MENGHAYATI WASIAT RASULULLAH S.A.W.
Marilah kita renugkan hadis Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:
“ Dari Ibnu Abas r.a., Ia berkata pada suatu hari aku berada
di belakang Rasulullah s.a.w. kemudian beliau bersabda ; “ Hai anak muda !
Jagalah batas-batas Allah pasti Dia akan menjagamu, jagalah batas-batas Allah
pasti kamu akan mendapati (pertolongan) dihadapan mu, dan apabila kamu meminta kepada Allah dan jika kamu meminta pertolongan-Nya, maka
mintalah pertolongan daripada
Allah”. (HR Iman Tarmizi dan Ibu Abas r.a.)
Allah”. (HR Iman Tarmizi dan Ibu Abas r.a.)
Hadis ini mengandungi wasiat-wasiat yang penting dan
sekurang-kurangnya ada tiga hal yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan
kita setiap hari”.
Pertama:
Jagalah hudud (batas-batas) Allah, nescaya Dia akan menjaga
mu. Yang dimaksudkan menjaga hudud Allah ialah berusaha mengerjakan apa sahaja
yang diperintahkan Allah dan menjauhi dari apa sahaja yang dilarang, serta
berusaha sungguh-sungguh untuk menegakkan dan membila agama-Nya dari sebarang gangguan dan tipudaya musuh-musuh Islam.
Sekiranya kita sudah
melaksanakan yang demikian ( menjaga hudud) maka Allah memberikan jaminan-Nya,
Dia akan menjaga kita dari sebarang keburuka di dunia, dari segala pujukan
syaitan yang sentiasa berusaha menjerumuskan manusia kelembah kejahatan.
Selain daripada itu,
kita akan mendapat pertolongan Allah dan akan meneguhkan pendirian kita
sehinggalah kita mampu bersikap istiqamah dalam kehidupan ini, hal ini selari
dengan janji Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah
nescaya Allah membila kamu ( untuk mencapai kemenangan). Dan meneguhkan tapak
pendirian kamu” ( Surah Muhammad : ayat
5).
Seorang mukmin yang berkeyakinan tegoh dan istiqamah akan
mendapat ketenangan atau ketenteraman dan “Sakinah” dan sebaliknya seseorang mukmin
yang tidak berkeyakinan teguh akan mengalami kegoncangan jiwa bila dia mendapat
cubaan dalam kehidupan didunia ini.
Kedua:
Dan apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah. Dalam al
Quran surah Al Baqarah ayat 18 Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu mengenai Aku
maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa menghampiri mu
(kepada mereka), Aku perkenan permohonan orang-orang yang berdoa apabila ia
berdoa kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan KU (dengan memenuhi
perintah Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku supaya mereka menjadi baik
serta betul”.
Demikianlah sifat Allah yang
diterangkan dalam Al Quran. Allah itu sangat dekat dengan hambanya,
bahkan lebih dekat dari urat lehir mereka sendiri. (surah Kaf: ayat 12). “ Dan
dia akan memakbulkan doa-doa bagi orang yang berdoa kepada-Nya dengan syarat
mereka selalu memenuhi segala perintah Alah dan beriman kepadanya.
Allah yang bersifat Rahman dan Rahim sangan mencintai
orang-orang yang selslu meminta kurnia-Nya. Dan sebalikan Allah akan sangat
marah kepada orang yang tidak mahu meminta pertolongan-Nya.
Wallahualam.
Suber: MAIK.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.