KHASIAT JANTUNG PISANG UNTUK KESIHATAN
Jantung pisang merupakan salah satu menu masakan tradisional
Melayu. Jantung pisan yang direbus dan dimakan dengan budu merupakan pembuka
selera bagi sebilangan besar orang Kelantan. Bagi yang kreatif jantung pisang
dimasak untuk jadikan kerabu akan menambah lagi selera makan yang
menyeronokkan. Makanan ini bukan sahaja murah dan mudah diperolehi dikawasan
luar bandar kerana kebanyakan rumah di kampung mempunyai pokok pisang. Pokok
pisang mudah ditanam dan senang membiak.
Seperti yang kita ketahui, pisang merupakan salah satu buah yang disukai ramai yangg kaya dengan
khasiat kesihatan. Buah yang memiliki kulit berwarna kuning ketika masak ini
mengandung beberapa vitamin seperti vitamin A, vitamin C, kalium, magnesium dan
nutrisi penting untuk kesihatan tubuh.
Disamping buahnya yang enak dan berhasiat, jantung pisang juga sering dimanfaatkan sebagai sayur.
Disamping rasanya yang enak, menu makanan ini juga kaya dengan khasiat dan menyelerakan.
Jantung pisang juga dikenal sebagai bunga pisang yang akan
bertukar menjadi buah pisang jika sudah matang. Biasanya, jantung pisang banyak
dijual di pasar-pasar. Bagi merekak yang
gemar memakan jantung pisang disini
diperturunkan khasiat dan manafaat untuk kesihan tubuh badan.
Khasiat jantung pisang untuk kesihatan.
Mengatasi dan Mencegah Sembelit
Sembelit atau susah buang air besar merupakan salah satu gangguan
pada pencernaan yang sering dialami oleh kebanyakan orang, terutama
pada bulan puasa seperti akibat kurang
minum air. Untuk itu anda boleh mencuba mengatasi sembelit dengan memakan
jantung pisang.
Sama seperti buahnya, jantung pisang juga kaya dengan serat
yang dapat membentu melancarkan pencernaan. Bukan itu sahaja, kandungan serat
dalam makanan ini juga dapat membuat rasa kenyang lebih lama.
Mengatasi Anemia
Sayur bayam memang sudah diketahui umum sebagai pemakanan
yang dapat memperbaiki pengaliran darah dalam badan manusia. Jantung pisang juga yang kaya dengan zat besi merupakan mineral utama untuk meningkatkan
pengeluaran sel darah merah. Jika anda
sedang sedang mengalami masalah kesehatan ini, cubalah untuk makan jantung
pisang agar sel darah merah di dalam tubuh dapat bertambah secukupnya.
Mengurangi Infeksi dan Peradangan
Manfaat berikutnya adalah untuk mengurangi infeksi dan
peradangan. Jantung pisang memiliki sidat anti inflamasi dan anti bakteri sama
seperti madu, sehingga makanan ini dapat mengurangi beberapa masalah kesihatan
seperti infeksi, masalah peradangan, radang sendi dan infeksi lainnya.
Mengatasi Datang Bulan Tidak Teratur
Jaka anda alami datang bulan tidak teratur? Cuba atasinya
dengan makan jantung pisang semasa
datang haid. Sememangnya ramai telah mencuba dan didapati jantug pisang memang
terbukti dapat melancarkan perjalanan darah haid. Jatung pisang yang dijadikan
pemakanan tambahan semasa haid juga dapat mengurangkan sakit segugut yang biasa
terjadi dikalangan ramai wanita.
Baik untuk kesihatan rahim
Manfaat jantung pisang berikutnya adalah untuk menyihatkan
rahim. Disampiing ianya tinggi dengan serat, ianya juga mengandung beberapa mineral seperti tembaga, kalsium
dan juga zat besi yang amat diperlukan untuk kesihatan Rahim wanita.
contoh masakan dari jantung pisang
Beberapa mineral tersebut sangatlah bermanfaat untuk
mencegah infeksi pada rahim serta dapat memperkuat dinding rahim. Dengan kata
lain, jantung pisang ini tentu saja dapat meningkatkan kesuburan sorang wanita.
Sehingga Anda lebih mudah hamil setelah menikah nanti.
Menurunkan Berat Badan
Jatung pisang yang
kaya dengan serat, amat baik untuk
pencernaan dan penghadaman perut serta dapat memberi rasa kenyang lebih lama.
Oleh itu jika anda sedang mengamalkan diet untuk menurukan berat badan, jangan
lupa untuk menjadikan jatung pisang sebagai salah satu menu makanan harian
anda.
Mengatasi Kencing Manis
Kencing manis atau diabetes juga dapat diatasi dengan amalan makan jantung pisang. Jantung pisang
mengandung beberapa vitamin yang mampu menurunkan kadar gula dalam darah yang
tinggi. Sehingga pengambilan makanan ini dapat membantu Anda untuk mengawal
kadar gula dalam darah.
Meningkatkan Pengeluan Susu Ibu.
Bagi ibu yang baru melahirkan, tak ada salahnya untuk
mencuba jantung pisang. Kerana kandungan nutrisi tertentu yang ada di dalamnya
sudah dipercaya secara turun temurun untuk meningkatkan produksi air susu ibu.
Tak hanya ibu saja yang sehat, bayi juga akan lebih banyak meminum susu dan
tentunya ia akan lebih sihat dan cerdas.
Setelah diketahui banyaknya khasiat yang diperolehi dari
jantung pisan. Cuba jadikanya sebagai salah satu menu makan kita setiap hari. Bagi
yang pandai memasak anda boleh cuba pelbagai sesepi untuk menjadikan jatung
pisang salah satu sayuran yang enak dan juga kos pembuatanya adalah murah.
Kenapa tidak kita manafaatkan bakan makanan yang mudah diperolehi, harga murah
dan ianya banyak khasiat yang bukan sahaja dapat menjimatkan ekonomi dapor di
ruamah kita tetapi dapat memberi khasiat kesihatan yang akan meningkatkan taraf kesihatan kita.
Allahu’alam.
Sumber : Putry