AMALAN SOLAT TARAWIH DI BULAN RAMADAN…. Betulkah cara kita
amalkan ?
Saban tahun apabila tiba bulan Ramadan salah satu ibadat
yang menjadi keutamaan kita pada setiap malam selepas solat Isyak ialah
melakukan solat tarawih. Pada awal bulan Ramadan hampir semu masjid di seluruh
negara di Malaysia akan dipenuhi oleh para Jemaah untuk menunaikan solat
tarawih. Alhamdulillah satu amalan yang patut dipuji. Sungguhpun begitu apabila
berlalunya bula Ramadan untuk hari-hari berikutnya, terutama bila masa minggu
pertama kita dapati bilangan para Jemaah semakin berkurangan dan bila dah
sampai ke penghujung bulan Ramadan bilangan Jemaah terus berkurangan dan
kebanyakan masjid akan didatangi oleh mereka yang istiqamah sahaja, iaitu para Jemaah
yang sememangnya adalah mereka yang sentiasa berjemaah di masjid untuk solat 5
waktu sehari semalam.
Pemerhatian kita amalan ini akan berterusan dari tahun ke
setahun, ini memperlihatkan bahawa kebanyakan dari kalangan umat Islam di
Malaysia mengerakan solat tarawih sebagai satu amalan mengikut adat bukannya
amalan untuk mendapat keredaan Allah. Kecuali bagi mereka yang tetap istiqamah
sahaja yang benar-benar beribadat sola tarawih kerana Allah.
Satu lagi amalan yang kebanykan diamalkan oleh para Jemaah yang
hadir untuk solat tarawih, mereka akan meninggalkan masjid sebaik sahaja selesai
solat tarawih ( samada 8 rakaat atau 20 rakaat). Apabila tiba solat witir
sebilangan besar para Jemaah akan keluar masjid tanpa menunaikan solat witir.
Mungkin mereka yang keluar itu akan mengerjakan solat witir pada akhir malam
setelah selesai berqiammulal. Tetapi berapa ramaikah yang berbuat demikian. Terutamanya
bagi anak-anak muda yang tidak menunaikan solat witir di masjid.
Untuk itu marilah sama-sama kita meneliti artikal di bawah
ini yang dimuatkan di laman sesawang
Mufti Wilayah Perseketuan tentang amalan yang sepatutnya dilakukan jika
kita ingin mendapat fadilat yang telah ditetapkan oleh Allah bagi sesiapa yang
menunaikan solat tarawih dan solat witir bersama imam di masjid.
Soalan:
Apakah status dan makna berkaitan hadith ini ?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam
kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat
baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Setiap tahun, umat Islam akan berpuasa pada bulan Ramadan
dan selama itu juga kita dapati masyarakat Islam di negara-negara Islam dan
bukan Islam menyambut serta memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini
dengan ibadah seperti sembahyang sunat tarawih, witir, bersedeqah, memberi
makan, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. Irsyad al-Hadith pada
kali ini, akan menerangkan berkaitan sebuah hadith yang menceritakan akan
kelebihan solat sunat tarawih bersama imam.
Matan Hadith
- Daripada Abu Zar al-Ghifari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إنَّهُ
مَنْ قَامَ مَعَ الإمَامِ
حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ
لَيْلَةٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih)
bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran
orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)”. [Riwayat
al-Tirmizi, no. Hadith 734] [Hadith ini adalah Hasan Sahih sebagaimana
dinyatakan oleh Imam al-Tirmizi]
Hadyu Nabawi Dalam Hadith Ini
Lafaz Nabi SAW di dalam hadith iaitu “solat bersama imam
sampai ia selesai” jelas menunjukkan bahawa yang menjadi anjuran dan sunnah
Nabi adalah solat sunat tarawih bersama imam dari awal sehingga imam selesai
solat witir khir. Hadith ini menunjukkan bahawa fadhilat yang besar bagi
makmum yang solat bersama imam sehingga selesai dengan mendapat pahala Qiyam
sepanjang malam.
Hadith ini juga memberi kefahaman kepada kita bahawa
seandainya imam itu mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat dan 3 rakaat
witir maka makmum juga perlu menyelesaikan kesemua rakaat tersebut bersama imam
sekiranya ingin mendapat fadhilat pahala solat sepanjang malam. Begitu juga,
jika imam mendirikan solat 8 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir maka makmum juga
perlu menyelesaikan kesemua rakaat tersebut bersama imam.
Persoalan
Solat witir biasanya dilakukan di akhir malam sebagai
penutup segala ibadah kita pada hari tersebut,. Adakah perlu dilakukan solat
witir sekali lagi ketika bangun untuk melakukan solat malam secara bersendiri
walaupun ia telah dilakukan bersama imam ketika solat Tarawih?
Jawapan
Solat Witir boleh dilakukan selepas Isyak sehingga menjelang
fajar (subuh) dan ia juga sebagai penutup segala solat. Berdasarkan sebuah
hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW
bersabda:
اجْعَلُوْا
آخِرَ صَلَاتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
Maksudnya: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat
Witir”. [Riwayat Bukhari, no. Hadith 943 dan Muslim, no. Hadith 1245]
Bagi menjawab persoalan ini, kami cenderung untuk mengatakan
bahawa cukup hanya sekali melakukan witir pada satu malam, berdasarkan sebuah
hadith yang dihukum hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar RA bahawa Nabi SAW bersabda:
لَا وِتْرَانَ فِيْ لَيْلَةٍ
Maksudnya: “Tidak ada dua witir dalam satu malam”. [Riwayat
al-Nasa’ie, no. Hadith 1661]
Penutup
Kesimpulannya, setiap makmun itu perlulah menyelesaikan
solat tarawih dan witir bersama imam sehingga selesai bagi mendapatkan fadhilat
yang terdapat di dalam hadith ini. Akhirnya, marilah sama-sama kita mengejar
kelebihan yang Allah SWT tawarkan kepada kita. Semoga Allah SWT memberi kita
kekuatan dan kesempatan untuk menunaikan solat sunat tarawih dan witirr secara
berjemaah. Amin.
Ditulis oleh
Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub
Diterbitkan:
13 Jun 2016
Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.