RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label agama.. Show all posts
Showing posts with label agama.. Show all posts

Friday, 21 August 2015

Tips nak tau jika ada lelaki minat kapada anda?


Perasaan cinta dan kasih sayang diantara teruna dan dara adalah sunnahtullah. Ianya menjadi naluri semulajadi manusia untuk cinta dan mencintai. Allah jadikan pasangan lelaki dan perempuan untuk saling kasih mengasihi antara satu sama lain dan berakhir dengan tali ikatan yang sah dan abadi melalui lafaz “akad” yang akan menghalalkan hubungan pasangan suami isteri. Sebelum bertikad untuk sehidup semati melalui perkahwinan yang sah. Proses kenal-mengenali akan berlaku dan proses ini jika tidak disertai dengan iman, ramai muda mudi yang kecundang dan bergelombang dengan dosa. Artikel ini akan memberi tips bagaimana mengenali teruna yang minat kepada seseorang dara.

1.  Melalui ‘eye-contact’ - Pertama kali berjumpa didapati  si dia merenung tepat-tepat kat mata anda, nie menunjukkan yang dia suka atau berminat dengan anda. Tapi awas dan berhati-hati jika  anda berdepan dengan jejaka yang pemalu. Dia akan cepat2 alihkan pandangannya dari merenung mata anda kerana dia takut yang anda akan tau yang dia sukakan anda, dia akan cuba menyebunyikan minatnya.

2.  Perhati kelakuannya – Jika  dia nampak seperti nervous, semput, gelisah, serba tak kena, ini mungkin tanda-tanda yang dia sukakan anda! (atau mungkin juga dia ada penyakit asma, (lelah atau semput) Dia juga mungkin akan banyak bercakap tentang dirinya sendiri atau merepek pasal bende-bende yang tak masuk akal. Gelabah tak tentu pasal.

3.  Jika dia tunjuk minat pada perkara yang anda suka – Misalnya jika dia tahu yang anda suka kepada bunga orkid,  mungkin dia akan suggestkan beberapa jenis pokok orkid untuk diserikan di garden anda. Wah, betapa serasinya kegemaran dia dengan anda ?

4.  Perhati gerak-gerinya bila bersembang dengan gadis lain – biasanya lelaki yang minat kat anda akan flirt dengan gadis lain dengan harapan anda akan perasan kewujudannya. Selain tu, dia nak buat anda jelous sebenarnya…mahu di ujinya kecemburuan anda !

5.  Suka mengusik atau menyakat – si dia suka mengusik anda? Nie mungkin kerana dia ada hati kat anda! Usik-mengusik nie sebenarnya satu helah untuk menarik perhatian anda pada dirinya! So, next time jika anda marah sebab kena usik, pikir-pikirlah semula, ok! Usik ada makna tu….

6.  Bercakap lembut / bersopan dengan anda – kalau sorang lelaki yang minat kat anda, dia akan bercakap dengan lebih lembut dan bersopan bila berbicara dengan anda. Tapi, kalau dengan orang lain, dia akan bercakap seperti biasa. Biasalah tuu…sebab si dia nak tunjukkan dirinya yang sensitive dan besopan santun bagi tarikan minat anda.

7.  Melalui layanan - Kalau si dia betul-betul sukakan anda, dia akan sentiasa melayan anda dengan baik, lembut  dan sopan.  Nie baru gentlemen namanya, anda minta tolong apa saja akan cuba sedaya upaya untuk menolongnya…hendak berbudi katakan….

8.  Jika mukanya merah padam – Jika anda tengah bercakap dengan si dia dan perasan yang mukanya telah naik merah, besar kemungkinan yang dia menaruh perasaan kat anda. Kalau muka dia merah bila cakap dengan kita jer dan bukan dengan orang lain, maknanya dia mgkn sudah jatuh hati la tu…ok….

Setelah anda  mengetahui yang si dia  begitu berminat kat anda, perlu berhati-hati jangan mudah menyerah hati anda begitu cepat, perlu kenali lebih lagi, kenal hati budinya sebelum konfim cinta anda…..Berhati-hati dalam bermain cinta, ikutlah lunas syariat, jangan jadikannya salah satu cabang dosa. Ingatlan Allah berfirman “ Jangan hampiri zina”.

Wallahu’alam.

Saturday, 1 August 2015

Hukum Bersuci dengan DRY CLEAN


Kehidupan kita di zaman kemajuan teknologi ini telah  dapat memudahkan kerja dalam mengatur kehidupan seharian. Kadangkala penciptaan mesen dan peralatan elektronik untuk mempercepatkan proses kerja-kerja seharian di rumah. Oleh itu ramai daripada kita mengambil kesempatan menggunakan kemudahan ini untuk memgatasi masalah masa yang begitu sibuk. Umpamanya untuk membersih baju terutama baju yang mengggunakan fabric yang mahal seperti sutera keadah pembesihan yang digunakan ialah dry cleaning.

Sehubungan itu bagi mereka yang begitu mengambil berat tentang hokum halal haram timbul persoalan adakah cara pencucian seperti ini sah disis syarak atau sebaliknya. Bila timbul situasi sebegini kita perlu merujuk kepada pihak yang berotariti untuk memdapat fatwa yang sahih seperti JAKIM.

Dibawah ini saya perturunkan fatwa yang telah dikeluarakan oleh pihak berwajib untuk menjelaskan kedudukan dari segi syarak.

Hukum menghantar baju/pakaian  untuk dry cleaning itu adalah harus.Ulamak fekah daripada pelbagai mazhab, syafie, maliki, abu hanifah merumuskan kaedah penyucian bukannya  lagi  tertumpu kepada air dan bahan pencuci semata-mata tetapi umat Nabi Muhammad saw beruntung kerana diberi  pilihan selain daripada membasuh mereka juga boleh membersihkan melalui teknik dry cleaning,Tetapi dengan syarat jika pakaian/baju tersebut memang ada najis ia perlu dibersihkan terlebih dahulu  sebelum  teknik dry cleaning ini digunakan.Wallahu a’lam.

Rujuk kitab syarah bulughul maram edisi  saudi (terbaharu)

Wallahu’alam.

Sumber: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/59951

Friday, 31 July 2015

HUKUM MELAKUKAN ONANI DALAM ISLAM

Hukum Onani Lelaki & Wanita

Pada akhir zaman ini, kemajuan komunikasi seperti telefon pinter, internet, Whatapps, instrogram dan sebagainya membolehkan segala berita, gambar  dan vedio di kongsi bersama oleh rakan dari semerata tempat di dunia ini. Kadangkala terdapat berita, gamabar dan vedio yang berunsur negetif sperti lucah dan mengairahkan. Keadaan ini mendedahkan anak muda dan belia kepada perkara perbuatan maksiat seperti perbuatan zina.

Setengah daripada mereka yang terlibat yang mempunyai kesedaran  rasa malu dan takut kepada dosa, mereka dapat mengawal nafsu untuk menjauhi perbuatan yang tidak bermoral ini. Sungguhpun begitu, kadangkala oleh kerana perkara ini disua beberap kali oleh mereka yang tidak bertanggung jawah dan timbul perasaan anak muda untuk mengetahui pada mulanya dan akirnya akan terjebat dan seterusnya akan ketagih, pada masa itu nafsu syahwat juga sukat untuk di kawal. Salah satu alternatif bagi mengelakkan berlaku zina maka tindakan memuaskan nafsu di lakukan melalui onani sama ada oleh lelaki atau wanita.

Di artikel ini saya telah mengambil tulisan oleh Ustaz Zainuddin untuk perkonsian bersama bagi mencegah perbuaatan ini dan dilihat dari kontek hokum yang ditetapkan oleh Islam.

Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-
Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:
Karena takut berbuatan zina.
Karena tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.
Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)
Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam
Walaupun demikian, berikut adalah ulasan lanjut saya ( sila buka ) :-
Terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.
Antara soalan-soalannya :-
1)      " ...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."
2)      "Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi.
3)      "Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya."
4)      "Saya juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya beronani."
5)      "Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima kasih"
6)      "Salam, saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?"
 gelora nafsu memamah umat Islam kini 
Sebeban Alasan
Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.
"Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya 'ke neraka', then kat akhirat dok tuding jari kepada kita" kata seorang rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.
Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.
Virus Bermula
Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.
Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.
Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.
ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها
rtinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t  akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)
Juga disebut dalam sebuah athar :
النظر سهم مسموم من سهام إبليس
Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)
Malah ia juga bakal merosakkan hati :-
كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله
Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.
Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.
Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.
Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-
لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ
Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah Onani yang telah saya siarkan di web ini.
Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -
1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.
Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Ertinya :  "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)
Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-

a) Malumin : Ertinya : "tercela"
b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"
2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.

Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.

Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.

3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.

Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.

4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan.
Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-

1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga
Beliau menyebut :-
Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.
Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk
Beliau menyebut :-
Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.
Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.

3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki
Beliau berkata :
Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.
Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.
Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!

Penutup

Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-

1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah makan dan minum di siang hari.
3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk bangun sahur.
4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk elakkan ‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.

Amat diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat menghasilkan kemampuan kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di atas.

Teringat saya kepada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Prof. Dr Sano Qutoub Mustafa ( Prof Syariah di UIAM ) pada 19 Oktober yang lalu. Beliau mengatakan

"jika keadaan iman dan amalan anda selepas Ramadhan adalah sama atau lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak mendapat keampunan Allah pada bulan Ramadhan yang lalu"

Wallahu’alam.



Sumber:
Zaharuddin Abd Rahman  http://www.zaharuddin.net/

Tuesday, 28 July 2015

RUMAH TANGGA YANG BERMASALAH

RUMAH TANGGA YANG BERMASALAH - apa yang perlu dilakukan ?

Kehidupan di atas bumi Allah yang terbentang luas ini adalah masa untuk melakukan amal soleh, buat bekal di akhirat kelak. Sebagai umat Islam kita sentiasa berpanukan iman dan taqwa untuk menjalani kehidup supaya sentiasa selari dengan kehendak syriat.

Dalam pembentukan rumah tangga, kita banyak yang abaikan ajaran Islam supya mencari sumai bakal suami yang beriman dan soleh.  Kesalahan berikutnya Islam menyuruh kita berumah tangga atas dasar membentuk anak soleh juga sebahagian besar kita juga abaikan dan tidak ambil kisah. Majoriti kita lebih mementingkan harta, pangakat dan keturunan. Kita berbangga dengan hantaran ratusan ribu  tinggit semasa akad nikah, banyak amalan yang bercanggah dengan syariat kita masih teruskan dan berbangga seperti Majlis Bersanding, tempung tawar, kenduri kendara yang diiringi dengan muzik dan pesta suka ria yang melalaikan.

Sedangakan syariat menyuruh kita permudahkan majlis kahwin, mahal yang murah adalah yang berkat dan syurkan oleh Islam. Persediaan kenduri kendara majlis kahwin yang sederhana berdasarkan kemampuan kita (ukur badan sendiri). Jika ini dilakukan dengan penuh keikhlasan dan berniat untuk mengikut sunnah Rasululllah, mudah-mudahan keberkatan rumahtangga akan diperolehi. Insyaallah.

susah itu ujian bila selama ini kita taat
susah itu azab bila selama ini kita suka maksiat
susah itu teguran bila Allah ingin kita kembali

Oleh itu bila rumah tangga kita bermasalah, cuba kita renung kembali : niat semasa hendak kahwin dahlulu atas dasar apa ?. Cuba hisbah diri kita suami isteri sejauhmana kita telah taati perintah Allah dalam kehidupan seharian kita ? solat 5 waktu bagaiman ? puasa bagaimana ? nafkah kepada isteri dan anak-anak bagaimana. Hubungan dengan keluraga bagaimana..? Jika semuanya berpandukan kepada ketaatan kepada perintah Allah sudah pasti rumaha tangga kita akan berjalan lancer dan harmonis sekali. Jika tidak pasti timbul pelbagai masalah diantara suami isteri.

Jika timbul masalah rumah tangga. Teruslah berjuang  dan berusaha memperbaiki niat, sikap dan keikhlasan menerima. Para Nabi pun banya yang diuji dengan pelbagai kesusahan, mereka diuji dengan kepahitan,

kita sebagai hamba-Nya, harus menjalani ujian dari Allah dengan penuh keinsafan, ketaatan dan penuh kesabaran. Yakinlah Allah bersama-sama mereka yang sabar. Akhirnya kenikmatan dan kebahagian akan bersinar untuk kita nikmati sekeluarga. InsyaAllah.

Sepatutnya bila berlaku musibah dalam rumah tangga, janganlah kita heboh-hebohkan kepada orang ramai, cuba menegakkan benang basah, tuding menuding mencari kesalahan suami atau isteri. Jangan cuba buat perkara bodoh dengan “membuka pekung di dada”. Sebijaknya kita perlu lakukan perkara-perkara ini apabila berhadapan dengan sausana rumah tangga bermasalah:

  Banyak beristigfar dengan memohon keampunan daripada Allah. 


 Bertaubatlah jika kita tidak sempurnakan segala perintah Allah yang wajib seperti solat, pausa, zakat.dan sebagainya. Kembalilah kepada pangkal jalan untuk jadi suami isteri yang beriman, beramal dan bertaqwa.

 Sentiasa berdoa untuk mendapt rahmat  Allah terutama dengan melakukan solat thajud di tengan malam dan awal pagi. Sesungguhnya masa ini adalah masa yang paling mustajab untuk berdoa.


 Beristikomahlah dalam melakukan amal ibadat kepada Allah, dan jangan jemu berdoa dengan penuh pengharapan kita kepada Allah Yang Maha Pengasih, Penyayang dan Pemurah.Yakinlah bila kita menjaga hubungan dengan Allah pasti segala keperluan kita di dunia ini akan dijaga olehNya.

Jadikan masalah rumah tangga yang dihadapi itu adalah tandanya Allah masih sayang kepada kita suami istie, Dia ingin memberi kesedaran kepada kita bahawa kehidupan kita selama ini yang lebih tertumpu kepada mencari harta benda untuk dunia tidak akan kemana, kebahagian yang kita cari tidak akan kita perolehi tanpa hidayah Allah. Harta benda yang berbentuk keduniaan hanya akan habis dalam tempuh tertentu. Tetapi amal ibadat dan pengabdian kita kepada Allah untuk mendapat keredaan-Nya akan kekal selama-lamanya dan yang paling menguntungkkan kita akan memperolehi kesenangan dan kebahaigan di akhirat kelak.

Perbetulakan matlamat kita untuk mendapat kerdaan Allah, kejarlah  untuk berlumba-lumba memperbanyakkan ibadat yang disyariatkan oleh Allah kepada kita. Anggaplah segala ujian itu adalah proses untuk memperbaiki dieri yang selama ini penuh dengan dosa , kelalaian dan kemaksiatan. Teruskan istikomah dalam mengerjakan amal kebajikan kepada Allah.

Allah maha mengetahui usaha kita, kepedihan kita, harapan kita, selagi hati kita istiqomah dengan kebesaran-Nya dan yakin suatu saat ada hikmah dan kemudahan, jadilah ada ketenangan hati dan Insya Allah tak lama kemudian hikmah akan muncul.

Kehidupan jikalau nikmat kaya sehat terus, manusia cenderung lalai dan lupa serta  bangga diri dan keras hati, pamer kemewahan, pamer kendaraan dan pamer kekuasaan kepada umum dengan penuh riak dan takabur. Auzubillah huminzalik.

Allah menempa kehidupan kita, memberi kita ujian, semoga jiwa kita akan semakin matang dan kuat dan tidak lupa diri ketika  diberi kenikmatan, dan lebih dermawan ketika melihat orang yang sedang dalam  kesulitan dan kedaifan. Berkhidamat kepada umum dengan sukarela untuk berkongsi pengalaman dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan.

Wallahu’alam.


Sumber: Ustaz Nurul Yusuf : anakajaib.

Mengapa Anda Perlu Kahwin Semasa Muda

ketikaSemasaDi zaman internet yang serba canggih, dunia tanpa sempadan mutakhir ini menyebabkan anak-anak muda terdedah dengan pelbagai maklumat ada yang positif  dan ada yang negetif. Positifnya anak muda didedahkan dengan pelbagai teknologi computer dan alatan telefon pintar ipad yang dapat memudahkan perhubungan antara manusia dan juga menyebarkan pelbagai maklumat di seluruh pelusuk dunia. Nam jika anak muda tidak pandai menggunakannya, alatan canggih ini boleh merosakkan masa depan mereka, umpamanya belia dan beliawanis yang usia baru setahun jagung telah didehakan dengan vedio lucah dan porno. Ini mendorong mereka untuk mecuba perlakuan seks yang di tontonya melalui internet, dan akhirnya terjebak dengan perbuatan hubungan seks bebas di kalangan anak muda. Ini menyebabkan berlakunya kelahiran anak luar nikah dan akhirnya berlaku pembuangan bayi dan juga pembunuhan bayi yang tidak berdosa.

Sesetengah pendapat memberi cadangan supaya anak-anak muda yang ketagih seks  ini perlu di percepatkan perkahwinan mereka atau di istilahkan sebagai ‘Kahwin Muda”.

 ‘Kahwin muda‘, adalah satu  topik yang sudah menjadi kebiasaan  kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya keadah ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman mutakhir ini ianya kurang mendapat sambutan berikutan teruna dan dari lebih memberi tumpuan kepada pelajaran samsadi di kolej atau universiti.

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal  pada usia muda memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1. Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan seandainya sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

2. Mengelak daripada  perbuatan zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai perkerjaan, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah mencapai 29 tahun lebih. Bayangkan derita menahan nafsu yang perlu ditanggung  selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Penyelesaiannya  ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan seks luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3. Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta. Tanggung jawab yang bertambah dan perlu kepada komitmen yang tinggi bagi mencapai matlamat kebahagian keluarga. Lebih bertanggung jawab si suami apabila telah dikurniakan cahaya mata, pengikat kasih sayang suami isteri.

4. Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata -kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina. Yang lebih penting jika suami isteri sentiasa taat kepada perintah Allah dan bersyukur di atas nikmat-nikamat Allah, sudah pasti rezeki akan di kurniakan oleh-Nya tanpat di sangka-sankgka dan di duga. Subhanallah. 


5. Fikiran menjadi lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang, Komitment untuk mencari rezeki untuk keperluan keluarga merupakan kekangan untuk melepak dan mensia-siakan masa bersama kawan-kawa yang berlum kahwin.
Segala suka duka dan cabaran yang di hadapi sebagai suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga akan mempercepatkan lagi kematangan dalam berfikir dan bertindak.

6. Dapat Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah sumai dan isteri dan keluarga.
Bagi si lelaki selepas kahwin merupakan pendorong turning point yang begitu berpengaruh sekali kerana lahirnya sifat suami sebagai ketua keluarga yang perlu memberi nafkah. Ini akan mendorongnya bekerja lebih kuat lagi setiap kali bilangan anak bertambah kerana komiten ekonomi yang bertambah.

7. Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda,  kelazimannya akan memperolehi anak  pertama (sulung) pada usia yang muda, dan diikuti dengan anak kedua dan seterusnya.  Belum sampai umur wajib (60 tahun) anak-anak sudah besar dan tamat melanjutkan pelarajan serta mempunyai kerjaya masing-masing. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa tua meraka dalam suasana  yang selesa dan  mempunyai banyak masa untuk beribadat sebagai bekal untuk akhirat yang kekal abadi.
Berbanding dengan mereka yang kahwin di usia yang agak tua, sudah pasti pada masa usia lebih 50 an, anak-anak masih kecil dan perlu kepada kerja kuat untuk mengurus persekolahan mereka. Ini menyebabkan kehidupan di usia tua agakan tertekan dan menjadikannya sebuk dengan urusan dunia yang akan menjejaskan masa untuk  menambah ibadat kepada Allah bagi bekal akhirat nanti.

8.  Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun ke atas, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

9. Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu bemain di minda. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang mampu ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya. Sememangnya ini adalah realiti kehidupan mereka yang berkahwin apabila bertambah bilangan anak, status ekonomi akan meningkat dari masa ke semasa.

10. Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, betul tak? Jika benar anda menyayanginya dan ingin berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah dan menangung derita sepanjang zamah.

Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya…
Apa ditunggu lagi?

Yang menjadi halangan kepada muda-mudi untuk kahwin pada usia muda adalah sikap keluarga dan masyarakat. Kini belanja kahwin telah menjadi satu trend untu bermegah dah menunjuk-nunjuk. mas kahwin yang ditetapkan oleh Islam adalah berpadanan dan mengikut kemampu penganting lelaki. Kini telah jauh tersasar dari matlamat sebenar dengan meletakkan hantaran dengan harga yang mahal berpuluh ribu malah ada yang mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit. bukakah ini membebankan menantu.

Kesusahan yang disebab kan adat budaya dan juga perasaan ego nafsu keluarga menyebabkan anak muda yang ingin kahwin terpaksa membenamkan hasratnya. Masa yang agak lama di ambil untuk mengumpul wang bagi perbelanjaan kahwin menyebabkan muda mudi terus menjalin cinta mereka, bagi yang tidak dapat mengawal nafsu sarakah, akan terjebat dengan perbuatan maksiat seperti melakukan zina. hinggalah melahirkan anka luar nikah. Inilah realiti kehidupan  di zaman sekarang.

Untuk  mengatasi situasi yang dimurkai Allah itu, wahai para ibu bapa marilah kita sama-sama membuat perubahan dengan meletakkan hantaran perkahwinan dengan kadar yang terampu oleh bakal menantunya,


Sumber : zoncinta.com

Wednesday, 22 July 2015

Masalah komunikasi punca cerai

Masalah komunikasi antara pasangan berkahwin dikenalpasti menjadi faktor yang boleh menyebabkan sesebuah rumah tangga yang dibina walaupun atas dasar cinta rapuh sehingga boleh membawa kepada perceraian.

Keadaan itu akan bertambah meruncing jika pasangan yang berkahwin tidak mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk melayari alam berumahtangga.

Kaunselor di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suriani Buang, berkata pasangan yang berkahwin pada usia muda lebih terdedah dengan pelbagai cabaran yang jika tidak diatasi boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk lagi.

Katanya, komunikasi antara lelaki dan wanita sangat mempengaruhi perjalanan sesebuah rumah tangga sama ada akan mewujudkan suasana yang harmoni, gembira atau sebaliknya.

“Komunikasi antara suami dan isteri berbeza kerana golongan suami lebih bersikap rasional berbanding isteri yang lebih emosional.

“Begitupun, kedua-duanya perlu memahami tingkah laku dan perasaan pasangan masing-masing serta bertolak ansur untuk menyelesaikan masalah yang timbul bersama,” katanya mengulas mengenai masalah perceraian yang berlaku ke atas sesebuah perkahwinan dalam tempoh singkat atau kahwin spring ini.

Menurutnya, suami atau isteri perlu memahami sedalam-dalamnya sikap pasangan mereka sebelum berkahwin bagi menyesuaikan diri terutamanya selepas berumahtangga.

Selain itu katanya, masalah seksual juga menjadi antara faktor penyumbang kurangnya persefahaman suami isteri sehingga mengeruhkan suasana dalam rumah tangga.

Suriani berkata, hubungan kelamin suami isteri menjadi salah satu perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh pasangan yang berkahwin tanpa perlu rasa malu untuk membincangkannya.

“Dalam hal ini (hubungan kelamin suami isteri) pasangan tidak perlu malu atau takut untuk mengaku kelemahan atau masalah yang dihadapi kerana jika mendiamkan diri ia tidak akan selesai malah ada yang bertindak memohon perceraian.

“Pasangan tidak perlu khuatir kerana masalah ini boleh diatasi melalui perbincangan sesama mereka atau mendapatkan pandangan pakar supaya ia tidak berlarutan,” katanya.

Dalam melayari rumah tangga katanya, suami atau isteri perlu mempunyai matlamat yang jelas supaya ikatan yang dibina dapat berjalan di landasan yang benar.

Menurutnya, jika sesebuah perkahwinan itu hanya mengikut hawa nafsu semata-semata tanpa melihat ke hadapan, sesuatu pasangan itu tidak dapat menguruskan rumah tangga dengan baik.

Kerana itu katanya, pasangan perlu memahami tanggungjawab serta komitmen yang perlu dilakukan apabila melangkah ke alam perkahwinan.

“Perkahwinan bukan satu perkara mudah kerana banyak perkara perlu dititikberatkan bukan sahaja di dalam keluarga itu sendiri tetapi membabitkan pihak terdekat seperti keluarga mertua, saudara mara dan sebagainya,” katanya.

Suriani berkata masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan baik bukannya mengikut perasaan kerana dalam berumah- tangga pendekatan terbaik hanyalah dengan mengadakan perbincangan.

Sekiranya langkah itu tidak berkesan katanya, pasangan boleh mendapatkan bantuan pihak ketiga seperti kaunselor, keluarga atau rakan-rakan yang boleh memahami seterusnya membantu mengatasi masalah yang timbul.

“Dalam perkahwinan masalah akan ada dan pasangan perlu mengetahui cara atau pendekatan sesuai menghadapinya supaya tidak bertambah rumit.

“Begitupun, apa yang penting pasangan perlu memahami bukan sahaja orang lain tetapi diri sendiri kerana semua yang berlaku adalah bermula dari diri sendiri,” katanya.

Selain itu, Suriani juga meminta pasangan yang belum berumahtangga dapat mewujudkan persefahaman yang jitu agar mereka dapat mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi supaya masalah yang timbul kemudian hari dapat diatasi secara bersama dengan baik.

PUNCA BERLAKUNYA PERKAHWINAN SINGKAT

– Masalah komunikasi
- Tidak mentaati perintah agama
– Tiada persefahaman
– Masalah hubungan seks suami isteri
– Sikap mementingkan diri sendiri
– Pasangan tidak memberikan kerjasama dengan baik
– Menjalin hubungan sulit dengan lelaki atau wanita lain
– Tiada pengetahuan ilmu rumahtangga
– Dipengaruhi pihak ketiga seperti keluarga atau orang berpengaruh
– Tidak bertanggungjawab
– Mengabaikan nafkah isteri dan keluarga
– Menjalinkan hubungan sejenis

CARA UNTUK MENGATASI

_ Solat hajat mohon pertolongan Allah
– Bawa berbincang
– Cuba memahami sikap pasangan masing-masing
– Bertolak ansur, bekerjasama, bantu-membantu
– Meletakkan matlamat mewujudkan perkahwinan yang bahagia
– Membuat persediaan secukupnya: jiwa dan minda sebelum berkahwin
– Dapatkan bantuan pihak lain seperti kaunselor
– Jangan bertindak ikut perasaan sebaliknya berfikir sebelum bertindak
– Pelajari ilmu berumahtangga
– Sabar dan menerima pasangan seadanya
– Amalkan ucapan cinta, terima kasih dan maaf

 Masalah rumah tangga jika berlaku suami adalah pihak yang patut dipersalahkan, ini kerana ketidak cekapan suami dalam mengepalai dan mengurus rumah tangga menyebabkan berlaku krisis rumah tangga dan bila dah parah menjurus kepada percerian.

Islam telah memberi kuasa "talak" kepada suami sebagai peneraju atau pemimpin dalam rumah tangga.. Talak merupakan perkara yang diharuskan tetapi di benci oleh Allah. Ini bermaksud bahawa inya adalah satu tindakan yang terakhir bagi mengatisi krisis dalam sebuah rumah tangga. 

Pengamatan dan penelitian saya mendapati punca utama berlaku krisis rumah tangga adalah kerana kurannya ilmu tentang pengurusan rumah tangga sama ada oleh suami atau isteri. Bila berlaku krisis kecil suami atau isteri dengan tindakan dangkal mereka masing-masing dan cuba menegakkan benang basah, walahal tindakan yang di ambil itu adalah bertentangan dengan panduan yang di tetapkan oleh Islam. Bigitu juga pihak ketiga yang kadangkala terlibat dalam urusan rumah tangga juga tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup. tindakan yang dilakukan lebih kepada kehendak nafsu dan mementingkan ego diri masing-masing.



Wallahualalm/



SUMBER: LAMAN NURANI       ( khairole )