mac 2001 setelah isteri menjadi lumpuh, saya terpaksa melakukan kesemua akativiti penjagaan diri  isterinya seperti, menyuapkan makan dan minuman, mandi manda, mebersih diri semasa baung air kecil dan besar, memakai pakaian,  mengambil wudu dan memakai kain telekung semasa hendak solat lima waktu.

“ Ayang kesian melihat abang lakukan semua kerja rumah” isteri berbisik kepada saya dengan lenangan air jernih keluar dari kelopak matanya. Saya hanya membisu sahaja sambil memerhatikan isteri dengan penuh sedu.
“ Apa nak di risuakan, abang boleh memasak, kerja-kerja lain tu bukannya susah sangat” saya cuba mengubatI hati isteri yang sedih itu,
‘ ayang rasa bersalah kerana tidak dapat melakukan itu semua seperti dulu”
“ tak usah dirisaukanlah sayang, ini semua dah takdir Allah kepada kita” aku cuba memujuk isteri.

Isteri diam membisu sembil mengesat air mata yang membasahi pipinya. Di benak hatiku terfikir bahawa ujian Allah yang selalu menimpa diri ku dan keluarga adalah satu anugerah. Kerana dengan adanya musibah dan dugaan seperti ini saya telah diuji degan kesusahan dan penderitaan, dan dengan adanya empisod yang menyayat hati ini, saya yang berusaha sedaya upaya untuk membantu isteri yang sakit itu akan di beri ganjaran pahala yang memberi manafaat yang tidak ternilai di akhirat kelak

Saya lakukan ini semuanya hampir dua tahun, setelah kesihatan isteri semakin bertambah baik (melalui rawatan hospital dan rawatan bomoh – tukang urut tradisional) isteri  mula boleh ke tandas dan berjalan perlahan-lahan di dalam rumah.  Rakan-rakan pernah juga  bertanya kepada saya, bagiamana persaan saya melakukan kerja sebagai suri rumah dan juga tugas sebagai suami mencari nafkah untuk keluarga ( pada masa itu saya memegang jawatan sebagai Pengurus Kanan di sebuah syarikat swasta).  Saya meberi tahu mereka bahawa, tugas yang agak berat itu menjadi rutin dan biasa sahaja kerana saya mempunyai prinsip berikut:

1.      Dilakukan secara ikhlas sebagai satu amanah yang telah ditetapkan oleh Allah mengikut syariat Islam. Bila dilakukan dengan penuh ikhlas dan tanggung jawab kepenatan dan keletihan tiadak terasa walaupun pada masa itu umur saya telah menjangkau 50an. Malahan timbul satu keseronokan pula di sanubari saya  atas dasar ianya  satu  ujian yang diberikan Allah kepada saya  sebagai ketentuanNya  bagi menguji sejauh mana keimanan, kesabaran dan ketaqwaan saya.

Lagi pun dalam ajaran agama Islam, jika kita di uji dengan musibah, kita dapat menghadapinya dengan sabar sebagai ketentuan Allah dan reda dengannya, akan diberi ganjaran pahala untuk ke syurga yang penuh dengan kenikmataan.

2.      Setelah timbul kesedaran sebegini, saban hari minat saya semakin bertambah untuk melakukanya, apabila kerja rumah sudah menjadi rutin, timbul perasaan kerajinan dan komitmen untuk melakukan semua kerja-kerja rumah sebagai satu amanah yang diberikan olehNya kepada saya.

3.      Saya juga mempunyai perasaan gembira dan seronok bila menu masakan yang dibuat  mendapat pujian “sedap” oleh isteri, mertua, ibu, dan anak-anak kami. Malahan saya saban hari mengurus masa dengan begitu berkesan sekali, ( Saya cuba mempraktikkan keadah pengerusan masa yang di ajar i di Universiti dahulu, ( semasa mengikuti ijazah Sarjana Sains Pengurusan Projek -1991).

Sikap suka membantu isteri membuat kerja rumah, terutamanya memasak menjadikan ianya satu hikmah bagi saya,  mungkin Allah telah mengtakdirkan diri saya suka memasak dan akhirnya mampu memasak pelbagai menu masakan, dan Allah telah menguji diri saya dengan memberi kesakitan kekal kepada isteri  selepas menjalani pembedah kepala untuk membuang darah didalam otak pada 2 Mac 2001, seluruh tangan dan kaki sebelah kanan isteri telah lupuh (OKU). Semenjak tarikh itu saya telah mengambil alih segala tugasan rumah terutama kerja-kerja memasak di dapur untuk makanan seharian kami sekeluarga. Sehingga kini tugasan itu telah menjadi rutin seharian dan saya begitu bersyukur di atas rahmat Allah yang memberi ketabahan, kesabar dan keikhlasan untuk melaksanakan kerja-kerja rumah yang saya ambil alih dari isteri dan dapat di sempurnakan, kini telah mengjakau masa hampir 15 tahun.

Melihat kepada kesabaran dan ketabahan saya itu dalam menjalani bahtera rumah tangga, saya sentiasa berdoa  agar Allah terus memberi hidayah kepada saya itu untuk terus berkhidmat kepada  isteri, ibu dan ibu mertua,  anak-anak dan cucu-cucu kami.

  Abang saya memang rajin dan pandai memasak” adik bongsu bercerita kepada rakannya.
“ Semasa saya kecil dahulu, abanglah yang menyediakan makan untuk kami adik beradi, masa tu mak dan ayah pergi tunai haji di Mekah, saya baru darjah satu dan kakak darjah empat.”
“ Saya memang terhutang budi kepada abang”.
Saya berkebetulan mendengar perbulan itu senyum sendirian tanda kesyukuran kerana adik bongsu mengenang jasa saya yang tak seberapa. Bersyukur kepada Allah yang mengurniakan segala kebolehan itu kepada saya. Alhamdulillah.


Sikap saya yang ringan tulang untuk melakukan kerja-kerja rumah sebagai satu tugas rutin seharian, telah menyebabkan timbul sikap negetif kepada anak-anak kami. Natijah dari sikap saya yang gemar membuat kerja-kerja di dapur menjadikan anak permpuan kami, terutama anak yang bongsu mempunyi sikap lepas tangan untuk melakukan kerja di dapur, Biasanya dia akan melengah-lengahkan kerja, menyebabkan saya yang sentiasa melakukannya. Sekali sekali timbul juga perasaan marah di hati saya. Tapi bila dihalusi kembali bahawa timbul sikap sebegitu adalah salah didikan saya sendiri semasa anak-anak kecil dahulu, Saya tidak begitu mengalakan mereka melakukan kerja-kerja memasak di dapur.

Oleh itu para ibu bapa yang mempunyai anak perempuan perlu memberi tugas kepada anak-anak mereka untuk berjinak-jinak dengan kerja-kerja rumah bagi memberi pendedahan dan membiasakan dirinya sebagai persiapan untuk masa dewasa kelak.


Pengajaran dan iktibar.

1.      Suami sepatutnya membantu kerja-kerja rumah isterinya, kerana tindakan sebegini akan dapat menambah kasih sayang isteri kepada suami. Perbuatan sebegini pernah dilakukan oleh baginda Rasullah SAW. Membantu kerja-kerja rumah adalah sunnah.

2.      Jika si suami sentiasa membantu kerja rumah, seperti memasak, akan menjadi kemudahan kepada suami untuk menjalakan kerja memasak makanan untuk keluarga jika berlaku keadaan kecemasan di luar jangkaan, umpamanya  isteri jatuh sakit sekali-sekali, atau isteri ditimpa kesakitan yang berpanjangan;


3.      Suami yang pandai memasak akan menjadi idola kepada anak-anak mereka, mereka akan belajar masak untuk diri mereka sendiri pada mulanya, dan lama kelamaan akan menjadikan hobi pada masa lapang,  kepandaian periadi seseorang lelaki dalam bidang masakan akan menjadikan kehidupan mereka menjadi mudah apabila mereka berumah tangga dan berkeluarga kelak.

4.      Suami dan isteri yang sama-sama pandai masak akan dapat mengurangkan kekerapan keluarga  makan di luar. Makanan yang disedikan sendiri di rumah adalah lebih murah dan kebersihannya adalah terjamin. Faedahnya dapat menikmati makan yang sedap dan bersih dengan  harga yang jauh lebih murah.Lebih baik lagi apabila semua keluarga  makan makanan yang disediakan oleh suami atau bapa sekali sekala. Makan yang disediakan oleh air tangan bapa adalah lebih barakah, Insya Allah.

 Wallahu'alam.