RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday, 22 July 2015

Masalah komunikasi punca cerai

Masalah komunikasi antara pasangan berkahwin dikenalpasti menjadi faktor yang boleh menyebabkan sesebuah rumah tangga yang dibina walaupun atas dasar cinta rapuh sehingga boleh membawa kepada perceraian.

Keadaan itu akan bertambah meruncing jika pasangan yang berkahwin tidak mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk melayari alam berumahtangga.

Kaunselor di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suriani Buang, berkata pasangan yang berkahwin pada usia muda lebih terdedah dengan pelbagai cabaran yang jika tidak diatasi boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk lagi.

Katanya, komunikasi antara lelaki dan wanita sangat mempengaruhi perjalanan sesebuah rumah tangga sama ada akan mewujudkan suasana yang harmoni, gembira atau sebaliknya.

“Komunikasi antara suami dan isteri berbeza kerana golongan suami lebih bersikap rasional berbanding isteri yang lebih emosional.

“Begitupun, kedua-duanya perlu memahami tingkah laku dan perasaan pasangan masing-masing serta bertolak ansur untuk menyelesaikan masalah yang timbul bersama,” katanya mengulas mengenai masalah perceraian yang berlaku ke atas sesebuah perkahwinan dalam tempoh singkat atau kahwin spring ini.

Menurutnya, suami atau isteri perlu memahami sedalam-dalamnya sikap pasangan mereka sebelum berkahwin bagi menyesuaikan diri terutamanya selepas berumahtangga.

Selain itu katanya, masalah seksual juga menjadi antara faktor penyumbang kurangnya persefahaman suami isteri sehingga mengeruhkan suasana dalam rumah tangga.

Suriani berkata, hubungan kelamin suami isteri menjadi salah satu perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh pasangan yang berkahwin tanpa perlu rasa malu untuk membincangkannya.

“Dalam hal ini (hubungan kelamin suami isteri) pasangan tidak perlu malu atau takut untuk mengaku kelemahan atau masalah yang dihadapi kerana jika mendiamkan diri ia tidak akan selesai malah ada yang bertindak memohon perceraian.

“Pasangan tidak perlu khuatir kerana masalah ini boleh diatasi melalui perbincangan sesama mereka atau mendapatkan pandangan pakar supaya ia tidak berlarutan,” katanya.

Dalam melayari rumah tangga katanya, suami atau isteri perlu mempunyai matlamat yang jelas supaya ikatan yang dibina dapat berjalan di landasan yang benar.

Menurutnya, jika sesebuah perkahwinan itu hanya mengikut hawa nafsu semata-semata tanpa melihat ke hadapan, sesuatu pasangan itu tidak dapat menguruskan rumah tangga dengan baik.

Kerana itu katanya, pasangan perlu memahami tanggungjawab serta komitmen yang perlu dilakukan apabila melangkah ke alam perkahwinan.

“Perkahwinan bukan satu perkara mudah kerana banyak perkara perlu dititikberatkan bukan sahaja di dalam keluarga itu sendiri tetapi membabitkan pihak terdekat seperti keluarga mertua, saudara mara dan sebagainya,” katanya.

Suriani berkata masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan baik bukannya mengikut perasaan kerana dalam berumah- tangga pendekatan terbaik hanyalah dengan mengadakan perbincangan.

Sekiranya langkah itu tidak berkesan katanya, pasangan boleh mendapatkan bantuan pihak ketiga seperti kaunselor, keluarga atau rakan-rakan yang boleh memahami seterusnya membantu mengatasi masalah yang timbul.

“Dalam perkahwinan masalah akan ada dan pasangan perlu mengetahui cara atau pendekatan sesuai menghadapinya supaya tidak bertambah rumit.

“Begitupun, apa yang penting pasangan perlu memahami bukan sahaja orang lain tetapi diri sendiri kerana semua yang berlaku adalah bermula dari diri sendiri,” katanya.

Selain itu, Suriani juga meminta pasangan yang belum berumahtangga dapat mewujudkan persefahaman yang jitu agar mereka dapat mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi supaya masalah yang timbul kemudian hari dapat diatasi secara bersama dengan baik.

PUNCA BERLAKUNYA PERKAHWINAN SINGKAT

– Masalah komunikasi
- Tidak mentaati perintah agama
– Tiada persefahaman
– Masalah hubungan seks suami isteri
– Sikap mementingkan diri sendiri
– Pasangan tidak memberikan kerjasama dengan baik
– Menjalin hubungan sulit dengan lelaki atau wanita lain
– Tiada pengetahuan ilmu rumahtangga
– Dipengaruhi pihak ketiga seperti keluarga atau orang berpengaruh
– Tidak bertanggungjawab
– Mengabaikan nafkah isteri dan keluarga
– Menjalinkan hubungan sejenis

CARA UNTUK MENGATASI

_ Solat hajat mohon pertolongan Allah
– Bawa berbincang
– Cuba memahami sikap pasangan masing-masing
– Bertolak ansur, bekerjasama, bantu-membantu
– Meletakkan matlamat mewujudkan perkahwinan yang bahagia
– Membuat persediaan secukupnya: jiwa dan minda sebelum berkahwin
– Dapatkan bantuan pihak lain seperti kaunselor
– Jangan bertindak ikut perasaan sebaliknya berfikir sebelum bertindak
– Pelajari ilmu berumahtangga
– Sabar dan menerima pasangan seadanya
– Amalkan ucapan cinta, terima kasih dan maaf

 Masalah rumah tangga jika berlaku suami adalah pihak yang patut dipersalahkan, ini kerana ketidak cekapan suami dalam mengepalai dan mengurus rumah tangga menyebabkan berlaku krisis rumah tangga dan bila dah parah menjurus kepada percerian.

Islam telah memberi kuasa "talak" kepada suami sebagai peneraju atau pemimpin dalam rumah tangga.. Talak merupakan perkara yang diharuskan tetapi di benci oleh Allah. Ini bermaksud bahawa inya adalah satu tindakan yang terakhir bagi mengatisi krisis dalam sebuah rumah tangga. 

Pengamatan dan penelitian saya mendapati punca utama berlaku krisis rumah tangga adalah kerana kurannya ilmu tentang pengurusan rumah tangga sama ada oleh suami atau isteri. Bila berlaku krisis kecil suami atau isteri dengan tindakan dangkal mereka masing-masing dan cuba menegakkan benang basah, walahal tindakan yang di ambil itu adalah bertentangan dengan panduan yang di tetapkan oleh Islam. Bigitu juga pihak ketiga yang kadangkala terlibat dalam urusan rumah tangga juga tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup. tindakan yang dilakukan lebih kepada kehendak nafsu dan mementingkan ego diri masing-masing.



Wallahualalm/



SUMBER: LAMAN NURANI       ( khairole )

Tuesday, 21 July 2015

ISTERI BOLEH MINTA CERAI ?

Isteri Boleh Minta Cerai

Saya pernah ditanya oleh seorang rakan tentang isteinya minta diceraikan. Katanya dia telah bersabar di atas sikap isterinya itu, tetapi oleh kerana terlampau kerap dia meminta di lepaskan , dia menjai buntu. Untuk itu saya cuba membantunya dengan memberi tulisan Dr MAZA berhubung isu ini. Disini saya kemukakan pendapat Dr MAZA. MINDA TADJID.

Soalan: Saya seorang wanita yang merasa tertipu. Atas cadangan beberapa pihak saya menerima pinangan seorang pemuda. Mereka kata dia seorang yang baik. Kami pun bernikah. Setelah bernikah baru saya tahu dia seorang penagih dadah. Sudah dua kali dia ditahan. Saya tidak sanggup lagi bersuamikan dia. Dia pernah memukul saya. Malu saya di tempat kerja.

Saya ingin minta diceraikan atau kami dipisahkan. Ramai yang beritahu saya berdosa isteri minta cerai. Keluarga dia lebih-lebihan kutuk saya, kata saya isteri yang tidak baik kerana hendak minta cerai. Allah murka kepada isteri seperti saya. Dr, kenapa saya rasa tertindas jadi perempuan dalam agama saya sendiri?

Fazlina, Kuala Terengganu.

Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:

Semoga Allah mengeluarkan puan dari kezaliman manusia. Berikut adalah jawapan saya dalam masalah yang puan kemukakan:

1. Jika benar seperti yang disebutkan, pihak yang memperkenalkan suami puan kepada puan sehingga puan menerima pinangannya itu berdosa kalau mereka tahu dia seorang penagih tetapi tidak memaklumkannya kepada puan. Mereka termasuk dalam golongan yang menipu dan melakukan penyaksian dusta. Dosa keperitan hidup yang puan tanggung akan dikenakan juga kepada mereka atas penipuan tersebut. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memperdaya kami (kaum muslimin) maka dia bukan dalam kalangan kami. Tipu daya dan tipu helah itu dalam neraka” (Riwayat al-Tabarani dan Ibn Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w menyatakan mereka yang menipu orang Islam itu terkeluar dari jalan petunjuk baginda. Bahkan perbuatan itu tempatnya dalam neraka.

2. Seorang muslim hendaklah berlaku jujur apabila ditanya tentang bakal suami atau isteri yang hendak seseorang kahwini. Memberitahu perihal seseorang kepada yang ingin membuat pertimbangan untuk menerima atau menolak pinangan tidak termasuk dalam mengumpat yang diharamkan.
Cumanya, pemberitahuan itu hendaklah sekadar yang diperlukan tanpa berlebihan kepada perkara-perkara yang tiada kaitan. Dalam hadis, apabila Fatimah binti Qais bertanya pendapat Nabi s.a.w mengenai Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan Abu Jahm yang datang meminangnya, Nabi s.a.w menjawab:
“Adapun Abu Jahm dia tidak menurunkan tongkatnya dari bahunya. Sementara Mu’awiyah seorang yang miskin tiada berharta. Kahwinilah Usamah bin Zaid” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w memberitahu perihal Abu Jahm dan Mu’awiyah yang menjadikan tidak sesuai untuk diterima pinangan mereka. Tidak menurunkan tongkat dalam hadis tersebut boleh jadi bermaksud sering bermusafir atau suka memukul wanita. Kemiskinan Mu’awiyah juga dimaklumkan oleh Nabi s.a.w untuk mengelakkan masalah. Bahkan Nabi s.a.w mencadangkan calon lain yang lebih baik.

3. Rumahtangga atau perkahwinan bukanlah penjara seksaan untuk seorang lelaki atau wanita. Ia sepatutnya dibina atas cinta dan kebahagiaan, bukan kebencian dan permusuhan. Jika kebencian dan permusuhan mengambil tempat, maka tiada ertinya lagi untuk sesuatu perkahwinan itu diteruskan. Ia akan lebih mengundang dosa daripada pahala. Ia akan merosakkan jiwa dan ketenteraman perasaan.
Hidup ini bukan sekadar untuk bertarung dengan masalah sebuah rumahtangga semata sehingga melupai tujuan kehidupan yang sebenar. Untuk itu, Islam mensyariatkan talak dan beberapa pintu lain seperti khulu’ dan fasakh untuk memboleh seseorang keluar dari neraka kehidupan dan mencari ketenteraman yang baru. Islam tidak seperti sesetengah agama yang menganggap perkahwinan itu semestinya abadi dan tiada jalan keluar lagi sekalipun terpaksa hidup memamah derita.

4. Pemikiran sesetengah masyarakat Islam bahawa penceraian atau talak itu semua buruk adalah tidak benar. Talak atau cerai adakalanya disuruh oleh al-Quran, jika perkahwinan sudah tidak lagi membawa kebaikan. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik, dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat (hukum) Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan), dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat (sunnah), untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya” (Surah al-Baqarah, ayat 231). (Surah al-Baqarah, ayat 231).
\
Maka talak itu jika membawa kebaikan seperti mengelakkan kezaliman antara suami dan isteri atau anak-anak, maka itu adalah suatu kebaikan. Jika membawa keburukan maka keburukan atau perkara negatif dibenci oleh Allah dan RasulNya. Adapun hadis riwayat Abu Daud:
“Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak” merupakan sebuah hadis yang dhaif atau lemah.(lihat: al-Albani, Irwa al-Ghalil, 7/106, Beirut: al-Maktab al-Islami).
Sementara hadis:
“Kahwinilah dan jangan kamu talak, kerana talak itu menggoncang Arasy” adalah sebuah hadis yang palsu. (lihat: al-Albani, al-Silsilah al-Daifah, 1/278, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif).
Hadis ini amat tidak lojik, bagaimana mungkin Arasy Allah bergegar dengan perceraian seseorang?! Sedangkan Nabi s.a.w sendiri pernah mentalakkan isteri baginda.

5. Wanita juga boleh memohon fasakh (bubar perkahwinan) atau khulu’ (tebus talak) jika dia merasakan suaminya sudah tidak sesuai dengannya dan dia tidak mampu lagi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Isteri Thabit bin Qais pernah datang kepada Rasulullah s.a.d dan mengadu:
“Wahai RasululLah! Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam. Maka RasululLah s.a.w pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebunnya? Jawabnya: “Ya”. Lalu RasululLah bersabda kepada Thabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia” (Riwayat al-Bukhari).
Membenci kekufuran dalam Islam bermaksud penderhakaan terhadap suami yang akhirnya menyerupai kaum yang tidak beriman. Ada juga para ulama yang menafsirkan maksudnya dia terdesak menjadi kufur kerana ingin membebaskan diri dari suami. Kata al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H):
“Sesungguhnya wanita apabila membenci suaminya disebabkan akhlak atau rupa paras atau agama atau usianya yang tua atau lemah atau seumpamanya dan dia takut tidak dapat menunaikan perintah Allah dalam mentaati suami, maka harus baginya untuk khulu’ (tebus talak) dengan bayaran gantian untuk dirinya. Ini berdasarkan firman Allah: (maksudnya): “jika kamu takut keduanya (suami isteri) tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya”(Surah al-Baqarah:229) (Ibn Qudamah, al-Mughni, 10/267, Kaherah: Hijr).


6. Seorang suami yang menagih dadah boleh membahayakan isteri. Sama ada boleh membawa penyakit yang bahaya seperti aids atau mendorong dia berlaku kejam. Kes-kes seperti ini tidak sepatutnya ditangguhkan. Surat bukti sah suami terjebak dengan dadah sepatutnya cukup untuk memboleh perkahwinan dibatalkan oleh pihak kadi atau mahkamah. Ini jika mahkamah mempunyai kesedaran tentang keadilan melebihi kecenderungan mempertahankan kerenah birokrasi.

7. Sebenarnya, banyak perkara yang disebut oleh para ulama yang membolehkan perkahwinan dibatalkan atau dibubarkan (fasakh) apabila berlaku kezaliman kepada isteri. Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan ketika mambahaskan tentang memisahkan (tafriq) suami dan isteri disebabkan mudarat menyebut dua jenis mudarat yang memboleh isteri menuntut untuk dia dipisahkan.
Satunya, mudarat dari segi fizikal seperti suami memukul, atau membuatkan sesuatu yang menyebabkan kecederaan. Kedua, segi jiwa atau psikologi seperti suami memakinya, atau tidak lagi mahu bersetubuh dengannya, atau menengkingnya atau enggan berbicara dengannya. Dr. Zaidan juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir:
“Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat. Ini seperti yang berlaku dalam kalangan mereka yang tidak senonoh. Di samping itu tambahan kepada dipisahkan, dia patut dihukum untuk diadabkannya. Ini seperti jika dia meliwat isteri”. Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh Syei
kh al-Islam Ibn Taimiyyah: “Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (difasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (Dr Zaidan, al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah 8/439. Beirut: Muassasah al-Risalah).


8. Jelas, Islam sama sekali tidak pernah menzalimi wanita. Apa yang berlaku dalam banyak keadaan adalah disebabkan oleh pengurusan sesetengah pihak tentang urusan wanita yang tidak menekan nilai-nilai keadilan, keselamatan wanita, perasaan mereka yang lemah dan seumpamanya. Janganlah disalahkan Islam, sebaliknya lihat keadilan Islam jendela nas-nas yang sahih.

9. Perkara yang terpenting dalam hal puan ini, berdoalah kepada Allah agar dibebaskan diri dari keadaan puan dan diberi gentian suami yang lebih baik dan soleh. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui tentang masa depan seseorang, pohonlah masa depan yang baik daripadaNya.



sumber :













Monday, 20 July 2015

Inilah sebab dan alasan wanita dibolehkan minta cerai

Sebab dan alasan wanita dibolehkan minta cerai

Sesungguhnya tujuan utama dalam pernikahan adalah terbentuknya keluarga yang sakinah, mawadah dan rahmah seperti yang telah diterangkan Allah dalam al Quran Surat Ar Rum 21. Akan tetapi dalam beberapa kondisi dan keadaan, Islam juga telah memberikan solusi dan jalan bagi mereka yang tidak mampu menemukan kebahagiaan dalam berumah tangga dengan cara yang dihalal meskipun hal tersebut dibenci, yaitu cerai. Dalam istilah fiqihnya talak (khusus untuk pihak suami) dan khuluk (bagi sang istri)


Para ulama telah menyebutkan perkara-perkara yang membolehkan seorang wanita meminta khulu' (pisah) dari suaminya.

Diantara perkara-perkara 
yang membolehkan sang istri untuk menggugat cerai tersebut adalah :

1. Apabila suami dengan sengaja dan jelas dalam perbuatan dan tingkah lakunya telah membenci istrinya, namun suami tersebut sengaja tidak mau menceraikan istrinya.

2. Perangai atau sikap seorang suami yang suka mendholimi istrinya, contohnya suami suka menghina istrinya, suka menganiaya, mencaci maki dengan perkataan yang kotor.

3. Seorang suami yang tidak menjalankan kewajiban agamanya, seperti contoh seorang suami yang gemar berbuat dosa, suka minum bir (khomr), suka berjudi, suka berzina (selingkuh), suka meninggalkan solat, dan seterusnya

4. Seorang suami yang tidak melaksanakan hak ataupun kewajibannya terhadap sang istri.
Seperti contoh sang suami tidak mau memberikan nafkah kepada istrinya, tidak mau membelikan kebutuhan (primer) istrinya seperti pakaian, makan dll padahal sang suami mampu untuk membelikannya.

5. Seorang suami yang tidak mampu menggauli istrinya dengan baik, seperti seorang suami yang cacat, tidak mampu memberikan nafkah batin (jimak), atau jika dia seorang yang berpoligami dia tidak adil terhadap istri-istrinya dalam mabit (jatah menginap), atau tidak mau, jarang, enggan untuk memenuhi hasrat seorang istri karena lebih suka kepada yang lainnya.

6. Hilangnya kabar tentang keberadaan sang sang suami, apakah sang suami sudah meninggal atau masih hidup, dan terputusnya kabar tersebut sudah berjalan selama beberapa tahun. Dalam salah satu riwayat dari Umar Radhiyallahu’anhu, kurang lebih 4 tahun.

 ما روي عن عمر رضي الله عنه ، أنه جاءته امرأة فقد زوجها ، فقال: تربصي أربع سنين ، ففعلت ، ثم أتته فقال : تربصي أربعة أشهر وعشراً ، ففعلت ، ثم أتته فقال : أين ولي هذا الرجل؟ فجاؤوا به ، فقال: طلقها ، ففعل ، فقال عمر: تزوجي من شئت . رواه الأثرم والجوزجاني والدارقطني 

Diriwayatkan dari Umar Ra bahwasanya telah datang seorang wanita kepadanya yang kehilangan kabar tentang keberadaan suaminya. Lantas Umar berkata: tunggulah selama empat tahun, dan wanita tersebut melakukannya. Kemudian datang lagi (setelah empat tahun). Umar berkata: tunggulah (masa idah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian wanita tersebut melakukannya. Dan saat datang kembali, Umar berkata: siapakah wali dari lelaki (suami) perempuan ini? kemudian mereka mendatangkan wali tersebut dan Umar berkata: “ceraikanlah dia”, lalu diceraikannya. Lantas Umar berkata kepada wanita tersebut: “Menikahlah (lagi) dengan laki-laki yang kamu kehendaki”.

7. Jika sang istri membenci suaminya bukan karena akhlak yang buruk, dan juga bukan karena agama suami yang buruk. Akan tetapi sang istri tidak bisa mencintai sang suami karena kekurangan pada jasadnya, seperti cacat, atau suami yang buruk rupa. Dan sang wanita khawatir tidak bisa menjalankan kewajibannya sebagai istri sehingga tidak bisa menunaikan hak-hak suaminya dengan baik.

"Bahwasanya istri Tsaabit bin Qois mendatangi Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dan berkata, "Wahai Rasulullah, suamiku Tsaabit bin Qois tidaklah aku mencela akhlaknya dan tidak pula agamanya, akan tetapi aku takut berbuat kekufuran dalam Islam". Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata, "Apakah engkau (bersedia) mengembalikan kebunnya (yang ia berikan sebagai maharmu-pen)?". Maka ia berkata, "Iya". Rasulullah pun berkata kepada Tsaabit, "Terimalah kembali kebun tersebut dan ceraikanlah ia !" (HR Al-Bukhari no 5373)


Wallahu'alam.


Oleh Ust. Abu Syauqie Al Mujaddid. (solusi islam)

Anggaran ‘budget’ untuk perkahwinan


Merancang perbelanjaan  atau bajet untuk perkahwinan adalah satu perkara yang agak memeningkan kepala bagi teruna yang baru memasuki alam pekerjaan dan juga telah mempunyai hasrat untuk berkahwin.  Ini disebabkan pada masa sekarang Majlis Perkahwinan secara pakej memakan belanja yang agak besar sehinggakan menjangkau puluhan ribu ringgit hingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kadangkala bajet majlis perkahwini ini mececah angka jutaan ringgit.
Dalam proses merancang perkahwinan, perbelanjaan atau bajet menjadi perkara utama yang perlu difikirkan. Kalau tak ada duit, macamana nak buat majlis kahwin.  Biasanya, pengantin lelaki lah yang agak pening kepala bila luhfikir pasal bab-bab kawin nie. Mana tidak kerana melibatkan kos puluhan ribu ( jika majlis secara sederhana) dan hingga mencecah ratusan ribu ringgit. Malah ada juga kes-kes tertentu bajet mereka mececah jutaan rfinggi.
Sehubungan itu, bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah itu, si lelaki  hendaklah menabung awal-awal  lagi. Supaya nanti you all tak ler duk berhutang keliling pinggang…:-) Selain tue, semua bakal2 pengantin pun hendaklah membuat anggaran perbelanjaan mereka sendiri supaya senang mereka nak bajet banyak mana duit nak pakai nanti..

Ok, di bawah nie ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat anggaran bajet untuk majlis perkahwinan:

1. Kursus kahwin

Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang nie kos untuk kursus kawin – RM80 (kalu tak silap la).

2. Mas kahwin
                                                                                 
Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan.  Jumlahnya pun berbeza-beza ikut negeri masing2.

3. Wang hantaran

Biasanya ia menjadi punca ‘bebanan’ kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wang hantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua-    dua belah pihak haruslah bertolak-ansur dan hendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu…. bak kata pepatah, ‘ukurla baju di badan  sendiri’…

4. Upah juru nikah atau tok kadi

Korang jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak ler mahal sangat.. biasanya dalam RM80++…  depends kepada negeri masing2 la.

5. Barang hantaran

Barang hantaran nie kadang2  akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2 berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlah berpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan!

6. Gubahan hantaran

Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi dengan barang2 hantaran yang digubah indah! Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantaran tue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupah orang luar untuk menghias barang2 hantaran tue.

7.  Cincin atau barang kemas yang lain

Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama!  Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yang perlu dibuat  sebelum anda bergelar suami isteri!

8. Pelamin

Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all depends kepada style dan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend, mahal la sikit harganya. Kalau yang dah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 la…yang confirm nya, korang hanya akan gunakan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar … so, pikir2 la yer…

Cun tak pelamin nie...?
Cun tak pelamin nie...?
9. Baju pengantin

Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue, tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup! Boleh cut cost sikit.  Maklumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya baju pengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..

10.  Kad kahwin

Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook, ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi la…Tepuk dada, tanya selera masing2…:-) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak,  bergantung kepada spesifikasi dan design sesuatu kad tue. Sebelum pilih kad     kawin, elok la jika korang survey2 dulu… sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kos yang lebih murah!

Kad jemputan kahwin jenis notebook...?
Kad jemputan kahwin jenis notebook...?
11. Kenduri / jamuan

Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa.   Si dia nie akan arahkan segala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak     yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam, beras, dsb. lagi. Memang  confirm korang tak yah pikir2 lagi bab nie…hanya keluar duitnya sajer…:-) Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh jimatla sikit… Cuma jangan lupa untuk bagi sikit ‘saguhati’ pada mereka yang telah menyumbangkan bakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer.  Semernya fully complete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlis selesai… kan senang tu…?

12. Khemah dan kelengkapan lain

Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yang berbentuk gazebo, pyramid, arabian dsb. Dan ada  jugak yang simple jer … Harga canopy nie yang paling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanya kalu ambik pakej canopy, ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop, meja, kerusi, lampu dll. Again, it’s all depends on the budget at hand….

13.  Juru gambar

Tak salah jika korang ‘berhabis’ sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional, berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untuk khidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++.

14. Hiburan

Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya untuk hiburan semata2… kalu takder pun orang tak marah…ikut suka ati korang la nak buat ke tak… Yang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la…

15. Honeymoon

Haa…nie pun termasuk dalam bajet kawin:-) Biasanya lepas kawin, it’s time for honeymoon la plak…:-) Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbb diorang busy atau kekurangan ‘modal’. Actually korang bleh jer pilih mana2 tarikh yang sesuai untuk berbulan madu. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic seperti Cameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mesti nak pi Paris la, Switzerland la, Canada la… :-)

Ok la, artikel nie bukan untuk mengejutkan atau membebankan bakal pengantin semer… Cuma sekadar nak bagi gambaran tentang apa yang perlu dibuat dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk sesebuah majlis perkahwinan. Actually, bukan semer perkara di atas yang kena dibuat. Yang pentingnya, rancanglah dengan baik dan jangan membazir, ok…Good luck



Sumber :  Mdm Cupid

Perkahwinan Paling Berkat Adalah Paling Murah Belanjanya (Ustaz Azhar Idrus).


Sekarang ini musim kenduri kahwin di sana sini, semua pihak yang  terlibat baik ibu bapa, pengantin lelaki dan perempuan sibok dengan pelbagai persiapan untuk mengadakan Majlis perkahwinan. Wang ringgit dan masa banyak digunakan untuk menyempurnakan Majlis Raja Sehari. Perbelanjaan untuk majlis ini melibatkan puluhan ribu hingga ke ratusan ribu ringgit.

Betapa mahalnya untuk mengadakan satu majlis perkahwinan pada zaman sekarang. Purata 'belanja hangus' buat kenduri sahaja perlu ada kira-kira RM20 000. Itu paling kurang.

Jika lelaki, belum termasuk belanja duit hantaran yang diminta pihak perempuan dan persediaan pindah ke rumah baru. Congak-congak, keseluruhan majlis & urusan kahwin boleh mencecah sehingga RM40 000 (ada yang jauh lebih tinggi). Seorang kawan perempuan mencelah, "patutla, ramai lelaki tidak berani nak komit kahwin..." (Ini kena tanya orang lelaki).

Sedihnya, kesan dari belanja kahwin yang semakin meningkat menyebabkan ramai pasangan muda berkahwin dengan membuat pinjaman peribadi. Walaupun, tiada statistik rasmi, saya percaya, anda kenal seorang atau dua kawan-kawan yang pernah membuat pinjaman peribadi (atau anda sendiri) bagi urusan perkahwinan. Mari kita cuba fahami mengapa pasangan (terutama lelaki) perlu meminjam untuk berkahwin...

Nilai hantaran yang diminta pihak perempuan tinggi antara RM10,000 ke RM30,000

Kos membuat sekurang-kurangnya satu majlis kahwin tinggi antara RM7500 ke RM12500 (anggaran RM25 per pax)

Urusan pindah rumah & deposit sewa semakin tinggi antara RM2000 ke RM6000

Katakanlah Mamat & Minah yang baru habis belajar di universiti mahu terus mengikat perkahwinan dan mereka mahu membuat majlis yang sederhana tetapi meriah. Minah yang baru Ijazah Kelas Pertama ingin membantu Mamat dengan hanya meletakkan hantaran bernilai RM5000 dengan membuat hanya satu majlis perkahwinan untuk mereka berdua. Dijangka 500 orang sanak saudara & kawan-kawan akan hadir. Kemudian, urusan pindah rumah dan membeli serba sedikit perabot mungkin sekitar RM2000. Bajet keseluruhan majlis dianggarkan RM19,500 (RM5000 + RM12500 + RM2000).

Saya dapat bayangkan si Mamat akan mula mencongak belanja kahwinnya RM19500. "Kat mana aku nak cari duit sebanyak itu? Aku pun belum kerja lagi...".

Selalunya, 2 perkara yang terlintas di benak si Mamat

"Aku boleh kerja dulu dan simpan setiap bulan. Kalau gaji aku RM2000, tiap-tiap bulan, aku simpan separuh. Dalam tempoh 20 bulan atau lagi 2 tahun, boleh la aku kahwin" atau...

"hish... aku dah sayang sangat pada si Minah, pinjam bank je la"

Keputusan ini sebenarnya, Mamat tidak perlu fikir seorang diri. Bincang dengan keluarga. Dan, berbincanglah dengan Minah. Kasih sayang dalam perkahwinan adalah kombinasi komunikasi, sakinah, mawardah dan warahmah. Mendapat keberkatan dalam sesebuah perkahwinan adalah jauh lebih penting dari mengadakan kenduri besar-besaran yang berlandaskan hutang.

Satu paradigma harus diubah di dalam masyarakat supaya tidak meletakkan 'piawaian saiz perkahwinan'. Besar kecil sesuatu majlis perkahwinan mestilah berdasarkan kemampuan. Jika bajet kecil, tidak perlu hidangkan nasi beriani, cukuplah sekadar hi-tea. Majlis perkahwinan adalah majlis resepsi untuk sanak saudara & kawan-kawan berkenalan mesra dengan teman hidup anda. Cadangan saya, anda dan pasangan boleh cuba untuk memikirkan kaedah kreatif yang tidak memerlukan banyak modal untuk satu majlis perkahwinan.

Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...

Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".

hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan

janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan

muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan

jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang

belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.

Sebagai ibu bapa yang bertanggung jawab kita semua perlu bertanggung jawab untuk mengubah budaya yang kurang sihat ini. Kita perlu kembali kepada ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw yang mengajurkan supaya di permudahkan urusan perkawhinan. Oleh itu ambil sikap untuk permudahkan urusan perkahwinan anak, bukanya untuk menunjukkan kepada orang siapa yang lebih mahal maskahwin dan besar majlis perkahwinan.

Yang penting urusan perkahwian di permudahkan dan membelanja untuknya berdasarkan kemampuan pasangan yang akan berkahwin. Janganlah kita bermegah-megah dengan Majlis Perkahwinan yang mahal dan grand, sedangkan selepas majlis perkahwinan anak menantu yang sakit kepala untuk membayar hutang keliling pinggang. Ini menyebabkan suasana hubungan suami isteri dalam keadaan stress, silap bari bulan rumah tangga berkecai dek bebanan suami menaggung hutang.

Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak cabaran yang mendatang dalam melayari bahtera rumah tangga

Wallahu’alam.


Sumber : bicara alam maya

Sunday, 19 July 2015

Hukuman Bagi Orang Yang Memutuskan Tali Silaturahmi


  • Menurut Rasulullah SAW, Allah SWT akan melapangkan rezeki orang yang suka menyambung tali silaturahim. Allah juga akan memanjangkan umur kepadanya .
  • Imam Ali as. meriwayatkan dalam sebuah hadist, “Barangsiapa yang mengambil tanggung jawab atas suatu perkara, aku akan menjamin baginya empat perkara. Barangsiapa bersilaturahim, umurnya akan dipanjangkan, kawan-kawannya akan cinta kepadanya, rezekinya akan dipalangkan, dan ia aman masuk ke dalam surga. (Kanzul ‘Ummal). ''Juga Muhammad Baqir as. pernah mendapat wasiat dari ayahnya (Imam Zainul Abidin, as). Ia (kata Baqir) telah berwasiat kepadaku, “Janganlah duduk bersama lima jenis manusia. Jangan berbicara kepada mereka, bahkan jangan berjalan bersama mereka, meskipun tidak disengaja.
  •  Pertama, Orang Fasik. Karena ia akan menjualmu hanya untuk sesuap makanan. >
  • Kedua, Orang Bakhil. Karena ia akan memutuskan hubungan di saat kita kita memerlukan.>
  • Ketiga, Pembohong. Karena ia akan menipumu. Karena ia akan senantiasa menipumu.>
  • Keempat, Orang Bodoh. Karena ia berkeinginan memberikan manfaat bagimu, namun karena kebodohannya, ia jutru merugikanmu.>
  • Kelima, Orang yang memutuskan tali silaturahim. Karenanya, janganlah berdekatan dengannya”.
  • Memutus tali silaturahim adalah sesuatu yang dilarang oleh agama Islam. Dalam Q.S an-Nisa’: 1, Allah berfirman, “Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-namaNya, kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturahim.”
  • Dalam kitab Ahkam al-Qur’an-nya, Ibnu al-Arabi menafsirkan ayat ini dengan: "Takutlah kepada Allah untuk berdosa kepada-Nya dan takutlah untuk memutus tali silaturahim".
  •  Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. berkata, ketika petang hari pada hari Arafah, pada waktu kami duduk mengelilingi Rasulullah saw, tiba-tiba beliau bersabda, “Jika di majelis ini ada orang yang memutuskan silaturahim, silahkan berdiri, jangan duduk bersama kami.”
  • Dan ketika itu, diantara yang hadir hanya ada satu yang berdiri, dan itupun duduk di kejauhan. Dan dalam waktu yang tidak lama, ia kemudian duduk kembali. Rasulullah bertanya kepadanya,”Karena diantara yang hadir hanya kamu yang berdiri, dan kemudian kamu datang dan duduk kembali, apa sesungguhnya yang terjadi? Ia kemudian berkata, “Begitu mendengar sabda Engkau, saya segera menemui bibi saya yang telah memutuskan silaturahim dengan saya. Karena kedatangan saya tersebut, ia berkata, “Untuk apa kamu datang, tidak seperti biasanya kamu datang kemari.” Lalu saya menyampaikan apa yang telah Engkau sabdakan. Kemudian ia memintakan ampunan untuk saya, dan saya meminta ampunan untuknya (setelah kami berdamai, lalu saya datang lagi ke sini).Lalu...Rasulullah bersabda, “Kamu telah melakukan perbuatan yang baik, duduklah, rahmat Allah tidak akan turun ke atas suatu kaum jika di dalamnya ada orang yang memutuskan silaturahim.” Rasulullah pernah bersabda,”Tidak ada satu kebaikanpun yang pahalanya lebih cepat diperoleh daripada silaturahim, dan tidak aka satu dosapun yang adzabnya lebih cepat diperoleh di dunia, disamping akan diperoleh di akherat, melebihi kezaliman dan memutuskan tali silaturahim.”
  • Dalam sebuah riwayat lain, dari Anas r.a, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dilamakan bekas telapak kakinya (dipanjangkan umurnya), hendaknya ia menyambung tali silaturahim.
  •  Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan akan ke surga". Rasulullah menjawab; "Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahim". (HR. Bukhari).Dan yang terakhir, Rasulullah pernah berkata pada sahabat Abu Bakar ash-Shiddiq r.a bahwa tiga perkara berikut ini benar adanya.
Pertama, barangsiapa yang dizalimi kemudian ia memaafkan, maka kemuliannya akan bertambah.

Kedua, barang siapa yang meminta-minta untuk meningkatkan hartanya, maka hartanya akan berkurang.
  • Ketiga, barangsiapa yang membuka pintu pemberian dan silaturahim, maka hartanya kan bertambah.Al-Qurthubi mengatakan, "Seluruh agama sepakat bahwa menyambung silaturahim wajib dan memutuskannya diharamkan".

  • Ibnu Abidin al-Hanafi mengatakan;"Menyambung silaturahim wajib meskipun hanya dengan mengucapkan salam, memberi hadiah, memberi pertolongan, duduk bareng, ngobrol, bersikap ramah dan berbuat baik.

  • Kalau seseorang yang hendak disilaturahim berada di lain tempat cukup dengan berkirim surat, namun lebih afdol kalau ia bisa berkunjung ke tempat tinggalnya". Orang yang menyambung silaturahim akan mendapat balasan di dunia berupa:

1. Mendapatkan ridho Allah SWT.

2. Membuat orang yang dikunjungi berbahagia. Hal ini amat sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, “Amal
yang paling utama adalah membuat seseorang berbahagia.”

3. Menyenangkan malaikat, karena malaikat juga sangat senang bersilaturahmi.

4. Disenangi oleh manusia.

5. Membuat iblis dan setan marah.

6. Memanjangkan usia.

7. Menambah banyak dan berkat rezekinya.

8. Membuat senang orang yang telah wafat. Sebenarnya mereka itu tahu keadaan kita yang masih hidup, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka merasa bahagia jika keluarga yang ditinggalkannya tetap menjalin hubungan baik.

9. Memupuk rasa cinta kasih terhadap sesama insan, meningkatkan rasa kebersamaan dan rasa kekeluargaan, mempererat dan memperkuat tali persaudaraan dan persahabatan.

10. Menambah pahala setelah kematiannya, karena kebaikannya (dalam hal ini, suka bersilaturahim) akan selalu dikenang sehingga membuat orang lain selalu mendoakannya.

Dengan saliturahin yang jitu ddan kukuh akan menguatkan umat Islam dalam menangani segala penghkianatan
yang dilakukan oleh kaum kuffar yang cuba memburukkan imej Islam di akhir zaman ini.

Wallhu’alm.


Sumber: celotehanku

KEMAAFAN dalam realiti kehidupan

Memberi kemaafan……..sejauhmana kemampuan kita ?

Jika kita di fitnah, ianya amat memilukan hati dan satu pengalaman yang amat memalukan. Sebagai seorang yang beriman kita perlu banyk bersabar dalam situasi sebegini kerana semua perkar yang berlaku kepada kita adalaj ketentuan Allah. Mungkin kita sedang di uji keimanan dan ketaqwaan. Subahannallah…

Salah satu sifat takwa adalah sifat pemaaf, iaitu memaafkan orang lain, bukan meminta maaf. Firman-Nya: Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (QS. Ali Imran/3: 133-134).

Jika dibandingkan antara memaafkan dengan meminta maaf, tentu jauh lebih sukar memaafkan. Namun, tidak sedikit di antara kita yang lebih menuntut orang lain meminta maaf, bahkan jika perlu minta maaf secara terbuka kepada umum. Padahal meminta maaf merupakan sikap yang sangat wajar dilakukan oleh orang yang telah melakukan kesalahan. Sementara memaafkan merupakan sikap yang amat sukar dilakukan, terlebih kepada orang yang jelas melakukan penganiayaan dan ada kesempatan untuk membalasnya melalui undang-undang atau cara lainnya.

Dalam hukum Islam, dikenal istilah qishas, artinya mengambil pembalasan yang sama. Namun al-Qur’an tetap menuntut kita untuk memaafkan sehingga ampunan dan rahmat Allah senantiasa dilimpahkan (Qs. Al-Baqarah/2 : 178 dan Al-Ma’idah/5: 45). Dalam Q.S. Asy-Syura: 40 Allah juga berfirman: “…Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.”

Selain adanya peluang untuk membalas orang yang telah melakukan kezhaliman, Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis juga menjelaskan bahwa salah satu di antara doa yang mudah dikabulkan oleh Allah adalah doa orang yang dizalimi. Akan tetapi di hadis yang lain, Nabi malah menegaskan bahwa salah satu akhlak yang paling terpuji adalah memaafkan orang yang telah menzhalimi (wa ta’fu ‘ amman zhalamaka). Dari Uqbah bin Amir, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika kuberitahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu.” (HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).

Dengan demikian, sikap memaafkan akan terasa sukar mengingat adanya peluang diberikan dalam Islam untuk “membalas” perbuatan orang yang bersalah. Akan tetapi, dengan kesukaran ini, balasan yang diberikan Allah kepada orang yang mampu melakukannya tentu jauh lebih mulia dan berharga, salah satu di antaranya adalah mengantarkan seseorang kepada derajat taqwa sebagaimana yang telah disinggung di atas.

Meskipun sikap memaafkan terasa sukar, tetapi tidak pula mustahil dilakukan. Memaafkan sesama manusia justeru akan terasa mudah dilakukan dengan kesedaran iman dan memahami hakikat manusia yang sesungguhnya.

Dengan iman yang benar, seseorang akan mengenal Allah dengan sifat dan nama-nama-Nya yang indah lagi mulia. Salah satu di antara nama-Nya dalam asma’ul husna adalah “al-‘Afuwwu”, artinya Maha Pemaaf. Sementara Nabi menuntun kita untuk meneladani nama-nama Allah tersebut sesuai dengan batas kemampuan yang dimiliki oleh manusia. Jika Allah memaafkan para hamba-Nya yang kerap melakukan kesalahan, maka manusia pun seyogyanya ikhlas memaafkan sesamanya, meskipun ia tidak pernah menyatakan permintaan maaf.

Kemudian, sifat pemaaf juga akan terasa mudah dilakukan dengan memahami hakikat manusia sebagai makhluk yang memiliki kelebihan sekaligus kekurangan. Oleh karenanya manusia acap kali melakukan kesalahan. Mengenai hal ini, Rasul menegaskan bahwa “Setiap manusia itu pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” Jadi manusia yang baik bukanlah tidak pernah melakukan kesalahan, akan tetapi mereka yang bersalah dan bersegera bertaubat atas kesalahan yang dilakukan.

Kerana setiap manusia bersalah, maka orang yang merasa teraniaya pun sebenarnya peenah melakukan kesalahan. Dengan demikian, jika orang lain melakukan kesalahan kepada kita maka hendaklah kita mengingat kembali kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Lalu cuba rasakan bagaimana seandainya kesalahan kita tersebut tidak dimaafkan oleh orang lain?

Jika direnungkan, dalam kehidupan ini banyak hal yang menunjukkan adanya hubungan sebab-akibat (causality), termasuk dalam interaksi sosial, seperti: orang yang baik akan mendapat pujian; orang yang berbuat jahat akan dibenci orang; orang yang mudah menghormati akan mudah pula dihormati orang lain. Hanya saja, sebab-akibat tersebut tidak harus bersifat kontan (cash), tetapi boleh berganti dengan yang lain. Dalam hal menolong, misalnya, Nabi SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah akan menolong hamba-Nya selagi hamba itu mau menolong orang lain”. Hadis ini menunjukkan bahwa jika kita menolong orang, Allah akan membalas dengan pertolongan Allah. Pertolongan Allah itu boleh melalui berbagai hal, boleh jadi langsung dari orang yang pernah kita tolong, tetapi boleh pula dari orang lain yang malah tidak kita kenal.
Demikian pula dalam hal memaafkan. Ketika kita sanggup memaafkan orang lain dengan hati tulus, maka insya’ Allah kita akan memperoleh maaf dari orang lain pula atas kesalahan yang pernah kita lakukan. Agaknya perlu kita merenungkan pernyataan ahli hikmah: “Ingatlah dua hal dan lupakan pula dua hal. Pertama, ingatlah kebaikan orang lain kepadamu dan lupakanlah kebaikanmu pada orang lain; kedua, ingatlah kesalahanmu kepada orang lain dan lupakanlah kesalahan orang lain kepadamu.”
Jika saja kita memaafkan sesama manusia, maka ketenangan batin nescaya akan diperolehi. Sebab secara psikologi, orang yang tidak boleh memaafkan akan mengidap penyakit benci bahkan dendam. Sementara rasa benci dan dendam akan mengganggu kesihatan mental seseorang sehingga dapat menimbulkan berbagai penyakit kejiwaan bahkan boleh berpengaruh pula terhadap kesihatan fisikal. Secara sosial, orang yang sukar memaafkan akan memperhambat terjalinnya persaudaraan yang erat menuju persatuan dan kesatuan masyarakat yang kuat.

Dengan demikian, sifat memaafkan juga boleh mempererat persaudaraan sehingga terwujud persatuan dan kekuatan umat. Hal ini pula yang pernah dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW dalam penaklukan kota Mekah (Fathu Makkah). Di masa Nabi bersama para sahabat berbondong-bondong memasuki kota Mekah untuk menunaikan ibadah haji sekaligus membersihkan Ka’bah dari berhala-berhala, orang-orang kafir Quraisy malah ketakutan karena menganggap Nabi datang membalas dendam. Namun, apa yang dilakukan oleh Nabi jauh dari dugaan mereka. Nabi malah memaafkan mereka sehingga mengetuk hati sebagian di antara mereka untuk memeluk ajaran Islam. Sejak peristiwa itu pula, Mekah dikuasai oleh umat Islam sehingga terpeliharalah Ka’bah dari pemberhalaan kaum Jahiliyah hingga masa ini.

Begitu besarnya manfaat sifat pemaaf, maka setiap muslim yang menginginkan kemuliaan dengan derajat taqwa mesti membiasakan diri untuk mudah memaafkan sesamanya. Baginya tidak ada kata “tiada maaf bagimu”. Ingatlah, orang yang sukar memaafkan tidak akan memperoleh kemuliaan justru malah ketidaktenangan karena diliputi rasa kebencian. Sebaliknya, orang yang tulus memaafkan akan memperoleh kemuliaan, terhindar dari rasa kesal dan sesal, dan yang terpenting menjadi aset untuk meraih kedudukan taqwa.

Realiti kehidupan kita memang agak sukar untuk memberi kemafahan, dan kebiasaannya bila kita berniat hendak memberi kemaaran akan ada hasutan dari syaitan supaya menegakkan kebenaran dan keegoan diri kita. Walahal itu semua adalah aspek yang akan menjauhkan diri kepada sifat taqwa. Oleh itu kita perlu mendidik hati naluri kita bagi membuang sifat ego dan sentiasa memberi kemafaan kepada orang lain. Jika ini dapat dilakukan kita dapat hidup dengan ketenangan dan memperolehi kesihatan mental dan fizikal. Yang lebih peting kita akan memperolehi paha yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang memberi kemaafran.


Wallahu’alam.

DISKUSI BUKU "BERCINTA SAMPAI SYURGA" DI MADINAH RAMADAN , STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV, 12 JULAI 2015.



 Displaying 20150711_180801.jpg

Displaying 20150711_175601.jpg

Pada 12 Julai 2015 lepas telah di adakan program Diskusi Buku yang di anjurkan Bahagian Dakwah, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandarya Islam.

Saya telah diminta memberi kupusan berhubung dengan buku  pertama saya "BERCINTA SAMPAI SYURGA"

Peserta terdiri daripada NGO dan para pengunjung Bazar Ramadan dan muslim / muslimat yang menghadiri Majlis Iftar di Madinah Ramadan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar......




Tanggungjawab anak terhadap ibubapa


Di zaman mutakhir ini kita sering mendengar keluhan ibu dan  bapa tentang betapa anak mereka yang tidak bertanggung jawab dengan meletakkan ibu bapa mereka di rumah orang tua tanpa menjengok mereka beberapa bulan lamanya. Kelakuan sebagini adalah tersasar juh dari apa yang diajar oleh agama Islam. Yang meletakkan peranan utama anak-anak adalah menjaga kedua ibu bapa setelah mereka tua.
Berbuat baik kepada kedua ibubapa merupakan ibadat yang wajib dan kedua besarnya atau mulianya selain dari menyembah Allah swt. dari segi ajaran agama Islam yang merupakan perintah secara langsung dari Allah swt. . Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amal yang paling tinggi darjatnya setelah mentahuidkan Allah swt dan menjauhi daripada menyegutukanNya . Jika kita melanggar kewajipan berbuat baik terhadap keduanya, maka kita telah melakukan dosa kerana perintah Allah swt.tidak kita lakukan. Menjadikan kita sebagai insan yang engkar perentah Allah dan akan di azab di akhirat kelak.

Firman Allah swt dalam, Surah Al Isra': 23-24

Maksudnya,: "Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyangembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu mmbentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecii."

Hadis Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:

Seorang leleki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baikaku dampingi?"

Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepasa itu siapa?" Rasulullah saw menjawab Bapa kamu".
Mengapa perlunya supaya lebih menyangi ibu kita daripada bapa?. Sebabnya ialah kerana besarnya jasa serta pengorbanan seorang ibu itu terhadap anaknya. Ibulah yang mengandungkan bayi, melahirkan, menyusu, mengasuh, membesarkan hingga mendidik dan dicukupi segala keperluan kita dengan secara ikhlas. Betapa besarnya jasa yang dapat kita berikan kepada ibu kita, namun belum tentu kita dapat menyamai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu.!

Dalam satu maksud hadis yang lain, ' Kerana ibumu memelihara kamu dan ia suka kamu panjang umur, sedang kamu memelihara dia tetapi kamu inginkan dia segera mati".

Pengajarannya:

1. Anak-anak hendaklah menghormati kedua ibu bapa, sejajar dengan pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibupapa mereka semasa mereka kecil lagi.Kita juga diperintahkan supaya taat kepada perintah Allah dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Anak-anak adalah diwajibkan mentaati arahan kedua ibubapanya aslakan arahan itu tidak bertentangan dengan hukum-hukum syarak.

3. Al -Quran dan sunnah memerintahkan mereka supaya berlaku baik ketika berhadapan dan berhubung dengan mereka seperti tidak bercakap kasar atau menggunakan perkataan seperti "Ah", apabila berbicara dengan mereka.

4. Nabi saw juga mengajar kita supaya anak mengasihi ibu lebih dari bapa kerana pengorbanan seorang ibu yang megandung serta melahir dan mengasuh anak lebih darpada bapa sehingga menjadi dewasa.

5. Setelah ibubapa lanjut umur atau sudah peringkat tua, anak-anak hendaklah juga melindungi mereka mengikut keperluan dari segi perhatian terhadap mereka terutama sekirnya mereka kurang berada, uzur dan seumpamanya. Hubungkan silaturrahim dengan mereka dan tunjukkan yang kita terhutang budi kepada mereka dan mengamalkan amalan masyarakat penyayang.

6. Pada setiap masa kita hendaklabh mendoakan mereka sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia khususnya selepas solah dengan doa. ( Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya sebagaimana mereka kedua telah mendidik aku waktu lecil)

7. Jauhkan diri kita bersikap kurang sopan, berkelakuan yang menyinggung perasaan dan berlaku durhaka terhadap mereka, kerana seseorang anak yang durhaka itu tidak akan mencium bau syurga.

Menghormat kedua ibubapa sesuai engan jasa serta pengorbanan mereka melahir dan mendidikn kita sehingga dapat menikmati hidup di dunia walaupun sementara dan kemudian nya akan dapat hidup semula di akhirat dengan balasan syurga jika kita mentaati perintah-perintah yang disyariatkan kepada kita. Sifat kasih sayanga terhadap kita merupakan sifat semula jadi yang ditanamkan oleh Allah swt di dalam jiwa mereka. Di atas pengorbanan ynag besar mereka lakuikan, maka sebab itulah kita diwajibkan supaya berbuat baik terhadap mereka.

Berbuat baik terhadap kedua ibubapa meliputi bidang yang luas. Secara umumnya ialah anak-anak perlu menunaikan apa yang dianggap baik terhadap mereka berdua berpandukan ajaran Islam. Rasulullah saw pernah besabda":

1. " Berbakti kepada kedua ibubapa lebih utama dri solat, sedekah, puasa, haji dan jihad di jalan Allah".

2. "Apabila seorang lelaki memandang wajah ibu bapanya dengan penuh hormat serta kasih dan mesra, mak Allah menuliskan baginya dari sebab memandang itu pahala sebesar ibadat Haji yang makbul dan diterima Allah".

3. "Keredhaan Allah di dalam keredhaan orang tua dan kebencian Allah di dalam kebencian orang tua"

(Hadis ini memberi maksud supaya kita sentiasa berusaha menyukakan hati kedua ibubapa kita dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kemarahan atau berkecil hati disebabkan perbuatan yang dilakukan terhadapnya. Kerana seperti hadis Nabi di atas, terang sekali bahawa Allah swt sentiasa gembira dan murka di samping kegembiraan dan kemarahan orang tua kita.)

Menurut ajaran agama kita antara ibu dan bapa, pihak ibulah yang patut kita utamakan lebih dari pahak bapa. Sabda Rasulullah saw.

5. "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu"

6. "Orang yang palin tinggi haknya kepada anak ialah ibu"

7. " Jika ibu dan bapamu memanggil kamu datanglah lebih dahulu kepada ibumu".


Begitulah besar dan mulianya kita taat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa kita dengan mendatangkan pahala yang besar dan bahkan kita juga mendapat pelbagai ganjaran anatra lain:

1.Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amalan yang amat disukai Allah swt, yanag menyamai pahala jihad di jalan allah.

2. Memuliakan kedua ibubapa menjadi jamina dan syarat bagi kita memasuki syurga.

3. Memuliakan kedu ibu bapa menyamai pahala haji dan umrah.

4. memulikan kedua ibubapa menghasilkan keredhaan llah swt.

5. memulikana kedua ibubapa menambahkan umur yanh berkat dan memberkatkan harta dan rezeki.

6. Memuliakan kedua ibubapa akan menyebabkan kita peroleh anak-anak yang soleh dan tahu berbakti kepada kita..

Marilah kita semua  mengambil tanggung jawab untuk menjaga kedua ibu bapa dengan sempurna sepertimana yang telah di gariskan oleh syariat Islam. Ingatlah bahawa Allah telah memberi ingtan kepada kita bahawa sebanyak mana sekalipun amal ibadat yang dilakukan, tetapi dalam masa yang sama kita abaikan tanggung jawab terhadap ibu bapa kita, menyebabkan mereka berdukacita dan tidak memberi keredaan kepada kita, maka di akhirat kelak kita tidak akan dapat masuk syurga kerana setiap orang mukmin akan di masukkan ke dalam syurga dengan restu ibu bapa mereka.


Wallahualam.