Hukum
Memerangi Pemerintah Muslim
Di masa akhir-akhir ini terdengar berita di sana-sini ada
tindakan untuk menjatuhkan pemipin ngera tertentu kerana ramai dikalangan
pemimpin pembakang dan rakyat tidak menuyukai tindakan pemimpin itu yang
dianggap menindas rakyat miskin dan banyak berlaku penyalah gunaan kuasa dan
penyelewingan wang Negara. Dalam mencari jawapan adakah tindakan ini di
bolehkan oleh islam. Semasa saya mencari jawabna ini saya terbaca satu artikel
di internet tulisan Dr MAZA yang ditulisnya pada 25 Jun 2010,
Dibawah ini saya perturunkan tulisan beliau.
Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh isu
keganasan. Persoalan saya, apakah hukumnya dalam Islam jika ada pihak yang
membantah kerajaan orang islam yang zalim secara kekerasan. Apakah ini termasuk
dalam jihad yang diperintahkan agama atau tidak. Tidakkah menentang kerajaan
itu diharamkan oleh Islam?
Imran, Kuala Terengganu.
Jawapan DR MAZA:
Saudara, banyak isu keganasan yang cuba dikaitkan
dengan umat Islam atau tokoh-tokoh Islam adalah mainan jahat pihak-pihak
tertentu. Mereka ini samada mempunyai agenda politik tertentu, ataupun berkerja
bagi pihak musuh umat Islam bagi mencemarkan imej Islam. Sebahagian pihak
menggunakan isu ini untuk tujuan politik seperti menghapuskan gerakan Islam
yang dilihat mengancam kedudukan politik mereka. Namun begitu, tidak dinafikan
kemungkinan ada sesetengah kelompok yang telah salah tindakan dalam hal ini
sehingga mencetuskan keganasan. Berhubung dengan pendekatan keras terhadap
pemerintah yang zalim dan menyeleweng, maka ini fahami perkara berikut;
1. Perkara asas dalam hal ini boleh difahami daripada
ingatan Nabi s.a.w.:
“Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan
sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian
perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas
(dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang
berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya:
“Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka
bersolat”(Riwayat Muslim).
2. Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa bertegas
dalam membenci dan membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah itu adalah
tuntutan agama. Namun, Nabi s.a.w tidak membenarkan rakyat memerangi pemerintah
muslim dengan senjata selagi mereka itu bersolat. Solat menjadi petunjuk bahawa
pemerintah tersebut masih berpegang dengan ajaran Islam dalam kehidupan. Keluar
memerangi pemerintah dengan senjata hanya akan menimbulkan kerosakan yang lebih
besar.
3. Juga, perhitungan tindakan dalam Islam adalah di sudut
kadar manfaat dan mudarat. Menumpaskan pemerintah zalim dengan senjata biasanya
mengundang mudarat yang jauh lebih bahaya dibandingkan manfaat yang hendak
dicapai. Sebab itu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) menyebut:
“kata ulama: alasan seseorang pemerintah tidak dipecat,
atau pengharaman memeranginya kerana menyebab fitnah, penumpahan darah dan
kerosakan yang nyata” (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim 12/40)
4. Juga, kebencian atau bantahan terhadap kemungkaran
pemerintah tidak membolehkan rakyat menderhakai mereka dalam perkara yang baik
atau makruf. Ini seperti yang ditegaskan oleh hadis. Sabda Nabi:
“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai
mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu.
Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci
kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya:
“Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak,
selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa
berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada
Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut
tangan dari ketaatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
5. Ini kerana setiap pemerintah mungkin akan ada kesilapan
atau dosa yang dilakukan. Jika setiap kali pemerintah bersalah atau melakukan
dosa diperangi dengan senjata, maka hancurlah keamanan masyarakat dan negara.
Maka justeru itu, kita menentang kemungkaran pemerintah, tetapi tidak akan
memeranginya dengan senjata.
6. Ini kerana antara tujuan berpolitik dalam Islam adalah
menegakkan keadilan, keamanan dan hak rakyat. Peperangan saudara dalam negara
hanya akan menghancurkan perkara-perkara tersebut.
7. Arahan pemerintah yang zalim atau mungkar dalam
perkara-perkara kebaikan tetap wajib ditaati. Kata al-Khattabi (meninggal
388H):
“Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama dengan
pemerintah yang zalim, sepertimana ia wajib bersama pemerintah yang adil.
Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan
jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya”
(al-Khattabi, Ma‘alim al-Sunan, 2/ 357.)
Pendapat ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w :
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan
setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak
diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara
maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
8. Sekalipun kita dilarang memerang pemerintah dengan
senjata, tetapi kita tetap disuruh untuk menasihati mereka dan mencegah
kemunkaran mereka dengan perkataan atau perbuatan yang tidak menyebabkan
pertumpahan darah seperti undi dalam pilihanraya. RasuluLah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan
memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah
kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh
dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah
jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang
tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik).
Juga sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam
riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang
zalim”. (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih
oleh al-Albani).
9. Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang
mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin
yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu
membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku
dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa
yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka,
maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi
telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih
seperti yang dinilai oleh al-Albani.
10. Pengkaji politik Islam tidak boleh terlalu literalist.
Politik bukanlah ibadah khususiah seperti solat dan puasa yang tidak boleh
diubah tambah. Politik soal pentadbiran dan kaedah untuk menegakkan keadilan
dan keamanan dalam kehidupan rakyat berdasarkan prinsip-prinsip umum Islam.
Kaedah membantah atau menukar pemerintahan berbeza-beza berdasarkan sistem yang
dipakai. Para ulama dahulu mengharamkan menumbangkan sesuatu pemerintah atas
alasan bimbangkan penumpahan darah.
Namun, dalam dunia hari ini sesebuah pemerintah mungkin
boleh diubah atau ditukar, atau ditumbang tanpa memerlukan penumpahan darah
seperti dalam sistem demokrasi pilihanraya. Maka dengan itu penyertaan
parti-parti politik dalam demokrasi pilihanraya tidak boleh dianggap sebagai
melanggar kaedah Islam atau sebagai keganasan kerana sistem tersebut tidak
sepatutnya menumpahkan darah.
Saya amat bersetuju dengan pendapat Dr Maza, yang kita boleh
mencegah kemungkaran atua kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin Islam jika
kemungkaran itu dilakukan adalah bertentangan dengan syariat Ialam. Tetapi kita
perlu mengambil tindakan yang bijaksana dan berkesan serta tidak akan
menyebatkan kesusahan kepada orang awam. Tindakan membantahan segala
kemungkaran atau kezaliman yang dilakukan itu perlulah melalui tindakan yang
tidak akan mengakibatkan pertumpahan darah dan boleh memberi kesan yang negetif
kepada Islam.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.