Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan kekayaan seni
warisan tradisi dan budaya Melayu lama yang menjadi identiti dan kebanggaan
bangsa Melayu hingga ke pelusuk dunia. Tidak ketinggalan juga seni pemakaian
bangsa kita, yang menjadi tunjang dan pencerminan bangsa, agama, dan Negara.
Namun ada sesetengah seni wrisan dalam konteks pemakaian kini telah mengalami
era kepupusan hari demi hari.Begitu juga dengan pemakaian semutar yang
dahulunya dapat dilihat dimana sahaja terutamnya di negeri-negeri pantai timur
khususnya di negeri Kelantan.
Kini pemakaian
semutar amat jarang dan sukar dan dilihat. Semutar yang bermaksud pakaian
kepala atau kain ikat pengikat kepala kaum lelaki bagi masyarakat Kelantan atau
dengan lebih jelas lagi, ia merupakan pakaian lilit kepala bagi golongan
bawahan atau rakyat biasa yang tinggal dikampung. Biasanya kain semutar
menggunakan ikatan kain lepas, batik dan juga tuala.
Pada masa kini pemakaian semutar amat jarang kelihatan
terutama bagi generasi baru. Ia hanya kelihatan di pakai oleh warga tua
contohnya petani, nelayan, peraih, tukang, penarik beca dan juga
pesilat-pesilat pulut dalam majlis-majlis tertentu sahaja.
Pemakaian semutar dalam masyarakat Kelantan melambangkan
pekerjaan si pemakainya iaitu bersesuaian dengan keadaan dan situasi sesebuah
tempat kerja. Biasanya semutar akan dibuka semula untuk menyapu peluh atau pun
digunakan untuk mengipas badan apabila berehat dari bekerja disamping bertujuan
untuk melindungi diri dari panas terik cahaya matahari.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.