Buku sudah diterbitkan boleh diperolehi di feedaread.com\
BAB
26: MAK YONG, PETRI, DAN WAYANG KULIT
DIHARAMKAN
Allah
berfirman yang bermaksud:
"Dan
janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat
mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya
engkau mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim
(terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (Surah Yunus, ayat
106)
Rasulullah
s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesiapa
yang menemui tukang tilik dan menanyakan sesuatu kepadanya, lalu terus percaya
terhadap apa yang dikatakannya, maka dia telah mengkufurkan apa yang telah
diturunkan kepada Nabi Muhammad." (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)
Kelantan merupakan salah sebuah negeri di Pantai
Timur telah terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan dan permainan tradisi seperti, dikir barat, mak
yong, menora, rebana besar, rebana kecil, wayang kulit, petri dan pelbagai
lagi.
Setelah Tok Guru dipilih menjadi Menteri Besar pada
tahun 1990. Tindakan drastik telah diambil terhadap beberapa persembahan
kebudayaan seperti Makyong, Petri dan Wayang Kulit yang menjadi darah daging
kepada rakyat Kelantan, telah dilarang dari dipersembahkan di negri Kelantan. Tok Guru bertindak
demikian kerana pada masa itu didapati banyak unsur-unsur khurafat dan maksiat
terdapat dalam persembahan kebudayaan berkenaan.
Diperingkat awal peraturan ini dilaksanakan, ramai
yang telah mencemuh dan mengkritik tindakan Tok Guru Nik Abdul Aziz itu. Para
penentang terhadap dasar yang mengharamkan persembahan kebudayaan tradisi
Kelantan dari dipersembahkan di khalayak awam di Kelantan mengatakan tindakan
Tok Guru mengharam pesembahan kebudayaan
itu adalah satu usaha untuk mematikan seni budaya dan adat turun temurun
negeri Kelantan yang telah terkenal di pentas global. Ianya satu tindakan yang
akan mematikan seni kebudayaan bangsa melayu dan juga menyempitkan punca rezeki
penggiat seni budaya di Kelantan.
Semasa memberi arahan untuk memberhentikan pemberian
lesen untuk hiburan tradisi seperti Mak Yong, Petri, Menora dan Wayang Kulit
telah mendapat tentang yang agak hebat dari para penggalak seni berkenaan.
Mereka menganggap tidak itu adalah tidak wajar di sebuah negeri yang terkenal
dengan kepelbagaian seni budaya sebelum ini.
Bagi mereka permainan seperti Mak Yong, Petri,
Menora dan Wayang Kulit adalah seni budaya yang telah diamalkan oleh nenek
moyang orang Melayu di zaman dahulu kala lagi. Ianya dianggap tindakan
mengharam persembahan kebudayaan ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan
boleh mengurangkan kedatangan pelancung ke negeri Kelantan.
Diantara kritikan pedas yang diterima oleh Tok Guru
semasa mula melaksanakan dasar itu di tahun 1990 adalah seperti petikan blogger
berikut:
# Friday, 14 September 2012.
Jangan
cepat latah berfatwa Antara yang menjadi mangsa ‘fatwa haram’ oleh Tok Guru
ialah beberapa permainan, persembahan, aktiviti, kegiatan kebudayaan, sukan dan
keagamaan.
Sejak Pas
memerintah Kelantan pada tahun 1990, banyak perubahan telah dilakukan Menteri
Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Antaranya ‘berfatwa’ mengharamkan itu,
‘mewajibkan’ ini. Wayang kulit, dikir barat, main puteri, menora, makyong,
snuker, biliard dan penyertaan qariah dalam tilawah al-Quran peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa sebenarnya telah menjadi mangsa kerakusan
ulamak politik berpolitik.
Pengharaman
itu mengejutkan semua pihak terutama penggiat seni dan peminat. Alasan ‘fatwa’
mengharamkan permainan, persembahan kebudayaan, sukan serta keagamaan itu kerana
kononnya ada unsur judi, maksiat, lucah, syirik, khurafat dan aurat.
Tidak
dinafikan masa itu sukan snuker ada unsur judi. Wayang kulit, main puteri,
menora dan makyong ada unsur syirik dan khurafat, manakala dikir barat ada
unsur lucah dan menggalakkan maksiat……
Banyak lagi cemuhan yang dipaparkan di dalam media
sosial yang tidak sempat untuk dirkamkan di dalam buku ini.
Bagi Tok Guru beliau tidak memberi perhatian terhapa
apa jua cemuhan yang dilemparkan terhadap apa jua dasar yang dikeluarkan oleh
Kerajaan Negeri Kelantan ketika itu. Tok Guru pernah menyuarakan:
“ Ambo mengarahkan beberapa persembahan kebudayaan
tradisional Kelantan diharamkan adalah kerana terdapat maksiat dan perkara yang
boleh membawa kepada kerosakan akidah yang diamalkan oleh penggiat seni
berkenaan”
“ Sebagai contoh, semasa adat pecah panggung oleh
tok dalang Wayang Kulit dengan membaca jampi serapah dan amalah ritual yang
turun temurun itu adalah perbuatan yang banyak bercanggah dengan syariat Islam”
Tok Guru memberi pendapatnya.
“ Istiadat
pecah pangung ini dengan disediakan seekor ayam bakar, dan peralatan
seperti beras kunyit, benang mentah, bunga-bungaan, adalah perbuat khurafat yang boleh memesongkan
akidah seseorang, terutama pak dalang.”
“ Ambo sebagai pemandu bas yang diamanahkan untuk
membawa penumpang ke destinasi yang ditujui ( akhirat yang kekal abadi) perlu
berhati-hati dan bertanggung jawab untuk
membolehkan semua para penumpang didalam bas berkenaan sampai dengan
selamat. Jadi disepanjang masa memandu bas berkenaan ambo kena ikut segala
tanda isyarat jalan raya, patuhi haj laju, tak boleh bagi ambo nak pandu bas
ikut suka hati saja”. Tok Guru meneruskan ceritanya.”
“ Sebab tulah bila ambo jadi Menteri Besar sebagai
pemimpin yang diamanah oleh rakyat, bila ambo dapati persembahan kebudayaan
yang penuh dengan amalan khurafat dan syirik ambo terpaksa memberi arahan
supaya tidak dikeluarkan lesen , buka saja-saja nak guna kuasa tetapi ambo nak
selamatkan akidah rakyat ambo dari
mejadi syirik dan menduakan Allah yang merupakan satu perbuatan dosa
besar. Takkanlah ambo yang tahu agama ini nak biarkan mereka semua masuk neraka
di akhirat nanti. Lagipun ambo juga akan dipersoalkah oleh Allah atas amanah
sebagai seorang pemimpin. Ambo rasa tindakan ambo tu betul. Adal orang nak
marah ambo tak ambil hati kerana mereka tak faham. Ambo lebih takut kepada
hukuman Allah daripada dimarah dan dicemuh oleh manusia”.
Begitulah reaksi Tok Guru bila menghadapi tentangan
dari kalangan mereka yang tidak begitu arif agama. Tok Guru lebih mementingkan
kepada memathui syariat Allah daripada mengikut kehendak manusia. Bialah
tindakan yang dilakukan itu tidak popular dari segi sokongan dan mileage
politik. Ini adalah ketegasan Tok Guru dalam usahanya untuk membawa negeri
Kelantan sebagai negeri yang ‘Membangu Bersam Islam’ dan mendapat rahmat dan
hidayah Allah. In sya Allah.
Sebagai insan yang waras fikiran, sebelum kita
menuduh seorang ‘murabbi’ menghalang sesuatu peresembahan kebudayaan yang
mempunyai banyak unsur khurafat dan maksiat sebagai seorang yang tidak mencitai
seni budaya bangsa perlulah kita terlebih dahulu menliti sejauhmana unsur
maksiat atau khurafat didalam amalan seni budaya itu boleh merosakkan akidah
dan keimanan sebagai seorang muslim.
Saya telah membuat kajian berhubungan denngan seni
mak yong dan wayang kulit. Apakah unsur-unsur khurafat yang terdapat didalam
seni budaya ini ? marilah kita teliti seni ini secara lebih ilmiah dan mendalam
berdasarkan minda yang rasional.
Wayang kulit sebgai contoh merupakan kesenian
tradisional negeri Kelantan yang begitu popular di zaman nenek moyang kita lagi
dan ianya masih diminati sehingga ke hari ini. Malah wayang kulit Kelatan telah
mendapat perhatian para pengkaji seni budaya oleh masrayakat dunia.
Apakah unsur-unsur khurafat dalam persembahan wayang
kulit ? untuk itu marilah kita teliti
satu artikel yang disiarkan didalam blogger seperti berkut:
Melihat
dari konteks persembahan tradisional dan agama, ritual adalah aktiviti
berbentuk bacaan, jampi dan pemujaan yang dilakukan individu yang berpengalaman
dalam bidang unsur spiritual.
Lazaimnya,
amalan ini dilakukan bertujuan menghubungkan manusia dengan alam ghaib seperti
meminta pertolongan, perlindungan atau restu dari Tuhan.
Di sebalik pegangan agama masing-masing, ritual juga menjadi elemen penting dalam persembahan tradisional yang membawa maksud menjadi ‘pagar’ kepada pelakon, pemuzik dan penonton.
Di sebalik pegangan agama masing-masing, ritual juga menjadi elemen penting dalam persembahan tradisional yang membawa maksud menjadi ‘pagar’ kepada pelakon, pemuzik dan penonton.
Perkara
sebegini dilakukan apabila kebanyakan persembahan tradisional mempunyai
semangat mereka tersendiri dan ritual bertindak mengelakkan sebarang kejadian
tidak diingini berlaku.
Antara persembahan tradisional Melayu yang masih dikekalkan adalah makyung dan wayang kulit yang terkenal diamalkan di Kelantan dan masing-masing dipercayai mempunyai unsur spiritual sendiri.
Nasir Yusoff atau lebih mesra dipanggil Pak Nasir, seorang pensyarah di Akedemi Seni Budaya Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan juga pengamal seni budaya warisan Melayu menyatakan :

“
Bunyi-bunyian diterjemahkan sesuatu yang dianggap boleh melalaikan pelakon di
pentas ketika persembahan makyung dilakukan dan tidak hairan, jika pelakon ini
boleh dirasuk atau istilah 'naik sheikh’”
Pak
Nasir merupakan salah seorang individu yang biasa mengetuai upacara buka
panggung sebelum memulakan persembahan - Pic : mD“Antara salah satu contoh
ritual dalam persembahan tradisional adalah upacara buka panggung. Ramai yang
tidak tahu apa itu buka panggung.
"Istilah
panggung merujuk kepada 'body and soul' manakala buka panggung adalah kita
membuka jiwa untuk diletakkan di dalam persembahan itu dan upacara ini
menghubungkan kita dengan alam ghaib.
“Mereka (makhluk alam ghaib) juga makhluk tuhan. Bukanlah saya berkata kita meminta pertolongan daripada jin kerana yang berkuasa tetap Allah. Ia hanya sebagai ikhtiar supaya persembahan berjalan lancar, diberi keselamatan dan menghindarkan diri daripada dirasuk semangat jahat," katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui di ASWARA baru-baru ini.
Seni persembahan makyung diangkat sebagai ‘Masterpiece Of The Oral And Intangible Heritage Of Humanity" pada tahun 2005 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) dan sekaligus mengiktirafnya sebagai seni budaya warisan dunia yang perlu dikekalkan dan dihayati generasi baru.
Namun, segelintir masyarakat di negara ini tidak mahu lagi menerima persembahan tradisional apabila ia sering dikaitkan dengan amalan khurafat.
Persembahan menerusi hidangan pulut kuning, ayam panggang, telur ayam kampung dan kemenyan

antara barangan yang biasa digunakan sewaktu upacara buka panggung..
Upacara
buka panggung akan dilakukan sebelum bermulanya persembahan Makyung bersama
para produksi yang terlibat - Pic : mD
Ia
dimulakan dengan bacaan mantera dalam bahasa Sanskrit sebagai permulaan untuk
berhubung dengan alam ghaib dan hidangan berkenaan akan mula diasapkan sebelum
dibacakan doa.
Menurut Pak Nasir, mempelajari makyung mempunyai dua jenis pemahaman iaitu belajar secara luaran saja atau kedua, merangkumi luaran dan dalaman.
Menurut Pak Nasir, mempelajari makyung mempunyai dua jenis pemahaman iaitu belajar secara luaran saja atau kedua, merangkumi luaran dan dalaman.
Biasanya,
mereka yang memilih belajar pilihan pertama itu tidak akan didedahkan dengan
maksud disebalik mantera bahasa Sanskrit yang dibacakan dan atas sebab itu, ia
boleh menimbulkan syak wasangka serta perspektif negatif terhadap masyarakat
yang tidak tahu maksud sebenar.
“Bahasa Sanskrit adalah bahasa lama dan bukan semua orang faham. Atas sebab itu, ramai yang mengatakan makyung bersifat khurafat manakala amalan jampi seolah memanggil hantu.
“Bahasa Sanskrit adalah bahasa lama dan bukan semua orang faham. Atas sebab itu, ramai yang mengatakan makyung bersifat khurafat manakala amalan jampi seolah memanggil hantu.
"Kalau
nak pandai, kenalah belajar luar dan dalam agar tidak tercungap menjawab jika
orang ertanya pada kita," ujarnya.
Perbezaaan Makyung dan Wayang Kulit
Perbezaaan Makyung dan Wayang Kulit
Tok
Dalang merupakan individu yang berperanan menggerakkan watak, dan cerita - Pic
: mD“Ramai yang tidak tahu wayang kulit paling dianggap berat dari segi
pembelajarannya kerana ia menggabungkan tiga elemen iaitu Tok Dalang yang
mengendalikan unsur Islamik, kedua dari segi epik penceritaan seperti Ramayana
dan ketiga, dari segi watak yang dipengaruhi kepercayaan agama Buddha.
"Seperti
Sri Rama dan Siti Dewi, ia suatu yang memang berat kerana menggabungkan tiga
elemen dalam agama yang berbeza," katanya.
Bagi Fatimah Abdullah yang juga pensyarah makyung di ASWARA dan penjuang seni tradisional ini memberitahu pembabitannya dalam bidang ini bermula sejak berusia lima tahun.
“Pada awalnya, saya sekadar suka-suka mengikut ibu berlakon makyung. Sekitar tahun 1940-an, ibu saya iaitu Che Bidah A Bunga Tanjung adalah primadona makyung di Kelantan.

"Pada
masa itu tiada radio dan TV. Jadi, hanya makyung menjadi hiburan pada penduduk
kampung dan mereka suka menonton makyung lagi-lagi apabila menyaksikan ibu
menari, menyanyi dan
berlakon,”
katanya.
Fatimah
Abdullah, dua dari kiri merupakan salah seorang primado dan pewaris Makyung
yang masih ada, dan aktif - Pic : mD
Apabila ditanya mengenai pelapisnya pada masa akan datang, Fatimah menyatakan setakat ini masih belum ada pewaris dari keturunannya yang mewarisi sepenuhnya seni budaya Makyung. Namun, beliau menegaskan dalam mewarisi amalan ini, tidak boleh ada paksaan tetapi minat.
“Sebenarnya, saya tahu semakin lama tidak ramai anak muda kita yang didedahkan dengan makyung apatah lagi sudah ditanamkan perspektif negatif dalam minda mereka. Ada yang mengatakan makyung patut dihapuskan sebab khurafat tetapi saya tidak kisah.”
“Apa lagi yang boleh kita banggakan untuk ditunjukkan pada orang luar jika bukan seni budaya kita sendiri. Seni berperanan menyatupadukan masyarakat dan saya berharap adanya institusi seni seperti ASWARA, ia dapat menyerapkan rasa cinta terhadap seni budaya tidak hanya makyung tetapi wayang kulit, mek mulong, randai, bangsawan dan banyak lagi," sambungnya.

Kepercayaan
Penganut Hindu Terhadap Amalan Ritual
Selain
keakraban masyarakat Melayu terhadap amalan ritual dan seni tradisional Melayu
seperti makyong, masyarakat beragama Hindu juga sebagai contoh mempunyai satu
upacara khas sebelum mereka melakukan upacara menyembah Tuhan.
Menurut
kitab suci Veda (Hindu), terdapat upacara khas yang harus dilakukan sebelum
penganut Hindu ‘bertemu’ tuhan.
Melalui upacara jaladhivasa, patung Tuhan akan direndam ke dalam air selama tiga hari, tiga malam. Kemudian, dilakukan upacara dhanyadhivasa, iaitu patung tuhan diletakkan pula atas timbunan bijirin, juga selama tiga hari.

Pada
hari berikutnya, akan diadakan pula upacara sayyadhivasa iaitu membaringkan
patung Tuhan di atas katil yang dibuat khas.
Selesai sahaja tiga upacara itu, maka giliran upacara nertonmilana pula dijalankan di mana mereka akan menyediakan peralatan khas untuk melukis anak mata pada patung Tuhan tersebut. Maka, patung Tuhan akan dianggap ‘sempurna’ selepas proses ‘membuka mata’ selesai dan akan diletakkan di kuil untuk tujuan sembahyang.
Sementara itu, lapan bahan khas yang digaulkan menjadi pati, lalu dituangkan ke posisi patung Tuhan akan diletakkan. Pati ini dipanggil astabandha sebagai bahan pelekat.

Difahamkan,
patung Tuhan ini diletakkan di mulastanam iaitu bilik utama di tengah kuil
sebelum berlangsung upacara paling penting iaitu, pranapratistha bertujuan
‘menghidupkan’ patung tuhan.
Individu yang mahir
dalam bidang pengukiran akan menghasilkan patung tuhan dengan cukup teliti dan
sempurna - Pic : mDIa bukanlah benar-benar hidup, tetapi sebagai simbolik
pengikirafan kepada kewujudan Tuhan.
Sebagai manusia, kita harus saling menghormati terhadap apa jua bentuk kepercayaan masyarakat dan agama yang diamalkan di negara ini. Jika berasakan amalan ritual yang dilakukan bersifat khurafat, ia tidak sepatutnya disampaikan secara menghentam mahupun memburukkan keharmonian antara satu sama lain.
Begitu juga, amalan
ritual boleh dijadikan bahan rujukan kepada generasi baru tanpa disalah guna
sebagai kepercayaan yang menyimpang daripada pegangan agama sebenar.
Setelah diteliti isi kandungan artikel di atas dan jika
inilah unsur-unsur khurafat dan aalan syirik yang ada dalam persembahan makyung
dan wang kulit, kita semua sebagai rakyat Kelantan yang beragama Islam patut
bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tok Guru yang telah cuba
sebaik mungkin untuk membawa kita semua ke jalan yang diredai Allah dalam
mengharungi kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran ini. Yang lebih penting
kita telah dibantu oleh Tok Guru untuk menghindarkan diri kita semua daripada
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kancah maksiat semasa persembahan
kebudayaan tradisional yang kita agungkan sebagai salah satu warisan bangsa
Melayu yang patu dijaga dan dikembangkan.
Betapa murni dan ikhlasnya seorang murrabi yang menjadi
pemimpin utama rakyat negeri Kelantan telah menjlankan tanggung jawabnya dengan
penuh keikhlasan untuk berbakti kepada Allah dan juga berusahan membawa
kebahagian dan keberkatan di dunia dan akhirat untuk semua rakyat Kelantan. Allahuakbar
!.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.