Kini sudah masuk bulan syawal, kita di sunatkan untuk berpuasa 6 hari dalam
bulan syawal. Disamping itu juga kita masih dalam suasana menyambut perayaan
Hari Raya Aidilfitri. Kebiasaanya dari kalangan kita juga akan mengadakan rumah
terbuka di sepanjang bulan syawal. Sebagai tanda persahabatan kita biasanya
akan menziarahi keluarga dan sabahat handai untuk beraya dan bermaaf maafan.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang
menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal
ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang
mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara
puasa sunat syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha.
Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه
وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan
tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku
sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan
sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan
amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari,
no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya
selama 30 hari, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama
di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih
kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawal terlebih dahulu di ketika itu .
Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawal yang singkat berbanding Qadha
(sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha
adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu
atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya
tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih
berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya
menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya tiada
sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat
syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن
الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده
حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف
إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم
بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ...
barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah
di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan
kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.."
( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih
tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawal,
ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan
Allah berbanding puasa syawal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat
popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang
mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini
kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah
melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya
maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi
SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan
yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu
:-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang
wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul
pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti
gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau
dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul
masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib
termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan
lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah
Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat
bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau
sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah
bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan
kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan
kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.
3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di
jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawal.
Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak
menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari
puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat
Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat
dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh
merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya
mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawal itu dipendam sahaja
dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan
bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawal ini
kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala
al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil
Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak
boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib
al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh
Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana
berdasarkan hadith Nabi SAW.
من صام رمضان ثم
أتبعه ستاً من شوال
فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan
kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawal (puasa) maka ia adalah seperti
(pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past
tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja
boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.
boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan
bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah
penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya
seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa
lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk
Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul
Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat
sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang
terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang
wajib (qadha) daripada sunat (syawal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah
"keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan
tidak mampu untuk mengasingkannya.
Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Wallahu’alam.
Sumber : Zaharuddin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.