MADRASAH RAMADHAN- Memberi manafaat kepada KESIHATAN.
Bulan Ramadan adalah bulan yang dinantikan oleh semua umat
islam. Kerana di sepanjang bulan Ramadan Allah janjikan pahala yang berganda
bagi setiap amal ibadat yang dilakukan secara ikhlas kerana-Nya.
Sebahagian dari pengisian Ramadan adalah ibadah puasa. Sebab
itu bulan Ramadan disebut juga sebagai "Syahrus Siyam" iaitu bulan
puasa. Ibadah puasa adalah ibadah yang sangat unik. Hanya dengan meninggalkan
makan dan minum serta sesuatu yang membatalkannya sudah dianggap berpuasa.
Puasa yang diwajibkan kepada umat Islam adalah satu perintah
yang telah dikenakan kepada umat-umat nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w.
Perintah berpuasa yang melarang makan dan minum serta perkara-perkara yang
membatalkan puasa dilakukan pada siang hari. Tetapi ianya diharuskan untuk
melakukannya pada wakatu malam.
Kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan adalah satu tarbiah
untuk membentuk peribadi seorang Islam yang taat kepada perintah Allah walaupun
dianya berseorangan. Kerana puasa bagi seorang yang bertaqwa dia tetap amanah dalam
menjaga batasan makan minum pada siang hari dan juga meninggalakan semua
perbuatan yang boleh membatalkan puasa. Situasi ini amat sukar untuk diketahui
oleh orang lain adakah seseorang itu benar-benar berpuasa. Kerana bagi mereka
yang tidak puasa dia boleh berlaku didepan orang tetapi apabila bersendirian
ianya akan makan dan minum dan tidak ada seiapa yang tahu. Oleh itu puasa dilihat sebagai satu tarbiah
untuk membentuk pekerti umat Islam yang betul-betul amanah lebih-lebih lagi
pada diri sendiri.
Allah s.w.t amat
sayang kepada hambanya, maka diwajibkan berpuasa supaya manusia terdidik untuk
menjaga kesihatan. Melakukan puasa adalah salah satu dari cara untuk memelihara
kesihatan. Pakar-pakar kesihatan telah mengakui hakikat bahawa menjaga
pemakanan adalah faktur terpenting menentukan tahap kesihatan. Dalam hal ini,
Rasulullah telah menyatakan dengan tegas sebagai satu jaminan dalam hadisnya:
" Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat"
Berpuasa mempunyai hubungkait dengan makan dan minum. Hanya
apabila kita berpuasa, jadual masa makan dan minum telah berubah. Bersahur
adalah ganti kepada sarapan pagi manakala berbuka puasa adalah ganti makan
malam. Walau bagaimapun yang pasti makan tengahari tiada pengganti. Cuba kita
bayangkan apabila kita mengikuti seminar atau kursus yang diadakan di hotel
atau dimana sekalipun. Jadual makan adalah padat. Bermula dengan sarapan pagi,
minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam.
Walaupun sesuatu penyakit kadangkala disebabkan faktor
keturunan atau keadaan setempat tetapi kebanyakan penyakit berlaku kerana
tabiat dan cara pemakanan yang tidak dikawal. Sebab itu Rasulullah s.a.w telah
bersabda:
"Perut itu adalah rumah penyakit"
Maksud perut dalam hadis diatas bukanlah saiznya tetapi apa
yang diisi kedalam perut berupa makanan dan minuman. Nabi menyatakan lagi:
" Perut itu semacam telaga bagi badan, urat dan
pembuluh darah. Apabila perut itu sakit maka pembuluh darah itu akan membawa
penyakit"
Allah s.w.t telah menegaskan dalam Al-Quran agar seseorang
mukmin hendaklah memakan makanan yang halal, bersih dan suci tetapi tidak
melakukan secara berlebih-lebihan kerana makan yang diambil secara
berlebih-lebihan akan mengundang penyakit walaupun bukan pada waktu itu tetapi
dalam jangka masa yang panjang. Lagipun makan secara berlebihan juga adalah
amalan syaitan.
" Dan makan dan minumlah dan jangan
berlebih-lebihan. SesungguhNya ( Allah ) tidak sukakan mereka yang
berlebih-lebihan"
Sebab itu, pakar kesihatan telah mengadakan apa yang
dipanggil sebagai "Piramid Makanan" setelah mengambil kira keperluan
dan kesan kepada manusia. Apa yang berlaku kepada kita hari ini apabila kita
berada dalam keadaan mewah dan mudah mendapatkan makanan yang pelbagai tidak
termasuk makanan yang popular iaitu "Fastfood" dan penyemburan racun
pada sayuran dan buah-buahan serta berbagai-bagai kesan bahan pengawet,
pembungkusan yang membawa kepada penyakit kanser dan lain-lain lagi.
Nabi s.a.w banyak memberi tips kepada kita yang apabila kita
ikuti adalah jaminan kepada kesihatan yang baik. Di bawah ini diperturunkan
beberapa hadis nabi untuk diamalkan.
" Makanlah ketika kamu lapar dan berhentilah sebelum
kamu kenyang"
Tidaklah Anak adam itu memenuhi bekas yang paling hina dari
perutnya. Memadai Anak adam itu makan beberapa suap yang membolehkan berdiri
tulang belakang( bekerja kuat ). Sekiranya ia tidak mampu melakukan ( makan
yang sedikit itu) maka hendaklah ia membahagikan perutnya sepertiga untuk
makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk
pernafasan"
Oleh yang demikian puasa adalah sebagai satu latihan untuk
menggawal makan minum seseorang dan sebagai satu peringatan supaya kita
sentiasa menjaga makanan dan minuman untuk menjamin kesihatan yang baik.
Walaupun Nabi ada mengatakan:
" Setiap penyakit itu ada ubatnya "
Tetapi nabi juga berpesan:
" Memelihara dari terkena penyakit itu lebih baik
dari mengubat penyakit tersebut "
Sehubungan itu marilah kita renungkan bagaimana tabiat makan
kita disepanjang bulan Ramadan ini. Adakah kita berpuasa pada siang hari,
tetapi apabila tiaba waktu berbuka kita menikmati pelbaagai juadah berbuka
puasa yang berlebih-lebihan. Terutama bagi mereka yang suka berbuka di
hotel-hotel dengan menikmati “ Bufet Ramadan” yang mengenakan caj Ratusan
Ringgit bagi satu kepala.
Tidak kurang juga pembaziran dikalangan kita yang membeli
belah di Bazar Ramadan . Pembilan mengikut nafsu lapar semasa berpuasa telah
menjurukan kepada perbuatan pembaziran kerana pelbagai makanan dan kueh mueh
yang di beli tidalah dimakan kesemuanya sewaktu berbuka puasa. Yang pasti akan disimpan di dalam peti ais dan
keesokannya akan dibakul sampahkan. ?
Walahu’alam.
Sumber:
Jabatan Agama Islam Selngor: disediakan oleh Haji Khairuddin b. Haiyon, Penolong
Pengarah
Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan)
Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan)
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.