Lapan golongan
(asnaf) yang layak untuk menerima wang zakat. Firman Allah swt
"Sesungguhnya
sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang
miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan
hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk
(dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam
perjalanan".(at Taubah : 60).
1. Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuk dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10.00 sehari tetapi hanya mampu RM3.00 sahaja.

2. Miskin (al-Masakin)
– mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi
tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10.00 tetapi hanya
memperoleh RM8.00.
3. Amil -
orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
4. Muallaf - seseorang yang baru memeluk agama Islam.
5. Riqab - seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
6. Gharimin - penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.

7. Fisabillillah - orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
8. Ibnus Sabil - musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
Sumber
Mohd
Rais Haji Alias
Pengurus Besar PPZ
www.zakat.com.my
Pengurus Besar PPZ
www.zakat.com.my
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.