Menjadi kelaziman bagi masyarakat Islam di Malaysia untuk
sama-sama menyambutan Hari Ibu ( pada bulan Mei) dan hari bapa (pada bulan Jun)
setiap tahun. Di hari ini anak-anak akan memberi hadiah serta mengadakan ‘party”
untuk meraikan ibu dan bapa mereka. Ini semua diakukan sebagai tanda kasih
sayang anak kepada ibu dan bapa mereka yang telah berkoban masa, wang ringgit
dan sebagainya untuk membesarkan anak-anak mereka sejak dilahirkan sehinggalah
dewasa dan berumah tangga.
Masa mutakhir ini, terdapat pelbagai pendapat tentang sambutan
seperti ini dari perspektir hukum syarak. Adakah ianya diharuskan atau
sebaliknya haram dan dicegah meraikannya.
Apakah hukumnya ? Itu
pertanyaan pertama bila terjumpa orang yang mengklafikasikan fahaman sendiri
terhadap sambutan hari kesayangan-kesayangan kita ni . Ya, Semua Orang tak
tahu, jadi penulis cuba bertanya,
membaca dan mencari jawapannya.Sedangkan setiap hari WAJIB meraikan IBU
dan BAPA kita . Bayangkan ibu rindu pun,
boleh sampai tahap berdosa jika anak sengaja tidak mahu menghubungi dan
melayani mereka. Bayangkan kedudukan ibu dari kacamata Islam.
“Wahai Tuhan kami! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik
kami semasa kecil.”
Di Malaysia, hari ibu disambut pada ahad kedua bulan mei,
manakala hari bapa disambut pada ahad ketiga bulan jun . Isu hukum , fatwa
ni timbul atas dasar pra-sejarah , mana
asal, mana timbul, mana mula. Kiranya apabila orang tanya ,
Untuk mencari jawapan ini perlu di teliti beberapa perkara
seperti : “Bagaimana bermulanya sambutan
hari ibu ?" "How did Mothers' Day Begin?"
Jadi memandangkan sejarah dulu, bertahun dulu, salasilah
dipegang oleh sambutan golongan bukan islam terhadap sesuatu peringatan , jadi
ia dipatenkan demikian demikian oleh sebahagian kita apabila masuk bab hukum
apabila kita meraikan.
Ceritanya sejarah sambutan hari ibu itu :
Ada pelbagai versi .
- Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada
tuhan mereka.
-Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil
ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis
puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah
dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika.
-1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen
untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church
di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang
tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei/
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul
kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik
untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua
mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab
tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus
dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
"Bagaimana bermulanya sambutan hari bapa ?"
"How did Father's Day Begin?"
Ceritanya sejarah sambutan hari bapa itu :
Mengikut sejarah, Hari Bapa dikesan sejak tahun 1839 bagi
mengenang kematian 123 lelaki dalam peperangan Iransop. Hari Bapa pada zaman
moden mula diadakan pada 5 Julai 1908 di Fairmont, West Virginia, USA sebagai
satu acara keagamaan dalam agama Kristian, hasil asperasi sambutan
Hari Ibu.
Hari Bapa digerakkan sebagai sambutan sedunia apabila Sonora
Smart Dodd mengadakan sambutan ulang tahun pada tahun 1910 bagi mengenang
bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat
yang secara bersendirian membesarkan enam orang anaknya. Tarikh yang dipilih
sebagai Hari Bapa yang pertama diadakan secara rasmi ialah pada 19 Jun 1910.
Jadi apa hukumnya sambut hari ibu ? Hukum sambut hari bapa
pula?
Ulama’ berselisih pendapat (khilaf) dalam perkara ini dan
secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:
(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum
Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang
sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam
agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).
(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa
sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah
dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .
Jawapannya cukup mudah, kita pegang pada tiga kata kunci ni:
- Cara: apa yang kita lakukan terhadap sambutan dan tanda
memperingati, bagaimana meraikan ?
- Niat: Faktor utama dan sub-faktor kita seronok mengucap
dan meraikannya , kenapa ?
- Siapa : Dari siapa untuk siapa kita melakukannya ?
Apapun bergantung pada aqidah (kepercayaan ) kita dan tujuan
ASAL kita meraikan sesuatu itu . Jangan terikut dan jangan hanya mengikut . Dan
agama bukan menyusahkan, jangan terlalu taksub sehingga menolak semuanya,
jangan terlalu pula menentang apa yang betul.
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟
إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ
“Dan Tuhanmu telah
mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu
bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Untuk lebih jelas, cuba kita teliti pendapat mufti Kelantan
tentang perkara ini. Katanya “Sambut Hari Ibu 'harus' bagi umat Islam” - Mufti
Kelantan
Meraikan sambutan
Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah
harus, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak
meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban
jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.
"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang
melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan
membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?.
"Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka
kepada ibu.
"Kalau kita lakukan sesuatu yang ’harus’ dan dapat
memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah
dan dikira mendapat pahala,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat
Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut
hari ’Mother of Church’
Mohamad Shukri berkata Islam tidak pernah melarang umatnya
mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang
menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat
ditegah.
Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam
perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar,
katanya.
"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara
yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk
pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh,” katanya.
Mohamad Shukri berkata walaupun tiada suruhan untuk meraikan
Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat
Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah
Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: "Ya
Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah
SAW: Ibumu. "Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? ujar Baginda:
Ibumu.
"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi?
Jawab Baginda: Ibumu.
"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda
menjawab: Bapamu”.Kesimpulannya, tidak menjadi salah bagi umat Islam meraikan
hari ibu dan hari bapa. Cuma perlu
berhati-hati sambutan dilakukan tidak ada unsu-unsur perbuatan maksiat dan
mungkar termasuk perkara dosa besar.
Jika sambutan itu adalah atas dasar kasih sayang anak kepada
ibu bapa mereka, ianya sebagai salah satu cara untuk memberi ucapan terima
kasih anak kepada ibu bapa yang telah berkorban dalam banyak perkara utuk
membesarkan anak-anak sehingga menjadi manusia yang beriman dan bertawqa.
Perbuatan
seperti ini adalah digalakkan oleh Islam malah ianya di anggap satu perbuatan
yang murni dan perlu dilakukan oleh semua anak-anak kepada kedua ibu bapa
mereka.
Wallahu’alam
Sumber : malaysaian
lifestyle