AMALAN KHURAFAT DI LARANG OLEH ISLAM
Masyarakat
Melayu di nusantara adalah satu masayarakt yang terkenal dengan budi bahasa
yang penuh sopan santu dan juga mempunyai banyakan amalan adat resam yang
diwarisi dari datuk nenek semenjak ratusan tahun lagi. Budaya masyarakat Melayu
Nusantara ini dikatakan unik dan penuh dengan pantang larang.
Banyak
diantara amalan adat resam orang tua dahulu kala yang didapati mempunyai
perbuatan khurafat yang ditegah oleh Islam. Oleh kerana telah dianggap sebagai
adat resam turun temurun ramai dari kalangan orang Melayu menaggap ianya
perkara biasa dan perlu diteruskan demi menjaga maruah bangsa Melayu itu
sendiri. Tanggapan ini berlaku kerana mereka sebenarnya begitu jahil tentang hukum
hakam agama tertutama tentang ilmu yang berkaitan dengan akidah sebagai seorang
Islam.
Lebih menyedihkan lagi bila majoriti dikalangan orang Melayu menganggap mereka telah lahir didalam keluarga Islam dan mengamalkan ibadat secara ikutan dari datok nenek mereka tanpa dilengakapi dengan ilmu. Kebanyakan dikalan kita berlajar ilmu fardu ain semasa di sekolah rendah dan menengah sahaja. Itulah bekal yang digunakan untuk beramal ibadat hingga mereka dewasa dan sampai tua nanti. Secara rasional adakah ini mencukupi ?
Lebih menyedihkan lagi bila majoriti dikalangan orang Melayu menganggap mereka telah lahir didalam keluarga Islam dan mengamalkan ibadat secara ikutan dari datok nenek mereka tanpa dilengakapi dengan ilmu. Kebanyakan dikalan kita berlajar ilmu fardu ain semasa di sekolah rendah dan menengah sahaja. Itulah bekal yang digunakan untuk beramal ibadat hingga mereka dewasa dan sampai tua nanti. Secara rasional adakah ini mencukupi ?
Oleh itu banyak perkara khurafat yang berlaku dalam budaya dan adat Melayu di anggap perkara biasa sahaja.
1. Pengertian khurafat
dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran.,
pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang
menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat
merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
2. Di antara
faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah :
a). Mudah mempercayai
benda-benda tahyul
b). Kecetekan ilmu agama
c). Terpengaruh dengan
kelebihan seseorang atau sesuatu benda
3. Manakala jalan
penyelesiannya ialah setiap umat Islam hendaklah mendalami ilmu agama
sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi S.A.W yang bermaksud :
" Aku telah tinggalkan kamu 2 perkara selama
mana kamu berpegang teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu
al-Quran dan sunnahku"
PENJELASAN KHURAFAT KE 2:- (Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi)
PENJELASAN KHURAFAT KE 2:- (Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi)
AKIDAH Islam adalah
antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umat kerana ia berkaitan
keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain yang
wajib dituntut dan dipelajari.
Biarpun konsep akidah
Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat Islam terpengaruh dengan
kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi turun-temurun daripada
nenek moyang terdahulu.
Pada hal, amalan khurafat
adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang
atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa be yang tidak diampuni
Allah.
Firman
Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa
syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan
dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan
syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang
lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar." Surah
al-Nisa’, ayat 48)
Oleh demikian, setiap
Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan global supaya
tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di
samping mengenal pasti ciri amalan khurafat.
Khurafat
ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan
dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang
karut marut.
Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau
khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau
kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Antara ciri
amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak
bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita
rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan
lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan
kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah
Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan
tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.
Demikianlah antara ciri
amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam, memang banyak
berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagi menebal dalam
tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian.
Contohnya, kepercayaan
kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh
menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang, kubur
wali keramat dan sebagainya.
Begitu juga kepercayaan
kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung
hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.
Masih ada orang Islam
yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memuja kampung, adat
merenjis tepung tawar, adat main pantai dan seumpamanya.
Tidak kurang petani dan
nelayan yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga
ada yang memuja semangat padi seperti bersemah dan membuang ancak di sungai
atau laut (nelayan).
Orang Melayu pada
dasarnya kaya dengan warisan pantang larang yang sebahagiannya jelas
bertentangan hukum syarak seperti anak gadis dilarang menyapu pada waktu malam
dikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi dan
adat melenggang perut.
Itulah antara kepercayaan
serta amalan khurafat yang masih wujud dan berakar umbi dalam setiap sendi
masyarakat Islam.
Justeru, Islam sebagai
agama menitik beratkan aspek akidah dan syariah menjelaskan bahawa segala
amalan, adat, kepercayaan, perkataan dan perbuatan tidak berdasarkan al-Quran,
hadis, ijmak ulama dan Qias dilarang sama sekali.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara
dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa
yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan
tidak diberikan pahala)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam bab akidah Islam,
setiap Muslim hanya wajib beriman dan percaya kepada Allah Yang Maha Berkuasa
Mutlak menguasai dan mentadbir alam semesta terbentang luas ini.
Tiada tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah Yang Maha Esa. Ini bermakna kepercayaan kepada benda
yang dijadikan keramat yang dipercayai mempunyai kuasa selain daripada Allah,
bertentangan dengan konsep kepercayaan tauhid kepada Allah.
Selain itu, kepercayaan
kepada sial juga menjejaskan akidah seseorang dan Rasulullah SAW melarang keras
perbuatan itu melalui sabdanya yang bermaksud:
"Bukan dari golongan kami sesiapa yang berasa sial atau meminta diramalkan kesialannya, ditenung nasib atau minta ditenung nasibkan, menyihir atau minta disihirkan." (Hadis riwayat Tabrani)
"Bukan dari golongan kami sesiapa yang berasa sial atau meminta diramalkan kesialannya, ditenung nasib atau minta ditenung nasibkan, menyihir atau minta disihirkan." (Hadis riwayat Tabrani)
Amalan memuja jin dan
memohon pertolongan daripadanya seperti lazim dilakukan oleh bomoh dan dukun
adalah perbuatan syirik. Begitu juga bersahabat dan menggunakan jin seperti
tukang sihir dan tukang tenung.
Oleh demikian, setiap
Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya,
kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang
menyesatkan.
Ilmu akidah Islam adalah
perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah
kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan
hidup dunia akhirat.
Allah
berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain
dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak
mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka
jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan
syirik itu)." (Surah Yunus, ayat 106)
Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menemui tukang tilik dan menanyakan
sesuatu kepadanya, lalu terus percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka dia
telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad." (Hadis
riwayat Ahmad dan Hakim)
Islam melarang keras
sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan, perbuatan, adat mahu pun
kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam.
Amalan khurafat boleh
membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan akidah seseorang Muslim
selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi Allah.
Oleh yang demikian,
setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya,
kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang
menyesatkan.
Ilmu akidah Islam adalah
perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah
kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan
hidup dunia akhirat.
Sumber :
Posted by
Abu Rantisi at 16:24
AS-SYIFA'
MELAKA : 013-200636
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.