Satu satu contoh pemimpin yang terbaik di zaman ini adalah
Allahyarham TGNA, beliau memperlihatkan kehidupan peribadinya adalah selaras
dengan ajaran yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Beliau bukan sahaja
seorang ulamak yang zuhud dan menjadi contoh dan teladan kepada pengikutnya ,
tetapi segala tindakan yang akan dilakukan dalam memerntah Negari adalah
dirujuk kepada mematuhi syariat yang ditetapkan oleh Islam.
"Sebaik-baik seseorang di antara kamu adalah yang terbaik akhlaknya"
Selanjutnya, Rasulullah menerangkan bahawa antara punca
terjadi kerosakan umat ialah berpunca daripada pemimpin juga ulama :
Sabda Nabi: "Dua golongan dalam uamtku, apabila mereka baik , maka baiklah seluruh manusia dan apabila mereka rosak , maka seluruh umat turut menjadi rosak. Mereka ialah para umara' (pemimpin) dan ahli feqh(ulama') " riwayat Ibnu Abdil Bar dan Abu Naim.
Langkah untuk mengatasi dan berhadapan dengan pemimpin zalim bukan dengan cara mengikut hawa nafsu yang disaluti sifat mazmumah (Benci dan Dendam), juga bukan dengan cara menentang dan berusaha menjatuhkannya , tetapi dengan cara apa yang telah ditunjukkan dan diberi panduan oleh Allah dalam hadis Qudsi:

"Aku adalah Allah
yang tiada lagi tuhan selainKu . Aku adalah pemilik segala-galanya dan Raja
bagi segala raja. Sesungguhnya hati segala raja dan pemimpin adalah dalam
tangan(kekuasaan) Ku. Sesungguhnya apabila segala rakyat taat kepada Aku, maka
ketika itu, Aku akan merubahkan hati segala raja dan pemimpin negara menjadi
lemah lembut dan mencurah kasih sayang kepada mereka. Tetapi apabila hati
rakyat mula berpaling daripada Aku (tidak taat dan derhaka)., maka Aku akan
merubahkan hati segala raja dan pemimpin negara menjadi kejam dan zalim
terhadap mereka. Mereka ditimpa siksaan yang amat berat. Oleh itu., janganlah
(rakyat) cuba untuk menentang raja-raja dan para pemimpin mereka. Sebaliknya ,
apabila mereka melihat raja dan pemimpin mereka zalim , maka hendaklah mereka
perbanyakkan berzikir dan mengingati Aku dan terus menerus mentaati perintah
Aku. Maka (ketika itu) urusan menangani sikap raja dan pemimpin mereka adalah
di tangan Aku " - Riwayat At Tabrani dan Abu Darda'.
KESIMPULAN:
1. Langkah untuk mengatasi dan berhadapan dengan pemimpin
zalim bukan dengan cara mengikut hawa nafsu yang disaluti oleh sifat mazmumah
(benci dan dendam)
2. Bukan dengan cara menentang dan berusaha menjatuhkan pemimpin secara keganasan, sebaliknya hendakalah dilakukan dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang.
3. Rakyat hendaklah kembali taat dan mematuhu perintah Allah dalam semua hal kehidupan supaya mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat.

4. Allah akan beri
pertolongan dan dihantar pemimpin yang adil menggantikan pemimpin yang zalim
itu jika kita semua sentia mentaati perintah Allah. Sebaliknya jika rakayat
memberi sokongan kepada memimpin yang zalim dan korup maka tunggulah kebinasaan
dan azab yang akan dikenakan oleh Allah dengan penderitaan yang amat dahsyat.
Wallahu’alam.
Sumber: my homesoil
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.