SOALAN LAZIM BERKAITAN DENGAN IBADAH KORBAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah korban?
- Korban dalam bahasa Arab disebut al-udhhiyah, iaitu
binatang yang disembelih pada waktu Dhuha.
Manakala penertiannya dari segi hukum syara’ ialah
binatang ternakan (na’am) seperti kambing, lembu atau kerbau yang disembelih
pada Hari Raya Aidil Adha atau pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)
dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah.
2. Apakah hukum melakukan ibadah korban?
- Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Aidil
Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat
Kifayah(sunat yang dituntut) dan jikalau meninggalkannya adalah makruh.
Allah
S.W.T berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. Surah al-Kautsar (2):
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidil Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. Surah al-Kautsar (2):
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidil Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
3. Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban?
- Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat seperti di atas
tersebut seperti berikut:
“Jadikanlah
solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan
kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah
hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang
telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”.
4. Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
- Ibadah korban merupakan ibadah yang mendapat ganjaran
yang amat besar disisi Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.
5. Apakah hikmah melakukan ibadah korban?
- ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang
mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi
Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada
peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;
1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
6. Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan
aqiqah?
- Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih
haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita
dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban
bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama
mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut
dengan niat untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan
Hari Raya, maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi
sahaja.
7. Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?
- Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban
dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah
kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah
hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut
ialah;
Maksud
hadis,
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
8. Apakah jenis-jenis ibadah korban?
1. Korban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang
tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari
Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji.
2. Korban nazar, apabila seseorang bernazar untuk
menyembelih korban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.
9. Apakah yang dimaksudkan dengan korban nazar?
- Korban nazar ialah apabila seseorang itu mengatakan
bahawa jika dia mendapat apa yang dihajatinya dia akan menyembelih haiwan
korban, maka wajiblah ke atasnya menunaikan nazarnya itu. Bahkan Imam Nawawi
menyatakan bahawa apabila telah terlewat hari yang ditentukan untuk
penyembelihan korban dan ternyata saudara terlupa untuk menyembelih korban yang
dinazarkan itu, maka wajiblah bagi orang yang bernazar tadi menyembelihnya
ketika dia teringat, walaupun telah berlalu waktunya.
10. Apakah yang dinamakan korban wajib?
- Korban wajib ialah apabila seseorang membeli seekor
kambing atau lembu atau unta dengan mengatakan bahawa ‘haiwan ini adalah untuk
sembelihan korban’, atau ‘aku beli haiwan ini untuk korban’, maka adalah wajib
beliau menyembelih haiwan tersebut sebagai korban pada hari raya korban.
11. Bilakah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih
haiwan korban?
- Waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban
ialah dari masa khatib turun dari atas mimbar selepas selesai berkhutbah solat
Aidil Adha, sehingga terbenam matahari tarikh ke 13 Zulhijjah. Maka waktu
menyembelih haiwan korban adalah 4 hari. Sesiapa yang menyembelih korban
sebelum atau selepas waktu itu, tidak sah korbannya. Dalam sebuah hadis
Rasulullah S.A.W;
yang bermaksud, “Yang
mula-mula kami lakukan pada hari kami ini (Hari Raya Haji) ialah kami solat
kemudian pulang, lalu kami menyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia telah
mengikut sunnah kami. Sebaliknya sesiapa menyembelih sebelum itu, maka
sesungguhnya itulah daging yang disembelih untuk keluarganya, tidak sedikitpun
dikira sebagai korban.”
12. Apakah jenis haiwan yang lebih utama disembelih
sebagai korban, jantan atau betina?
- Para ulama berbeza pendapat tentang menentukan haiwan
jantan atau betina yang lebih baik dijadikan korban. Mengikut pendapat dalam
mazhab Imam Syafie, haiwan jantan lebih baik dari haiwan betina. Kesimpulan
yang boleh kita berikan ialah kedua-dua jantina sama ada jantan atau betina
boleh disembelih sebagai haiwan korban.
13. Bolehkah beberapa orang berkongsi seekor lembu untuk
ibadah korban?
- Boleh, kita dibenarkan berkongsi sehingga 7 orang atau
7 bahagian bagi seekor lembu atau unta, ini bertepatan dengan sebuah hadis
Rasulullah S.A.W yang berbunyi;
“Pada musim haji, Rasulullah S.A.W telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”
Hadis riwayat Muslim.
Dalam sebuah hadis lain dari al – Barqani; “Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu pada seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
“Pada musim haji, Rasulullah S.A.W telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”
Hadis riwayat Muslim.
Dalam sebuah hadis lain dari al – Barqani; “Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu pada seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
14. Manakah yang lebih baik, korban dengan seekor kambing
atau satu bahagian lembu?
- Dalam menentukan haiwan yang mana lebih baik untuk
dijadikan sembelihan korban, imam-imam mazhab berbeza pendapat, ini kerana
banyak sumber dari hadis yang memberi isyarat akan kelebihan setiap haiwan yang
dibolehkan untuk dijadikan sembelihan korban. Secara umumnya semua bersetuju
manfaat penyembelihan korban tersebut akan lebih bererti jika dapat dinikmati
oleh lebih ramai orang, maka kesimpulannya, haiwan mana yang lebih banyak
dagingnya boleh dianggap lebih afdal daripada haiwan yang lain tanpa kita
menentukan jenisnya.
15. Adakah seseorang patut menyembelih sendiri haiwan
korbannya?
- Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu
menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika ia mampu.
Jika ia tidak mampu, maka berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W
telah berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya Baginda sendiri
menyembelihnya dan 37 ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib
untuk disembelihkan.” Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.
16. Bolehkah kita memakan daging haiwan korban kita
sendiri?
- Kita memang dibenarkan oleh agama untuk memakan
sebahagian daripada daging haiwan korban yang kita lakukan. Dalam sebuah hadis,
Rasulullah S.A.W. bersabda;
“Makanlah,
buatlah jamuan untuk orang makan dan simpanlah sebahagian daging korban kamu.”
Mengikut
pendapat ulama, kita dibolehkan memakan sepertiga daripada daging korban
tersebut.
17. Bolehkah diberikan sebahagian daging korban atau
kulit haiwan korban sebagai upah kepada tukang sembelih?
- Dalam hal ini Islam tidak membenarkan kita membayar
upah kepada tukang sembelih haiwan korban dengan daging mahupun kulit haiwan
korban tersebut. Maka seseorang perlu membayar upah tersebut daripada sumber
lain yang dimiliki. Ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W. dari Saidina Ali
R.A.;
“Kami memberikan upah kepada orang yang menyembelih haiwan
tersebut dari bahagian yang ada pada kami.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
18. Bagaimana cara yang paling baik mengagihkan daging
korban?
- Bagi pengagihan daging korban, golongan yang paling
diutamakan ialah fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat, kemudian
fakir miskin dari kalangan jiran tetangga. Tidak boleh diberikan kepada fakir
miskin yang tidak beragama Islam. Walau bagaimanapun kita disunatkan memakan
hati haiwan korban tersebut, kerana menurut riwayat Al-Baihaqi,
“Rasulullah S.A.W memakan hati korbannya.” Dan Allah S.W.T juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj, ayat 28; Maksud ayat
“Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang yang sengsara lagi fakir.”
“Rasulullah S.A.W memakan hati korbannya.” Dan Allah S.W.T juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj, ayat 28; Maksud ayat
“Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang yang sengsara lagi fakir.”
19. Bolehkah kita menjual daging korban?
- Hakikat dan tujuan korban ialah untuk mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T melalui ibadah korban dengan mengorbankan sesuatu untuk
dirasai oleh orang lain, bukan mengorbankan sesuatu untuk kepentingan diri
sendiri. Jadi, menjual daging korban amat bertentangan dengan tujuan dan
matlamat yang digariskan. Oleh itu, menjual daging haiwan korban adalah tidak
dibolehkan. Kita hanya digalakkan memakan sebahagian daripada daging korban
tersebut bagi mengambil keberkatan daripada ibadah korban tersebut.
20. Bolehkah seseorang itu memakan sedikit daripada
daging korban nazarnya?
- Jika korban yang dilakukan atas niat menunaikan nazar ,
maka daging korban tersebut tidak boleh dimakan oleh orang yang berkorban.
Semua daging korban tersebut hendaklah disedekahkan kepada mereka yang berhak
menerimanya.
Disediakan oleh YAPEIM
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.