RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label akidah. Show all posts
Showing posts with label akidah. Show all posts

Wednesday, 5 August 2015

KENAPA ALLAH HARAMKAN MAKAN DAGING BABI ?

HIKMAH ALLAH MELARANG MAKAN DAGING BABI
Pernahkah anda terfikir mengapa binatang yang tidak disembelih dengan betul serta babi haram untuk dimakan dalam Islam?? Ingin tahu sebabnya daripada sudut yang lebih menarik?? Teruskan membaca mengenain... SubhanAllah walhamdulIllah waLaIlahaIllAllah wAllahu Akbar...

Bob: Tell me why is it that a Muslim is very particular about the words Halaal and Haraam; what do they mean? ( terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan juga Haram'; apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut)

Yunus: That which is permissible is termed Halaal and that which is not permissible is termed Haraam and it is the Quran which draws the distinction between the two. (Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telah menggariskan perbezaan diantara keduanya.)

Bob: Can you give me an example?( Boleh awak beri saya contoh?) 

Yunus: Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree that a chemical analysis of blood shows that it contains an abundance of uric acid, a chemical substance which can be injurious to human health. (Ok. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah (kecuali darah ikan dan belalang kalau tak silap saya). Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik,iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.)

Bob: You're right about the toxic nature of uric acid, in the human being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98% of the body's uric acid is extracted from the blood by the kidneys and removed through urination. (Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung dalam asid urik ni.Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan , malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan.)

Yunus: Now I think that you'll appreciate the special prescribed method of animal slaughter in Islam.(Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.)

Bob: What do you mean? (Apa maksud kamu)
Yunus: You see, the wielder of the knife, whilst taking the name of the 'Almighty', makes an incision through the jugular veins, leaving all other veins and organs intact.(U C, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ - organ penting lain pada haiwan tidak rosak)

Bob: I see, this causes the death of the animal by total loss of blood from the body, rather than an injury to any vital organ. (I C, jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut berbanding dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain)

Yunus: Yes, were the organs, example the heart, the liver, or the brain crippled or damaged, the animal could die immediately and its blood would congeal in its veins and would eventually permeate the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated and contaminated with uric acid and therefore very poisonous; only today did our dieticians realize such a thing. (yup, di mana organ sebagai contoh sekiranya organ hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.)

Bob: Again, while on the topic of food; Why do Muslims condemn the eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine.(Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam ni menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya)

Yunus: Actually, apart from the Quran prohibiting the consumption of pork,bacon (pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter 11,verse 8, regarding swine it says, "of their flesh (of the swine, another name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not touch; they areunclean to you."Further, did you know that a pig cannot be slaughtered at the neck for it does >not have a neck; that is according to its natural anatomy. A Muslim reasons that if the pig was to be slaughtered and fit for human consumption the Creator would have provided it with a neck. Nonetheless, all that aside, I am sure you are well informed about the harmful effects of the consumption of pork, in any form, be it pork chops,ham, bacon. (sebenarnya , ada bahagian daripada Al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini , kata Bible ,? Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya jangan lah kamui sentuh , ia adalah tidak bersih untuk kamu. “Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika kita nak tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Melihat kepada semua ini, tentu sekarang kamu dapat mengetahui dengan baik betapa daging khinzir ini walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.)

Bob: The medical science finds that there is a risk for various diseaseasthe pig is found to be a host for many parasites and potential diseases.(Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini mrerupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis penyakit.)

Yunus: Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content in the blood, it is important to note that the pig's biochemistry excretes only 2% of its total uric acid content, the remaining 98% remains as an integral part of the body.(yup, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam asid tadi, didapati khinzir hanya mengeluarkan hanya 2% daripada kandungan asid uriknya dan baki 98% lagi akan kekal sebagai satu bahan dalam tubuhnya.)


Wallahu’alam


Sumber: manna site

Friday, 10 July 2015

AMALAN PADA MALAM LAILATUL QADAR


Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya. Mulai jam 12.00 tengah malam:
  1. Sembahyang sunat wudhuk
  2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar
  3. Membaca al-Quran
  4. Istighfar
  5. Zikrullah
  6. Bertasbih
  7. Selawat
  8. Sembahyang sunat tahajjud
  9. Sembahyang sunat tasbih.

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."


Wallahu'alam.

Tuesday, 23 June 2015

Khasiat Ayat-ayat Al Quran


Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafa"ati di atas yang sentiasa membacanya


1. Surah Al-Fatihah
-Penawar segala penyakit
-Menghilangkan kesakitan
-Penawar darah gemuruh, was-was dan lain-lain
-Pembuka Ikatan
-Penawar sakit mata
-Penawar sakit telinga
-Menghilangkan rasa lapar
-Penyembuh Luka
-Penerang hati
-Penawar Angin Ahmar, Stroke dan lain-lain
-Mendapatkan zuriat, pangkat dan lain-lain
-Segala hajat
-Penunduk orang zalim
-Sakit gigi
-Penawar Mujarab
-Pendinding
-Murah rezeki
-Selamat dalam perjalanan
-Kaya
-Kata Al-'Arif Billah Syeikh Ahmad Rifa'i

1.1Khasiat Ayat Pertama
-Ditunaikan hajat
-Sebelum tidur
-Orang zalim
-Penyembuhan
-Murah rezeki
-Penerang hati
-Selamat daripada keguguran
-Menyuburkan tanaman
-Mengumpan Ikan
-Perlindungan dan pelaris
-Doa Musafir
-Doa makan bersama orang-orang yang berpenyakit
-Penolak bala
-Doa penolak bala

1.2 Khasiat Ayat Kedua
-Pendinding
-Sakit gigi
-Pengasih

1.3 Khasiat Ayat Ketiga
-Menghadapi orang zalim
-Kerasukan
-Penawar
-Zuriat
-Penyubur Tanaman
-Pembungkam
-Lembut hati

1.4 Khasiat Ayat Keempat
-Perlindungan daripada bala, wabak dan lain-lain

1.5Khasiat Ayat Kelima
-Subur tanaman
-Menghadapi binatang liar dan orang jahat
-Temuduga, peperangan dan lain-lain

1.6Khasiat Ayat Keenam
-Orang zalim
-Lupa

1.7Khasiat Ayat Ketujuh
-Sesat
-Lapar dahaga
-Menghadapi musuh
-Penyejuk

2. Surah Al-Baqarah-Sabda Rasulullah s.a.w

2.1 Khasiat Ayat 1-5 -Penerang hati, menguatkan keyakinan
2.2 Khasiat Ayat 25   -Subur tanaman
2.3 Khasiat Ayat 70   -Mendapat yang terbaik
2.4 Khasiat Ayat 102 -Gila dan Sihir
2.5 Khasiat Ayat 125 -Bangun pada waktu yang dikehendaki
2.6 Khasiat Ayat 127 -Penawar Buasir dan menghentikan darah
2.7 Khasiat Ayat 138 -Bercelak
2.8 Khasiat Ayat 144 -Penawar Herot Muka (Stroke)
2.9 Khasiat Ayat 148 -Kecurian
2.10Khasiat Ayat 164-Menghafal
2.11Khasiat Ayat 201-Menghadapi bala. isteri solehah
2.12Khasiat Ayat 243-Menjaga makanan

2.13Khasiat Ayat 255  (Ayatul Kursi)

-Sabda Rasulullah s.a.w
-Segala kebaikan
-Penawar gila
-Mimpi buruk
-Musafir
-Menghilangkan kahak
-Menghadapi kezaliman
-Penerang hati
-Doa Malaikat
-Digeruni dan Disegani
-Perlindungan dan murah rezeki
-Kota ayat Al-Kursi
-Kaya
-Menghadapi Bala dan Malapetaka
-Sabda Nabi s.a.w
-Segala hajat
-Menghapuskan rasa cinta

2.14 Khasiat Ayat 285-286   -Sabda Rasulullah s.a.w


3. Surah Ali-Imran   -Sabda Rasulullah s.a.w -Mendapat zuriat

3.1 Khasiat Ayat 1-4  -Pendinding -Kebahagiaan dan segala hajat
3.2 Khasiat Ayat 8     -Husnul Khatimah
3.3 Khasiat Ayat 9     -Mengembalikan barang yang hilang
3.4 Khasiat Ayat 7-9  -Kecerdikan luar biasa
3.5 Khasiat Ayat 14   -Pengasih
3.6 Khasiat Ayat 26-27 -Luas rezeki -Karamah -Segala hajat
3.7 Khasiat Ayat 35-37 -Perlindungan kepada perempuan hamil -Pelaris
3.8 Khasiat Ayat 73-74 -Pelaris dan meminang
3.9 Khasiat Ayat 83   -Menghadapi binatang buas, liar dan orang zalim
3.10Khasiat Ayat 103-104  -Pengasih dan Pelembut Hati
3.11Khasiat Ayat 111-112   -Menghadapi musuh
3.12Khasiat Ayat 134-136   -Pelindung dari kejahatan
3.13 Khasiat Ayat 144         -Menghentikan darah
3.14 Khasiat Ayat 146-148  -Menghilangkan kesedihan ketika menghadapi musibah
3.15 Khasiat Ayat 169-171  -Penerang hati dan mendapat taufiq
3.16 Khasiat Ayat 173-174  -Menghadapi musuh  -Pengasih
3.17 Khasiat Ayat 190-194  -Teguh Iman -Qiamullail
3.18 Khasiat Ayat 200          -Isteri derhaka, anak degil, binatang liar

4. Surah An-Nisa'      -Faedah Umum Surah An-Nisa'
4.1 Khasiat Ayat 75   -Perlindungan dari kejahatan
4.2 Khasiat Ayat 148-149-Terjaga dari diumpat dan dikeji
4.3 Khasiat Ayat 174-175-Menang berhujah

 5. Surah Al-Maidah  -Aman dari kecurian -Hilang dahaga
5.1 Khasiat Ayat 7         -Penawar was-was
5.2 Khasiat Akhir Ayat 18 dan Ayat 20-21 -Menjadi seorang yang penyabar dan Qana'ah
5.3 Khasiat Ayat 63   -Membubarkan perhimpunan maksiat
5.4 Khasiat Ayat 89-101 -Penawar berdusta
5.5 Khasiat Ayat 112-114 -Murah rezeki dan pelbagai hajat

6. Surah Al-An'am      -Perlindungan
6.1 Khasiat Ayat 1-3  -Penawar pelbagai jenis penyakit
6.2 Khasiat Ayat 13   -Penawar sakit / pening kepala
6.3 Khasiat Ayat 17-18 -Penawar sakit dada -Dukacita, kecewa
6.4 Khasiat Ayat 59   -Menghadapi masalah
6.5 Khasiat Ayat 63-64         -Ombak besar, angin kencang
6.6 Khasiat Ayat 75-79         -Fasih berpidato
6.7 Khasiat Ayat 95   -Subur tanaman
6.8 Khasiat Ayat 96-97 -Belayar dengan selamat
6.9 Khasiat Ayat 99   -Perigi yang berkat
6.10 Khasiat Ayat 103  -Meredakan angin ribut taufan -selusuh
6.11 Khasiat Ayat 122          -Pengasih dan pendamai -Pembungkam Ular
6.12 Khasiat Ayat 141 -Subur tanaman -Pelindung haiwan
6.13 Khasiat Ayat 160-162
-Selamat dari penipuan
-Penawar penyakit dalaman
-Penawar sakit mata

7. Surah Al-A'raf
7.1 Khasiat Ayat 1-3 -Akhlak yang baik
7.2 Khasiat Ayat 10   -Rezeki yang melimpah
7.3 Khasiat Ayat 26   -Mendapat taufiq
7.4 Khasiat Ayat 31   -Aman dari sihir
7.5 Khasiat Ayat 43   -Kasih sayang
7.6 Khasiat Ayat 47   -Aman dari kezaliman
7.7 Khasiat Ayat 54-56         -Aman dari sihir dan makhluk halus
7.8 Khasiat Ayat 97-99         -Terpelihara daripada serangga perosak
7.9 Khasiat Ayat 154 -Menghilangkan kemarahan
7.10 Khasiat Ayat 171          -Menghafal Ilmu
7.11 Khasiat Ayat 200-201-Menghilangkan was-was


8. Surah Al-Anfal
8.1 Khasiat Ayat 2     -Lembut hati
8.2 Khasiat Ayat 10   -Ketenangan dan kemenangan
8.3 Khasiat Ayat 62   -Hebat dan pengasih
8.4 Khasiat Ayat 66   -Berjaya dalam semua lapangan hidup

9. Surah At-Taubah2         -Mencapai hakikat Iman
-Perlindungan dari kecurian
9.1 Khasiat Ayat 32-33     -Penunduk
9.2 Khasiat Ayat 46   -Mengembalikan barang yang hilang
9.3 Khasiat Ayat 51   -Menghadapi bala
9.4 Khasiat Ayat 111 -Pelaris
9.5 Khasiat Ayat 128-129-Husnul Khatimah

10. Surah Saidina Yunus a.s
10.1 Khasiat Ayat 1-3           -Pangkat yang tinggi
10.2 Khasiat Ayat 12 -Minyak urut
10.3 Khasiat Ayat 31 -Selusuh, sakit telinga, murah rezeki
10.4 Khasiat Ayat 57-58       -Darah gemuruh
10.5 Khasiat Ayat 64 -Terhindar dari mimpi buruk
10.6 Khasiat Ayat 80-81       -Membatalkan sihir

11. Surah Saidina Hud a.s-Mendapat kehebatan, ketenangan dan ketenteraman
-Hati yang cekal
11.1 Khasiat Ayat 1-4  -Penerang hati
11.2 Khasiat Ayat 41 -Aman dari karam dan ribut taufan
11.3Khasiat Ayat 56  -Penunduk
-Menghadapi masalah
-Terpelihara dari wabak penyakit
11.4 Khasiat Ayat 112-113-Ketetapan hati

12. Surah Saidina Yusuf a.s          -Murah rezeki, pangkat tinggi
12.1 Khasiat Ayat 54-56                   -Mendapat kerja
12.2Khasiat Akhir Ayat 64   -Pendinding dan kebahagiaan hidup
12.3 Khasiat Akhir Ayat 68  -Temuduga
12.4 Khasiat Akhir Ayat 99-100      -Menghadapi kesusahan
12.5 Khasiat Ayat 101                      -Anak soleh

13. Surah Ar-Ra'd               -Pemerintah zalim -Membubar maksiat
13.1 Khasiat Ayat 1-3                       -Tumpuan ramai
13.2 Khasiat Ayat 13             -Aman dari petir
13.3 Khasiat Ayat 17-18                   -Impian menjadi kenyataan
13.4 Khasiat Ayat 18-25                   -Membinasakan orang zalim
13.5 Khasiat Ayat 28             -Penawar sakit jantung


14. Surah Saidina Ibrahim a.s     -Penawar kanak-kanak
14.1 Khasiat Ayat 1-4        -Kecerdikan dan kefasihan
14.2 Khasiat Ayat 12 -Penawar hati
-Mengubati orang yang disihir
-Aman dari gangguan nyamuk
14.3Khasiat Ayat 17  -Selusuh
14.4Khasiat Ayat 19-20        -Penawar was-was
14.5 Khasiat Ayat 24 -Berkat tanaman
14.6 Khasiat Ayat 27 -Istiqamah dalam ibadah
14.7 Khasiat Ayat 32-34       -Murah rezeki -Anak yang baik

15. Surah Al-Hijr     -Susu ibu yang berkat -Pelaris
15.1 Khasiat ayat 9
-Perlindungan dari segala bala
-Pelaris perniagaan
15.2 Khasiat ayat 16-17       -Mendapat pangkat yang tinggi disisi raja-raja

16. Surah An-Nahl
-Terpelihara dari musuh tanaman
-Membinasakan orang zalim
16.1 Khasiat ayat 1   -Penawar gelojoh, gopoh-gapah
16.2 Khasiat ayat 14 -Amalan para nelayan
16.3 Khasiat ayat 91 -Mungkir janji
16.4 Khasiat ayat 108           -Perlindungan dari diejek
16.5Khasiat ayat 126-128-Kandungan selamat

17. Surah Al-Isra'
-Supaya tembakan tepat
-Supaya fasih bercakap
-Gagap
17.1Khasiat ayat 23-24        -Supaya menjadi anak soleh
17.2Khasiat ayat 45-46        -Terpelihara dari gangguan jin
17.3Khasiat ayat 80  -Kemuliaan, menghadapi temuduga
17.4Khasiat ayat 82  -Penawar penyakit zahir dan batin
17.5Khasiat ayat 105-106-Menghilangkan was-was dan khayalan-khayalan yang karut
17.6Khasiat ayat 110            -Supaya rajin solat dan beribadah
17.7 Khasiat ayat 111           -Kegembiraan dan keamanan

18. Surah Al-Kahfi
-Bersyukur dan murah rezeki
-Perlindungan dan keberkatan
18.1 Khasiat ayat 1-5            -Rumah yang makmur lagi berkat
18.2Khasiat ayat 10  -Soleh dan taat beribadah
18.3Khasiat ayat 11 dan ayat 18     -Supaya tidur lena
18.4Khasiat ayat 39  -Murah rezeki, perlindungan, mendapat segala hajat
18.5Khasiat ayat 82  -Untuk mengetahui benda-benda yang tersembunyi
18.6Khasiat ayat 107-110-Untuk mengetahui berita orang yang hilang
-Penggerak tidur

19. Surah Saidatina Maryam a.s
-Kebaikan, keberkatan dan keamanan
19.1 Khasiat ayat 1
-Menghilangkan dukacita
-Aman dari kezaliman
19.2 Khasiat ayat 5-15          -Mendapatkan zuriat
19.3Khasiat ayat 25-26        -Subur tanaman
19.4Khasiat ayat 56-57        -Pangkat dan pengasih
19.5Khasiat ayat 83  -Membinasakan orang zalim

20. Surah Toha                      -Pinangan tidak ditolak -Bertemu jodoh
20.1 Khasiat ayat 1-8            -Pengasih
20.2 Khasiat ayat 25-28       -Kecerdikan luar biasa
20.3Khasiat ayat 105-107  -Ubat jerawat. bisul dan lain-lain
20.4Khasiat ayat 108-112           -Kanak-kanak menangis -Penunduk
20.5Khasiat ayat 131-132    -1001 hajat

21. Surah Al-Anbiya'          -Penawar ketakutan
21.1Khasiat ayat 25-29        -Membinasakan orang-orang zalim
21.2Khasiat ayat 30  -Selusuh
21.3Khasiat ayat 69  -Memadamkan kepanasan
21.4Khasiat ayat 79  -Penerang hati
21.5Khasiat ayat 83  -Penyembuhan dan kebahagiaan
21.6Khasiat ayat 87  -Segala hajat
21.7Khasiat ayat 89  -Zuriat yang soleh
21.8Khasiat ayat 91-93        -Melindungi bayi dalam kandungan
21.9 Khasiat ayat 96 -Kemenangan

22. Surah Al-Hajj     -Membinasakan musuh
22.1 Khasiat ayat 27         -Pengasih
22.2 Khasiat ayat 73-74       -Melemahkan musuh

23. Surah Al-Mu'minun    -Taufiq untuk bertambat
23.1 Khasiat ayat 12-14       -Pengasih dan zuriat
23.2 Khasiat ayat 28-29       -Aman dari segala bala dan murah rezeki
23.3 Khasiat ayat 63-65       -Membinasakan orang yang zalim
23.4 Khasiat ayat 97-98       -Penawar was-was
23.5 Khasiat ayat 115           -Penawar kerasukan

24. Surah An-Nur      -Menghindari mimpi buruk dan mengurangkan nafsu syahwat
24.1 Khasiat ayat 16-18       -Penawar penyakit mazmumah
24.2 Khasiat ayat 33-34       -Penawar zina
24.3 Khasiat ayat 35             -Pengasih, murah rezeki, penyembuhan dan lain-lain.
24.4 Khasiat ayat 40 -Aman dari gangguan binatang buas dan orang zalim.

25. Surah Al-Furqan
-Selawat dari gangguan binatang yang buas dan berbisa.
-Penawar sakit gusi.
25.1 Khasiat ayat 45-46       -Sakit gusi
25.2 Khasiat ayat 48-49       -Subur tanaman

26. Surah Asy-Syu'ara'
26.1 Khasiat ayat 10 -Menghilangkan ketakutan
26.2 Khasiat ayat 78-79       -Menghilangkan keletihan.
26.3 Khasiat ayat 130           -Penawar bias
26.4 Khasiat ayat 192-199-Harta karun

27. Surah An-Naml
-Nikmat Allah.
-Pemeliharaan dari segala jenis haiwan berbisa.
27.1 Khasiat ayat 10 -Menghilangkan ketakutan
27.2 Khasiat ayat 15-19       -Menguasai ilmu hikmat
27.3 Khasiat ayat 30-31   -Penunduk
27.4 Khasiat ayat 59-64       -Negeri yang aman makmur
27.5 Khasiat ayat 93 -Membezakan yang palsu

28. Surah Al-Qasas -Pekerja patuh dan berdisiplin
28.1 Khasiat ayat 22-28       -Selamat dari rompakan
-Penawar besar
28.2 Khasiat ayat 51-55       -Penerang hati dan keyakinan yang tinggi
28.3 Khasiat ayat 68-70       -Selamat dari hukuman yang zalim
28.4 Khasiat ayat 85 -Selamat dalam perjalanan

29. Surah Al-Ankabut        -Penawar demam, malas dan lain-lain
29.1 Khasiat ayat 46 -Mengubati sihir

30. Surah Ar-Rum   -Membinasakan orang zalim
30.1 Khasiat ayat 17 -Diampunkan dosa

31. Surah Saidina Luqman
-Sakit perut
-Tenggelam dan karam
31.1 Khasiat ayat 16 -Mengembalikan yang hilang
31.2 Khasiat ayat 31 -Selamat dari banjir
31.3 Khasiat ayat 27-28       -Kecerdikan dan kefasihan

32. Surah As-Sajdah    
32.1 Khasiat ayat 79 -Anak menjadi soleh dan taat


33. Surah Al-Ahzab            -Pengasih umum
33.1 Khasiat ayat 25 -Tidak lari
33.2 Khasiat ayat 45-48       -Ditunaikan hajat
33.3 Khasiat ayat 56 -Tidur lena
33.4 Khasiat ayat 60-66       -Musuh dibinasakan
33.5 Khasiat ayat 69         -Pengasih besar

34. Surah Saba'                   -Pendinding
34.1 Khasiat ayat 39 -Rezeki yang luas
34.2 Khasiat ayat 49-50       -Membinasakan musuh

35. Surah Fathir      -Aman dari kecurian dan gangguan jin
35.1 Khasiat ayat 2   -Murah rezeki
35.2 Khasiat ayat 16-17       -Penawar was-was
35.3 Khasiat ayat 29-30       -Pelaris dan berkat

36. Surah Yasin                   -Air Yaasin
-Ingatan yang kuat
-Keberkatan
-Ditunaikan segala hajat
36.1 Khasiat ayat 9   -Supaya musuh terkepung
36.2 Khasiat ayat 12 -Kecerdikan
36.3 Khasiat ayat 29 -Menghadapi musuh
36.4 Khasiat ayat 33 -Berkat dan subur
36.5 Khasiat ayat 53 -Menghadirkan jin
36.6 Khasiat ayat 58 -Menolak bala
-Musafir
-Menghadapi wabak
36.7 Khasiat ayat 78-79       -Penawar patah

37. Surah As-Saffat
-Terkejut dan takut
-Pendinding rumah
37.1 Khasiat ayat 1-10
-Menghadirkan raja jin
-Mengusir jin
37.2 Khasiat ayat 79 -Ular
37.3 Khasiat ayat 180           -Penutup amalan atau majlis

38. Surah Shad
38.1 Khasiat ayat 42 -Telaga yang berkat
38.2 Khasiat ayat 54 -Makanan tidak berkurangan

39. Surah Az-Zumar           -Kebaikan dan kesolehan
39.1 Khasiat ayat 67 -Terpelihara dari karam dan tenggelam
39.2 Khasiat ayat 68-69       -Menghinakan musuh

40. Surah Ghafir      -Pelaris
-Penawar penyakit dalaman
40.1 Khasiat ayat 12-17       -Buka rahsia
40.2 Khasiat ayat 44 -Menghadapi orang zalim atau penawar sakit mata

41. Surah Fussilat
-Penawar sakit mata
-Kehilangan
41.1 Khasiat ayat 11 -Hasil yang memuaskan
41.2 Khasiat ayat 36 -Terhindar dari kebimbangan dan was-was
41.3 Khasiat ayat 53-54       -Melihat melalui mimpi atau menyiksa melalui mimpi

42. Surah Asy-Syura
-Pendinding
-Tidak dahaga
42.1 Khasiat ayat 1-2            -Pendinding jasmani dan rohani
42.2 Khasiat ayat 12-15       -Mengesan bahan galian
42.3 Khasiat ayat 15 -Menghadapi musuh
42.4 Khasiat ayat 19 -Hajat dan rezeki
42.5 Khasiat ayat 52-53       -Penerang hati dan kuat ibadat

43. Surah Az-Zukhruf
-Mimpi baik
-Pelaris dan penawar
43.1 Khasiat ayat 9-14          -Kandungan sihat dan selamat
-Sesat jalan
-Penyelesaian apa-apa masalah
-Pendamai suami isteri
-Doa kenderaan
43.2 Khasiat ayat 68-73       -Menghadapi kesusahan

44. Surah Ad-Dukhan        -Aman dari segala gangguan
44.1 Khasiat ayat 1-8            -Membinasakan musuh
44.2 Khasiat ayat 12 -Ditimpa bala
44.3 Khasiat ayat 68-73       -Menang berhujah

45. Surah Al-Jasiah -Selamat dari umpatan
-Bayi yang dilindungi
45.1 Khasiat ayat 1-4            -Pelaris
45.2 Khasiat ayat 7-10     -Penunduk
45.3 Khasiat ayat 12-13       -Menarik perhatian

46. Surah Al-Ahqaf -Dikasihi dan disegani
46.1 Khasiat ayat 15 -Nikmat yang kekal
46.2 Khasiat ayat 21-25       -Membinasakan musuh
46.3 Khasiat ayat 29-30       -menghadirkan jin

47. Surah Saidina Muhammad s.a.w
-Minum air sungai syurga
-Patuh dan taat
-Penawar segala penyakit
47.1 Khasiat ayat 8-9            -Mengalahkan musuh
47.2 Khasiat ayat 34-35       -Beroleh kemenangan

48. Surah Al-Fath
-Rezeki yang luas
-Terpelihara dari segala bahaya
48.1 Khasiat ayat 1-4            -Kehebatan dan kemenangan
48.2 Khasiat ayat 29 -Kekayaan, kekuatan dan keberkatan

49. Surah Al-Hujurat         -Kerasukan
-Ibu dan anak dalam kandungan

50. Surah Qaaf                     -Sakit perut, tumbuh gigi
-Nazak
50.1 Khasiat ayat 1-11          -Tanaman subur
50.2 Khasiat ayat 21-22       -Penawar sakit mata

51. Surah Az-Zariyat          -Nazak
51.1 Khasiat ayat 22 -Murah rezeki

52. Surah At-Thur
-Terpenjara
-Musafir
-Kala Jengking

53. Surah An-Najm -Menjadi berani
53.1 Khasiat ayat 1-18          -Penawar was-was
53.2 Khasiat ayat 57-62       -Budak menangis
-Tolak bala


54. Surah Al-Qamar
-Dihormati dan kehebatan
-Selamat dari karam

55. Surah Ar-Rahman
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Penawar sakit mata, limpa
-Terpelihara dari anai-anai, semut dan lain-lain
55.1 Khasiat ayat 33-35       -Pendinding, penawar gila dan penyakit-penyakit mata

56. Surah Al-Waqiah
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Menjadi kaya raya
-Keluar roh dengan mudah
-Selusuh

57. Surah Al-Hadid
-Selamat dari senjata
-Demam panas, bengkak-bengkak
57.1 Khasiat ayat 2-Penawar was-was, pendinding rumah
57.2 Khasiat ayat 25-Perompak dan musuh

58. Surah Al-Mujadalah
-Meredakan kesakitan
-Kecurian dan rompakan
-Tanaman subur
58.1 Khasiat ayat 21-Kehebatan dan kemenangan

59. Surah Al-Hasyr -Kata Imam al-Ghazali r.a
-Segala hajat
59.1 Khasiat ayat 21-24       -Membakar jin

60. Surah Al-Mumtahanah-Penawar sakit limpa, perut

61. Surah Ash-Shaf   -Musafir dan kecurian
61.1 Khasiat ayat 8-13          -Pengasih

62. Surah Al-Jumu'ah         -Terpelihara dari gangguan jin
62.1 Khasiat ayat 4   -Harta diberkati
62.2 Khasiat ayat 9-11          -Khadam beredar

63. Surah Al-Munafiquun -Mengurangkan sifat mazmumah
63.1 Khasiat Ayat 4   -Musuh insaf

64. Surah At-Taghabun     -Rumah berkat, menghadapi kezaliman

65. Surah Ath-Thalaq        -Pecah-belah
65.1 Khasiat ayat 7   -Susah rezeki

66. Surah At-Tahrim          -Insomnia
-Melepaskan hutang piutang
-Penyembuhan

67. Surah Al-Mulk
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Roh keluar
-Hadiah sejati
-Kehebatan dan ketinggian pangkat
-Sakit mata
67.1 Khasiat ayat 4   -Menangkis khianat
67.2 Khasiat ayat 23 -Sakit gusi

68. Surah Al-Qalam
-Kemiskinan
-Sakit gigi
-Penyakit lama

69. Surah Al-Haqqah
-Wanita hamil
-Pendinding bayi

70. Surah Al-Ma'arij           -Mimpi buruk

71. Surah Saidina Nuh a.s
-Tempatnya syurga
-Mudah urusan
-Menemui orang zalim

72. Surah Al-Jin
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Jin takut
-Kecurian
-Kezaliman pembesar
-Bebas dari penjara

73. Surah Al-Muzammil
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Luas rezeki
-Berjumpa Rasulullah s.a.w
-Kaya-raya

74. Surah Al-Muddatsir
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Mudah hafal Quran

75. Surah Al-Qiamah
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Wara' dan soleh

76. Surah Al-Insan
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Terang hati
-Pandai membaca
-Pendinding dari bala
76.1 Khasiat ayat 1-2-Pengasih

77. Surah Al-Mursalat
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Penyakit kulit
-Pemerintah yang ditaati

78. Surah An-Naba'
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Selamat dalam perjalanan
-Mengurangkan tidur
-Kekuatan zahir dan batin

79. Surah An-Nazi'at
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Kejahatan musuh
-Mati pucuk

80. Surah 'Abasa
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Mendapat kebaikan
-Ditutup keaiban

81. Surah At-Takwir
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Pohon hajat
-Mata terang
-Barang sihir
-Perigi berkah

82. Surah Al-Infithaar
-Terkurung, terpenjara
-Menakutkan musuh
-Penawar demam

83. Surah Al-Muthaffifin-Barangan dan tanaman terpelihara

84. Surah Al-Insyiqaq
-Selusuh
-Penawar umum

85. Surah Al-Buruj
-Melepaskan susu
-Penyakit bisul
85.1 Khasiat ayat 20 -Mengelak kemalangan

86. Surah At-Thariq
-Keracunan
-Mimpi buruk
86.1 Khasiat ayat 1-7            -Sakit pinggang

87. Surah Al-A'la
-Penawar, pendinding, penerang hati
-Buasir
87.1 Khasiat ayat 1-5            -Berhenti darah

88. Surah Al-Ghasyiah       -Keracunan

89. Surah Al-Fajr                 -Ketakutan, zuriat yang soleh

90. Surah Al-Balad -Pendinding bayi
-Wang yang banyak
90.1 Khasiat ayat 1-10          -Kemuliaan dan kehebatan

91. Surah Asy-Syams          -Hilang ketakutan
-Televisyen rohani

92. Surah Al-Lail
-Mimpi buruk
-Pengsan
-Demam panas

93. Surah Ad-Dhuha
-Kota besi
-Barang hilang
-Guru ghaib

94. Surah Asy-Syarh
-Batu karang
-Kekayaan dan kebahagiaan
-Segala hajat
-Perkara ajaib
-Kuat daya ingatan
-Kefakiran

95. Surah At-Tiin
-Selamat dan berkat
-Tanaman subur

96. Surah Al-'Alaq   -Aman dalam musafir
96.1Khasiat ayat 1-5 -Kecerdikan luar biasa

97. Surah Al-Qadr
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Mengelakkan zina
-Daki bukit
-Bercakap bohong
-Cahaya zahir batin
-Tunai hajat, murah rezeki
-Musyahadah wajah Rasulullah
-Pakaian berkat
-Teman si mayat

98. Surah Al-Bayyinah
-Penyakit kuning, bengkak-bengkak
-Wanita hamil
-Penyakit berjangkit

99. Surah Al-Zalzalah
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Penyakit kuning
-Penggerak tidur
-Kekayaan duniawi

100. Surah Al-'Adiyat        -Kebaikan dan rezeki yang melimpah

101. Surah Al-Qari'ah        -Rezeki dan penyembuhan

102. Surah At-Takasur
-Pahala besar
-Sakit kepala
-Orang kaya
-Penawar mujarab

103. Surah Al-'Asr   -Demam panas dan pendinding

104. Surah Al-Humazah
-Sihir
-Rezeki dan harta

105. Surah Al-Fil
-Melumpuhkan musuh
-Senjata perang
-Pendinding ma'nawi

106. Surah Quraisy
-Racun
-Was-was
-Penawar penyakit buah pinggang
-hebat

107. Surah Al-Ma'un
-Aman dari segala bala
-Perkenan hajat

108. Surah Al-Kautsar
-Air sungai syurga
-Lembut hati
-Berkat
-Mata yang sihat
-Sihir
-Sifat keji
-Penjara
-Kemenangan
-Dikurniakan hajat
-Berjumpa Rasulullah melalui mimpi
-Penyakit kulit

109. Surah Al-Kafirun
-Syirik
-Segala hajat
-Pengasih

110. Surah An-Nasr
-Menjaga solat
-Nelayan
-Alatulis ujian peperiksaan

111. Surah Al-Masad
-Binasa orang zalim
-Mengurangkan kesakitan
-Aman dari segala bala

112. Surah Al-Ikhlas
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Kepapaan
-Solat hajat
-Penawar
-Fitnah kubur
-Amalan Rasul
-Amalan hari Jumaat
-Keikhlasan

113. Surah Al-Falaq
114. Surah An-Nas
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Penawar sengatan
-Penawar Sihir
-Pemerintah yang zalim
-Sesat jalan
-Pengasih

Monday, 22 June 2015

AL QURAN PENYEMBUH SEGALA PENYAKIT


Sempena bulan Ramadan Kareem yang penuh keberkatan ini, penghulu segala bulan dan pada bulan  inilah Al- Quran di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan dan pedoman kehidupan manusia di dunia yang fana ini. Sehubungan itu saya akan berkongsi bersama anda semua tentang i rahsia kehebatan al-Quran sebagai ejen penyembuh penyakit.

Ramai pesakit  bertanya, mampukah al-Quran mengubati penyakit? Bagaimana hanya dengan membaca rangkaian ayat al-Quran, sakit dihidapi mampu sembuh?

Percayalah! Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang diberikan kepada Rasulullah SAW dan kepada kita sebagai umat baginda.

Al-Quran merupakan kalam Allah dan sememangnya kuasa penyembuh itu adalah milik Allah. Kerana dialah Yang Maha Pencita dan Maha Berkuasa. Jika dikehendakiNya “Kun Fayaku” maka jadilah.
Bukanlah sesuatu yang janggal apabila al-Quran dikatakan mampu menjadi ejen penyembuh penyakit. Firman Allah di dalam surah Al-Israa’, ayat 82:  yang bermaksud : “Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman."

Kita perlu  meyakini mukjizat al-Quran sebagai ejen penyembuh. Bagi saya, jika bukan kita sebagai orang Islam, siapa lagi mahu mengangkat martabat mukjizat agung ini.

Di sini, saya mahu menjelaskan kaedah utama rawatan Islam. Secara umum, rawatan bermula dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Kalimah mulia ini sebagai pembuka pintu kepada setiap sesi rawatan bagi pesakit. Kalimah ini membezakan muslim dan bukan muslim.

Kalimah inilah sebagai penyaksian sewaktu lahir dan sebelum kematian. Maka, kita memulakan rawatan dengan lafaz dua kalimah syahadah. Ini menunjukkan tawakal dan kebergantungan kita kepada zat yang Maha Penyembuh, iaitu Allah.

Seterusnya, kita hendaklah membaca surah Al-Fatihah. Surah ini bukanlah hanya boleh digunakan semasa solat, sebaliknya surah Al-Fatihah turut terbukti sebagai ejen penyembuh penyakit yang luar biasa mujarabnya. Kerana itu surah ini digelar ibu segala surah dan dimuliakan menjadi surah pembukaan di dalam mushaf al-Quran.

Di dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a., ia menjelaskan adanya satu kumpulan sahabat Rasulullah keluar bermusafir. Di tengah perjalanan mereka singgah di sebuah perkampungan Badwi.

Mereka meminta makanan, tetapi penduduk kampung enggan memberinya. Dengan takdir Allah, salah seorang penduduk kampung disengat binatang berbisa.

Salah seorang sahabat Rasulullah bersedia untuk mengubatinya. Lalu membaca sesuatu dan ditiupkan ke tempat luka lelaki tadi. Dengan kuasa Allah, lelaki itu sembuh.

Para sahabat lain hairan, apakah ayat yang dibacakan oleh sahabat tadi? Sedangkan sahabat mereka bukan  seorang tabib atau pernah mengubati penyakit. Sahabat itu menyatakan, dia hanya membaca surah Al-Fatihah. Berita ini sampai kepada Nabi Muhammad saw dan baginda mengesahkan perbuatan lelaki tersebut.

Riwayat ini membawa pengajaran kepada kita mengenai betapa besar fadhilat surah Al-Fatihah.
Kalau difikirkan dari sudut logik akal, mustahil hanya dengan membaca ayat, bisa daripada binatang boleh sembuh.

Ini yang dikatakan kuasa penyembuh milik mutlak Allah dan kita harus berikhtiar.
Apa yang pasti, kisah ini membawa pengajaran berguna, bahawa ayat suci al-Quran bukan sahaja bertindak sebagai panduan hidup, malah sebagai ejen penyembuh penyakit yang sangat mujarab.

Di kalangan masyarakat Melayu khususnya di Malaysia, ramai meyakini ayat suci al-Quran mampu menjadi penawar, namun hanya bagi penyakit bersifat spiritual atau penyakit kerohanian. Misalnya sihir, santau, saka, rasukan, jin dan lain-lain.

Masyarakat kita masih ramai yang kurang yakin bahawa ayat suci al-Quran mampu malah berkesan merawat penyakit bersifat fizikal seperti kencing manis, darah tinggi, tiroid, ketumbuhan dalam otak dan kanser.

Contohnya surah Al-Isra ;ayat 40 hingga 55 untuk menyembuhkan penyakit berkaitan jantung, surah Qaf ayat 16 hingga 45 untuk menyembuhkan penyakit berkaitan urat saraf dan tulang manakala surah Muhammad ayat 21 hingga 32 untuk menurunkan stres pesakit.

Rata-rata kita tidak melihat proses" penyembuhan melalui ayat al-Quran. Sukar diterima akal, hanya dengan membaca ayat suci al-Quran, penyakit fizikal sembuh tanpa ubat atau pembedahan.

Ramai di antara kita lebih mempercayai perubatan moden, yang jelas kelihatan proses penyembuhan dan rawatan seperti pembedahan, ubat, suntikan dan sebagainya.

Secara peribadi, saya tidak menolak rawatan moden, malah menggalakkan pesakit merujuk kepada doktor atau menjalani rawatan moden.

Namun, apa yang mahu saya tekankan adalah, al-Quran juga mampu menjadi penawar penyakit fizikal.
Firman Allah yang bermaksud “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman..." (Surah Yunus, ayat 57)

Bagaimana al-Quran boleh bertindak sebagai ejen penyembuh? Persoalan ini tidak dapat dijelaskan oleh logik akal manusia, namun sebagai sedikit gambaran kepada pembaca, pertama sekali kita harus yakin bahawa al-Quran adalah mukjizat agung dan firman Allah sendiri menyatakan di dalamnya mempunyai syifa’ atau penyembuh. Ayat al-Quran mempunyai aura tersendiri yang sepadan dengan jenis penyakit.

Misalnya, sakit kanser, ayat al-Quran yang selari dengannya adalah surah Al-Mukminun ayat 91 hingga 100 dan surah Al-Hajj ayat 31 hingga 55. Ada lagi ayat lain yang berkaitan dengan penyakit kanser.

Begitu juga dengan sakit lain, terdapat ayat al-Quran, yang fungsinya sebagai penyembuh untuk sakit tersebut. Apabila ayat ini dibaca oleh pesakit, maka aura ayat suci ini akan bertindak terhadap penyakit yang dihidapi dengan izin Allah.

Dalam erti kata lain, rawatan menggunakan ayat suci al-Quran ini bertindak umpama rawatan moden, namun prosesnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar dan dijelaskan dengan logik akal.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sudah ramai pesakit yang mengamal perubatan Islam, sembuh daripada penyakit seperti jantung, buah pinggang, saraf, kanser, gangguan sihir dan saka dan sebagainya, selepas pesakit tekun mengamalkan ayat al-Quran yang diberikan mengikut jenis penyakit.

Selain amalan pembacaan al-Quran secara istiqamah dan konsisten, doa kepada Allah dan keyakinan tinggi terhadap mukjizat agung al-Quran sebagai ejen penyembuh turut diamalkan oleh pesakit.

Mengenai mukjizat al-Quran dalam menyembuhkan penyakit kanser telah dibukukan dalam buku bertajuk Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser (Quranic Medicine in Healing Cancer; terbitan MustRead Sdn. Bhd.) yang boleh didapati di kedai buku bermula 1 Mac 2013.

Kesimpulannya, al-Quran adalah mukjizat agung yang diturunkan Allah untuk umat Nabi Muhammad dan kalau bukan kita, siapa lagi yang patut mendaulatkan al-Quran?

Rugi besar jika orang Islam mensesiakan al-Quran dan tidak meyakininya. Yakinlah dengan al-Quran, bukan sahaja sebagai kitab yang dibaca sebagai pertunjuk, tetapi sebagai ubat yang diamal setiap hari sebagai penyembuh.

Akhir sekali, harapan kita agar suatu hari nanti, ramai doktor Muslim dapat menerima al-Quran sebagai medium penyembuh penyakit serta menggunakannya bersama rawatan perubatan moden mereka. Yakinlah dengan firman Allah bahawa Al Quran adalah penyembuh pelbagai penyakit .

Wallahu’alam.


Sumber: Pusat Rawtan Islam Al Hidayah

Sunday, 7 June 2015

HADIS DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

HADIS PANDUAN KEHIDUPAN

Harus Berwudhu' Menggunakan Bekas yang Suci
Daripada Abdillah bin Zaid RA katanya, “Rasulullah SAW datang menemui kami lalu kami memberikan air kepada Baginda dalam satu mangkuk yang diperbuat daripada tembaga lalu Baginda berwudhu’.
 (Hadith Riwayat al-Bukhari)


Kelebihan Berdoa
 Daripada Anas RA katanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “ Doa-doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak oleh Allah SWT”.  
(Hadith Rwayat (Abu Daud dan at-Tirmizi) dan  at-Tirmizi mengatakan bahawa ini adalah hadith hasan)

Jauhi Sifat Sombong
 Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Pada suatu ketika seorang lelaki berjalan dengan pakaian yang membanggakan dirinya  serta rambutnya disikat rapi dan berlagak sombong ketika berjalan. Tiba-tiba Allah membenamkannya ke dalam bumi maka dia terus menerus meluncur ke dalam bumi hinggalah hari kiamat.
 (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Galakan Memberi Nasihat
 Daripada Anas RA katanya, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata : Sesungguhnya aku hendak pergi musafir wahai Rasulullah, berilah nasihat sebagai bekalanku, Baginda pun bersabda, “Semoga Allah memberi kekuatan iman kepadamu”. Lelaki itu berkata lagi, “Tambahkanlah doa untukku lagi” lalu Baginda bersabda “Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepadamu” lelaki tersebut berkata lagi, “Tambahkanlah lagi doa untukku” Baginda bersabda lagi, “Semoga Allah memberi kemudahan kepadamu dan kamu mendapat kebaikan di mana sahaja kamu berada.”
 (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi, katanya hadith hasan)


Rujukan : JAKIM

Wednesday, 20 May 2015

KISAH BENAR - sejauhmana kita bergantung kepada kekuasaan Allah ?

Assalamualakum warahmatullah hirwabarakatuh,

Saya ingin kongsi bersama tetentang keyakinan kita kepada Allah dalam mengatasi sesuatu masalah yang kita hadapai dalam kehidupan kita.  Sudah menjangakau usia lebih 60 tahun hidup di dunia ini dan dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah hidayah-Mu.

Kebanyakan kita akan mengalami kesakitan dari masa ke semasa, pada lazimnya bila kita sakit kita akan terus ke klinik untuk mendapat rawatan daripada doktor. Kebisaannya doktor akan bagi ubat untuk dimakan bagi menghilangkan kesakitan itu mengikut ilmu kedoktorannya. Beberapa jenis ubat di beri dan kita makan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kebiasanya setelah makan ubat penyakit kita akan sembuh. Dalam keadaan biasa kita akan memberitahu kepada orang lain bahawa kesakitan kita telah sembuh setelah makan ubat doktor si pulan bin si pulan dan dalam minda kita ada perasaan bahwa doktor berkenaan pandai memberi rawatan.

Walahal yang  memberi kesembuhan itu adalah Allah dan doktor itu adalah sebagai penyebabnya sahaja. Hal ini jarang kita fikirkan dan memberi penekanan tentang keimanan kita kepada Allah ?. Jika dilihat kepada amalan kebanyakan kita pada masa lalu didapati kita tidak begitu yakin dengan syahadah kita. Kita masih bergantun dan mengharap pertolongan makhluk lebih besar dari pertolongan Allah. Renungkan lah.

Pada dua hari lepas saya mengalami satu peristiwa yang amat memberi kesedaran kepada prinsip hidup saya. Ceritnya begini, Pada 18 hb Mei saya mengalami sakit sendi lutut sebelah kiri yang amat sangat. Bila hendak berjalan rasa sakit macam di hiris dengan pisau, saya terpaksa berjalan tehuyung haying dengan penuh kesakitan. Pada petang itu saya pergi jumpa doktor di sebuah klinik. Setelah membuat pemeriksaan saya diberikan ubut urat dan ubat tahan sakit oleh doktor berkenaan. Kesan makan ubat berkenaan perut menjadi kembung dan sukar untuk bersanafas, manakala sakit lutut saya tidak juga berkurangan.

Keesokan harinya saya medengar ceramah agama di TV. Ustaz yang memberi ceramah itu memceritakan tentang hubungan kita dengan Allah dan sejauh mana kita begitu yakin tentang kebesaran Allah dan sifat Allah Yang Amat Pemrah itu. Dalam menghuraikan tentang bagaiman kita sebagai seorang Islam mesti pada setiap masa mengingati Allah dan sentiasa bergantung harap kepada Allah untuk selesaikan masalah kita, bukanya kita lebih bergantung harap kepada manusia.

Untuk menghuraikan pengarajan ustaz telah memberi satu contoh, di mana seorang doktor telah membuka sebuah klinik di sebuh kampung. Setelah klinik dibuka untuk tempoh lebih tiga bulan, dia dapati tidak ramai oraangg yang datang ke kliniknya untuk mendapat rawatan. Doktor berkenanan merasakan bahawa di kampung itu tidak ramai orang yang sakit. Oleh itu dia cuba mencari jawapan dengan bertanyakan kepada penduduk kampung tentang amalan mereka. Setelah berjumpa dengan beberap orang penduduk dan beliau bertanyakan amalan yang dipratiskan oleh penduduk kampung tentang kesakitan yang mereka amalakan, didapati jawapannya adalah sama, iaiatu :

 “ Amalan yang kami lakukan apabila mengasalami kesakitan, pada mula sakit kami akan terus ‘solat hajat’ memhon diri kepada Allah untuk memberi keksembuhan, jika tidak sembuh juga, kami akan memberi derma kepada fakir maskin dan semasa menghulurkan derma itu didoakan semoga dapat memberi kesembuhan, jika selepas derma tidak juga sembuh, tidakan seterusnya ialah  melakukan ‘solat taubat’ memohon keampunan daripada Allah terhadap dosa yang dilakukan sebelum ini. Jika selepas solat ini juga kesakitan masih tidak sembuh barulah kami pergi jumpa doktor'.

Bila saya mendengar nasihat ustaz itu, saya cuba mengamalkan dalam usaha untuk mengubat sakit lutut saya. Pada malam itu juga saya lakukan solat hajat memohon kepada Allah untuk memberi kesembuhan kepada kesakitan di lutut kiri yang saya alami itu. Keesokan harinya saya dapati lutut saya ada sedikit Perubahan dimana rasa sakit telah mulai berkurangan. Seterusnya pada hari berikutnya saya telah memberi derma dengan niat untuk mohon Allah beri kesembuhan terhadap sakit lutut saya. Alhamdulilah kesakitan mula berkurangan.

Pada hari berikutnya saya mengadakan solat taubat untuk memohon kepada Allah semoga di ampunkan dosa-dosa saya yang jika saya lakukan tanpa saya sedari, dengan meminta secara bersungguh mohon juga di beri kesembuhan kepada sakit lutut saya. Alhamdulillah dengan hidayah-Nya, sakit lutut kaki kiri saya telah mula beransur pulih sepenuhnya. Daripada peristiwa ini ianya memberi banyak kesedaran dan pengajaran kepada saya, bahawa dalam reality kehidupan kita tidak begitu meletakkan pengharpan yang tinggi kepada Allah apabila ditempa kesakitan dan kesusahan, kita lebih berharap kepada makhluk untuk memberi kesembuhan. Walahal yang  sebenarnya Allahlah yang mencipata kita dan Dia yang menentukan segala-galanya kepada setiap detik kehidupan kita, senangkah, murah rezeki kah, gembira kah dan pelbagai lagi Dia yang meberi hidayah dan mentukan. Oleh itu bila kita menghadapi sesuatu musibah dan kesusahan kita sepatutnya terlebih dahulu memohon terus kepada Allah untuk memohon pertolonganNya. Bukannya memita pertolongan daripada makhluk lain.

Dari kejadian yang saya alami ini juga memberi pengajaran bahawa dalam kehidupan seharian kita, banyak ilmu dan nasihat yang kita terima dan dengar. Tetapi sejauh manakah kita mengamalkan ilmu berkenaan. Hakikatnya kita lebih kepada menadah telinga mendengar  ceramah agama, tetapi tidak pula kita amalakan dalam kehidupan sehiarian kita. Situasi ini juga satu kerugian dalam kehidupan. Kerana ilmu yang tidak diamalkn itu adalah ilmu yang sia-sia. Renungkanlah……..

Wallahu’alam.