Kelaziman bagi kebanyakan umat Islam bila tiba malam Hari
Saya mereka akan menyibut dengan aktiviti mengemas rumah dan juga menyediakan
pelbagai juadah untuk berhari raya pada esok pagi. Kesibukan ini menyebabkan
mereka tidak sempat melakukan perkara yang disunatkan untuk dilakukan pada
malam hari raya sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah saw.
Mengikut sunnah, 10 amalan sunat aidilfitri, amalan sunnah
rasulullah, amalan-amalan bulan syawal, kemuliaan hari 1 syawal, hadis
kelebihan solat sunat aidilfitri, kelebihan amalan hari raya puasa, hadis
berkenaan aidilfitri, fadhilat/fadilat berkaitan hari raya aidilfitri, kisah di
hari raya, amalan terbaik, doa solat sunat, lafaz takbir raya, bolehkah ucap
selamat hari raya.
Kala Kemeriahan Syawal, marilah kita berkongsi sedikit ilmu
berkenaan 10 amalan sunat berkaitan Aildilfitri yang diamalkan Nabi kita
Muhammad SAW sebagai sunnah baginda dan para sahabatnya. Semoga sedikit
maklumat ini menjadi pendorong kepada kita semua untuk memaknakan Aildilfitri
dari sambutan adat kepada menjadi sebuah ibadah yang di situ terdapat keredhaan
Allah.
1. Bertakbir
Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak
bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan
juga untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke
masjid untuk menunaikan solat aidilfitri.
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan
antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf
zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang
dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat
Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada
yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan
kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum
untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”
3. Meneruskan Qiamullail
Jika sepanjang Ramdahan kita telah bersungguh-sungguh
menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat tarawih,
maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan
solat tahajjud.
4. Mandi sunat pagi hari raya
Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi
wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat
aidilfitri.
5. Makan sebelum solat Aidilfitri
Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat
menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian
bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Kebiasaannya Rasullullah s.a.w
akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak
bermakna umat islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya
Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.
6. Memakai pakaian yang indah
Disunatkan kamu muslimin memilih pakaian yang terbaik serta
indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat.
Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan
kepada kaum wanita.
7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya
Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding
menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan
kembali dari mengerjakan solat hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan
agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain
itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan
darjat.
8. Mengerjakan solat aidilfitri
Syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah
perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat islam.
9. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk
beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu
dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut
adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri
dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , seltruh ahli keluarga
berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam.
10. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi
dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.
Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan
berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun
seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara
berturut-turut atau berpisah-pisah.
Wallahu’alam.
Sumber : hamba illahi
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.