Islam sebagai satu ugama yang syumul sangat begitu mengambil perhatian yang sangat
berat terhadap penjagaan kebersihan dan pemeliharaan persekitaran, kerana ianya berkait rapat dengan kesihatan
dan kesejahteraan hidup insani dan seluruh kehidupan lain dibumi ini . Bahkan
ianya membawa kesempurnaan iman seseorang, sebagaimana sabda rasulullah saw
yang bermaksud kebersihan itu dapat mengajak orang kepada iman,sedang iman itu
akan bersama pemiliknya didalam syurga.
Atas dasar itulah maka tanggungjawab kebersihan dan keceriaan alam persekitaran
merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang, samaada
kebersihan tubuh badan, pakaian,tempat tinggal,makanan-minuman,persekitaran,lebih
lebih lagi tempat kita melaksanakankefardhuan ibadah,ini jelas sebagaimana
terkandung dalam surah al baqarah ayat 222 yang bermaksud:
“ sesungguhnya Allah
amat mengasihi orang orang Maksud berkenaan menjelaskan bahawa Allah swt menyayangi
hamba hambaNya yang sentiasa bertaubat atas setiap dosa dan kesalahan yang
dikerjakannya"
Begitulah juga dengan mereka yang sentiasa mengamalkan atau
mengutamakan penjagaan kebersihan diri dan persekitaran dengan memastikan alam
sekitar disekelilingnya sentiasa bersih,selesa,dan selamat . Dengan
persekitaran yang selamat dan selesa akan memberi peluang kepada masyarakat
menikmati kualiti hidup yang lebih baik serta dapat mewujudkan masyarakat yang
lebih sihat,produktif,dan berwawasan.
Malah islam sangat sangat menuntut umatnya agar supaya
berusaha memelihara persekitaran yang selamat,bersih, dan selesa walaupun
dimana jua berada kerana ianya berkaitan dengan kesempurnaan amal ibadat kita
kepadanya.selain itu kebersihan diri dan persekitaran juga akan dapat
menjauhkan diri kita semua dari sebarang musibah seperti penyakit
berjangkit,penularan wabak wabak yang berbahaya ,termasuk juga masalah gangguan
kesihatan disamping mampu mengelak diri kita dari melakukan perkara perkara
yang dilarang oleh islam. Hal ini telah pun diperingatkan oleh Allah kepada
setiap hambanya sebagaimana firmannya didalam surah al muddasir ayat 1-5:
“ Hai orang orang yang berselimut,bangunlah serta berilah peringatan
dan amaran kepada umat manusia,dan ingatlah kebesarannya,dan pakaian mu hendaklah
kamu bersihkan dan segala kejahatan hendaklah kamu jauhi “.
Disamping menjaga kebersihan diri dan persekitaran,Islam
juga mengutamakan aspek pemakanan supaya kita memakan makanan yang halal,bersih
dan berzat,kerana ianya memberikan kesan keatas pembentukan keperibadian kita,
firman Allah dalam surah an nahl ayat 114 bermaksud :
“ Oleh itu makanlah dari
apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda benda halal lagi
baik...”
Disamping itu Islam mendidik umatnya supaya sentiasa
memelihara dan menjaga bumi tempat kita tinggal dengan sebaik baiknya demi
kesejahteraan hidup seluruh makhluk yang ada didalamnya. Kita dilarang sama
sekali dari melakukan sebarang kerosakan dibumi ini dengan sesuka hati kerana
dikhuatiri akibat buruknya akan kembali kepada kita semula . Peringatan
terhadap hal ini amat jelas sebagaimana firmannya didalam surah al a'raf ayat
56 bermaksud:
“ dan janganlah kamu
berbuat kerosakan dibumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan
padanya ...”
Marilah kita semua hindarkan imej selekeh yang ditunjukkan
oleh satu kumpulan dakawah yang kononnya untuk mengikut sunnah dengan menyimpan
janggut, tetapi dek kerana mereka mengamalkan sunnah tanpa ilmu, maka jadilah
janggut mereka panjang dan tidak terurus
yang kelihatan seperti penganut Islam ini tidak mementingkan kebersihan diri. Inilah
akibatnya apabila beramal secara ikutan dan akhirnya kita dapat kemurkaan Allah
kerana telah menyalahertikan ajaran Islam dan sunnah Rasulullah saw.
Wallau'alam.
sumber ; my religion is islam
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.