HADIS PANDUAN KEHIDUPAN
Harus Berwudhu' Menggunakan Bekas
yang Suci
Daripada Abdillah bin Zaid RA katanya, “Rasulullah SAW
datang menemui kami lalu kami memberikan air kepada Baginda dalam satu mangkuk
yang diperbuat daripada tembaga lalu Baginda berwudhu’.
(Hadith Riwayat
al-Bukhari)
Kelebihan Berdoa
Daripada Anas RA
katanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “ Doa-doa di antara azan dan
iqamat tidak akan ditolak oleh Allah SWT”.
(Hadith Rwayat (Abu Daud dan at-Tirmizi) dan at-Tirmizi mengatakan bahawa ini adalah
hadith hasan)
Jauhi Sifat Sombong
Daripada Abu Hurairah
RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Pada suatu ketika seorang lelaki
berjalan dengan pakaian yang membanggakan dirinya serta rambutnya disikat rapi dan berlagak
sombong ketika berjalan. Tiba-tiba Allah membenamkannya ke dalam bumi maka dia
terus menerus meluncur ke dalam bumi hinggalah hari kiamat.
(Hadith Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Galakan Memberi Nasihat
Daripada Anas RA
katanya, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata :
Sesungguhnya aku hendak pergi musafir wahai Rasulullah, berilah nasihat sebagai
bekalanku, Baginda pun bersabda, “Semoga Allah memberi kekuatan iman kepadamu”.
Lelaki itu berkata lagi, “Tambahkanlah doa untukku lagi” lalu Baginda bersabda
“Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepadamu” lelaki tersebut berkata lagi,
“Tambahkanlah lagi doa untukku” Baginda bersabda lagi, “Semoga Allah memberi
kemudahan kepadamu dan kamu mendapat kebaikan di mana sahaja kamu berada.”
(Hadith Riwayat Imam
at-Tirmizi, katanya hadith hasan)
Rujukan :
JAKIM
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.