RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 4 June 2016

SOLAT DAN MEMBACA AL- QURAN -DAPAT MENYEBUHKAN DEPRESI DAN MENGEMBALIKAN INGATAN PESAKIT LUMPUH.

SOLAT DAN MEMBACA AL- QURAN -DAPAT MENYEBUHKAN DEPRESI DAN MENGEMBALIKAN INGATAN PESAKIT LUMPUH.

Saya juga ingi berkongsi satu keanjaiban yang berlaku ke atas isteri apabila ia mengamalkan bacaan Al-Quran dan juga melakukan solat sunat seperti sunat isyrak, sunat duha, sunat tahajud dan sunat witir.

Pada mulanya isteri sememang mengalami lemah ingatan setelah diserang oleh strok. Situasi dia amat lama untuk mengembalikan ingatan pada setiap kali dia bangun dari tidur, matanya akan berkelip-kelip untuk beberapa minit dan dia pada awalnya tidak mengenal diri saya yang berada disampingnya. Kadang kala ia kelihatan seperti orang yang hilang ingatan. Tidak mengetahui dan mengecam objek ada dihadapannya. 

Melihat situasi ini, saya cuba cara beberapa keadah untuk memulihkan keadaan ingatannya. Doktor memberi makan ubat “brain tonic” untuk mempercepatkan proses mengembalikan pemulihan ingatan isteri, tetapi pada hakikatnya ia tidak memberi kesan yang agak cepat. Untuk itu saya cuba mendapatkan beberapa maklumat dari beberapa sumber, dengan hidayah Allah saya terbaca satu artikal tentang kebaikan solat dan membaca Al Quran untuk kesihatan mengikut kajian saintifik.

Berumal dari tarikh itu saya membantu isteri untuk membiasakan dirinya membaca Al Quran, dia pada awalnya sememang agak tidak lancar membaca Al Quran. Untuk atasai masalah ini saya membeli “Pen Baca Quran” yang berada di pasaran. Setelah dia menggunakan alat ini pembacaan dia semakin lancar, dan apabila dia merasakan dirinya telah agak baik baca Al Quran telah timbul minat untuk membaca Al Quran pada setiip hari. Setelah ini menjadi amalan sehariannya, saya dapat ingatan beliau bertambah baik dan setelah diamalkan lebih tiga tahun, Alhamdulillah ingatan isteri telah kembali normal. Satu keanjaiban yang dibuktikan oleh Allah.

Begitu juga dengan amalah solat malam apabila dilakukan secara istikomah, penyakit kemurungan (depression) Yang dialami oleh isteri teri telah dapat dihilangkan, dan kini setelah lebih 15 tahun isteri sakit lumpuh, dia telah dapat menerima hakikat yang dirinya mendapat ujian dari Allah. Keadaanya telah menjadi normal dan mempunyai sikap yang amat positif tentang kehidupan dan masa hadapan walaupun dirinya kini sebagai seorang OKU.
Dengan ini saya mengesyorkan kepada rakan diluar sana jika terdapat keluarga yang mengalami stroke, cuba amalkan apa yang telah dilalui oleh isteri saya, semoga ia daapat mempercepatkan proses pemulihan ingatan dan juga dapat menhilangkan depressi yang biasa dialami oleh pesakit strok.

Di bawah ini saya sertakan kajian saintifik yang dijalankan oleh pengkaji di Univerisiti Malaya sebagai satu bahan yang dapat dirujuk dan bukti bahawa solat dan membaca Al Quran itu dapat menyembuhkan beberapa penyakit yang dialami oleh seseorang.

Bukti Hikmah Solat secara saintifik oleh Universiti Malaya October 21, 2008
Posted by nikmj in islam, news, solat

 
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. 
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. 
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? 
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. 
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. 
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. 
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. 
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. 
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. 
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. 
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. 
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. 
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. 
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. 
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. 
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya. 
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu. 
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. 
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.


Wallahu,alam.